SEPENGGAL LAGI JADI PM...RAMAI LA AKAN KE IJN
Anwar mewarisi negara dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar selepas beberapa tahun kekacauan politik, pertukaran kerajaan dan krisis Covid-19.
Kerajaan Tebuk Atap yang turut disokong PAS melahirkan dua Perdana Menteri. Hari ini, seorang dikaitkan dengan kes Jana Wibawa, manakala seorang lagi berdepan siasatan yang turut melibatkan penemuan wang tunai RM170 Juta dan jongkong emas.
Rakyat belum lupa keadaan ketika itu. Harga telur dan ayam melonjak, minyak masak paket susah dicari, harga barang naik, Ringgit lemah dan ramai rakyat masih bergelut mendapatkan semula pekerjaan selepas pandemik.
Anwar ambil alih bukan ketika semuanya sudah elok. Dia ambil alih ketika banyak benda perlu dibaiki serentak.
Rakyat mula rasa kesannya. Peluang kerja bertambah, gaji lebih baik dan Ringgit semakin kuat. Mereka yang menunaikan Haji, Umrah, belajar atau melancong ke luar negara turut menikmati nilai tukaran yang lebih baik. Semua ini datang daripada pelaburan baru yang masuk dan perkembangan industri bernilai tinggi dalam tempoh tiga tahun.
Dalam keadaan dunia berdepan perang, krisis tenaga dan gangguan rantaian bekalan, Malaysia masih mampu mengekalkan bekalan dan kestabilan ekonomi.
Ketirisan subsidi pula mula dikekang. Sebahagian penjimatan itu dipulangkan terus kepada rakyat melalui STR, SARA, bantuan persekolahan dan pelbagai bantuan lain.
Kena ingat, kerajaan Anwar mewarisi sebuah kerajaan yang ketika itu Haji Hadi sendiri pernah menjadi Duta Khas bertaraf Menteri.
Tiga tahun Anwar bekerja membina semula ekonomi. Tetapi hari ini Haji Hadi lebih banyak bercakap soal kaum, agama dan sejarah lama untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap kaum lain.
Malah lebih teruk dari itu, status agamawannya itu seolah-olah memberi lesen yang cukup besar kepadanya untuk mengada-adakan fitnah.
Membina ekonomi perlukan idea, pengalaman dan kerja keras.
Membangkitkan sentimen pula jauh lebih mudah.
Anwar bina ekonomi dengan susah payah. Hadi hanya perlukan beberapa ayat adu domba untuk cuba merosakkan keyakinan yang dibina.


No comments:
Post a Comment