SAYA CUMA DISOAL SIASAT SPRM UNTUK BANTU SIASATAN, BUKAN SUSPEK – MUHYIDDIN

 

Selepas disoal siasat oleh SPRM, bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mempertahan bahawa dia tidak bersalah dalam isu melibatkan program Jana Wibawa untuk kontraktor bumiputera ketika pentadbirannya.

Muhyiddin menjelaskan dia dipanggil badan antirasuah itu bagi membantu siasatan sebagai saksi dan bukannya suspek.

Dia juga menegaskan pegawai penyiasat SPRM tidak menyoalnya berhubung dakwaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa pentadbirannya sebelum ini menyalahgunakan berbilion ringgit.

“Tak ada dengan RM600 billion langsung tak tanya saya. RM530 billion atau 86 bilion atau 4.5 billion,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen derma darah di Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur pagi ini.

Muhyiddin berkata dia dipanggil untuk memberi kenyataan khusus mengenai Jana Wibawa. 

“Jana Wibawa ialah projek yang diusahakan MOF yang dicadangkan oleh menteri kewangan Tengku Zafrul waktu itu. Saya setuju, waktu Covid-19, antara paling teruk terkesan ialah kontraktor. 

“Peraturan ini dihadkan kepada MOF yang ada kuasa menentu dan memilih ialah Menteri kewangan atau kementerian yang terlibat dalam projek yang beri pertimbangan, memperhalusi, sama ada layak atau tidak.

“Saya tanya adakah saya suspek. Dia (pegawai SPRM) kata bukan suspek. Suspek maknanya mungkin saya akan dituduh. Cuma saya diminta bantu jelaskan hal yang saya jelaskan tadi,” katanya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mendedahkan dia mendengar bahawa SPRM akan memanggil Zafrul untuk membantu siasatan berhubung projek Jana Wibawa.

“Itu terpulang kepada mereka untuk mendapatkan penjelasan daripadanya (Zafrul).”

Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kelulusan bagi projek pembangunan luar bandar bernilai RM5.7 bilion di bawah program Jana Wibawa telah dihentikan sementara sehingga prosedur perolehan dan perbelanjaan yang ditetapkan oleh Perbendaharaan dipatuhi.

Zahid berkata, Kementerian Kewangan yang turut diketuai Anwar mahu menyemak sama ada mereka dianugerahkan projek itu mengikut proses perolehan dan keperluan tadbir urus.

Semalam, SPRM merekodkan kenyataan Muhyiddin berhubung siasatan ke atas akaun bank Bersatu yang telah dibekukan.

Selain Muhyiddin, beberapa pemimpin kanan Bersatu lain juga pernah disoal siasat SPRM sebelum ini.

Dalam sidang media hari ini, Muhyiddin menegaskan bahawa SPRM menyoalnya semata-mata berhubung projek Jana Wibawa menunjukkan bahawa dakwaan Anwar terhadapnya bertujuan untuk mencemarkan nama baiknya.

Justeru, katanya, dia sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang selanjutnya untuk menangkis dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

“Kita dah minta peguam kita teliti. Tak berhenti-henti fitnah terhadap saya. Saya ini dah 50 tahun dalam kerajaan, tiada kes tuduhan rasuah kepada saya. Tiada salah guna kuasa.

“Saya ikut undang-undang. Saya nak tegaskan saya pegang teguh pada keluhuran undang-undang tapi mereka tak yakin. Mereka golongkan saya macam golongan perompak yang lain. I’m not (Saya bukan),” katanya.

Awal bulan ini, Malaysiakini melaporkan bahawa SPRM telah membekukan dua akaun bank Bersatu untuk membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan. Kedua-dua akaun itu dilaporkan mengandungi kira-kira RM40 juta.

Sumber SPRM mendakwa pembekuan akaun itu atas dakwaan Bersatu menerima sumbangan berjumlah kira-kira RM300 juta daripada kira-kira 10 kontraktor yang menerima pelbagai projek ketika parti itu mentadbir kerajaan.

Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, telah menafikan pertuduhan itu dan berkata bahawa dia akan menulis surat kepada SPRM meminta akaun itu tidak dibekukan kerana ia menjejaskan operasi parti, seperti membayar gaji kakitangan dan sewa pejabat.



TAK BOLEH BUAT , LETAK JAWATAN- TAK CUKUP DENGAN KENYATAN AKHBAR- KAU BOLEH KOT SAMAN STESEN ATAU GANTUNG STESEN TVS TU- PALING LEKEH SIARKAN PERMOHONAN MAAF SELAMA 3 HARI KE SEMUA STESEN TV...


 

PAS TAKUT DIKAITKAN DENGAN TALIBAN


 

FAHMI TIDOQ- FITNAH APA HARI NI





 

SINDIKIT CURI REE DI KEDAH- SILA DENGAR- NAK MENYAKAW TAK TERRER- MACAM ORANG KAMPUN NAK CURI BANK BILLION BILLION- NUSI TAK CAKAP APA PUN LAGI...


 

MENU RAHMAH YANG BERMUTU- BUKAN MENU HALIMAH DOKTOR YANG TIDAK BERKUALITI- MENTERI KESIHATAN DIAM SAJA ? RAKYAT NAK DENGAR JUGA LA.....


 

TUKANG PUSING KEPALA ORANG UMNO IALAH MAHATHIR- ORANG UMNO BANYAK KALI KENA TIPU- PAS PUN TIPU MELAYU DENGAN FATWA HADI AWANG- MELAYU YANG TAK CERDIK KENA TIPU


 

SIKAP MELAYU- HANG BUAT LA NASI LEMAK RM 1 JUGA- JANGAN BUSUK PERUT- SAMA SAMA CARI MAKAN LA BANG...


 

17.02.2023 - FOKUS 5.45 | AHLI PARLIMEN KAPAR PERTIKAI MENU RAHMAH, BERI...



Gempar satu negara apabila anggota parlimen Kapar Halimah Ali mengaitkan Menu Rahmah dengan kebimbangan mengenai "makanan berkualiti rendah" yang didakwa boleh mendedahkan orang ramai kepada risiko penyakit, termasuk kanser dan autisme.



RENTASAN 1313 | PANAS!! KINI HINANYA MAKANAN MURAH DI MATA PEMIMPIN PAS-PN?









MENARIK DALAM RENTASAN 1313
1. MENU RAHMAH DAN AUTISME ADA KAITAN KE? 2. VENTILATOR GAGAL BERFUNGSI, RAKYAT MATI 3. HINA SANGATKAH MAKANAN MURAH? 4. HANYA KERAJAAN DITERAJU PH BERANI SIASAT PANDORA PAPERS!



[TERKINI] PM Anwar seru rakyat perbaharui tekad



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk memperbaharui tekad serta menginsafi pengajaran daripada pengalaman junjungan baginda Nabi Muhammad SAW untuk bangkit lebih bertenaga memulihkan maruah serta meningkatkan martabat dan harakat rakyat.


LU SAPA BRO- TEDIAA AIHH NO....BAIK HANG PEE MELAWAT KAWASAN BELAH TEMBELING SANA- JALAN LORI BALAK DOK LALU TENGGELAM TIMBOI HABIH





Ambil tindakan? Dia ingat dia siapa? Ingat PAS parti pemerintah ke? Masa dalam kerajaan dulu tak ada pula nak ambil tindakan. Takut?

Kalau tak senang dengan gelaran tu, saman je la. Susah apanya? Yang penyokong PAS hina kerajaan, hina PM, fitnah lagi, kena biarkan pula?

Bila DS Anwar saman, kata PM kerja nak saman orang je. Bila akaun TikTok yang buat fitnah kena sekat, kata tiada kebebasan bersuara.

Tapi orang kata dia Taliban, padahal sorang dua je. Itu pun aku tak tahu siapa, menggelitik semacam. Ini manusia jenis apa macam ni?

Ajar pengikut sendiri untuk hormat orang, barulah orang lain akan hormat kau. Rasa hormat tu perlu diperolehi, bukan diminta. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

SAT KAPIAQ SAT ISLAM NI- OWWWHHHHH- FITINAH QUPENYE.....



 

KIRANYA WAKTU TERENGGANU DILANDA BANJIR 2 BULAN LEPAS NI AKIBAT KEMUNGKARAN LA ......ISHHH...ISSSHHHH

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF





Kiranya waktu negeri lebai banjir besar, ia berlaku sebab ada kemungkaran yang tidak di cegah jadi Allah turunkan bala?

Hebat juga sampai ada direct connection dengan Tuhan, boleh tahu mana satu bala, mana satu ujian.

Mari kitaaa, pertahankan percutian fulamakkkkk.

 

LAAAAA- APA BARANG...PENAKUT RUPANYA - MACAMANA NAK PEE BERJIHAD ? NAK KENA SAMAN PUN TARIK BALIK POSTING...KAH...KAH...KAH.WOIIIIII





Laaa awat tarik balik sampai delete posting, tak jantanlah. Mai lawan di mahkamah baru tahu langit tinggi rendah. Kira tarik balik kenyataan ini nak jaga air muka hang ke?

Oh lupa pak dia pun minta maaf di mahkamah lepas fitnah DSAI.

Lain kali cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, kalau tak pernah terima writ saman, jangan mai berkokok jagoan di alam maya.

 

WOW- ADA WOW DISITU YA....ALMAKLUNG- PERJUANGAN UNTUK AGAMA ATAU UWANG



AHMAD ALBAB



 

BERITA GEMBIRA UNTUK WANITA, ANWAR PANTAS BUAT KERJA

 

Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan anak yang dilahirkan di luar negara kepada wanita Malaysia mendapat kewarganegaraan.

Pindaan itu dijangka dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat semasa selepas memenuhi keperluan undang-undang, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said dalam kenyataan bersama.

“Kesan daripada keputusan hari ini adalah anak yang lahir di luar negara sebelum atau selepas Hari Malaysia yang mana sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya adalah warganegara Malaysia berhak mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang menurut Fasal (1) Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan,” kata mereka.

Bulan lepas, Azalina berkata, memo Jemaah Menteri yang mencadangkan pindaan Perlembagaan bagi membolehkan ibu mewariskan kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan di luar negara akan diserahkan tidak lama lagi.

Dalam kenyataan mereka, Saifuddin dan Azalina berkata, cadangan pindaan Perlembagaan itu adalah untuk menggantikan perkataan “bapanya” dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan “sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya”.

“(Ini) bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapat hak seadilnya menurut Perlembagaan Persekutuan,” kata mereka.

Mereka berkata, pindaan lain berkaitan kewarganegaraan akan dikaji dengan lebih terperinci oleh jawatankuasa yang ditubuhkan bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri setelah cadangan pindaan dimuktamadkan, dengan mengambil kira libat urus dengan semua pihak berkepentingan.

“Perkara ini sejajar dengan komitmen kerajaan perpaduan untuk mengiktiraf kesamarataan wanita dan lelaki, menyingkirkan diskriminasi terhadap wanita di Malaysia,” kata mereka.

Tambah mereka, pindaan tersebut bertujuan “mengatasi kelemahan peruntukan kewarganegaraan yang timbul, menyelesaikan lambakan kes tertunggak bagi wanita terkesan yang memohon kewarganegaraan anak mereka melalui pendaftaran yang mengambil masa terlalu lama dan
tidak munasabah”.

Selain itu, pindaan tersebut diharapkan dapat memberikan tafsiran yang jelas dan mengelakkan tafsiran berbeza dari mahkamah.

Ogos lepas, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa anak yang dilahirkan di luar negara kepada wanita Malaysia tidak berhak mendapat kerakyatan automatik kerana Perlembagaan hanya memperuntukkan kewarganegaraan melalui bapa.

Dalam penghakiman 2-1 yang memihak kepada kerajaan, mahkamah memutuskan bahawa anak yang dilahirkan di luar negara kepada wanita Malaysia boleh dinafikan kewarganegaraan kerana perkataan “bapa” dalam Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan berkaitannya dalam Jadual Kedua adalah “jelas dan tidak taksa”, dan tidak boleh ditafsirkan untuk merangkumi ibu.

Keputusan itu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada September 2021 bahawa kerajaan mesti memberikan kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan di luar negara kepada wanita Malaysia kerana perkataan “bapa” dalam Jadual Kedua perlembagaan mesti bermakna dan merangkumi ibu.

Dalam membenarkan beberapa relief pengisytiharan yang diminta oleh NGO dan enam ibu bahawa peruntukan tertentu mengenai kewarganegaraan dalam Perlembagaan bersifat diskriminasi, hakim Akhtar Tahir berpendapat, ibu berhak untuk memberikan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang dalam semua proses, sama seperti bapa.

DUIT CUKUPKAH DALAM TABUNG KWSP ?



 ANDRIAN LIM CHEE EN









DAH TUA PUN MASIH BODOH

Rata-rata yang demo mendesak pengeluaran KWSP ialah orang tua melebihi umur 55 tahun, walhal KWSP sememangnya membenarkan pencarum berumur 55 tahun mengeluarkan simpanan sendiri tanpa syarat.

Dah memang dibenar mengeluarkan simpanan sendiri, hangpa masih nak demo desak pengeluaran KWSP dibenarkan kenapa? Bodoh!

Jadi yg belum cecah 55 tahun macam mana?

Rilek lah. Kerajaan telah maklumkan bahawa bantuan akan diumum melalui pembentangan Belanjawan 2023 pada bulan Mac ini.

Dalam erti kata lain, bantuan akan datang daripada poket kerajaan pada bulan Mac ini.

Jadi tak perlulah awak bodoh bodoh keluarkan wang pencen sendiri sebelum kerajaan berikan bantuan.

Bezanya PN dengan PH/BN ialah……

-PN mengajak rakyat jadi bodoh, keluarkan wang pencen rakyat dan korbankan masa depan rakyat

-PH/BN pula mengajak rakyat jadi bijak, tunggu bantuan kerajaan yang akan datang daripada sumber dana kerajaan dan pelihara masa depan rakyat

 

MUSNAHLAH PN DAN MUHYIDDIN : DUA KESALAHAN SILAP HAMZAH ZAINUDDIN MENGEJ...

MEMBAZIRKAN DUIT RAKYAT DENGAN SERVIS KERETA BERJUTA

 

Selenggara kereta je sampai dekat sejuta ringgit? Betul-betul membazir. Mana ke tidaknya, kabinet besar gila. Berita penuh di https://bit.ly/3lGA9km.

Yang menariknya, tahun 2020 adalah tahun di mana rakyat menderita. Tahun di mana dia tutup ekonomi sampai banyak syarikat tutup dan jatuh bengkrap.

Rupanya tahun itu, Mahiaddin bazirkan duit rakyat begitu saja. Syukurlah tak cukup jumlah. Kalau dia jadi PM lagi, makin menderita rakyat. Guane boh?

Raja Gelap

.

 





FAHMI LENA LAGI - KAMU DILANTIK SEBAGAI MENTERI KOMUNIKASI , MULTEMEDIA BAGAI- BUKAN SEKADAR UNTUK MENAFIKAN SIARAN TVS INI- KUASA KAMU IALAH LEBIH LUAS DARI ITU




Hiduplah kamu dengan fitnah. Hiduplah seolah tak akan mati. Hiduplah seperti kamu takkan disoal di kemudian hari.

Ada fitnah terbaharu yang kerajaan akan kurangkan bilangan penjawat awam. Menteri KKD dah berikan respon yang ianya satu fitnah.

Tapi setakat respon tak memadai YB Fahmi Fadzil. Berita begini menimbulkan kegentaran awam. Kena ambik tindakan keras.

Sudah-sudahlah tu acah-acah budiman. Orang dah pijak kepala. Nak tunggu sampai dia pancung baru nak bertindak ke?

Puak ni, selagi tak 'ke dalam', selagi tu tak serik. Makin lama makin menjadi. Bilangan kami pun tak ramai. Entah sampai bila boleh bertahan nak jawab semua fitnah ni. Guane boh?

Raja Gelap

 

Mansuh pertandingan, majlis tiada impak besar, elak tambah beban guru

 

Mansuh pertandingan, majlis tiada impak besar, elak tambah beban guru



Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi contoh pertandingan keceriaan pusat sumber dan tandas tercantik.

Fadhlina Sidek berkata, ia antara tujuh langkah segera yang diambil dalam teras kelima KPM memfokuskan isu kebajikan, termasuk tekanan dihadapi guru, hasil daripada laporan awal diterima.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid dan hanya menambahkan beban tugas guru bermula sesi persekolahan 2023/2024.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam kenyataan malam ini berkata, contohnya pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi Sistem Pengurusan Buku Teks (SPBT) terbaik dan seumpamanya.

Katanya, keputusan itu antara tujuh langkah segera yang diambil dalam teras kelima KPM memfokuskan isu kebajikan, termasuk tekanan dihadapi guru, hasil daripada laporan awal diterima.

“Semua langkah ini akan diperincikan pengurusan tertinggi KPM dan dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2023/2024. KPM sentiasa komited memastikan kesejahteraan guru terus terpelihara.”

Beliau berkata, antara langkah lain yang diputuskan ialah mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan (SKPM) melibatkan guru kepada setahun sekali saja.

“Langkah lain ialah menetapkan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid lebih fleksibel kepada guru, iaitu 12 tengah hari untuk sesi pagi dan 5 petang untuk sesi petang, bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem.”

Selain itu, katanya, pelantikan pengawas peperiksaan awam yang dikendalikan Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pendidikan tinggi (IPT).

Bagaimanapun, Fadhlina berkata, mereka tetap perlu memenuhi kriteria ditetapkan.

KPM juga, katanya, akan mengehadkan penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah, selain menetapkan ringkasan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di peringkat KPM bagi memastikan ia kembali memenuhi keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 3/1999, yang merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi.

Langkah ketujuh, kata Fadhlina, ialah memperkukuh autonomi guru dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, serta pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjadikan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan.


MENJAWB HADI! PAS mewah duit dari mana? Madani Anwar sesat? Respon bersa...

PARLIMEN PANAS LAGI‼️SHAFIE APDAL PULA KEJUTKAN MUHYIDDIN , ANWAR DAN HA...

Perang mulut Shahidan, Rayer hangatkan Dewan Rakyat

EU Sekat Sawit | Malaysia sekali lagi luah kebimbangan sekatan EU



Malaysia sekali lagi meluahkan kebimbangan berhubung sekatan Kesatuan Eropah (EU) terhadap produk sawit dari Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berdepan kesukaran dalam beberapa siri perbincangan dengan EU sebelum ini dengan kesatuan itu terus membangkitkan isu penerokaan hutan.


LIVE: Sidang media Anwar Ibrahim bersama Presiden Republik Persekutuan J...



Terima kasih kerana menonton saluran kami! Untuk lebih banyak video seperti ini, anda boleh mengikuti kami di Youtube (https://www.youtube.com/kinitv), Facebook (www.fb.com/kinitv), dan IG (https://www.instagram.com/kinitvoffic.... Sebagai sebahagian daripada jenama Malaysiakini, KiniTV membawakan anda berita-berita politik dan hal ehwal semasa negara dalam format video di mana sahaja anda berada.