KISAH KRONI DILANTIK TANPA PENGALAMAN AKAUNTAN.


 

MASA PH 1.0 CINA GUAN ENG DAH TURUN DARI 22 KEPADA 8..BILA PN NAIK... MEREKA NAIK KAN SEMULA 22...SANUSI PI MANA? KEPALA BAPAK HANG... LA NI PI MAKI ANWAR.. PERLEMBAGAAN DAH ADA..KENA UBAH PERLEMBAGAAN SEMUA SEKALI BARU BOLEH HAPUS... JOM DENGAR KEGOPOHAN MAT NUSI. ..


 

MENJAWAB TAN SRI MADINAH.










Faris Arifin.




 Mereka mahu kita berdebat tentang istilah: RAV atau MFRS? Insolven atau tidak? Audit bersih dengan Emphasis of Matter atau sebaliknya?


Tetapi rakyat berhak bertanya soalan yang jauh lebih nyata:

Jika semuanya baik-baik sahaja, bagaimana tujuh daripada 14 pelaburan Tabung Haji boleh dihapus kira 100 peratus, berjumlah RM2.581 bilion?


Angka-angka ini mewakili amanah pendeposit, guru, pesara, petani, peniaga kecil dan penjawat awam yang menyimpan kerana percaya Tabung Haji ialah institusi kepentingan awam, dengan jaminan kerajaan, diwujudkan untuk memudahkan urusan ibadah dan bukan menjadi medan eksperimen pelaburan berisiko tinggi tanpa tatakelola serta semak imbang yang “airtight”.


Tujuh pelaburan yang dilaporkan dihapus kira 100% dan berjumlah RM2.581 bilion:

1. Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co Ltd, RM1.864 bilion

2. Trurich Resources Sdn Bhd, RM364.31 juta

3. Putrajaya Perdana Bhd, RM193.49 juta

4. Alfareeda Residential Fund, RM82.00 juta

5. Abraj Sdn Bhd, RM40.23 juta

6. Emrail Sdn Bhd, RM19.30 juta

7. Wellspring Worldwide Ltd, RM18.00 juta


Tujuh lagi pelaburan yang turut dikenal pasti RCI untuk audit forensik:

1. PT TH Indo Plantations

2. Deru Semangat Sdn Bhd

3. TH Plantations Bhd

4. TH Properties Sdn Bhd

5. Alam Maritim Resources Bhd / TH Marine

6. TH Hotel & Residences Sdn Bhd

7. FGV Bhd


Tiga kes terbesar sahaja, Al-Rawda, Trurich dan Putrajaya Perdana, menyumbang kira-kira RM2.42 bilion, iaitu hampir 94% daripada kerugian penuh tujuh pelaburan tersebut.


RCI merekodkan bahawa 14 pelaburan ini melibatkan kerugian dan kesan kewangan sekitar RM13 bilion. Tidak semua dihapus kira 100 peratus. Tetapi kesemuanya cukup serius untuk menuntut audit forensik yang bebas, telus dan menyeluruh.


Ada yang berkata Tabung Haji “masih mampu membayar hutang”. Ada yang berkata audit dibuat mengikut prosedur. Ada yang mahu rakyat percaya bahawa perbezaan berbilion ringgit hanyalah soal metodologi.


Ini yang dipermainkan sebagai “red herring fallacy” untuk mengalihkan rakyat daripada isu pokok skandal Tabung Haji.


Harus dijelaskan bahawa perdebatan mengenai metodologi tidak dapat mengembalikan RM2.581 bilion yang telah hangus menjadi sifar.


Istilah teknikal tidak dapat menghidupkan semula pelaburan yang telah dihapus kira sepenuhnya.


Dan Laporan Audit dengan “Emphasis of Matter” oleh JAN tidak boleh dijadikan selimut untuk menutup persoalan paling asas:


Bilakah tanda-tanda kerugian diketahui?

Siapa yang meluluskan transaksi?

Siapa yang menilai risiko?

Siapa yang gagal bertindak?

Dan mengapa pendeposit hanya diminta percaya setelah kerugian berlaku?


RCI Tabung Haji penting bukan kerana kita mahu menjatuhkan hukuman melalui media sosial. Ia penting kerana sebuah institusi amanah awam tidak boleh berdiri atas hubungan, pengaruh atau alasan teknikal yang dipetik secara terpisah.


Ia mesti berdiri atas kebenaran.

Atas rekod yang lengkap.

Atas audit yang bebas.

Atas pentadbiran yang boleh dipertanggungjawabkan.

Atas prinsip bahawa setiap ringgit pendeposit mesti dijaga lebih ketat daripada ringgit milik sendiri.


Sebab itu RCI tidak boleh dipadamkan dengan “political spin”. Ia mesti diteruskan hingga ke hujung:

* Audit forensik terhadap 14 pelaburan.

* Pendedahan penuh tentang punca, kelulusan dan aliran dana.

* Tindakan undang-undang jika bukti menyokongnya.

* Penambahbaikan tadbir urus supaya pengkhianatan amanah ini tidak berulang.


Tabung Haji bukan milik mana-mana pentadbiran.

Bukan milik mana-mana parti.

Bukan milik mana-mana tokoh yang mahu mempertahankan legasi sendiri.


Tabung Haji milik pendeposit. Milik umat Islam. Milik negara.

Dan apabila tujuh pelaburan boleh hangus 100 peratus, tuntutan untuk kebenaran bukan serangan politik.


Ia ialah tuntutan amanah seluruh rakyat Malaysia.



PMX BERTEMU SULTAN BRUNEI SOAL JEREBU



CnP



 PMX jumpa Sultan Brunei minta 'nyawa'? Mesti ramai tak sangka kan. Jauh betul pergi sebab nak selamatkan 'nyawa'.







Tapi bukan nyawa biashe-biashe...


Tapi nyawa rakyat Malaysia.


Maklumlah, rakyat Malaysia di Sarawak kini terpaksa bernafas dalam debu toksik, namun kali ini kerajaan tak boleh berdiam diri lagi.


Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei telah bersatu hati untuk membawa krisis jerebu ini ke mahkamah diplomatik tertinggi ASEAN.


#Ceritera1

Mengapa Brunei yang dipilih sebagai rakan sekutu dan bukannya Singapura atau Filipina, adakah pengaruh Sultan Brunei lebih digeruni?


Bayangkan jiran sebelah rumah kita suka membakar sampah setiap petang.


Asap tebal masuk ke dalam rumah sehingga anak isteri anda batuk teruk.


Apabila ditegur, jiran tersebut hanya buat tidak tahu.


Akhirnya, kita terpaksa memanggil ketua kampung dan jawatankuasa penduduk untuk campur tangan secara rasmi.


Itulah analogi mudah untuk situasi jerebu rentas sempadan yang sedang melanda negara kita sekarang.


Data satelit mendapati lebih 1,800 titik panas atau kawasan kebakaran hutan sedang marak di Kalimantan.


Keadaan paling kritikal adalah di Kalimantan Tengah dengan rekod 976 titik panas.


Angin kemudiannya meniup jerebu tebal ini terus merentasi sempadan geopolitik masuk ke ruang udara Malaysia.


#Ceritera2 

Akibatnya, sekurang-kurangnya 12 kawasan di negara kita mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat.


Saudara kita di Serian, Sarawak paling teruk terjejas dengan bacaan IPU mencecah 190, sangat hampir ke tahap Sangat Tidak Sihat!


Kawasan lain seperti Kuching (182), Samarahan (177), dan Sibu (161) turut lumpuh diselubungi asap.


Oleh sebab keadaan yang semakin menyesakkan ini, satu keputusan drastik telah diambil pada 22 Ogos 2026.


Semasa Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) ke-27 di Bandar Seri Begawan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Hassanal Bolkiah telah mencapai satu kata sepakat.


Mereka tidak mahu lagi bermain tarik tali melalui rundingan dua hala yang sering menemui jalan buntu.


#Ceritera3

Malaysia, melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), ditugaskan untuk menghantar surat bantahan dan tuntutan rasmi secara terus kepada Sekretariat ASEAN di Jakarta.


Menteri Luar kita, Datuk Seri Mohamad Hasan pula diberikan tanggungjawab besar untuk mengemudi kempen diplomatik serantau ini.


Tetapi, satu persoalan geopolitik yang menarik timbul.


Mengapa Malaysia memilih untuk membentuk pakatan dengan Brunei?


Mengapa tidak Singapura atau Filipina?


Faktor pertama adalah geografi.


Brunei terletak tepat di jantung Sarawak dan berkongsi daratan yang sama dengan Kalimantan di Pulau Borneo.


Asap dari Kalimantan Tengah dan Barat secara langsung menyapu ruang udara Sarawak dan Brunei serentak.


Filipina pula terlalu jauh dan terpisah oleh lautan, manakala Singapura secara sejarahnya lebih terkesan dengan corak angin yang membawa jerebu dari pulau Sumatera berbanding Kalimantan.


Dalam kes ini, Malaysia dan Brunei adalah jiran yang berkongsi pagar rentung yang sama.


#Ceritera4

Faktor kedua adalah kuasa dan pengaruh Sultan Brunei.


Umum mengetahui bahawa Sultan Hassanal Bolkiah adalah raja pemerintah yang paling lama berkhidmat di dunia dan merupakan susuk tubuh paling senior dalam kalangan pemimpin ASEAN.


Suara dan teguran baginda membawa berat diplomatik yang luar biasa dan amat dihormati oleh semua negara.


Apabila Malaysia dan Brunei bergabung, ia membentuk satu 'Blok Borneo' yang sangat kukuh dari sudut perdagangan antarabangsa dan pengaruh wilayah.


Ia bukan lagi sekadar aduan biasa, tetapi satu desakan rasmi daripada tokoh paling berpengaruh di Asia Tenggara.


Ini memberi tekanan moral dan diplomatik yang jauh lebih kuat berbanding jika Malaysia bersuara sendirian.


Tindakan menjadikan isu ini sebagai agenda di bawah Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan adalah langkah taktikal yang sangat bijak.


Kita sudah penat dihidangkan dengan asap dari negara orang setiap tahun. Keselamatan dan kesihatan pernafasan kita bukanlah sesuatu yang boleh dikompromi demi menjaga hati pihak tertentu.


Ini kita kena akui, kelebihan paling unggul PMX ialah diplomasi dengan pemimpin negara luar.




MASUK EJEN CIA NI.

 Jamzuri Ardani


Orang politik ni ... benda boleh bincang elok-elok pun nak maki hamun. Isunya sekarang bukan lagi soal judi, tapi tentang keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.





MUSIBAH LANDA KELANTAN.


Ahmad Hussein





 Siapalah saya ini untuk bermegah seruan kembali kepada-Nya, sedangkan saya juga insan yang memikul dosa, cuma jujur saya mahu nasihat bahawa; at least kita semua perlu rasa diri berdosa, dan keep istighfar.


Rakyat & pemimpin perlu berhenti buat dosa, please wahai PAS YB Hadi hentikanlah buat d0sa diatas nama ag5ma, ia menarik murka, jika Bala' datang padahnya semua kena. 


Berhentilah bermusuh sesama islam menc3rca h!na pemimpin Melayu islam sendiri, ajar rakyat jadi hati keras memb3nci Anwar Ibrahim yang juga Melayu Islam, hentikanlah.





BUKAN UNTUK RAKYAT PUN.

 


Tak payah lah, Tuan Haji, Solo je lah........lawan!



Madinah vs Laporan RCI — Siapa patut kita percaya?






Madinah, isteri Ketua UMNO Kepong yang sanggup mati untuk Najib, atau 7 panel RCI yang dilantik oleh YDP Agong?


SK pilih percaya kepada 7 panel RCI.


Hari ini Madinah cuba cipta naratif menafikan laporan RCI, sedangkan laporan itu bukan disediakan zaman PH, tetapi ketika PN memerintah 33 bulan di bawah PM Ismail Sabri.






MERAPU 3


 

MERAPU 2


 

MERAPU 1.


 

DUA MAMAK KENA CEKUP


 

DUA DITAHAN SPRM.


 

PELINGKUP NEGARA.





 Peguam Negara sudah, Gabenor Bank Negara sudah, pegawai SPRM pun sudah. Lantikan boneka seterusnya ialah Ketua Audit Negara. Kerana Najib Razak dan UMNO BN, habis porak peranda negara dibuatnya. 1MDB dimuliakan, rakyat disusahkan. 


Jangan terkejut jika selepas ini laporan audit negara semuanya indah indah tentang perbelanjaan kerajaan Barisan Nasional.