JANGAN SEBAR FITNAH- LIHAT PARTI ANA SENTIASA KENA...KAH..KAH..KAH....KENA KAT HANGPA LA WOIII


 

C4 GESA SIASAT LODIN






C4 gesa SPRM siasat Lodin isu skandal LCS

 

Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa agar bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Lodin Wok Kamaruddin disiasat berhubung peranannya dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS).

 

Pada sidang akhbar hari ini, Pengarah C4 Cynthia Gabriel berkata pihaknya akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat untuk meningkatkan tekanan bagi menangkap mereka yang didakwa terlibat dalam penyelewengan.

 

"Lodin terlepas daripada siasatan tetapi namanya ada di mana-mana," katanya sambil menambah Lodin memegang jawatan dalam tujuh entiti kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), di mana sebahagian daripadanya terlibat dalam proses perolehan LCS.

 

"Sebagai ketua pegawai eksekutif LTAT dan pengarah Perimekar ketika itu, Lodin menyelia pemindahan dana haram ke dalam akaun Perimekar. Sebanyak 20 peratus saham Perimekar ketika itu dimiliki oleh Boustead Holding Berhad (BHB), di mana Lodin adalah pengarah urusan kumpulan sejak 1991.

 

"Dia juga merupakan pengerusi eksekutif Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) sehingga dia melepaskan semua jawatan pada 2018," katanya.

 

Selain itu, Lodin juga pernah menjadi pengerusi Boustead Naval Shipyard (BNS), kontraktor Kementerian Pertahanan bagi pembinaan enam frigat di bawah program LCS.

 

BHIC mengawal 27.77 peratus kepentingan dalam BNS.

 

"Lodin juga pernah memegang jawatan lembaga pengarah dan pengerusi Affin Bank - bank yang sama digunakan oleh Perimekar. Lebih penting lagi, BNS telah menjanjikan semua hak dan pendapatan masa depannya kepada Affin Bank sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman yang besar, dengan hartanah terjejas bernilai hampir RM 6 bilion.

 

"Affin Bank sendiri adalah sebahagian daripada kumpulan yang sama seperti kebanyakan syarikat yang disebutkan di atas; LTAT memiliki 33.08 peratus saham Affin, manakala Boustead Holdings memiliki 20.85 peratus daripadanya," katanya.

 

Dia juga menegaskan bahawa Lodin turut terbabit dalam dua skandal lain, iaitu 1MDB dan Scorpene.

 

"Kami tidak mempunyai masalah untuk menghantar memorandum kepada SPRM, tetapi kami bimbang tentang kekurangan tindakan daripada SPRM," katanya.

 

Sementara itu, pengarah penyelidikan C4 Bryan Cheah berkata SPRM mesti menjelaskan mengapa ia tidak membuka siasatan terhadap individu penting yang terlibat dalam skandal LCS, termasuk Lodin, bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi.

 

"Bekas panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pengarah urusan BNS Ahmad Ramli Mohd Nor menjadi satu-satunya orang yang didakwa berhubung skandal LCS.

 

"Ini amat mengecewakan kerana bukti menunjukkan bahawa dia tidak boleh bertindak bersendirian malah bukan individu utama dalam mendalangi. skandal besar-besaran, tugas yang hanya tersedia untuk mereka yang menduduki jawatan tertinggi dalam kerajaan," katanya.

 

Dedah hasil siasatan

 

Dia juga menuntut SPRM mendedahkan hasil siasatan berhubung skandal LCS yang dikumpul setakat ini.

 

"Mereka telah melewat-lewatkan siasatan dalam perkara ini terlalu lama, berulang kali menangguhkan pengeluaran penemuan ini," tambah Cheah.

 

Pada 16 Ogos, Ramli didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan RM21.08 juta berhubung projek LCS.

 

Bulan lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mendedahkan lebihan besar dalam kos berjumlah RM1.4 bilion dalam kontrak LCS RM9 bilion, dengan RM6 bilion dibayar pada 2020.

 

Walaupun kerajaan telah membayar jumlah yang begitu besar, tiada satu pun kapal telah disiapkan selepas lapan tahun. Projek ini telah dimulakan pada tahun 2014.

 

Peranan Lodin disorot dalam audit forensik oleh BHIC di mana dia terlibat dalam projek LCS pada peringkat awalnya tetapi dia juga berkhidmat sebagai pengerusi BHIC dan terlibat dalam 1MDB.

 

Lodin pertama kali disebut dalam laporan audit BHIC berkenaan dengan Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD).

 

BHIC telah membeli 51 peratus kepentingan dalam CAD pada harga RM25 juta. Ideanya adalah untuk BHIC mempunyai platform untuk bekerjasama dengan kontraktor pertahanan Jerman Rheinmetall Air Defense (RAD).

 

Bagaimanapun, laporan audit mendapati lembaga pengarah BHIC, yang diketuai oleh Lodin, bersetuju dengan saranan supaya kawalan pengurusan CAD kekal bersama RAD kerana mereka mempunyai "kepakaran dalaman" untuk menguruskan syarikat.

 

Lodin dikenali sebagai sekutu Najib.

ANWAR SAHKAN BELIAU HANYA DIHANTAR KE HRC SELEPAS BEDAH BAHU

 

Pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim menempelak penyokong Najib Razak kerana menyamakan rawatannya ketika di penjara dengan bekas perdana menteri itu.

Pada sidang akhbar di Bangkok semalam, Anwar berkata dia hanya diberi akses kepada kemudahan rehabilitasi susulan pembedahan di bahunya selepas dikurung lebih 10 tahun.

Katanya, keadaan ketika itu sama sekali berbeza berbanding dengan Najib, yang dihantar ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) lima hari lalu, tidak hampir sebulan selepas dia memulakan hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.

“Ada yang kata Anwar pun tinggal di pusat rehabilitasi … Pertama, saya hanya diberi kemudahan itu di pusat rehabilitasi selepas dikurung lebih 10 tahun di penjara.

“Kedua, saya hanya dihantar ke pusat rehabilitasi selepas pembedahan bahu, maka saya diberikan (kemudahan) itu,” katanya pada sidang akhbar di Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) di Bangkok.

Pengerusi Pakatan Harapan itu menjawab soalan media mengenai kontroversi yang menyelubungi hukuman penjara Najib yang didakwa diberikan layanan istimewa.

“Jadi, jangan bandingkan pengalaman saya dengan Najib. Jika dia mahu dilayan dengan cara yang sama, jalani dahulu hukuman penjara 10 tahun, kemudian baru dihantar ke pusat rehabilitasi, jika ada pembedahan,” katanya.

Najib dihantar ke penjara pada 23 Ogos selepas mahkamah persekutuan mengekalkan sabitan kesalahannya dalam tujuh peruduhan rasuah yang berkaitan dengan penyelwengan dana SRC International.

Bekas perdana telah berulang alik masuk dan keluar dari hospital sejak dihantar ke penjara. Dua minggu lalu, Najib dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) atas alasan ulser perut – yang menurut keluarganya adalah akibat tekanan yang dihadapinya.

Dia kemudian dibenarkan keluar tetapi dimasukkan semula ke HKL minggu lalu selepas mengadu mempunyai masalah tekanan darah.

Jabatan Penjara pada Rabu lalu mengesahkan bahawa Najib telah dipindahkan ke HRC pada Isnin tetapi berkata bahawa dia akan dihantar kembali ke penjara Kajang setelah diberi pelepasan perubatan.

KKM tidak mendedahkan butiran mengapa Najib terpaksa dimasukkan ke HRC, atas alasan terikat dengan etika yang ditetapkan.

Pada sidang akhbar semalam, Anwar berkata dia sebenarnya tidak mahu campur tangan dalam kes Najib, tetapi terpanggil untuk memberikan respons.

Ini kerana ramai yang membuat perbandingan antara layanan yang diterimanya berbanding Najib dengan Anwar sendiri pernah dihantar ke HRC semasa menjalani hukuman penjara atas kesalahan meliwatnya.

Anwar berkata beliau juga tidak mahu pemindahan Najib dari HKL itu menjadi isu sekiranya doktor memang mendapati bekas perdana menteri itu tidak sihat.

“Ada beberapa isu kemanusiaan yang terlibat, jika dia benar -benar sakit, dan doktor mengesahkan dia tidak sihat, saya tidak mahu ini menjadi isu.

“Saya mengulas kerana ada yang cenderung berkata mengapa Najib tidak boleh dihantar ke pusat rehabilitasi sedangkan Anwar diberi rawatan yang sama.

“Mengarut,” katanya.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/636763

TERKINi! BENARKAH ZAHID HAMIDI DIBEBASKAN? INI LAH JAWAPANNYA!


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya. Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustafa, berkata pihak pendakwaan gagal mewujudkan prima facie ke atas bekas timbalan perdana menteri itu. Sumber Berita: https://www.malaysiakini.com/news/636768 Bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi. Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Zahid. Sumber Berita: https://www.freemalaysiatoday.com/cat...




BUKAN DIA NI KA YANG DIKATAKAN DERHAKA PADA AGONG DULU... NI DIA JANJI PADA SIAPA PULAK NI ?


 

KES ZAHID HAMIDI -UKSB

 KES ZAHID HAMIDI -UKSB





i


Hari ni Mahkamah buat keputusan kes Zahid Hamidi. Ramai tak puas hati. Jangan la begitu. Kita kena paham penghakiman kes dulu.


Saya dah baca penghakiman kes tadi. Ini rumusan yang saya boleh bagi.


Tuduhan: 40 tuduhan rasuah oleh satu syarikat iaitu UKSB kepada Zahid Hamidi atas kapasiti sebagai Menteri Dalam Negeri. Berjumlah RM42juta kesemuanya. 


Projek: Rasuah dituduh dibayar bagi mendorong Menteri melanjutkan kontrak Visa Luar Negara (VLN) untuk syarikat UKSB.


Pihak Pendakwaan bawa masuk 18 saksi termasuk Pengarah UKSB untuk buktikan kes. Pihak Pembelaan mengatakan ZH tak boleh dipersalahkan kerana- 

* (i) wang yang diterima adalah wang sumbangan politik (political donation); dan

* (ii) kes yang dibuat ke atas ZH adalah “pendakwaan terpilih”. Maksudnya, kerana ZH orang politik dia kena, orang lain tak kena pula. Nak kata DPP pilih kasih.


KEPUTUSAN HAKIM


* (i) Hakim tidak bersetuju dan menolak wang yang diberi adalah sumbangan politik kerana tiada bukti ia digunakan untuk sumbangan politik. Untuk rekod, ZH mengaku menerima sejumlah RM200 ribu daripada UKSB.


* (ii) Hakim menolak adanya pendakwaan terpilih dalam kes ini. Kerana Pendakwa Raya bebas untuk mendakwa mana-mana pesalah di Mahkamah.


* (iii) Hakim juga mengatakan Pendakwaan GAGAL untuk buktikan duit rasuah diterima oleh ZH. Ini adalah kerana saksi2 daripada UKSB “tak boleh pakai” kenyataannya. Banyak percanggahan. 


* (iv) Makanya, Hakim bebaskan ZH daripada kesemua 40 pertuduhan.


ALASAN HAKIM


* (i) Hakim bebaskan ZH dalam kes UKSB ni alasannya simple. Hakim tak percaya cakap pemberi Rasuah. Sebab hanya mereka sajalah bukti yang ada untuk katakan Zahid terima rasuah.


* (ii) Hakim juga bezakan kes ZH ni dengan kes Rosmah. Dia cakap kes Rosmah boleh diterima buktinya kerana terdapat banyak bukti sokongan lain, seperti cek tunai RM5 juta daripada Bank dan ada saksi-saksi lain selain pemberi rasuah. Dalam kes ZH, ni nada! Tiada.


* (iii) Hakim juga kata dalam kes Rosmah, ada beg isi duit rasuah di bawa ke Mahkamah. Dalam kes Zahid Hamidi, pemberi rasuah cakap dia letak duit semua dalam sampul surat besar. Tapi tak bawa masukpun sebagai bukti. Makanya, dia tak boleh bayangkan macam mana duit punya banyak boleh masuk dalam sampul surat. Makanya kena lah reject.


ULASAN SAYA


(i) Saya boleh terima alasan hakim. Dia kata takde bukti kredibel ZH terima duit rasuah. Pemberi rasuah punya cakap tak boleh pakai. DPP pulak tak bawak saksi dan bukti lain. Makanya gone case.


(ii) Cuma satu yang saya kena highlight. Mungkin akan diangkat ke Mahkamah Rayuan. Dalam pembelaan Zahid Hamidi, dia mengaku terima wang daripada UKSB berjumlah RM200k, tapi dia cakap itu untuk sumbangan politik. Mahkamah tolak alasan sumbangan politik sebab takde bukti ia dibelanjakan untuk tujuan itu.


(iii) Namun, isunya, dalam kes ini ZH mengaku sendiri dia terima duit UKSB. Makanya, sedikit heran bila Mahkamah kata takde bukti kredibel duit rasuah diberi. Bilamana ZH sendiri pun mengaku dia terima. Mungkin isu ini akan diangkat semula oleh Pendakwaraya.


(iv) Mahkamah dah putuskan hukuman. Macam saya tak berapa setuju jumlah denda kes Rosmah, pada saya terlampau tinggi. Sama la juga sekarang, saya rasa elemen penerimaan duit rasuah tu boleh diperhalusi semula. Mungkin Mahkamah Rayuan akan lihat kembali nanti. Itupun sekiranya Pendakwa merayu lagi ke peringkat lagi tinggi.


(v) Apapun keputusan Mahkamah, kita kena buka minda dan terima. Banyak lagi peringkatnya selepas ini. Sekiranya DPP merayu nanti. Mereka ada 14 hari. 


(vi) Cuma bila dah sampai Mahkamah Persekutuan, dia dilepaskan, jangan pulak kita kata Mahkamah berat sebelah. 


(vii) Kalau kes Najib kita percaya Mahkamah dan raikan mereka buat kerja, kes ini patutnya sama juga. Kita kena berlapang dada. Jangan tohmah Mahkamah pula. Kita bukan mereka2 yang taksub belaka 😊


Salam hormat,

Liyana Marzuki


NB- ZH ada satu kes yang DPP dah berjaya buktikan kes prima facie. Kes Yayasan Akal Budi. Sekarang ZH kena bela diri. Kalau gamaknya tersangkut kes nanti, jangan pulak cakap Mahkamah kejam pula ya. Sekarang Mahkamah baik punya dipuji 😊



ZUNAR DILONDON JEMPUTAN MLRC

 






London 20 Sept 2022.

Saya dijemput berucap dalam salah satu sesi di sidang.

MLRC (Media Law Resource Center) -International Developments in Libel, Privacy & Free Expression Law di London. Peserta: Menurut penganjur  "Over 200 lawyers from around the world attend the London Conference to discuss comparative developments in media law and policy." Di sesi itu, saya berucap bersama Award Winning Political Cartoonist from Geneva, Patrick Chappatte dan Terry Anderson, Executive Director Cartoonists Rights Network International.



INNALILLAH.

 


Perbezaan parti politik adalah perbezaan wadah bukannya perbezaan akidah.

 Perbezaan parti politik adalah perbezaan wadah bukannya perbezaan akidah. 



Pemuda AMANAH menjawab kenyataan Presiden Pas tentang kemungkaran akidah yang sedang diselamatkan Pas.

-------------------------------------------


Dalam kerangka politik semasa, setiap parti politik punya hak yang sama untuk dipilih dan hak berlainan ideologi.


2. Malah sebarang ideologi yang dimiliki oleh sesuatu parti politik adalah dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia - JPPM  kerana merekalah yang menyemak perlembagaan sesebuah parti politik sebelum ia diluluskan.


3. Kenyataan Presiden Pas yang menyatakan bahawa Pas sedang berjuang menyelamatkan umat Islam daripada kemungkaran akidah memperlihatkan seolah-olah terdapat parti politik di Malaysia yang telah merosakkan akidah umat Islam.


4. Malah ini memperlihat Presiden Pas seolah-olah secara sembrono tidak menghormati fungsi Majlis Raja-Raja sebagai payung agama di Malaysia dalam memelihara akidah umat Islam.


5. Pandangan ini sangat bahaya dan memperlihat bibit-bibit takfiri mula disemai oleh Presiden Pas itu.


6. Janganlah kerana perbezaan ideologi parti politik maka Presiden Pas tergamak untuk mengheret akidah umat Islam sekali dalam perseturuan politik ini.


7. Sebagai umat Islam yang tinggal di Malaysia yang mana menjunjung Islam sebagai agama rasmi, perbezaan parti politik adalah perbezaan wadah bukannya perbezaan akidah.


Yob Mal 

(Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar) 

Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Perak.

22 September 2022.


#PemudaAmanahNegeriPerak



KEH..KEH...DIA BAYAR NI

 Muklis Eddy


Dasar lebai penunggang agama guna aset kerajaan untuk kegunaan majlis anak ...


Confirm dah ada dalil baru untuk ni..



.

AUMMMM..HANG MEMANG SEMPOI...

 

Shamsudin Nawawi


Spot the difference!

Tahniah!!! Hang memang sempoi!!!




ZAHID HAMIDI BEBAS SEMUA TUDUHAN RASUAH.

 Berita lanjut kemudian.

PANDAI BAGI DALIL UNTK LEPASKAN TENGKOK SENDIRI

 




MMMS


Lebai sentiasa ada dalil. Kalau konsert tempat orang lain di katakan hedonisme dan mengundang bala, tapi kalau konsert tempat mereka boleh mendapat rahmat, siap siapa yang kritik di tuduh musuh Isley.

Ini kehebatan lebai penunggang, dalil berubah mengikut kepentingan politik lebai.

 

MUDAH MEMPERBODOHKAN ORANG YANG LEMAH…

 

Bagitahu brother ini kalau pergi ke Dubai atau Jedah pun dah 8 jam. Begitu juga tidak ada penerbangan MAS atau penerbangan penumpang baik Boeing atau Airbus sepantas itu dan business class semurah itu.
0:46 / 0:56

Norman Radzuan- SILA KE FB INI UNUK DENGAR SI BAHLOL NI MENIPU WALAUN



0:46 / 0:56
Jika anda sudah tonton pasti ketawa

MUDAH MEMPERBODOHKAN ORANG YANG LEMAH…

Bila kita tgk video ini ramai kalangan kita akn ketawa terbahak2. Mudah dia memperbodohkan pengikut2 nya. Pergi ke London 8 jam dan tiket Business Class RM 8kDescription: 😂Description: 😂Description: 😂

Yg dgr ceramahnya mungkin terpegun dan percaya dgn kata2nya…Kita yg dah pernah pergi mesti rasa nak ketuk kepala dia. Sebabnya kenapa nak bodohkan ahli begitu sekali.

Seingat saya perjalanan ke London memakan masa antara 12-13 jam. Business Class bukan semurah itu dik… puluh ribu. Kata dah pergi byk kali London…memandai mandai je. Stupid to think that most people are stupid. Ini semua cerita ‘tahyul’.

Kemudian pasal pembayaran dia kata Hadi tak buat pembayaran. Kononnya tiada pemimpin PH berani bersuara.. ? Seingat saya ramai pemimpin PH bersuara mengenainya dlm ceramah2 seperti saudara Fahmi MP Lembah Pantai.

Utk pengetahuan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mengesahkan ada menerima RM1.4 juta utk menyelesaikan kes saman Hadi Awang di luar mahkamah. Katanya, Abdul Hadi sudahpun membuat pembayaran menerusi peguamnya Americk Sidhu.

"Sarawak Report bersetuju dgn syarat yg ditetapkan Abdul Hadi, bahawa semua pihak perlu merahsiakan maklumat transaksi berkenaan," lapor Malaysiakini.

Sepatutnya kita suruh brother ini tanya Hadi… berani ke Hadi menafikan? Jika anda menonton klip video ini fahamkan betapa mudah utk mengetahui level pemikiran pengikut parti ini yg mudah percaya kpd cerita yg memperbodohkan diri….

Bagitahu brother ini kalau pergi ke Dubai atau Jedah pun dah 8 jam. Begitu juga tidak ada penerbangan MAS atau penerbangan penumpang baik Boeing atau Airbus sepantas itu dan business class semurah itu.