KKM minta tangguh kedai gunting rambut, Menteri minta buka

KKM minta tangguh kedai gunting rambut, Menteri minta buka

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta semua industri yang telah dibenarkan beroperasi supaya menangguhkan semua operasi mereka dalam tempoh semingu ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah melalui media sosialnya hari ini berkata, ini termasuk operasi kedai gunting rambut yang dibenarkan beroperasi oleh kerajaan dalam suatu pengumuman semalam.
Kata beliau, penangguhan ini perlu dibuat dalam tempoh seminggu ini sehingga data-data menunjukkan bahawa negara berada dalam pemulihan berhadapan pandemik Covid-19.
Semalam kerajaan menerusi Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengumumkan pelonggaran sembilan industri untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuk perkhidmatan gunting rambut dan dobi.
Keputusan berkenaan diambil katanya menerusi mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu (8 Mac) lalu.
Sembilan industri tersebut adalah seperti berikut:
1. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).
2. Industri Mesin dan peralatan.
3. Industri Aeroangkasa.
4. Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan.
5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D).
6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners).
7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.
8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).
9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)

No comments: