Pemimpin PAS Terengganu, Faizul Abas sekali lagi mencetuskan perhatian selepas menarik balik hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan keputusan tender bekalan baja diubah.
Dalam hantaran terdahulu, Faizul mendakwa bekas Pengerusi MADA, Dr Ismail Salleh mendedahkan keputusan tender bekalan baja diubah oleh “PM yang juga Menteri Kewangan”, sehingga menyebabkan baja tidak sampai.
Namun selepas menyemak semula rakaman asal, Faizul mengakui beliau tersalah memahami perkataan yang disebut Dr Ismail.
“GM” — bukan “PM”.
Menurut Faizul, kekeliruan itu berpunca daripada sari kata video yang ditontonnya, tetapi beliau mengakui sepatutnya menyemak rakaman asal terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan.
“Satu huruf sahaja bezanya, tetapi dalam konteks perbualan tersebut ia mengubah maksud secara substantif dan menyebabkan saya membuat satu kesimpulan yang sama sekali berbeza daripada apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Dr Ismail.”
Beliau kemudian menarik balik kesimpulan dalam hantaran terdahulu dan memohon maaf kepada Dr Ismail serta semua pihak yang terkesan.
“Maka kesimpulan yang saya buat berdasarkan perkataan “PM” dalam posting terdahulu saya tarik balik.”
“Walaupun kekeliruan itu bermula daripada sarikata “PM” yang tertera pada video yang saya tonton, saya tidak mahu meletakkan kesalahan kepada orang lain. Saya yang membuat posting tersebut dan sepatutnya saya cross-check rakaman asal terlebih dahulu.”
Perkembangan itu turut mendapat perhatian Hasnul Zulkarnain yang mempersoalkan sama ada Faizul sudah melakukan tabayyun sebelum menyebarkan dakwaan tersebut.
Hasnul turut mencadangkan supaya Dr Ismail mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwanya menyebarkan fitnah.
Jadi kali ini bukan soal orang lain salah faham kenyataan Faizul.
Faizul sendiri sudah mengakui kesimpulan asalnya salah dan menariknya balik.
Satu huruf saja beza.
PM dengan GM.
Tapi kesannya, Perdana Menteri pula yang dikaitkan dengan dakwaan mengubah keputusan tender.
Sebab itu sebelum tekan butang “post”, elok dengar rakaman asal dulu.
Jangan sampai sari kata salah, orang lain pula kena tuduh.
#unofficialinfo

No comments:
Post a Comment