Jason Yew
1. Saya baca berita hari ini. Ada Jalur Gemilang berkibar tanpa lambang bulan dan bintang.
2. Tempatnya di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu. Negeri tadbiran PAS.
3. Menteri Besarnya, Dr Sam kata ini kes terpencil. Tidak disengajakan.
4. Datuk Bandar pula bagi alasan. Katanya lambang itu asalnya ada. Tapi tercabut ditiup ribut sebab ia hanya dijahit.
5. Saya hairan. Pandai sungguh ribut di Terengganu. Ia tahu pilih nak tiup bulan dan bintang sahaja. Jalur merah putih ia biarkan.
6. Cuba kita bayangkan. Kalaulah ribut yang sama berlaku di Pulau Pinang. Dan bendera ini pula dipasang oleh kerajaan DAP.
7. Pasti ceritanya tidak sama. Pasti ia tidak lagi dipanggil kes terpencil.
8. Ketua Pemuda UMNO tentu sudah melompat. Tentu sudah bergegar satu negara dia suruh boikot. Tentu berbakul-bakul laporan polis dibuat.
9. Akan dijeritnya bahawa ini agenda komunis. DAP anti-Islam. DAP hina Raja-Raja Melayu sebab buang lambang bulan bintang.
10. Tapi sebab ia berlaku di negeri PAS, semuanya suci. Semuanya dimaafkan dengan mudah.
11. Tidak ada siapa yang derhaka. Yang salah cuma angin. Yang pengkhianat cuma benang.
12. KP UMNO pun tiba-tiba senyap. Tidak ada ugutan mahu berdemo. Mungkin dia sedang sibuk cari tukang jahit. Atau mungkin dia tidak berani marah pada ribut.
13. Inilah rupa pemimpin politik kita. Kalau musuh buat, itu pengkhianatan terancang. Kalau geng sendiri buat, itu cuma ujian alam.
14. Orang Malaysia terus disuruh bersorak. Walaupun maruah negara hanya diukur ikut untung nasib parti mana yang berkuasa.
#jalurgemilang

No comments:
Post a Comment