BIASA KES DENGAN TERESSA NI.MAIN JUTA. TAPI KITA LIHAT LAH NASIB DIA PULAK.

 



JANGAN KATA

 


Abd Manaf Syafie






Perlis

Negeri SEKANGKANG kera

"Projek & jawatan" - Hadi Awang

⬆️ Tidak sayugia , bila dilayan lebai macam tidak ada nafsu

⬆️ KO orang ingat lebai tak dak nafsu nak tambah bini 

⬆️ Hak ada 2 , macam Mat nuci nak tambah jadi 3 , tunggu jer PAS menang Kedah nanti...


NS 

300 Bilion REE 

⬆️ Jangan kata UMNO , tujuan hidup nya SAKAU_SAKAU

⬆️ Lebai pun pakat sama

⬆️ Jangan marah kalu lebai pun sama naik

⬆️ Ayahanda Tun M hak ada 200Bilion pun habis gi kucar , haru_BIRU 


Ibnu ‘Abbas, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


لَوْ أَنَّ لاِبْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَادِيَانِ ، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلاَّ التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ


“Seandainya seorang anak Adam memiliki satu lembah emas, tentu ia menginginkan dua lembah lainnya, dan sama sekai tidak akan memenuhi mulutnya (merasa puas) selain tanah (yaitu setelah mati) dan Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 6439 dan Muslim no. 1048)





TAK ADA DATA KEJAYAAN PUN

 

Mark Chin






UMNO dan PAS tidak pernah mengemukakan data serta statistik mengenai tadbir urus mahupun cara mereka berupaya meningkatkan taraf hidup orang Melayu biasa. Mereka hanya bertelingkah sesama sendiri mengenai pembahagian kerusi atas nama "Perpaduan Ummah". PAS telah mentadbir negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis. Sebaliknya, Pulau Pinang dan Selangor yang ditadbir oleh PH kekal sebagai kuasa ekonomi utama di Malaysia, dengan mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang jauh lebih tinggi. Sebagai contoh, KDNK per kapita Selangor dan Pulau Pinang adalah berkali-kali ganda lebih tinggi berbanding Kelantan, Kedah, Perlis, dan Terengganu. 

Dari segi sejarah, Kelantan, Kedah, Perlis, dan Terengganu mencatatkan kedudukan lebih rendah dari segi saiz ekonomi keseluruhan, purata pendapatan isi rumah, dan tahap perindustrian berbanding wilayah pantai barat dan tengah. Kelantan secara konsisten merekodkan antara angka KDNK per kapita terendah di negara ini. 

Selama lebih 60 tahun, UMNO memegang kuasa Persekutuan dengan kukuh, namun sebahagian besar golongan pekerja Melayu dan penduduk luar bandar yang miskin masih berada dalam keadaan ekonomi yang rentan. Terdapat jurang yang besar antara golongan elit Melayu UMNO dengan golongan pekerja serta penduduk luar bandar Melayu yang biasa. Di negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO dan sepanjang tempoh UMNO memegang kuasa Persekutuan selama lebih enam dekad, pengagihan kekayaan dan manfaat menjadi tidak seimbang; ia lebih banyak menguntungkan golongan elit politik dan korporat yang mempunyai hubungan rapat, berbanding meningkatkan taraf hidup sebahagian besar masyarakat umum.





ELOK KAU TAK JADI MB LAGI.

 





“Kalau tidak ada air kerajaan, dia bina telaga tiub, gali perigi.”


Ayat ini bukan sindiran netizen.


Bukan juga kenyataan lawan politik PAS.


Ia pernah datang daripada pemimpin tertinggi kerajaan Kelantan sendiri.


Pada Ogos 2023, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang ketika itu Timbalan Menteri Besar Kelantan menjelaskan mengapa isu bekalan air tidak dianggap masalah besar untuk PAS terus menerajui negeri itu.


Menurut beliau, penduduk kampung memahami keadaan yang berlaku dan ada yang mencari penyelesaian sendiri.


Kalau bekalan air kerajaan tidak ada, bina telaga tiub.


Kalau perlu, gali perigi.


Mohd Amar turut berkata isu itu menjadi lebih besar kerana dipolitikkan, sedangkan menurut pengalamannya masyarakat boleh memahami masalah yang dihadapi kerajaan negeri.


Memang beliau tidak menafikan masalah air wujud.


Malah Mohd Amar pernah menjelaskan bahawa penyelesaian menyeluruh memerlukan peruntukan berbilion ringgit serta kerjasama Kerajaan Persekutuan.


Tetapi cara masalah itu digambarkan tetap menarik untuk dikenang.


Sebab air bukan kemewahan.


