CnP
Hasrat PAS untuk membawa semula agenda penyatuan ummah nampaknya mula berdepan persoalan besar di Terengganu apabila UMNO negeri itu mempersoalkan kesediaan PAS berkongsi kerusi.
Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Nik Dir Nik Wan Ku berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan parti lain termasuk PAS.
Menurut laporan Malaysiakini, beliau menyindir, kerjasama itu tidak membawa makna jika PAS tetap mahu mempertahankan semua kerusi yang sudah dimenanginya.
“Kalau PAS nak tanding semua kerusi, itu bukan bergabung. Itu berkabung!” katanya.
Sindiran itu muncul selepas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan dalam ucapan penggulungan muktamar bahawa PAS akan mempertahankan semua kerusi yang dimenangi pada PRU15 lalu.
Di Terengganu, isu itu memang besar.
PAS-PN menang bersih semua lapan kerusi Parlimen negeri itu pada PRU15 dan kesemua 32 kerusi DUN pada PRN Terengganu 2023.
Kalau PAS mahu kekalkan semua kerusi itu, secara mudahnya UMNO tidak mempunyai kerusi untuk dibahagikan melalui kerjasama.
Malah UMNO Marang turut memberi respons lebih keras.
Menurut hantaran Penerangan UMNO Marang, rundingan di peringkat pusat atau usaha “risik-merisik” di negeri lain tidak bermakna mereka perlu menerima bulat-bulat idea Muafakat Nasional 2.0 di Terengganu.
“Harus diingat, sehingga ke tarikh tulisan ini, hanya kerana kami membuka pintu rundingan, tidak bermaksud kami pernah memohon dan merayu untuk berunding,” katanya.
UMNO Marang turut menegaskan mereka selesa bergerak tanpa ikatan tertentu di Terengganu buat masa ini.
Jadi nampaknya isu kerjasama PAS-UMNO bukan sekadar soal mahu bersatu atau tidak.
Soalan sebenarnya lebih praktikal:
Kalau PAS sapu semua 40 kerusi Parlimen dan DUN yang sudah mereka menang di Terengganu, UMNO nak duduk di mana?
Penyatuan ummah memang sedap disebut.
Tapi kalau kerusi semua nak pegang sendiri, macam kata UMNO Terengganu:
Itu bukan bergabung.
Itu berkabung.
#unofficialinfo

No comments:
Post a Comment