TAK RASA MALU KA ??? NI SEKITAR PULAU TIKUS- “Nak hapus Melayu Islam?” DAP Penang jawab Pas dengan rekod khidmat

 


“Kalau DAP mahu menghapuskan Melayu Islam, mengapa saya membantu melestarikan syiar Islam?”

Demikian persoalan yang dikemukakan Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Joshua Woo Sze Zeng, ketika menjawab tuduhan Presiden Pas terhadap parti itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus itu berkata, tuduhan bahawa DAP mahu menghapuskan Melayu Islam merupakan dakwaan serius dan wajar dinilai berdasarkan rekod khidmat parti kepada masyarakat.

Menurutnya, sejak 2024, kelas Fardu Ain dan al-Quran percuma dianjurkan dua kali seminggu di Flat Menara Yayasan, memberi manfaat kepada kanak-kanak serta warga emas.

“Sebanyak 13 unit CCTV turut disumbangkan kepada masjid dan surau demi keselamatan jemaah.

“Penghawa dingin Masjid Bagan Jermal yang rosak juga diganti,” katanya dalam kenyataan.

Joshua berkata, khidmat kepada masyarakat Melayu Islam turut diteruskan menerusi bantuan yang disalurkan setiap Ramadan dan Aidilfitri kepada penduduk sekitar Pulau Tikus.

Katanya, sumbangan juga diberikan kepada program kecemerlangan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), selain komputer riba kepada anak kariah daripada keluarga yang memerlukan.

“Bagi saya, apabila seorang anak mendapat peluang belajar, masa depan seluruh keluarganya mampu berubah,” katanya.

Joshua menegaskan pendekatan itu mencerminkan prinsip DAP untuk berkhidmat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama.




Pondok Kelantan tegur Hadi: Islam tak kuat dengan fitnah, Melayu tak kuat dengan ketakutan

 


Menurut kenyataan media yang tular dan dikaitkan dengan Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan menegur Presiden Pas, Abdul Hadi Awang susulan dakwaannya bahawa DAP memimpin Pakatan Harapan (PH) bagi meneruskan agenda penjajah untuk menghapuskan kedudukan Melayu dan Islam.

Pengerusinya, Baba Zulkarnain Harun berkata tuduhan seberat itu tidak wajar dilemparkan tanpa bukti yang jelas dan sahih.

Menurutnya, kenyataan sedemikian bukan sahaja boleh mencetuskan prasangka dan kebencian, malah berpotensi memecahbelahkan umat Islam serta merosakkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

“Kami berpandangan bahawa tuduhan sedemikian merupakan suatu fitnah dan dakwaan yang tidak berasas sekiranya tidak disertakan bukti yang jelas dan sahih.

“Tuduhan yang begitu berat bukan sahaja boleh menimbulkan prasangka dan kebencian, bahkan berpotensi memecahbelahkan umat Islam serta merosakkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baba Zulkarnain berkata pendekatan politik yang berasaskan tuduhan tanpa bukti bercanggah dengan tuntutan syariat yang menekankan keadilan, tabayyun dan larangan membuat sangkaan buruk.

Beliau turut memetik firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12 yang menyeru orang beriman menjauhi kebanyakan sangkaan kerana sebahagiannya adalah dosa.

Katanya, pemimpin politik yang membawa nama Islam perlu lebih bertanggungjawab apabila mengeluarkan kenyataan, khususnya apabila kenyataan itu menyentuh hubungan kaum dan agama.

“Pengaruh seorang pemimpin datang bersama amanah yang besar.

“Setiap perkataan boleh menjadi jambatan yang menyatukan masyarakat atau api yang membakar perpecahan,” katanya.

Mengulas dakwaan bahawa DAP boleh menghapuskan Melayu dan Islam melalui kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan, Pondok Madani berkata gambaran itu tidak tepat dalam kerangka demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan negara.

Baba Zulkarnain berkata Malaysia bukan sebuah negara yang membolehkan mana-mana parti politik bertindak sesuka hati.

Sebaliknya, kuasa pemerintahan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan, institusi Raja-Raja, Parlimen, undang-undang serta prinsip semak dan imbang.

Beliau berkata kedudukan Islam telah diperuntukkan secara jelas dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, manakala kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak dilindungi melalui Perkara 153.

“Oleh itu, menggambarkan seolah-olah penyertaan DAP dalam Kerajaan Perpaduan dengan sendirinya membolehkan parti tersebut menghapuskan Melayu dan Islam adalah suatu gambaran yang tidak tepat terhadap sistem pemerintahan negara,” katanya.

Menurut Baba Zulkarnain, politik dalam kerangka siyasah syar‘iyyah bukan sekadar soal kawan dan lawan.

Sebaliknya, politik sepatutnya menjadi medan mengurus kemaslahatan manusia, menegakkan keadilan, mencegah kemudaratan dan memelihara keamanan masyarakat.

Beliau turut memetik Surah al-Ma’idah ayat 8 yang menegaskan kebencian terhadap sesuatu kaum tidak boleh mendorong seseorang berlaku tidak adil.

“Justeru, kebencian politik tidak boleh menjadi alasan untuk melemparkan tuduhan bahawa sesuatu kelompok mahu menghapuskan Melayu dan Islam tanpa pembuktian yang kukuh.

“Politik ketakutan mungkin memberikan keuntungan politik jangka pendek, tetapi perpecahan umat dan kerosakan keharmonian negara adalah harga yang terlalu mahal untuk dibayar,” katanya.

‘Islam tidak kuat dengan fitnah’

Pondok Madani turut memberi amaran bahawa kenyataan mengaitkan lawan politik dengan ancaman terhadap Melayu dan Islam tanpa bukti jelas adalah berbahaya.

Katanya, pendekatan itu boleh merosakkan ukhuwah umat, meningkatkan ketegangan antara kaum dan agama serta menggugat keharmonian yang dibina sekian lama.

“Islam tidak menjadi kuat dengan fitnah.

“Melayu tidak menjadi kuat dengan ketakutan.

“Negara tidak menjadi kukuh dengan perpecahan,” katanya.

Baba Zulkarnain berkata perbezaan politik adalah lumrah dalam demokrasi, namun ia mesti diurus dengan ilmu, fakta, adab dan keadilan.

Katanya, sudah tiba masanya politik negara bergerak daripada politik menakut-nakutkan rakyat kepada politik penyelesaian.

Beliau berkata parti politik sepatutnya berlumba-lumba menawarkan gagasan terbaik untuk meningkatkan ekonomi, mengurangkan kos sara hidup, menyediakan pekerjaan, memperkukuh pendidikan, membanteras kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Marilah kita membina politik yang berteraskan ilmu, fakta, keadilan, akhlak dan maslahah, demi Islam yang dihormati, rakyat yang bersatu dan Malaysia yang aman serta sejahtera,” katanya.



Presiden Pas dicabar bawa bukti ke mahkamah jika benar DAP ancam Melayu-Islam

 


Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Datuk Aiman Athirah Sabu mencabar Pas dan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya membawa bukti ke mahkamah sekiranya benar PH, khususnya DAP, mempunyai agenda untuk menghapuskan Melayu dan Islam.

Menurutnya, tuduhan sebesar itu tidak seharusnya sekadar dimainkan dalam ceramah, kuliah atau kenyataan politik bagi membakar emosi rakyat tanpa pembuktian melalui saluran undang-undang yang sah.

“Jika benar terdapat bukti bahawa DAP dan PH mempunyai agenda untuk menghapuskan Melayu dan Islam, mengancam kedudukan Islam dalam Perlembagaan, atau menjalankan usaha menentang asas negara ini, bawalah bukti tersebut ke mahkamah,” katanya.

Aiman berkata, Malaysia mempunyai Perlembagaan Persekutuan, sistem kehakiman, undang-undang keselamatan serta institusi penguatkuasaan yang boleh digunakan sekiranya benar terdapat mana-mana parti melakukan tindakan bertentangan dengan Perlembagaan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Pas tidak mengambil tindakan terhadap DAP ketika parti itu pernah berada dalam kerajaan Persekutuan jika ancaman yang didakwa selama ini benar-benar wujud.

Lebih mengundang persoalan, katanya, Pas sendiri pernah bekerjasama dengan DAP menerusi beberapa fasa politik termasuk Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

Terdahulu, Abdul Hadi menerusi Minda Presiden Pas hari ini menyerang keras DAP dengan menuduh parti roket itu memimpin PH untuk menyambung kerja penjajah yang bertujuan melemahkan kedudukan Melayu dan Islam di negara ini.

Hadi turut mendakwa DAP mendominasi PH, manakala pemimpin Melayu daripada PKR dan AMANAH menjadi pihak yang mempertahankan parti tersebut.

Mengulas lanjut, Aiman yang juga Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional mempersoalkan sama ada dakwaan mengenai ancaman DAP itu benar-benar konsisten atau berubah mengikut kepentingan politik semasa.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan supaya Islam tidak dijadikan alat untuk menanam permusuhan dengan melabel pihak yang berbeza pandangan sebagai musuh agama, bangsa atau alat penjajah tanpa bukti kukuh.

Ahli Parlimen Sepang itu berkata, pendekatan yang melampaui batas, budaya mudah menghukum dan politik kebencian bukan sahaja boleh memecahkan masyarakat, malah bercanggah dengan nilai keadilan, ilmu dan akhlak yang dituntut Islam.

Melemahkan umat

Aiman turut memberi amaran bahawa politik yang sentiasa membahagikan masyarakat kepada kelompok “kami yang benar” dan “mereka musuh” akhirnya hanya melemahkan umat serta mengalihkan perhatian daripada masalah sebenar rakyat.

Menurutnya, mempertahankan Melayu dan Islam tidak memerlukan fitnah atau kebencian terhadap kaum lain, sebaliknya kekuatan umat perlu dibina melalui amanah, ilmu, keadilan, akhlak dan kasih sayang.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu sekali lagi mengulangi cabarannya kepada kepimpinan Pas supaya mengemukakan bukti melalui institusi negara sekiranya benar dakwaan berkenaan mempunyai asas.

“Bawa ke mahkamah. Bawa kepada institusi negara. Bawa bersama bukti,” tegasnya yang merupakan bekas ahli Pas selama 25 tahun sebelum menyertai AMANAH pada 2015.

Beliau menegaskan perjuangan Islam seharusnya membina masyarakat, membawa rahmah dan menegakkan keadilan, bukannya menjadikan tuduhan yang tidak dibuktikan sebagai senjata politik.




Dulu kosong kerusi, kini Umno Perlis mahu lawan semua

 


Umno Perlis memberi isyarat awal mahu kembali menyerang penuh pada pilihan raya akan datang apabila bersiap sedia bertanding secara solo di semua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen di negeri itu.

Memetik laporan BHTV, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan rasmi dengan mana-mana parti politik termasuk Perikatan Nasional (PN) di peringkat negeri.

“Setakat ini tiada perbincangan rasmi dijalankan bersama mana-mana parti politik termasuk PN di peringkat negeri,” katanya.

Rozabil berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Arau di Dewan Sivik Arau, malam tadi.

Menurutnya, Umno Perlis perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk bergerak sendiri, selepas parti itu gagal memenangi sebarang kerusi di negeri berkenaan pada pilihan raya lalu.

“Kita perlu bekerja di setiap kawasan,” katanya, merujuk keperluan memperkukuh semula gerak kerja parti di akar umbi.

Pendirian itu menarik perhatian kerana Perlis sebelum ini pernah dianggap kubu kuat BN, namun landskap politik negeri berubah besar apabila PN berjaya menguasai kerajaan negeri pada pilihan raya lalu.

Ketika itu, BN bukan sahaja gagal mempertahankan pengaruh tradisinya, malah tersingkir sepenuhnya daripada DUN Perlis, menjadikan pilihan raya akan datang sebagai medan penting untuk parti itu menebus kekalahan.

Hasrat bertanding di semua kerusi juga boleh dibaca sebagai mesej bahawa Umno Perlis tidak mahu lagi dilihat sekadar menunggu belas rundingan atau pembahagian kerusi dengan parti lain.

Namun, pendirian “sedia solo” tidak semestinya menutup semua ruang rundingan politik, sebaliknya boleh menjadi isyarat tawar-menawar awal bahawa Umno mempunyai jentera dan calon untuk bergerak sendiri jika perlu.

Dalam masa sama, cabaran Umno Perlis bukan kecil kerana parti itu perlu meyakinkan semula pengundi Melayu yang sebelum ini beralih secara besar-besaran kepada PN.

Jika benar Umno bertanding di semua 15 DUN dan tiga Parlimen, Perlis bakal menjadi antara gelanggang paling menarik untuk melihat sama ada BN mampu bangkit semula di negeri yang pernah disapu PN.

Daripada kosong kerusi kepada hasrat bertanding semua kawasan, Umno Perlis kini cuba menghantar mesej bahawa parti itu mahu kembali menjadi pemain utama walaupun jalan pulang ke kubu lama masih penuh ranjau.




AMBIK LAH NAK AMBIK PUN....NANTI KITA HENTAM JIKA PRESTASI HAMBAR

 

Nak sapu 28 kerusi Melaka? Penganalisis nampak BN-PH lebih ‘ngam’

Kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dilihat sebagai pilihan paling ideal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, berbanding BN bergerak solo atau membentuk kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Penganalisis politik, Mohd Yusri Ibrahim berkata, BN ketika ini mempunyai tiga pilihan utama menjelang PRN Melaka, dengan setiap satunya mempunyai kelebihan dan risiko tersendiri.

Menurutnya, walaupun sokongan terhadap BN dilihat meningkat mutakhir ini, keputusan untuk bertanding secara solo masih membawa risiko besar khususnya dalam konteks politik Melaka.

Yusri berkata, pilihan kedua ialah kerjasama BN-PN yang berpotensi memenangi sehingga 24 daripada 28 kerusi DUN, sekiranya pola kerjasama seperti di Negeri Sembilan dapat diterjemahkan di Melaka.

Bagaimanapun, katanya, persoalan pembahagian kerusi dijangka menjadi halangan terbesar kepada kerjasama tersebut kerana BN kini menyandang 21 kerusi dan sukar untuk melepaskan kerusi berkenaan kepada PN.

Pada masa sama, PN juga dijangka sukar menerima sekiranya hanya diberikan tujuh kerusi untuk ditandingi, lebih-lebih lagi apabila empat daripada tujuh kerusi itu berpotensi dimenangi PH.

“Apatah lagi empat daripada tujuh kerusi tersebut berpotensi dimenangi PH,” katanya.

Sebaliknya, Yusri melihat kerjasama BN-PH mempunyai laluan yang lebih mudah, khususnya dari sudut rundingan pembahagian kerusi antara kedua-dua gabungan.

Menurutnya, BN boleh mengekalkan kerusi yang disandang ketika ini, manakala PH juga dilihat tidak sukar menerima baki tujuh kerusi yang tidak disandang BN.

Dalam keadaan itu, katanya, gabungan BN-PH berpotensi memenangi kesemua 28 kerusi DUN Melaka, sekiranya kedua-dua parti berjaya menyusun strategi dan pembahagian kerusi dengan baik.

Yusri berkata, kerjasama BN-PH juga berpotensi mengelakkan pertembungan tiga penjuru yang boleh menyebabkan undi berpecah serta membuka ruang kepada pihak lain untuk menang.

Bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang keputusan mengenai bentuk kerjasama tidak wajar dibuat hanya berdasarkan pengiraan kerusi atau kepentingan parti.

Penggal DUN Melaka dijadual berakhir pada 26 Disember ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus masih memberikan ruang kepada BN untuk menilai pilihan terbaik.

Menurut Yusri, perkara paling penting ialah BN perlu mengambil kira pandangan dan kehendak pengundi Melaka sebelum menentukan bentuk kerjasama bagi menghadapi PRN akan datang.

“Sebaiknya tinjau dahulu apa pandangan, sikap dan hasrat pengundi Melaka terhadap pilihan-pilihan tersebut, kerana pengundi yang akan memilih nanti,” katanya.




BANGSA SENDIRI YANG JADI PENGKHIANAT


 

PANAS RAFIZI DEDAH NASIB PH JIKA KALAH PRU16 KEPADA GABUNGAN BN-PN!


 

DISELAMATKAN! Amanah RM95 Bilion! Tabung Haji Bangkit Melalui RCI! Tamparan Buat Fitnah "Bankrap"?


 

3R: Kenyataan terkini Hadi 'DAP memimpin PH hapus Melayu Islam' cukup bahaya, rasis, melampaui batas


 

PANGGE KP UMNO PI SELESAI ..


 

@thekapitanMY LIDAH BERCABANG...MUNAFIK..


 

LIM SIAN SEE KANTOI SOROK KEGAGALAN TERBURUK ERA PN: 3 TAHUN PENDAPATAN UJSB RM0, KERUGIAN TERKUMPUL MELONJAK HINGGA CECAH REKOD TERBURUK RM13.36 BILION!

 


Taktik manipulasi Lim Sian See akhirnya terbongkar!
Dia melompat terus daripada data tahun 2019 ke 2025 untuk menuduh kononnya prestasi Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) hancur di bawah kerajaan hari ini. Walhal Kerajaan Madani yang tambah pendapatan syarikat.
Apabila data 2020, 2021 dan 2022 dimasukkan semula, dokumen rasmi SSM menunjukkan gambaran yang sangat berbeza.
1. ERA PN (2020–2022): REKOD TERBURUK UJSB
Tahun 2019 (PH1.0):
Pendapatan: RM233.98 juta.
Kerugian terkumpul: -RM9.96 bilion.
Tahun 2020 (Bermulanya PN):
Pendapatan: RM0.00.
Rugi bersih: -RM1.65 bilion.
Kerugian terkumpul: -RM11.62 bilion.
Tahun 2021 (PN):
Pendapatan: RM0.00.
Rugi bersih: -RM637.15 juta.
Kerugian terkumpul: -RM12.26 bilion.
Tahun 2022 (Akhir PN):
Pendapatan: RM0.00.
Rugi bersih: -RM1.11 bilion.
Kerugian terkumpul: -RM13.36 bilion.
Daripada -RM9.96 bilion pada 2019, kerugian terkumpul meningkat kepada -RM13.36 bilion pada 2022, iaitu pertambahan kira-kira RM3.41 bilion. Dalam tempoh 2020 hingga 2022 pula, UJSB merekodkan pendapatan RM0.00 selama tiga tahun berturut-turut.
Kerugian terkumpul mencecah REKOD TERBURUK DALAM SEJARAH SYARIKAT iaitu -RM13.36 bilion (-RM13,364,683,461.00)!
2. ERA MADANI (2023–2025)
Sebaik sahaja PN hilang kuasa, fungsi perniagaan dihidupkan semula untuk menghentikan pendarahan kewangan dan mula menjana semula hasil ratusan juta serta bilion ringgit
2023: Pendapatan RM430.23 juta.
2024: Pendapatan RM1.41 bilion dan keuntungan bersih selepas cukai +RM948.10 juta. Kerugian terkumpul mengecil kepada -RM12.42 bilion.
2025: Pendapatan RM244.25 juta dengan kerugian terkumpul -RM13.20 bilion.
Angka -RM13.20 bilion pada 2025 masih lebih rendah berbanding rekod -RM13.36 bilion pada akhir 2022.
Kerugian yang masih direkodkan pada era Kerajaan Madani perlu dilihat dalam konteks kedudukan kewangan yang diwarisi. Kerajaan Madani mengambil alih selepas kerugian terkumpul UJSB telah mencecah rekod terburuk RM13.36 bilion pada 2022, selepas tiga tahun berturut-turut mencatat pendapatan RM0.00.
Sebab itu angka kerugian hari ini tidak boleh dibaca seolah-olah semuanya berpunca daripada pentadbiran Madani
3. KENAPA LIM SIAN SEE SKIP 2020–2022?
Kerana apabila keseluruhan garis masa ditunjukkan, rakyat boleh melihat bahawa UJSB mencatatkan pendapatan RM0.00 selama tiga tahun berturut-turut pada 2020–2022 dan kerugian terkumpul mencapai paras -RM13.36 bilion pada 2022.
Jadi, jangan hanya lompat daripada 2019 terus ke 2025.
Bentangkan SEMUA angka 2019–2025 supaya rakyat boleh menilai sendiri.
Dokumen SSM yang dikongsikan itu akhirnya menjadi “senjata makan tuan” apabila keseluruhan data dibaca, bukan hanya tahun yang dipilih.