Air bukan projek kosmetik.


Air ialah keperluan asas rakyat.


Rakyat membayar bil air kerana mengharapkan bekalan air bersih sampai ke rumah.


Kalau akhirnya rakyat juga yang kena keluarkan duit sendiri untuk tebuk tanah dan bina telaga, memang timbul satu soalan mudah:


Jadi fungsi penyedia bekalan air itu apa?


Lebih menarik, ketika PRN 2023 Mohd Amar turut mempersoalkan bagaimana masalah air Kelantan sering digambarkan seolah-olah seluruh negeri tidak mempunyai air.


Beliau mengingatkan bahawa restoran, hotel dan hospital masih boleh beroperasi.


Malah dalam satu ceramah beliau sempat berseloroh bahawa kalau Kelantan sudah 33 tahun tiada air, bagaimana pula orang Kelantan boleh mandi selama itu.


Itulah antara pendekatan PAS ketika mempertahankan rekod pentadbirannya dalam isu air.


Masalah diakui ada.


Kos penyelesaian dikatakan besar.


Bantuan Persekutuan diperlukan.


Tetapi bagi sesetengah penduduk kampung, penyelesaiannya ketika itu cukup mudah:


Cari jalan sendiri.


Bina telaga tiub.


Gali perigi.


Tiga tahun sudah berlalu sejak kenyataan itu.


Tetapi ayat tersebut masih menarik untuk dikenang setiap kali bercakap tentang satu perkara paling asas dalam pentadbiran sesebuah negeri.


Air bersih.


Sebab rakyat memilih kerajaan untuk menyelesaikan masalah.


Bukan supaya rakyat diberitahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah kerajaan sendiri.




YA, SAYA BANDUAN YANG DIFITNAH DAN DIKEJI, TAPI KETIKA AYAH KAMU DULU MENYOKONG, KAMU BERSEKONGKOL DENGAN PEROSAK. MALU KAMU.


 

DUIT SAKAW AKAN PERGI KE PENDIDIKAN DAN KESIHATAN


 

DALAM STATUS KEMAIN HEBAT.. PRINSP BAGAI. JOM LIHAT KOMEN. BUKAN TAK ADA MACAI PUJI TAPI 80% KECAM MAMAT SELECT NI

 




Zaman berubah,tetapi bukan prinsip


Alif Ba Ta 


Akmal saleh













ISLAM DAN MELAYU TERANCAM?


 

SAYA DAN TEMAN TEMAN LAIN JUGA BERUSAHA


 

KAMPUS PJ DINAMAKAN KAMPUS TUN ARSHAD


 

UITM HOLDING DALAM RADAR SPRM


 

AHLI TAK MAHU BANTU NAJIB.




 Menurut Setiausaha Agung UMNO, jumlah keahlian UMNO setakat 31 Ogos 2026 ialah 3,251,456 orang.





Kalau setiap ahli UMNO menderma RM20, jumlahnya boleh mencecah RM65,029,120.


Jumlah itu sudah melebihi RM50 juta.


Jadi, kalau masih belum cukup RM50 juta, adakah ini menunjukkan ahli UMNO sendiri pun tak mahu Najib keluar penjara?


Atau ahli PAS boleh bantu Najib keluar penjara?




AKHIRNYA, PN DI AMBANG BERKUBUR.




Bersatu buat checkmate kepada Pas selepas disingkirkan daripada permainan, Bersatu pula bawa isu itu terus kepada RoS.


Dan hasilnya? PN kini digantung kegiatan, menerima notis tunjuk sebab dan berdepan proses yang boleh membawa kepada pembatalan pendaftaran. 


Langkah dibuat ikut saluran yang betul, sampai Takiyuddin sendiri terpaksa keluarkan arahan supaya hanya Pengerusi dan Setiausaha Agung PN bercakap bagi pihak gabungan. 


PN yang dibina atas gabungan, akhirnya retak kerana masalah dalaman gabungan sendiri.


BN pula ada dilema sendiri untuk PRN Melaka.


Kalau bekerjasama, sejauh mana logo dan imej logo Pas boleh diterima pengundi bukan Melayu? 


MCA dan MIC pasti bantah, belum lagi masuk Sabah dan Sarawak.


Dalam masa sama, ruang politik anak muda yang cenderung kepada PN kini terbuka luas untuk direbut.


Yang paling terhimpit?


Wawasan dan Gerakan. Base politik terhad. Kekuatan akar umbi pula takda. 


Dan Hamzah?


Kini kena cari jalan keluar sendiri. Boleh buka kedai minyak masak pun ok.


PN belum dibatalkan, tetapi jelas, krisis PN sudah masuk fasa paling kritikal jika baca tulisan Dato Takiyuddin.


Masuk PRN Melaka dengan logo PAS?


Sekadar coretan pendek.


Wassalam.





TUUU DIA TERBONGKAR ISU DERHAKA.....


 

KEROSAKAN


Che Ros Nor








 Berikut senarai yang anda minta tentang kerosakan yang dikaitkan dengan pemerintahan UMNO/BN sejak 1957-2018 dan bersama Kerajaan Perpaduan selepas itu:


*1. Skandal Kewangan & Rasuah Mega*

- *Skandal 1MDB* - kerugian negara lebih RM50 bilion, hutang yang terpaksa ditanggung kerajaan sehingga kini.

- *Skandal SRC International RM42 juta* - bekas PM Najib Razak didapati bersalah.

- *Skandal BMF Hong Kong 1980-an* - kerugian RM2.5 bilion, kematian tragik Jalil Ibrahim.

- *Skandal Forex Bank Negara 1990-an* - kerugian dianggarkan RM30 bilion zaman Mahathir.

- *Skandal PKFZ, Tabung Haji, MARA, Felda, LCS* - ketirisan berbilion di GLC dan agensi.


*2. Kerosakan Institusi & Demokrasi*

- *Operasi Lalang 1987* - ISA disalahgunakan tahan 106 orang tanpa bicara.

- *Krisis Kehakiman 1988* - pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, merosakkan kebebasan kehakiman.

- *Pindaan Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU)* - mematikan suara mahasiswa.

- *Kawalan media, Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak* - digunakan untuk sekat pembangkang dan aktivis.

- *Politik wang dan rasuah sistemik* dalam pemilihan UMNO yang merebak ke sistem negara.


*3. Kerosakan Ekonomi & Dasar*

- *Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diseleweng* - matlamat asal baik untuk bumiputera, tapi mewujudkan kroni, Ali Baba, dan kebergantungan serta jurang kaya-miskin yang melebar.

- *Penswastaan kroni 80-90an* - lebuhraya, IPP, syarikat air diswasta kepada kroni, rakyat tanggung tol dan tarif mahal sampai hari ini.

- *Kebergantungan kepada pekerja asing dan kegagalan naikkan gaji* - menekan gaji rakyat tempatan selama berdekad.

- *Felda dan peneroka terjerat hutang* - dari agensi berjaya jadi beban hutang peneroka.


*4. Kerosakan Sosial & Perkauman*

- *Politik perkauman sempit* - memainkan sentimen Melayu terancam setiap kali pilihanraya untuk kekal berkuasa, meretakkan perpaduan kaum.

- *Isu pendidikan vernakular dan agama dipolitikkan* - tidak pernah diselesaikan secara tuntas, jadi modal politik berulang.

- *Pembalakan dan kerosakan alam* - kelulusan balak dan projek mega tanpa kawalan ketat zaman kerajaan negeri BN.


Ini adalah naratif kritikal yang sering dibangkitkan oleh pengkritik UMNO sepanjang lebih 60 tahun mereka memerintah.





CINCAU


 

KEH KEH KEH....PADAN MUKA KO...CAKAP BANHAK PUNYA CINA....MELAYU YANG SOKONG


 

SIAPA SAKAW..ZAMAN DIA PALING BANYAK MENYAKAU


 

Melimpah program ‘Pendang Berselawat’ di Kedah.

 







Melimpah program ‘Pendang Berselawat’ di Kedah.

Program santuni alim ulama, dekati semua Pondok dan Institusi agama di Kedah oleh PMX Anwar Ibrahimdan Dr Zulkifli Hasan.




APA DA HAL.

 

UMNO BN akan menang besar jika bergerak secara solo




BUKTI PUAK KHAWARIJ

 




Aman Muhammad



Bila kami orang Islam berkata memang sikap orang PAS suka mengkafirkan orang Islam yang tidak undi PAS, mereka tidak mahu percaya.


Bila kami orang Islam beri bukti yang jelas PAS mengkafirkan orang Islam yang tidak undi PAS, mereka tidak mahu terima pula.


Golongan sebegini yang Allah sebut dalam Quran:


صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ

“Mereka pekak, bisu dan buta, maka mereka tidak akan kembali.”


Semoga Allah selamatkan orang Islam daripada kerosakan dan kejahatan PAS yang mengkafirkan orang Islam yang tidak sokong dan undi PAS.


dan semoga Allah berikan azab yang pedih kepada semua ulamak PAS, pemimpin PAS serta ahli & penyokonh PAS yang berterusan mengkafirkan orang Islam yang tidak sokong PAS.


:)