AKHIRNYA, PN DI AMBANG BERKUBUR.




Bersatu buat checkmate kepada Pas selepas disingkirkan daripada permainan, Bersatu pula bawa isu itu terus kepada RoS.


Dan hasilnya? PN kini digantung kegiatan, menerima notis tunjuk sebab dan berdepan proses yang boleh membawa kepada pembatalan pendaftaran. 


Langkah dibuat ikut saluran yang betul, sampai Takiyuddin sendiri terpaksa keluarkan arahan supaya hanya Pengerusi dan Setiausaha Agung PN bercakap bagi pihak gabungan. 


PN yang dibina atas gabungan, akhirnya retak kerana masalah dalaman gabungan sendiri.


BN pula ada dilema sendiri untuk PRN Melaka.


Kalau bekerjasama, sejauh mana logo dan imej logo Pas boleh diterima pengundi bukan Melayu? 


MCA dan MIC pasti bantah, belum lagi masuk Sabah dan Sarawak.


Dalam masa sama, ruang politik anak muda yang cenderung kepada PN kini terbuka luas untuk direbut.


Yang paling terhimpit?


Wawasan dan Gerakan. Base politik terhad. Kekuatan akar umbi pula takda. 


Dan Hamzah?


Kini kena cari jalan keluar sendiri. Boleh buka kedai minyak masak pun ok.


PN belum dibatalkan, tetapi jelas, krisis PN sudah masuk fasa paling kritikal jika baca tulisan Dato Takiyuddin.


Masuk PRN Melaka dengan logo PAS?


Sekadar coretan pendek.


Wassalam.





No comments: