KAMU NDAK MUKA DAN SIKAP BEGINIKAH PIMPIN NEGARA ...PATUT LAH NEGERI KAMU MUNDUR.

 





Seorang pemimpin PAS di Terengganu, Faizul Abas mengundang kritikan selepas membuat hantaran berbaur sindiran terhadap keadaan kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru selesai menjalani pembedahan hernia.


Dalam hantaran di Facebook, beliau menyentuh kemungkinan perbahasan laporan RCI Tabung Haji di Dewan Rakyat sebelum bertanya secara sinis mengenai keadaan Anwar selepas pembedahan.


“Nak tanya pakar, penyakit ni lepas operate boleh kencing elok tak?” tulisnya.


Hantaran itu dibuat ketika Anwar sedang melalui proses pemulihan selepas selamat menjalani pembedahan laparoskopi bagi merawat hernia perut.


Sindiran tersebut mengundang teguran sebahagian pengguna media sosial yang mempersoalkan kewajaran keadaan kesihatan seseorang dijadikan bahan politik.


Seorang pengguna menulis bahawa adalah lebih baik semua pihak mendoakan orang yang sedang sakit, manakala seorang lagi secara terus bertanya, “Ustaz, di dalam Islam ada tak budaya troll?”


Faizul kemudian membalas beberapa komen dengan terus menggunakan perkataan berkaitan “kencing”, sekali gus menyebabkan hantaran itu terus menjadi perhatian.


Perbezaan politik boleh berlaku sekeras mana sekalipun, namun bagi sebahagian netizen, sakit dan proses pemulihan seseorang sepatutnya tidak dijadikan bahan ejekan, lebih-lebih lagi oleh mereka yang membawa imej agama.





No comments: