KENYATAAN MEDIA MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN 11 April 2020




PERKARA DIBANGKITKAN MENGENAI KEBENARAN BEROPERASI KEPADA SEKTOR TAMBAHAN SEMASA LANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KE 28 APRIL 2020

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota kesihatan dan keselamatan – “our frontliners” – atas usaha mereka untuk mengawal dan melawan wabak virus COVID 19 yang telah menunjukkan hasil selepas hampir satu bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam perutusan khas pada 10 April 2020, telah menyatakan bahawa beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat. Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri Azmin Ali, telah mengeluarkan kenyataan pada hari yang sama, iaitu 10 April 2020, di mana sektor tambahan disenaraikan.

Kami mengalu-alukan, pada prinsipnya, keputusan untuk memberi kebenaran kepada sektor tambahan untuk beroperasi semasa lanjutan PKP ke 28 April 2020 untuk mengurangkan impak negatif kepada ekonomi terutamanya kepada industri Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS). Namun begitu, beberapa soalan penting mesti dibangkitkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 10 April 2020.

Pertama, apakah sebab sesetengah industri dipilih untuk dibenarkan beroperasi sementara yang lain tidak? Menteri Kanan telah memberi syarat-syarat tertentu seperti tahap kepentingan sesuatu industri dalam rantaian bekalan global (“global value chain”), aktiviti ekonomi sektor yang mempunyai gandaan nilah tambah (“value added multiplier”) yang tinggi, impak ke atas kelangsunan (“sustainability:) PKS dalam sektor ekonomi khususnya pembuatan dan perkhidmatan dan jumlah tenaga kerja yang terlibat. Tetapi industri dan sektor pekerjaan yang dipilih membangkitkan lebih soalan misalnya mengapa perkhidmatan guaman dimasukkan dalam senarai tetapi sektor perkhidmatan profesional yang lain seperti akauntan tidak dibenarkan? Adakah kepentingan sektor kesihatan sosial seperti “Traditional dan Complementary Medicine” (TCM), perkhidmatan gunting rambut asas dan perkhidmatan dobi “full service” konsisten dengan syarat-syarat yang dinyatakan oleh Menteri Kanan? Apabila asas sebab sebuah sektor dibenarkan untuk beroperasi manakala sektor yang lain tidak, ia akan menyebabkan orang awam menyoal keadilan perutusan ini.

Kedua, adakah pihak kerajaan akan mengeluarkan Standard Operating Procedure (SOP) untuk aktiviti yang akan dijalankan oleh sektor tambahan yang telah diumumkan? Pihak MITI telah mengumumkan syarat-syarat operasi untuk sektor pembuatan yang dibenarkan untuk terus beroperasi semasa PKP fasa pertama dan kedua tetapi kebenaran beroperasi terkini melibatkan sektor perkhidmatan yang bukan dalam kawalan MITI. Apakah SOP yang sesuai untuk dilaksanakan supaya “social distancing” yang mencukupi dan selamat diamalkan oleh tukang gunting rambut dan juga pelanggan. Ada juga persoalan sama ada kedai gunting rambut patut dibenarkan untuk terus beroperasi memandangkan “social distancing” yang mencukupi tidak dapat dilakukan dengan selamat. Jikalau SOP tidak jelas, bagaimana pihak kerajaan akan membuat keputusan sama ada untuk membenarkan sesebuah kedai ataupun syarikat dalam sektor tambahan untuk beroperasi?

Ketiga, kapasiti oleh kerajaan terutamanya, pihak MITI, untuk memproseskan permohonan kebenaran sektor baru ini juga menjadi satu persoalan. MITI diberikan 2 hari untuk menyediakan proses dalaman dan juga laman web MITI untuk menerima dan memproses permohonan daripada syarikat dalam sektor pembuatan sebelum PKP bermula pada 18 Mac 2020. Jumlah permohonan telah membanjiri MITI dan menyebabkan laman web MITI “crash”. Pegawai MITI dan agensi terpaksa bekerja 24 jam untuk sekurang-kurangnya seminggu untuk memproses beribu-ribu permohonan. Memandangkan bahawa terdapat beribu-ribu kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik, kedai gunting rambut dan perkhidmatan dobi di seluruh negara, laman web MITI akan sekali lagi dibanjiri oleh permohonan dan pegawai MITI dan agensinya tidak akan mampu untuk memproses beribu-ribu permohonan ini dalam masa yang singkat. Tambahan pula, huraian sektor tambahan yang tidak terlalu umum (seperti ‘industri mesin dan peralatan’) juga akan menambahkan jumlah permohonan oleh kerana adanya syarikat yang akan ‘cuba nasib’ dan turut membuat permohonan.

Bagi sektor ekonomi tertentu seperti kedai hardware, kedai elektronik dan kedai dobi,  bukannya lebih sesuai dan wajar jika kerajaan persekutuan mengumumkan SOP yang lengkap dan membenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memproses permohonan beroperasi dan memberi kelulusan serta menjalankan penguatkuasaan? 

Sudah jelas bahawa keputusan untuk membenarkan sektor tambahan beroperasi tidak difikirkan dengan baik dan secara menyeluruh. Keputusan untuk membenarkan sektor-sektor tertentu beroperasi nampaknya dilakukan dengan cara yang tidak konsisten. Pemprosesan permohonan pasti tidak akan dilakukan dalam masa yang singkat. Semua ini akan menimbulkan lebih banyak kekeliruan dan kekecewaan di kalangan peniaga yang sudah menderita akibat virus ini dan pelanjutan PKP.



YB Datuk Wira Dr Hatta Ramli
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Fahmi Fadzil
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Dr Ong Kian Ming
Parti Tindakan Demokratik (DAP)



-Tamat-

MUSTAHIL AYAH CHIK BUAT FITNAH-TAMRIN TUN GHAFAR

Tamrin Tun Ghafar
Sabtu – 11/04/2020
( 1 – 24 )
1. Jika tidak ada Perintah Kawalan Perjalanan ( PKP ) ekoran COVID-19 ini sudah barang tentu ahli – ahli PAS serata pelusuk tanahair akan mengadakan kenduri kesyukuran atas perlantikan Presiden mereka sebagai Duta Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri ke Timur Tengah.
2. Walaupun hanya menang 18 daripada 222 kerusi Parlimen, namun kerana masuk melalui ‘Tebuk Atap’ – BUKAN pintu belakang sepertimana istilah Hadi, PAS berjaya mendapat 3 orang Menteri dan 5 orang Timbalan Menteri.
3. Ini permainan politik hebat yang TIDAK PERNAH berlaku, bak kata Mat Sabu :
‘Yang Menang
Jadi Pembangkang
Yang Kalah
Jadi Kerajaan.’
4. Jika ada penuntut Universiti yang bercita – cita membuat tesis untuk mendapatkan Phd, justeru kajian terperinci perlu dilakukan kerana kesemua yang terlibat dengan percaturan politik ini masih boleh ditemui.
5. Perlantikan Tan Kok Wai dari DAP walaupun BUKAN BERTARAF MENTERI sebagai Duta Khas Kerajaan Malaysia ke China semasa era Kerajaan Pakatan Harapan sebelum Kerajaan ‘pintu belakang’ mengambil alih, PAS melalui kenyataan dari Tuan Ibrahim Tuan Man membidas perlantikan itu.
6. Alasan PAS ketika itu ialah Kerajaan PH jangan terikut – ikut apa yang Kerajaan UMNO / BN pernah lakukan iaitu melantik 9 orang bekas Menteri sebagai ‘Penasihat Khas PM dan Duta ke Amerika bertaraf Menteri dan lagi pun keadaan kewangan negara ketika itu hampir pupus akibat skandal 1MDB dan amalan rasuah oleh mereka yang berkuasa.
7. Mereka yang dilantik oleh
Najib adalah seperti berikut :
i. Zainal Abidin Osman
ii. Sharizat Jalil
iii. Rais Yatim
iv. Noh Omar
v. Abdullah Zain
vi. Ong Ka Ting
vii.Tiong King Sing
viii. Samy Velu
ix. Jamaluddin Jarjis – Duta Besar ke Amerika Syarikat juga bertaraf Menteri.
8. Perlantikan Hadi disambuat baik oleh Tuan Ibrahim Tuan Man dengan mengatakan perlantikan itu TIDAK ADA KAITAN dengan politik, justeru harus diterima dengan baik.
9. Inilah perangai PAS dari dulu hingga sekarang – bising dan memprotes apabila mereka tidak dapat faedah atau pengiktirafan tapi apabila berlaku pada batang hidung sendiri mereka tanpa segan silu secara otamatik menukar corak dan warna.
10. Berhubung masaalah kewangan, saya percaya Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin hari ini mempunyai dana yang amat lumayan sehingga boleh menampung 71 orang Menteri ( termasuk Hadi ) dan Timbalan Menteri.
11. Memandangkan kedudukan kewangan negara yang berlebihan, Muhyiddin hanya perlu tambah 42 orang lagi Ahli Parlimen ( 71 + 42 = 113 Kerusi ) sebagai Menteri dan Timbalan Menteri bagi MENENTUKAN jawatan Perdana Menteri terus TERJAMIN TANPA boleh diugut oleh sesiapa pun.
12. Muhyiddin TAK PERLU dengar apa orang cakap, yang penting ialah beliau boleh terus berkuasa sehingga nyawa terpisah daripada badan.
13. Istilah ‘Ayah Chik’ ialah nama timang – timangan atau panggilan oleh mereka yang terlalu akrab dengan Hadi.
14. Di kalangan masyarakat Terengganu khususnya penduduk Marang dimana Hadi menjadi Wakil Rakyat, gelaran itu diberi kerana menganggap tahap Hadi melebihi seorang Wali.
15. Tanggapan ini dikuatkan lagi apabila menjelang PRU yang lepas, Hashim Jasin , Mursydul Am PAS memaklumkan Hadi kerap berjumpa Rasulullah di dalam mimpinya; tak pasti pula sama ada mimpi bertemu Rasulullah oleh Hadi masih berterusan SELEPAS PRU14 yang lepas.
16. Saya masih TIDAK PERCAYA Hadi seorang ulama yang dipandang begitu tinggi oleh ahli – ahli PAS sanggup membuat fitnah terhadap Anwar Ibrahim konongnya Anwar TERLIBAT dengan Freemason dan mendapat sokongan badan Yahudi itu untuk menjadi PM.
17. Mengikut lapuran surat Hadi yang menggunakan ‘letterhead’ PAS bertarikh 22hb Mac 2020 telah dihantar secara sulit kepada pemimpin – pemimpin Gerakan Islam seluruh dunia namun telah terlepas kepada pengetahuan umum pada 3hb April 2020 iaitu dua hari SELEPAS perlantikan beliau sebagai Duta Khas ke Tmur Tengah bertaraf Menteri.
18. Jika kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man itu benar iaitu perlantikan Hadi TIDAK bersabit dengan politik, maka ini bermakna Muhyiddin telah nampak lebihnya kehebatan dan ketokohan Hadi jika dibandingkan dengan Hishamuddin Hussein, Menteri Luar yang katanya amat berpengaruh dengan negara – negara Arab seperti Arab Saudi dan negara – negara bersekutu yang tidak begitu senang dengan Iran.
19. Selepas selesainya COVID-19 ini Hadi bolehlah mulakan lawatan rasmi ke negara – negara Islam dengan diiringi oleh pegawai – pegawainya.
20. Bagi penjimatan kos ekoran perlantikan ini mungkin sebahagian besar Duta kita diberhentikan perkhidmatan mereka dan digantikan dengan ahli – ahli PAS dengan gaji yang lebih murah!
21. Hadi yang juga menuduh AMANAH terlalu liberal kini setelah diberi kuasa WAJIB membuktikan segala apa yang diperjuangkan selama ini AKAN DILAKSANAKAN SEBELUM PRU15 akan datang.
22. Jika SEBELUM ini PAS MELALAK ke sana ke sini bagi mewujudkan negara Islam, kini rakyat sedang menunggu dengan debaran apakah PAS benar – benar BERJUANG UNTUK ISLAM atau hanya MENGGUNAKAN ISLAM bagi kepentingan diri mereka.
23. SEMOGA GELARAN AYAH CHIK TIDAK BERTUKAR MENJADI AYAH PIN!
24. ‘Terlajak Perahu
Boleh Diundur
Terlajak Kata
Buruk Padahnya’.
Wassalam
Terima Kasih.

MENGAPA MENTERI KESIHATAN SERING MENGHILANG?

PKP: Mahasiswa syorkan kerajaan sediakan pengangkutan khas

PKP: Mahasiswa syorkan kerajaan sediakan pengangkutan khas


Gabungan beberapa persatuan mahasiswa mengesyorkan agar kerajaan menyediakan pengangkutan khas bagi membawa pulang mahasiswa dari universiti ke negeri masing-masing.
Itu antara cadangan yang dilontarkan Mahasiswa Malaysia untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan susulan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April ini.
Mahasiswa Malaysia dalam kenyataan bersama berkata, ia boleh dilakukan secara berperingkat melalui kerjasama strategik pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), universiti dan kerajaan negeri sebelum sambutan Aidilfitri.
“Kami juga mencadangkan untuk pihak KPT dengan kerjasama universiti dan kerajaan negeri, memberikan subsidi bagi menampung sebahagian kos pengangkutan.
“Caj pengangkutan perlu diletakkan pada harga yang munasabah. Lebih baik jika kos pengangkutan ditampung sepenuhnya tanpa caj bayaran kepada mahasiswa,” katanya lagi.
Selain itu, setiap mahasiswa yang berada di kampus juga disaran untuk melakukan ujian saringan Covid-19 sebelum proses penghantaran ke kampung halaman mereka dilaksanakan.
“Bagaimanapun pelajar yang didapati positif wabak tersebut tidak dibenarkan pulang dan perlu dihantar untuk menjalani proses kuarantin.
“Walaupun mahasiswa yang berada di kampus sudah lebih daripada tempoh kuarantin yang disarankan, sebagai langkah berjaga-jaga usaha ini wajar dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang risiko yang mendatang.
“Selain itu, jika rumah mahasiswa berada di kawasan merah, kami menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memastikan pergerakan mahasiswa yang dibawa pulang mengikuti Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh mereka,” katanya lagi.
Menurut Mahasiswa Malaysia, pihaknya sudi memberikan sepenuh kerjasama dan komitmen kepada KPT dalam membantu memastikan kelancaran perlaksanaan penghantaran pulang mahasiswa ke rumah masing-masing.
Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI).
Turut serta, Kelab Mahasiswa Penyokong PAS (SiswaPAS), Kelab Mahasiswa UMNO (UMNOSiswa), Kesatuan Perwakilan Mahasiswa Malaysia (KPMM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Gerakan Pembebasan Akademik (GPA).
Selain itu adalah Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Mahasiswa AMANAH Nasional, Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa), Nadi Mahasiswa Malaysia dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) AGRA Mahasiswa.

KKM minta tangguh kedai gunting rambut, Menteri minta buka

KKM minta tangguh kedai gunting rambut, Menteri minta buka

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta semua industri yang telah dibenarkan beroperasi supaya menangguhkan semua operasi mereka dalam tempoh semingu ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah melalui media sosialnya hari ini berkata, ini termasuk operasi kedai gunting rambut yang dibenarkan beroperasi oleh kerajaan dalam suatu pengumuman semalam.
Kata beliau, penangguhan ini perlu dibuat dalam tempoh seminggu ini sehingga data-data menunjukkan bahawa negara berada dalam pemulihan berhadapan pandemik Covid-19.
Semalam kerajaan menerusi Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengumumkan pelonggaran sembilan industri untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuk perkhidmatan gunting rambut dan dobi.
Keputusan berkenaan diambil katanya menerusi mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu (8 Mac) lalu.
Sembilan industri tersebut adalah seperti berikut:
1. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).
2. Industri Mesin dan peralatan.
3. Industri Aeroangkasa.
4. Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan.
5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D).
6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners).
7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.
8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).
9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)

3 LANGKAH SELAMAT GUNTING RAMBUT


Reeya Halem

Bagi mana mana lelaki yang rimas dengan rambut panjang di musim wabak bahaya sedang menular ni, kamu hanya ada 3 pilihan sahaja :

1. Pergi gunting rambut di barber atau saloon = kamu akan dapat samada fesyen yang di inginkan atau covid19.

2. Sila mintak anak atau menantu atau cucu pi botak kan kepala = kamu akan dapat gaya Vin Diesel, Dwayne the Rock atau Toyol.

3. Sila mintak sang isteri tercinta pi tocang kan rambut = kamu akan dapat samada🤩😍😜🤪 atau malam Jumaat yang romantika

So its your choice then!!

PENYELESAIAN DAN MASAALAH PELAJAR : Ismail Sabri Yaakob: KKM Melihat Kesihatan Bukan Sahaja Pelajar Tetapi Penduduk Di Kawasan Pulang

KEDAI GUNTING RAMBUT : Ismail Sabri Yaakob: Jangan Melaporkan Berita Mengelirukan Yang Boleh Menimbulkan Keresahan Rakyat

Ketua Pengarah Kesihatan: Pertambahan Kes Baharu Di Daerah Dibawah Enhanced MCO 11/04/2020



TERKINI SI KITOL KENA BELASAH LAGI


Hamsina Hamzah

Nampaknya menteri kanan PN Nasional (PN) si kitol Azmin Ali dibalun setiap penjuru hari ini.

Ini gara-gara kebenaran membuka operasi kedai gunting rambut semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula minggu depan.



Setelah kerajaan Negeri Sembilan melarang operasi kedai gunting rambut dan meminta nasihat pakar kesihatan, kerajaan Pulau Pinang juga mengambil tindakan serupa sebentar tadi.


Malah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  menasihatkan semua industri menangguhkan terlebih dahulu operasi termasuk kedai gunting rambut dalam tempoh seminggu ini sehingga data-data menunjukkan keadaan negara berada dalam fasa pemulihan.

Ketua Pengarah Kesihatan memberi saranan tersebut berikutan risiko terdapatnya penularan jangkitan jika kebenaran diberikan.



KERAJAAN HARUS PERTIMBANGKAN BUKA KEDAI GUNTING RAMBUT


Atas kecuaian dan tidak hati-hati Azmin dalam hal ini, maka dicadangkan beliau ditukarkan daripada kementerian.







JOM KITA KENAL SIAPA PENGERUSI GLC- RAMAI ORANG POLITIK YA ?


Makluman Pengerusi-pengerusi  GLC

1. YBM. Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah (MP Gua Musang) - PETRONAS

2. YB
 Dato' Sri Shahidan Kassim (MP Arau) - FGV

3. YB. Dato' Seri Idris Jusoh (MP Besut) - FELDA

4. YB
 Datuk Seri Haji Hajiji Haji Mohd Nor (Adun Sulaman) - Tabung Haji

5. YB. Dato' Hajjah Azizah Mohd Dun (MP Beaufort) - MARA

6. YB. Dato Sri Hajah Rohani Abdul Karim (MP Batang Lupar) - BERNAS

7. YB. Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (MP Bukit Gantang) - LKIM

8. YB. Dato' Sri Hasan Arifin (MP Rompin)  - SSM

9. YB. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (MP Machang) - MPOB

10. YB. Dato' Sri Azalina Othman (MP Pengerang) - Timbalan Speaker

11. YB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Hasan (Adun Rantau) - TNB

12. YB. Dato' Seri Mahdzir Khalid (MP Padang Terap) - Telekom

14. YB. Datuk Haji Shabudin Yahaya (MP Tasik Gelugor) - Felcra

15. YB. Dato' Haji Salim Sharif (MP Jempol) - Risda

16. YB. Dato' Hasbullah Osman (MP Grik) - SPNB

17. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan Idrin (MP Jerantut) - Lembaga Pertubuhan Peladang

18. YB. Tan Sri Noh Omar (MP Tanjung Karang) - MISC

19. YB. Dato' Mohd Nizar Haji Zakaria (MP Parit) - Lembaga Getah Malaysia

20. YB. Dato' Haji Fasiah Haji Mohd Fakeh (MP Sabak Bernam) - Perkeso



Kerajaan minta KKM kaji kesan hantar balik 80,000 pelajar ‘terperangkap’ di kampus


Lebih 80,000 pelajar kini ‘terperangkap’ di kampus universiti masing-masing berikutan pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lepas.
PETALING JAYA: Kerajaan meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkaji kesan langkah menghantar pulang 80,000 pelajar yang kini terperangkap di kampus universiti masing-masing berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas.
Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana ia melibatkan pergerakan manusia yang sangat besar jumlahnya.
“Jadi telah dibentang cadangannya, tetapi oleh kerana jumlah begitu besar, ada sebahagian yang pulang Sabah dan Sarawak akan dikuarantin wajib di sana dan sebagainya.
“Kita minta supaya KKM melihat perkara ini dari segi kesan kesihatan bukan sahaja pelajar terbabit, tetapi kepada penduduk di kawasan yang mereka akan pulang nanti,” katanya pada sidang media hari ini.
Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, ia akan meneliti kaedah terbaik untuk menghantar pulang pelajar yang masih berada di kampus ke rumah masing-masing susulan pengumuman lanjutan tempoh PKP.
Menterinya, Noraini Ahmad berkata, KPT kini meneruskan perbincangan dengan pihak terbabit dan sedang meneliti kaedah terbaik untuk tujuan itu.
Kerajaaan mengumumkan PKP dilanjutkan 14 hari lagi hingga 28 April bagi memerangi Covid-19 sepenuhnya selepas negara melalui 2 fasa PKP sebelum ini.
Dalam pada itu, Ismail berkata, beliau ada menerima cadangan daripada KPT untuk menghantar balik pelajar yang terperangkap dalam mesyuarat menteri pagi tadi.
Beliau berkata, jumlah pelajar terperangkap di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) adalah seramai 80,000 orang di seluruh negara.
Katanya, jumlah itu tidak termasuk pelajar yang tinggal di luar kampus, iaitu yang menyewa rumah dan mempunyai keinginan untuk pulang ke rumah ibu bapa masing-masing.
“Jadi kita minta KKM mengkaji perkara ini. Seperti kita sedia maklum, KKM melihat sudah berlaku sedikit penurunan jumlah positif Covid-19.
“KKM tidak mahu perkara seperti ini menjejaskan usaha mereka dan akhirnya jumlah (jangkitan) kembali tinggi serta gagalkan usaha kita selama ini. Jika perkara ini tidak diteliti lebih halus, kita mungkin kena berada di rumah lebih lama,” katanya.
Ismail berkata, kerajaan mahu PKP ini ditamatkan mengikut perancangan yang ditetapkan oleh KKM.
Operasi kedai gunting rambut
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan meniliti semula pandangan semua pihak berkenaan langkah kerajaan membenarkan kedai gunting dan salon rambut memulakan semula perkhidmatan mereka dalam tempoh pelaksanaan PKP.
“Betul, semalam macam-macam berita keluar di sosial media bincang perkara sama.
“Saya percaya dan juga dimaklumkan bahawa MITI akan meneliti semua pandangan rakyat dan akan perhalusi perkara ini,” katanya.
Semalam kerajaan mengumumkan beberapa perkhidmatan, termasuk salon rambut, dibenarkan beroperasi semasa pelaksanaan PKP yang kini dilanjutkan sehingga 28 April.
Bagi salon dan kedai gunting, hanya kegiatan menggunting rambut dibenarkan.
Kerajan bagaimanapun berkata, syarikat yang dibenarkan beroperasi dikehendaki mematuhi peraturan sedia ada, termasuk yang ditetapkan oleh KKM dan agensi penguatkuasaan.
Waktu operasi kedai makan
Ismail juga berkata, kerajaan tidak ada cadangan untuk melihat balik waktu operasi kedai makan yang telah ditetapkan, iaitu dari jam 8 pagi sehingga 8 malam.
“Kita akan tengok keperluan. Rakyat masih boleh beli makan dan tak ada aduan lagi,” katanya.
1,095 ingkar PKP
Ismail memaklumkan polis menahan 1,095 individu kerana ingkar PKP dengan 815 dikenakan kompaun RM1,000.
Katanya, 242 individu direman dan 38 individu diberikan jaminan polis.
“Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP dari 18 Mac sehingga 10 April 2020 adalah sebanyak 7,759 individu.
“Seramai 373 dituduh di mahkamah kerana ingkar PKP,” katanya.
Beliau berkata, berkata susulan lanjutan PKP, polis akan bertindak lebih tegas dan tidak akan berkompromi dengan individu yang masih ingkar dan degil.
Katanya, mereka yang ingkar PKP kali ini akan ditangkap dan dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 24 (342) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Bagi kesalahan pertama, ia boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
“Kesalahan kedua, boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Ismail berkata, dalam tempoh pelaksanaan PKP, sesiapa yang gagal memberi kerjasama kepada petugas kerajaan, termasuk anggota KKM seperti doktor atau jururawat akan didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
“Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara maksimum 2 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya.
Operasi sanitasi awam Covid-19
Ismail berkata, operasi sanitasi awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), sejak 30 Mac telah melakukan 1,291 operasi sanitasi di 85 zon, termasuk di 24 zon merah dan 61 zon kuning.
Beliau berkata, kawasan yang disanitasi, termasuklah 884 bangunan kerajaan, 565 tempat awam, 528 pusat perniagaan dan 107 pasar raya.
“Semalam, sebanyak 166 operasi sanitasi meliputi 60 zon di 12 negeri, termasuk 46 kawasan di Johor dan 26 kawasan di Pahang.
” Sebanyak 3 PPR telah dinyah cemar menjadikan jumlah keseluruhan 37 PPR telah selasai disanitasi melibatkan 36,870 unit rumah,” katanya.
Pengurusan pusat kuarantin
Ismail berkata, setakat 9 April, sebanyak 156 pusat kuarantin Covid-19 telah beroperasi berbanding 146 pada hari sebelumnya, melibatkan 11,445 individu yang sedang menjalani tempoh kuarantin wajib.
Beliau berkata, sejak semalam, seramai 386 rakyat Malaysia pulang ke tanah air dan dikenakan arahan kuarantin wajib.
Peranan media
Katanya, media, terutama portal berita dalam talian, dinasihatkan supaya melaporkan berita yang tepat dan sahih, terutama yang melibatkan kenyataan rasmi kerajaan.
Beliau berkata, media tidak sepatutnya melaporkan berita mengelirukan yang boleh menimbulkan keresahan rakyat.
“Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan sentiasa memantau kandungan berita dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas,” katanya.

