Kelemahan kerajaan punca PKP disambung?
Kredit: Ipohmali
Jangan Salahkan Rakyat, Bila Kerajaan Sendiri Gagal..
Baru baca berita, Muhyidin Mengumumkan sambungan PKP, dan bersedia melonggarkan sedikit ruang ekonomi, aku taknak komen dulu..Cuma tunggu dan langkah seterunya..
Apapun tak perlulah salahkan rakyat atas sebab lanjutan tempoh PKP ini, Jelas terdapat kelemahan ketara tindakan Kerajaan dalam menangani Wabak ini, Ia bukan menyentuh soal frontliner mahupun petugas Kementerian Kesihatan yang jelas cemerlang….
ramai yang pulih hari ini hasil kecemerlangan mereka..samalah semasa gelombang pertama dahulu.. 22 kes Covid-19.//22 darinya Pulih.. Sehingga kita tidak ada kes selama 11 hari..
Aku tengok ramai yang cuba salahkan rakyat..Salahkan mereka kononnya mereka degil keluar rumah..Aku minta kita jangan terperangkap dengan Virus Azwan Ali yang menciptakan ketakutan tanpa fakta..
tetapi apa yang berlaku hari ini..jelas dari beberapa kegagalan tindakan MKN dan Nadma bertindak cepat.. menyebabkan tempoh PKP selama 4 Minggu hanya lah sia sia.. Mereka sendiri sejak awal tidak berusaha memutuskan rantaian ini…
Sebenarnya walaupun mereka wujudkan ketakutan kononnya Virus merebak, tidak ada kluster Pasaraya, Kluster Pasar pagi, Kluster Pasar tani atau Kluster kedai Mamak, Yang jelas sebaran wabak ini atas 2 faktor utama, Jangkitan Tabligh dan Import..
1- KLUSTER IMPORT TANPA PROSES KUARANTIN
Sebagai contoh, Beberapa Kes dan Kluster baru yang wujud, adalah disebabkan kegagalan meletakkan pengasingan mereka yang pulang dari luar negara.. hatta wujudnya Kluster baru dari kelompok yang dibiarkan mereka dikuarantin bersama keluarga dirumah..
Singapore sebelum mereka melaksanakan MCO, Mereka terlebih dahulu bertindak progresif bila mereka terlebih dahulu penyediakan penempatan ,Hotel untuk mereka yang pulang dari luar negara, Berbeza dengan kita, Setelah 3 Minggu MCO.. Baru Kerajaan sediakan pusat pengasingan dan hotel…
Sebagai contoh mudah, Lihat bagaimana seorang pemimpin Pemuda PAS yang bercuti di Turki, Pulang dari Turki dalam tempoh MCO?PKP.. tetapi dibiarkan untuk dia dikuarantin sendiri di rumah..bila wujud kluster dikalangan pengimport baru ini, baru kerajaan bertindak menyediakan Hotel dan tempat pengasingan…itupun dah masuk minggu ke 3..
Begitu juga beberapa Kluster yang pulang dari Italy di Sarawak.. mereka dibiarkan kuarantin sendiri dirumah..Kluster Tabligh yang sekali lagi pergi menyertai himpunan tabligh di Sulawesi dan India biarpun jelas terdapat kes dan Kluster besar himpunan Tabligh di Malaysia.. begitu juga pelakon dan produksi Drama yang positif COVID-19..
biarpun aku setuju ramai kelompok tabligh yang tak bersalah, mereka menjadi mangsa….hakikatnya ramai juga yang degil dan masih menyertai himpunan diluar negara seperti kes himpunan di Sulawesi dan India….
2- GAGAL KESAN KLUSTER IMPORT..
Aku masih ingat saranan Dr Dzul sejak awal PKP.. Dr Dzul mencadangkan Kerajaan mengesan kelompok ini secepat mungkin, Sepatutnya tenaga anggota Polis dan tentera digunakan untuk tujuan ini.. Sebelum ini dilaporkan Kakitangan Kerajaan sahaja yang menganjurkan lawatan luar negara lebih 8 ribu orang..
Dalam tempoh mereka berkurung di rumah ini lah sesuai menjejaki mereka.. Kerajaan boleh saja dapatkan Snearai nama dan rekod penerbangan, Malangnya tindakan berlaku hanya melalui rekod kesihatan dan perubatan dikesan bila ramai dari mereka yang positif COVID-19..
Malangnya Menteri cuba tunjuk hebat.. Nak tunjuk buat kerja.. mereka hanya ditugaskan untuk tugas tugas tidak penting seperti menjaga kata Menteri Pertahanan, Menjaga Jalan, Jaga Pasaraya dan ATM Bank.. ia tak membawa apa apa makna..
3- GAGAL KENAL PASTI KAWASAN WARGA ASING..
Singapore hanya perlukan satu hari laksanakan MCO/PKP, Tetapi depa dah berjaya jejak sejumlah warga asing, penempatan Pekerja, Kawasan yang beresiko di Singapura..
Malangnya kawasan seperti Malayan mansion, Masjid India yang terkenal menjadi port kelompok Tabligh, Hanya dikesan hanya Minggu terakhir perlaksanaan PKP… Itu pun bila wujud rekod kesihatan kawasan itu terdapat banyak kes Postif COVID-19., Antaranya ada perjalanan dan rekod menyertai himpunan Tabligh India..
Sepatutnya kawasan beresiko seperti ini dapat dikesan lebih awal, apalagi bila rekod peserta Jemaah Tabligh ini sebahagian besar penyertaaan warga asing seperti India,Bangladesh dan Rohingya..
Khalid Samad lebih awal memberikan pandangan kawasan Flat, Pendudukan padat seperti ini, beresiko untuk Jangkitan berlaku, tapi ramai yang pertikai pandangan Khalid Samad..Dan ia akhirnya berlaku…
4- HIMPUNAN AWAM SEBELUM PKP YANG DIBENARKAN..
Kebanyakan kes berpunca dari kes Import.. Dan banyak dari kes generasi ke 3-5 Berlaku dalam himpunan awam, Sebagai contoh Kluster Gereja dengan mereka yang balik dari Italy.. dan Kluster dan kenduri kahwin yang masih dibenarkan biarpun tempoh MCO sudah hampir..
Mana tidaknya Menteri Perumahan sendiri mengajurkan majlis Keramaian sehari sebelum perlaksanaan MCO.. Sepatutnya bila ada kes jangkitan tempatan direkodkan seperti mana dalam kes Pengerusi UDA(kes ke 26)… Kerajaan sudah patut mengharamkan himpunan awam Sebagaimana Singapore..
Itu belum masuk himpunan awam di TBC dan Balai polis akibat tindakan panik Kerajaan…
5- RAKYAT BAWAHAN JADI MANGSA SEBAB NAFSU ORANG KAYA..
Kebanyakan kes. Kluster yang wujud disebabkan rekod perjalanan mereka kelompok menengah dan Kaya.. Mereka inilah yang membawa virus pulang dari Shaghai, Dari Italy, dari Turki dari Eropah.. Ada diantara mereka yang tidak bertanggungjawab merayau kesana kesini..Tetapi rakyat bawahan pula yang didakwa dan didera
Kadang2 aku simpati kepada kelompok bawahan, Penduduk Kampung….Kalau kita faham sebab dan punca kes berlaku.. Ia tak melibatkan seorang anak muda yang terpaksa ditahan kerana memhu membeli maggie… Tidak disebabkan 2 Apek Cina yang pergi memancing sebab hilang pendapatan.. Atau disebabkan Panjual dan penjaja ditepi tepi jalan… tetapi dalam tempoh MCO ini mereka yang jadi Mangsa, mereka yang hilang pekerjaan dan pendapatan..
Sepatutnya yang dihukum, mereka yang berdegil Melancong ketika wabak sedang memuncak di China, Mereka yang bermain salji ketika waktu PKP sudah semakin hampir.. atapun kelompok Agama yang degil seperti peserta Tabligh ke Sulawesi dan India..mereka lepas bebas..Malangnya yang menjadi mangsa, Rakyat bawahan..
Sedangkan tidak ada Kluster TESCO atau ECONSAVE.. tidak ada kluster Pasar Tani tau Kluster kedai Roti Canai, Kluster Kedai mamak, Ataupun Kluster penjaja Burger.. Malangnya dalam tempoh MCO ini mereka lah paling terkesan..
Atas sebab kelemahan Kerajaan ini, PKP selama sebulan ini hanyalah Sia sia..