GAMAKNYA LA. ANAK ANAK PI JALAN JALAN..BELI PADA AYAH TANDA MATA....

 


Zainuddin Omar


Perasan tak mata wang yang dirampas itu datang dari negara-negara yang memang selalu menjadi destinasi percutian orang Malaysia seperti Switzerland, England, Jepun, New Zealand, Australia dan UAE?


.



Teringat pula dulu banyak gambar viral anak-anak ahli politik bergambar dalam kapal terbang first class, bercuti mewah di luar negara dan macam-macam lagi.


Kita traveller marhaen ni lain cerita.


Naik airline bajet, seat pun kadang-kadang tak boleh recline. Ahaks. 


****


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dakwaan tidak mengisytiharkan harta membabitkan wang berjumlah RM14 juta dan pelbagai mata wang asing lain, lima jongkong emas seberat lima kilogram, sekeping perak dan syiling emas.


Mata wang asing berkenaan terdiri daripada SG$6.1 juta, AS$1.46 juta, CHF3 juta, €12.16 juta , ¥363 juta, £50,250, NZD44,600, Dirham Emiriah Arab Bersatu AED34.7 juta dan AUD$352,850.


Ismail Sabri yang memakai kemeja putih dan kot hitam, tenang sepanjang prosiding, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Suzana Hussin.


"Faham, tidak mengaku salah dan minta dibicarakan," katanya.


Ahli Parlimen Bera itu didakwa memberikan satu pernyataan bertulis yang tidak mematuhi terma Notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bertarikh 7 Januari 2025.


Notis berkenaan telah dihantar kepada beliau oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 10 Januari 2025, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A.


Beliau dengan itu melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM, yang membawa hukuman penjara

tidak melebihi lima tahun; dan didenda tidak melebihi RM 100,000.


    - BH





No comments: