Selepas dikecam kerana Tik Tok, Noraini berdepan kecaman lagi

Selepas dikecam kerana Tik Tok, Noraini berdepan kecaman lagi



Selepas dikecam menganjurkan pertandingan Tik Tok, kini Datuk Dr Noraini Ahmad dilihat berhadapan kecaman ‘gelombang kedua’ daripada warganet.
Kecaman itu boleh dibaca di ruangan komen Twitter beliau selepas Menteri Pengajian Tinggi itu memuat naik tweet kira-kira beberapa  jam yang lalu.
Ahli Parlimen Parit Sulong itu menulis, ‘susulan pengumuman yang dibuat YAB Perdana Menteri mengenai lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, saya bersama Kementerian sebentar tadi meneruskan perbincangan & meneliti kaedah terbaik untuk menghantar pulang pelajar yang masih berada di kampus ke rumah masing-masing’.
“Perkara ini akan dibawa ke Mesyuarat Khas Menteri mengenai Covid-19 esok pagi. Sebaiknya, saya mahu pelajar bukan sahaja dapat pulang ke rumah tetapi pulang dalam keadaan sihat dan selamat,” tulis beliau di Twitter.
Susulan status yang dimuat naik oleh Noraini itu, kelihatan ada netizen yang tidak sependapat dengan Ketua Wanita Umno itu.
Warganet yang menggunakan nama helmieshawal menyifatkan tindakan Noraini itu perlu difikir sebaiknya.
“Kena fikir sebaiknya. Adakah rantaian boleh putus jika begini ? Apa kesan dan akibatnya. Banyak buruk dari baik rasa nya. Fikirlah….,” katanya di ruang komen.
Seorang lagi warganet, Chocolate Queen pula menggesa Noraini supaya segera melaksanakan tugasan.
“Cepat sikit buat kerja. Jadi menteri bukan suruh main tiktok, dah lah dgn influenza,” katanya.

No comments: