KEBODOHAN APAKAH INI? (Bahagian IV)




1. Menteri Pengajian Tinggi mengajak Mahasiswa/i dan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi bermain "Tik Tok" sedangkan para pensyarah dan pentadbir universiti sedang berusaha membina sistem belajar "online".

2. Rakyat masih menunggu-nunggu   Menteri Alam Sekitar mengumumkan keputusan kajian sama ada COVID-19 hidup dan membiak di dalam lubang-lubang jamban.

3. Bantuan Prihatin Rakyat juga diluluskan kepada pembesar-pembesar seperti Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bergaji belasan dan puluhan ribu tanpa perlu memohon sedangkan sebahagian besar rakyat B40 yang miskin diwajibkan memohon dan masih belum diluluskan.

4. Bantuan makanan yang disampaikan kepada rakyat melalui Ketua-Ketua kampung hanya sampai kepada kroni walaupun kroni adalah golongan berada.

5. Kerajaan mengeluarkan belanja besar membawa pulang rakyat Malaysia dari luar negara akibat penularan COVID-19 tetapi membiarkan pelajar IPT terperangkap di asrama sambil Menteri Pengajian Tinggi "asyik bermain handphone" dan bergalak sakan.

6. Bantuan Prihatin Nasional bagus pada dasarnya walaupun kecil tetapi lemah dari segi  perlaksanaannya kerana sebahagian besar rakyat masih belum menerimanya termasuk Makcik Kiah.

7. Hadi Awang di dalam surat berbahasa Arabnya masih menuduh DAP adalah parti warisan komunis sedangkan sejarah membuktikan MCA ditubuhkan bagi menggantikan Parti Komunis Malaya.

8. Rakyat hendak digula-gulakan dengan rancangan hiburan besar-besaran di chanel tv dalam waktu musibah/bala wabak COVID-19 ini oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Nota:
COVID-19 yang amat merbahaya mampu menyebabkan kematian. Lebih dari itu mampu menyebabkan KECELARUAN FIKIRAN di kalangan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri dan Ahli-Ahli Politik yang mengaku Agamawan. Mereka menjadi semakin BODOH, BANGANG, BEBAL, SASAU dan GILA.

Kalau Takut Kepada Risiko
Usah Bicara Soal Perjuangan

#KitaJagaKita

Salam Reformasi

ZAIDI AHMAD
Pekan
11 April 2020

No comments: