LIYANA Marzuki
Maka benarlah apa yang kebanyakan peguam dan pakar sudah nyatakan sebelum ini.
Penurunan takhta YamTuan ada tertib dan ada aturan. Kena ikut Adat dan Perlembagaan.
Paling utama, apa-apa proklamasi Undang untuk menurunkan takhta Raja memerlukan persetujuan dan tandatangan MB.
Yang MB lama tak sanggup buat kerana dikatakan terdapat banyak lompong yang melanggar Adat dan Perlembagaan.
Semalam dalam sidang media didedahkan bahawa mereka sudah mendapat tandatangan MB baru. Dan penurunan takhta itu dikatakan berkuat kuasa serta-merta sehari sebelumnya.
Di sinilah persoalan semakin besar.
Kalau akhirnya tandatangan MB diperlukan untuk menyempurnakan proses penurunan takhta, bukankah itu mengesahkan hujah yang kami bangkitkan dari awal?
Tandatangan MB itu penting.
Jadi sebelum adanya proklamasi penurunan takhta yang lengkap dengan tandatangan MB, kenapa Undang sudah menamakan YamTuan baru?
Kenapa sudah dibuat pemasyhuran di sebuah hotel di Melaka?
Kalau proses turun takhta belum sempurna, kenapa dimasyhurkan penggantinya?
Di situlah nampak caca-merbanya. Itulah dikatakan borderline derhaka.
Sebab itu dari awal bekas Hakim dan Profesor Undang-undang sudah mengingatkan: urusan menurunkan seorang Raja bukan urusan koboi.
Ada Adat.
Ada Undang-undang Tubuh.
Ada Perlembagaan.
Hakikatnya, mereka bulldoze.
Buat dahulu. Umum dahulu. Pemasyhuran dahulu.
Kemudian combat in media.
Cuba memajak otak kita supaya tindakan luar biasa ini lama-kelamaan kelihatan biasa.
Normalisasikan derhaka kepada Raja.
****************
Tetapi bagi saya, persoalan yang jauh lebih besar bukan lagi siapa menang atau kalah dalam pertelingkahan ini.
Persoalannya ialah apa yang kita sedang lakukan kepada Institusi Raja?
Kalau proses menurunkan takhta dan menaikkan Raja boleh dibuat melalui trial by media, dengan aturan dan prosedur diketepikan, apakah precedent yang sedang kita bina?
Kalau hari ini seorang Raja boleh cuba diturunkan dengan cara begini, apa jaminannya Raja-raja Melayu yang lain tidak akan berhadapan perkara sama pada masa hadapan?
Institusi tidak runtuh dalam sehari.
Ia terhakis sedikit demi sedikit apabila aturan boleh diketepikan kerana ada sesetengah pihak punya agenda tersendiri.
Bersultan di mata, Beraja di hati.
Dan selepas segala hiruk-pikuk ini, ada satu soalan paling asas yang masih perlu dijawab kepada rakyat:
Kenapa Raja yang sedang bertakhta perlu diturunkan?
Apa sebenarnya salah Baginda?
Adakah kerana beliau lantang melawan rasuah dan salahguna kuasa?
Itu soalan yang Kerajaan Negeri sekarang perlu jawab segera.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- titah Baginda sejak tahun 2023. Sudah lama mereka ini buat kerja.


No comments:
Post a Comment