DR MUSA NORDIN BUKAN NAMA KECIL DALAM BIDANG PERUBATAN


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
DR PRUBATAN VS DR SURAT..TAPI DR SURAT MENYURAT NAMPAK LEKEH ILMU..


Nama Dr Musa Nordin bukan kecil dalam alam perubatan Malaysia. Saya sendiri kenal nama ini sewaktu masih seorang pelajar perubatan. Nama beliau mula naik sekitar 2010 sewaktu aktif dalam VIVA Palestina yang giat membantu penduduk Gaza.


Beliau seorang yang turun padang dan ligat dalam kesukarelawan perubatan di Malaysia malah seluruh dunia. Tahun 2017 namanya diangkat media di Malaysia sewaktu beliau dianugerahkan Pencapaian Sepanjang Hayat Gabungan Persatuan Perubatan Islam Sedunia (FIMA) yang disampaikan oleh Presiden Erdogan.

Dr Musa Nordin terkenal ‘garang’ dan provokatif dalam tulisan-tulisan dan penampilan beliau di TV. Antara quote yang diambil Dr Musa yang tidak boleh saya lupa ialah dalam artikel beliau yang membela houseman/junior doctor yang dianggap sesetengah senior doctor sebagai “lowest form of life, even lower than the amoeba”.

Banyak doktor-doktor yang berkhidmat dalam KKM sekarang pernah menerima sentuhan IMARET (Islamic Medical Association of Malaysia Relief Team) seawal mereka pelajar universiti dan kenal dengan sosok Dr Musa Nordin yang mendokongnya. Sesetengah orang, walau pun melawak nampak serius, tapi ada orang yang serius tapi tetap nampak lawak.

‘Kesilapan’ Dr Musa ialah meneruskan corak penulisan beliau yang biasanya provokatif dalam isu keperluan PPE yang menerusi pemerhatian beliau di lapangan tidak mencukupi. Malang bila ‘my plea to MOH’ (Rayuan saya kepada MOH) terutamanya frasa ‘ivory tower’ diterjemahkan sebagai serangan kepada MOH setelah ditambah rencah sana sini oleh portal-portal politik dan penulis yang senada.

Lagi malang apabila netizen lebih sudu dari kuah sampai sanggup menghina penampilan fizikal Dr Musa Nordin. Jijik.

Dr Noor Hisham Abdullah nama besar. Dr Musa Nordin nama besar. Sesekali mereka kritikal terhadap satu sama lain untuk kebaikan Malaysia. Kita (terutama kaki politik 24 jam) jangan jadi batu api.

Dr Hafez Iftiqar Termizi, MBBS

~ MHDaily

KRITIKAN DAN TEGURAN ITU UNTUK SEMAK DAN IMBANG KERAJAAN



Saya agak risau bila membaca grafik Jabatan Penerangan Malaysia semalam berkenaan ‘berita palsu’ (fake news), khusus bab ‘menanam kebencian terhadap kerajaan pemerintah & pemimpin’ adalah satu bentuk berita palsu.

Apakah Akta yang menjadi asas kepada takrifan ‘berita palsu’ seperti yang digunakan di sini?

Adakah Kerajaan berkata kita tidak lagi boleh komen atau marah bila ada menteri yang kata air suam boleh bantu bunuh virus Covid-19?



Atau bila ada menteri membazir alat pelindung diri (PPE) dan ditegur para doktor?

Atau bila ada menteri yang ajak mahasiswa main TikTok?

Atau ada grafik Kerajaan yang mengajak isteri menegur suami dengan menggunakan nada Doraemon?

Yang betul tetap betul. Yang salah perlu ditegur.

Kita semua mahu bersama melawan Covid-19. Kita semua mahu selamatkan ekonomi negara.

Tapi kita semua juga mahu bersuara bila wujud keperluan untuk bersuara. Ini bukan perkara palsu.

Fahmi Fadzil



ELAK CLUSTER GUNTING RAMBUT



Saya pasti ramai yang merungut rambut masing-masing dah panjang.
Saya juga tidak terkecuali.
Tapi saya juga tahu bahawa kita sedang berhadapan dengan Covid-19 dan jangan sia-siakan pengorbanan frontliners kita di Hospital.
Juga pengorbanan kita semua kekal di rumah yang sampai ada mereka hilang mata pencarian dan ekonomi keluarga semakin susah.
Mungkin pandangan saya ini tidak popular.
Kerajaan kan popular dan tak boleh ditegur.
Tapi demi kepentingan orang ramai, saya tidak bersetuju dengan arahan Menteri membenarkan kedai rambut beroperasi.
Bolehkah kita berkorban sedikit lagi untuk pertahankan penjarakkan sosial (social distancing)?
Saya mohon maaf kepada pengusaha-pengusaha kedai gunting kerana mesej ini.
Namun pandangan saya, eloklah kedai gunting rambut dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang ada direct contact dengan pelanggan ditutup dahulu.
Bagi mereka yang mahu sama-sama #CegahCOVID19 dan #Kitajagakita, tolong sebarkan mesej ini.
AKMAL NASIR
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
11 April 2020.