MGID

MACC death tragedy – My untrained CSI techniques 3




TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH - PART 3



My CSI Findings Part III


21/07/2009 by drrafick


1.Selepas dua penulisan saya berhubung dengan kematian TBH kini ia menjurus kepada bahagian ke 3 iaitu setelah membaca dan membuat kajiselidik dari sesetengah kenyataan dari individu dan juga media,saya percaya pihak polis mendapati bahawa tiada sebarang bukti sebagaimana yang saya catatkan. Ketua polis negara dalam kenyataannnya bersama Dato Najib di KLIA merumuskan bahawa siasatan hampir selesai dan mereka mengharapkan untuk menyerahkan kepada Ketua pendakwaraya /Peguam Negara secepat mungkin.



2. Apa yang didapati hasil dari kajian melalui internet 2 hari lepas, dan juga gambar-gambar yang telah di kaji , mari kita membuat kenyataan sebegini:



a) TBH telah meninggal semasa beliau dibawah sisasatan SPRM dan beliau “sebenarnya begitu teruja ketika berada di pejabat SPRM dan di tingkat 14” .Pihak jabatan kimia mungkin telah mengesahkan akan keadaan ini.



b) Pihak polis telah mengesahkan bahawa TBH tidak meninggalkan tempat tersebut pada jam 345 pagi dan TBH personal belongings like wallet, P1 hand phone and his backpack was still in the possession of MACC until it was given to the police 2 days later.

Bahawa semua HP,dompet masih berada dalam simpanan pihak SPRM sehingga telah diberikan kepada pihak polis 2 hari lalu. (bukan tarikh terjemahan)


c) Ia juga dilaporkan bahawa TBH telah meninggal 4-5 jam sebelum beliau dijumpai.Saya cukup tidak bersetuju dengan isu ini.



d) Salah seorang ahli DAP yang dinamakan sebagai Tan telah menyebut bahawa beliau telah berjumpa dengan TBH berdekatan dengan bilik persalinan atau tandas pada sekitar jam 6 pagi pada tarikh 16 Julai 2009.



e)Tiada maklumat yang jelas dan muktamat yang keluar dari mulut atau kenyataan bahawa beliau telah meninggal sebelum” keluar” dari tingkap atau meninggal akibat kesan jatuh.



3. Saya agak terganggu mengenai masa dimana TBH dikatakan dilihat oleh Tan.Saya mengambil keputusan untuk membuat panggilan untuk mengesahkan maklumat.Berdasarkan kepada sumber yang jelas, ianya didapati bahawa TBH bercakap dengan Tan , saya juga di maklumkan bahawa Tan tidak meliat jam pada ketika beliau bertemu dengan TBH.



4. Dia (Tan) telah bertanya kepada TBB bagaimana soalsiasat tersebut berjalan, namun tidak dijawab oleh TBH.Beliau hanya mengeluarkan satu suara , namun masih tidak jelas apa yang dimaksudkan oleh TBH. "Dia dikatakan kelihatan agak murung, apa yang dimaksudkan, saya sendiri tidak pasti" .Saya mengagak sesiapa sahaja yang tidak cukup tidur dan dikejutkan sepanjang malam, sudah tentulah menghadapi tekanan , dan sudah tentulah dalam keadaan mood yang tidak baik.



5. Saya cuba untuk lebih mendapatkan kepastian berhubung dengan masa pertemuan antara Tan dan TBH berdasarkan maklumat yang saya dapati,bila sahaja Tan meninggalkan TBH sekejap , matahari telah mula muncul.Beliau telah membuat telahan berdasarkan matahari.Saya mula membuat kajian kemunculan matahari di Shah Alam sejak beberapa hari lepas .matahari mula jatuh pada sekitar jam 549 petang.



6. Berdasarkan kepada kajian mengenai masa matahari tersebut, jelas semasa Tan keluar dari pejabat, ianya adalah sekitar 549-555 pagi.saya jangkakan bahawa Tan menemui TBH pada sekitar jam 530 pagi. Ini menunjukkan bahawa TBH masih ada sekitar 530 pagi.Ini adalah lebih kurang 8 jam sebelum beliau ditemui mati.



7. Jika kita melihat kepada kenyataan yang dibuat oleh pihak polis dari jabatan pathologist (bedah siasat) , TBH telah meninggal lebih kurang 5 jam sebelum beliau dijumpai, bermakna jam 830 pagi.saya membuat anggaran masa kematiannya ialah 6 jam sebelumnya iaitu sekitar jam sebelum 730 pagi.



8. Berdasarkan kepada maklumat yang telah saya jelaskan , ianya menunjukkan bahawa Tan telah meninggal pada jam 6 pagi. Dalam masa yang sama , di Shah Alam, matahari baru terbit , budak-budak membuat persdiaan untuk kesekolah. Pihak jaga kemungkinan masih lagi bersin dan keadaan jalanraya masih lagi belum sibuk tetapi sedang meningkat.



9. Sebagaimana teori awal saya , beliau telah mati semasa dalam tahanan SPRM. Tubuhnya telah di campak keluar mungkin seorang atau lebih tidak lebih dari 2 orang untuk melihat ianya seolah-olah kejadian membunuh diri yang berlaku dari tingkat 9 , akan tetapi masih ditahap yang boleh lagi ditambah mnegenai teori dan bukti mengenai membunuh diri.



10. Saya percaya masa kematian itu telah di ubahsuaikan dan di pendekkan . Apa yang perlu kita lakukan ialah mahu mengetahui siapa yag ada semasa kejadian tersebut bila dan tarikhnya ,misalnya 6.00 pagi pada 16 julai 2009.saya percaya ada pihak SPRM yang beribu pejabat di Shah Alam tahu mengenainya.

10. Saya percaya masa kematian itu telah di ubahsuaikan dan di pendekkan . Apa yang perlu kita lakukan ialah mahu mengetahui siapa yag ada semasa kejadian tersebut bila dan tarkhnya ,misalnya 6.00 pagi pada 16 julai 2009.saya percaya ada pihak SPRM yang beribu pejabat di Shah Alam tahu mengenainya.





11.Saya juga tidak pasti sama ada ianya benar atau tidak tetapi saya telah di maklumkan beberapa minit yang lalu(bukan masa terjemahan) , bahawa sebenarnya Dato mohd Shukri Abdul bukanlah pengarah SPRM Shah Alam.Beliau adalah bekas pengarah dan sekarang merupakan pengarah sisasatan di Putrajaya. Pengarah SPRM Selangor belum ada ketuanya sejak beberapa bulan lepas dan timbalannya telah mengambil alih sebgai pengarah dan menurut arahan dari Putrajaya.

12. Berdasarkan dari kajian saya juga ,ianya menjelaskan bahawa beliau telah menerima panggilan dari pada pagi itu dari ibu pejabat SPRM untuk membuat kenyataan akhbar.Semua teks ucapan tidak disediakan oleh beliau.Beliau sebernanya hanya orang perantara.Ianya juga dilaporkan bahawa beliau telah memberitahu DSAI pada hari beliau ke ibupejabat SPRM untuk mendapatkan arahan selanjutnya.Beliau juga mendakwa bahawa beliau tidak begitu pasti apa yang beliau cakapkan cuma sekadar memberikan kenyataan akhbar. Saya juga tidak pasti kemungkinan nya ada pegawai yang akan ditukarkan masuk dan keluar dari kedudukan mereka ketika rencana ini ditulis.

13. Berdasarkan kepada kejadian yang berlaku dan masih menjadi rahsia, saya percaya dan agak, ada pegawai SPRM yang tahu akan kejadian tersebut.Pihak ibupejabat di Putrajaya telah dimaklumkan lebih awal sejak 130petang dan Dato Mohd Shukri telah di bawa untuk memberikan kenyataan akhbar.

14. Saya telah memulakan pencarian di internet bila masa kenyataan akhbar tersebut di keluarkan tetapi tidak menemuinya.Bolehkah sesiapa membantu???Jika kita tahu masa kenyataan akhbar tersebut, kita akan dapat membuat andaian bila dan masa pergerakan maklumat antara pejabat SPRM di Shah Alam dan juga ibupejabatnya di Putrajaya.

15. Saya kini lebih condong kearah menyatakan bahawa saya percaya pejabat SPRM di Shah Alam cuba untuk menutup semua kejadian.TBH mati secara mengejut semasa sedang disoalsiasat di pejabat SPRM.Mereka menjadi panik dan cuba untuk melindungi kejadian dengan membuat dakwaan bahawa berlakunya kejadian membunuh diri.Mari kita lihat apa yang akan Dato Najib katakan kepada suruhanjaya Siasatan Di Raja.

Terjemahan:Amiruddin Ahmad



akan bersambung........part 4




(function() { var d = document, w = window; w

CERITA MATA LEBAM ANWAR ANGKARA TUN/ANWAR DI PUKUL [PIDATO DATUK EZAM GE...