KAFIRKAH KITA KERANA TIDAK LAKSANAKAN HUKUM HUDUD, QISAS DAN DIYAT?









Setakat yang ambo jumpa, hanya 3 jemaah/parti Islam yang menghukum kafir kerana tidak laksanakan hudud, qisas dan diyat, antaranya Pas dan Taliban.
Seluruh Dunia Islam hari ini tidak melaksanakan hukum hudud, qisas dan diyat kecuali di Arab Saudi. Dulu dulu Yaman, Nigeria, Sudan, Afghanistan dan Pakistan pernah melaksanakannya, tetapi gagal atau tidak dilaksanakan sepenuhnya. Kalau pun ada satu lagi ialah Iran( ambo tak pasti sebab Iran bermazhab Syiah).
Adapun Brunei, walaupun ada Undang Undang Jenayah Islam termasuk hudud, qisas dan diyat, tapi pelaksanaannya agak kabur. Di Acheh, fokus hanya kepada undang undang sebat takzir mengikut Islam, adapun hudud dan qisas bukan bidangkuasa wilayah Acheh.
Jika jadi kafir kerana tidak laksanakan hudud, qisas dan diyat, maka siapa yang perlu dikafirkan? Penggubal undang- undang, Hakim, raja raja melayu, PM dan kabinetnya atau orang awam yg tidak undi Pas??





No comments: