Anwar Ibrahim: Bicara Amanat Presiden Keadilan Di Gombak

(LIVE) Ceramah Jelajah Penerangan KEADILAN Pusat (Johor) 2021

Mustapha Kamal ditipu Drama Penunggang Agama

ANWAR SEMAKIN HAMPIR JADI PM?TAK NAK SHERATON 2.0/KITA DITIPU DI JUAL [D...

TERPADU Ucapan Perasmian 3 Sayap UMNO

Perlukah 2 tahun bangunkan sistem pendaftaran automatik Undi 18?

 



Alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa sistem Pendaftaran Automatik pengundi berumur 18 tahun baru hendak dibangunkan dan dalam proses memulakan libaturus dengan pemegang taruh amat mengecewakan.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Zaliha Mustafa, alasan sedemikian sukar diterima memandangkan Undi 18 telah diluluskan sejak 2019 lalu, bukannya beberapa bulan lepas.

"Adakah ini membayangkan ketidakcekapan SPR sebagai badan yang bertanggunjawab melaksanakan sistem automatik ini ataukah ia perkara yang sengaja dilengahkan?

"1.2 juta mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun itu bukanlah suatu angka yang kecil. Begitu juga 4.4 juta yang berusia 21 tahun ke atas yang telah layak mengundi dengan sistem pendaftaran kendiri yang ada sekarang, adalah suatu angka yang pastinya boleh menentukan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke15 kelak. Ini suatu penafian hak yang nyata," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas dalih yang ditimbulkan oleh Pas bahawa remaja berumur 18 tahun tidak matang untuk memilih kerajaan maka Undi 18 ditangguhkan, Dr Zaliha menyangkal pendapat itu.

Katanya, banyak perkara dibenarkan dilakukan apabila berumur 18 tahun, termasuk berkahwin yang implikasinya lebih berat berbanding mengundi bagi menentukan kerajaan.

"Tidak timbul masalah mereka tidak matang dalam berfikir kerana dalam banyak suasana, undang-undang membenarkan mereka untuk berkahwin bagi lelaki dan anak-anak perempuan di usia 16 tahun, walaupun kita menentang keras perkawinan di bawah umur.

"Lesen memandu juga dibenarkan di usia 18 tahun, bahkan lesen memandu motosikal boleh dimohon di usia 16 tahun. Lebih sadis lagi ada juga parti politik yang menerima pendaftaran keahlian remaja berusia 13 tahun, hanya selepas mereka menamatkan sekolah rendah, sedangkan pada usia itu kita sepatutnya memberikan mereka pembelajaran dan ilmu pengetahuan yang sewajarnya, bukan disogokkan dengan politik kepartian," katanya lagi.

Sehubungan itu, Dr Zaliha menggesa SPR mempercepatkan usaha membangunkan Sistem Pendaftaran Automatik supaya nama mereka yang berusia 18 - 21 tahun boleh segera dimasukkan ke dalam Daftar Pengundi Induk dan dapat melaksanakan hak sebagai pengundi dalam PRU ke15 yang dijangka akan berlaku dalam masa yang terdekat.

Katanya, walaupun SPR memberi gambaran PRU mungkin berlaku di tahun 2023, genap 5 tahun usia pentadbiran kerajaan namun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi kerajaan yang tidak stabil.



PN persekongkolan pemungkir janji, tidak akan berjaya perintah negara

 


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tertegak atas persekongkolan para pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang memungkiri janji diramal tidak akan berjaya memerintah Malaysia dengan baik.

Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Ustaz Syamsul Firdaus Mohamed Supri, persekongkolan para pemungkir janji itu sebenarnya lebih berminat untuk menghalang Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri (PM) dan tidak mempunyai agenda tertentu membela rakyat.

"Kita tahu PN satu gabungan yang tak jelas. Ia lebih berasaskan usaha menghalang Anwar jadi PM seperti mana yang telah dipersetujui di dalam manifesto PH dan telah ditandatangani oleh setiap pimpinan terbabit.

"Lima orang tandatangan dan yang ambil alih jawatan PM sekarang pun, dia tandatangan. Jadi dari situ pun kita dah lihat orang yang memungkiri janji.

"Kemudian beri alasan kita tidak boleh bekerja dengan DAP, mahu wujudkan kerajaan Melayu Islam dan lain-lain. Padahal lebih kepada usaha menghalang proses pelaksanaan janji. Sebab kalau Datuk Seri Anwar naik, maknanya negara kita ini akan mencapai satu tahap yang begitu cemerlang.

"Sebab keyakinan banyak pihak, terutama dari luar negara menantikan detik Anwar menjadi PM. Ini yang dibimbangi mereka, kerana ketegasan Anwar.

"Jadi kalangan mereka yang berkepentingan dalam PH ketika itu, termasuklah bekas timbalan presiden KEADLAN dan beberapa pengikut yang bersama dengannya, yang ada agenda peribadi dan bukan agenda untuk rakyat (memilih melompat)," katanya dalam forum anjuran Gabungan Reformis Malaysia, baru-baru ini.

Ustaz Syamsul turut mengingatkan bahawa PN dibentuk oleh majoriti pihak yang telah ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lalu.

Termasuk oleh pihak yang hanya berminat bersama BN sewaktu senang seperti Gabungan Politik Sarawak yang mahu bersekongkol dengan pihak yang punya kuasa. Juga Pas, katanya, yang hanya menang 18 daripada 158 kerusi yang dipertandingkan.

Pihak-pihak yang ditolak rakyat ini, menurut ustaz Syamsul, apabila bersekongkol dengan puak munafik untuk membentuk kerajaan pasti tidak diyakini para pelabur dalam negara dan pemodal asing.

"Mereka ini sanggup bersekongkol dengan orang yang memungkiri janji. Dengan orang yang diberi amanah (bekas PH), dia khianat. Kita tahu bagi seorang muslim, orang sengaja mungkiri janji ini ada satu ciri kemunafikan.

"Maknanya orang munafik ini cukup bahaya. Bersekongkol pula dengan orang yang kalah, ditolak oleh rakyat. Mereka bersekongkol kerana nak kuasa.

"Sebab itu setakat ini prestasi kerajaan PN cukup teruk, pelaburan tak ke mana, pelabur dalam negara pun cabut. Apa keyakinan mereka (terhadap kerajaan pada masa hadapan)?

"Sekarang beri alasan, kita dalam suasana perangi Covid 19 tetapi bagaimana menguruskan krisis? Menguruskan masalah itu sesuatu yang (kerajaan PN) tidak boleh fokus kerana sibuk nak menjaga kuasa dan kedudukan," katanya lagi.

Justeru, ustaz Syamsul mengingatkan bahawa PN tidak boleh diundi lagi dalam PRU akan datang kerana pemerintahan itu tidak memperjuangkan suara rakyat tetapi hanya untuk mencipta ruang memanfaatkan agenda peribadi sahaja.

 

Himpunan desak SPR kekal laksanakan Undi 18 pada Julai 2021

 





Sekretariat Himpunan Tuntut Undi 18 hari ini mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk kekal dengan janji mereka melaksanakan Undi 18 selewat-lewatnya pada Julai 2021.

Sekretariat tersebut menganjurkan himpunan di jalan masuk ke bangunan Parlimen, petang tadi. Mereka menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan komitmen beliau terhadap pelaksanaan Undi 18 kerana perdana menteri itu telah menyokong penuh pindaan Perlembagaan pada 2019 lalu.

"Muhyiddin selaku Ahli Parlimen Pagoh turut mengundi sewaktu meluluskan Rang Undang-undang (Pindaan) 2019, di Dewan Rakyat, sebelum ini," kata sekretariat itu dalam satu kenyataan.



Menurut sekretariat itu lagi, penangguhan pelaksanaan Undi 18 selama lebih 15 bulan ke September 2022 adalah mengarut dan tidak mencerminkan kesungguhan pihak berwajib untuk memberikan hak mengundi kepada anak muda yang mencapai berumur 18 tahun.

“Rakyat Malaysia, khususnya anak muda membantah keputusan ini sekeras-kerasnya kerana hak setiap orang dewasa untuk mengundi dalam pilihan raya adalah hak asasi dalam mana-mana sistem demokrasi di dunia,” kata mereka lagi.

Mereka turut mempersoalkan kenapa SPR seolah-olah dihalang daripada melaksanakan Undi 18 sekali gus menghalang mereka selaku anak muda yang mahu menentukan masa depan negara.

Sekretariat Himpunan Tuntut Undi 18 adalah jawatankuasa ad-hoc yang ditubuhkan oleh gabungan gerakan anak muda sebagai reaksi segera membantah keputusan SPR dan Kerajaan Persekutuan menangguhkan pelaksanaan Undi 18

Antara tokoh politik yang dilihat hadir dalam silent protest petang tadi adalah Pengarah Komunikasi Amanah, Ir Khalid Samad, Naib Presiden KEADILAN Tian Chua dan beberapa yang lain.

Peserta membawa sepanduk berbunyi 'Mana undi kami', 'Kerajaan PNipu' dan 'kembalikan hak mengundi anak muda'

 

MUHYIDDIN TIDAK LAGI DIAM, KINI SUDAH SEDIA BERLAWAN DENGAN UMNO

 

Setelah diserang bertalu-talu sekian lama oleh UMNO dengan ancaman tidak mahu berkongsi kerusi dengan Bersatu, Muhyiddin Yassin yang selama ini diam membisu akhirnya bersuara juga.

Bukanlah rahsia lagi bahawa sudah ramai pemimpin UMNO bersuara lantang enggan berkongsi kerusi dengan Bersatu, terutama melepaskan kerusi-kerusi yang dimenangi parti itu atas tiket BN, tetapi pemimpinnya kemudian melompat menyertai Bersatu.

Malah, ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pagi tadi, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan turut menyentuh isu yang sama.

Kata beliau, UMNO sama sekali tidak akan melepaskan walau satu kerusi yang dimenanginya pada PRU14 lalu kepada Bersatu.

“UMNO tidak akan memperjudikan mana-mana kerusi UMNO. Kerusi UMNO adalah kerusi UMNO – dulu, kini dan selamanya.

“Ia bukan untuk dilepaskan demi memberi talian hayat kepada mana-mana pihak. Jangan ada yang cuba untuk mengilas tangan UMNO,” tegasnya.

Mengulas sentimen UMNO itu, Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu berkata, jika begitu kehendak UMNO, pihaknya tiada halangan untuk berlawan dengan mereka.


Selain memberi bayangan akan mempertahankan semua kerusi yang dimiliki Bersatu, Muhyiddin juga menyatakan kesediaan partinya untuk bertanding di semua kerusi yang akan ditandingi UMNO.

“Lebih baik UMNO ambil semua 222 kerusi Parlimen. Jika (mereka) menang (dan) bentuk kerajaan, tidak mengapa.

“Tetapi kalau UMNO ambil semua (kerusi), saya (Bersatu) pun hendak ambil semua.

“Satu lawan satu pun boleh, satu lawan dua pun boleh, satu lawan tiga pun boleh… sebab ini politik.

“Tetapi saya tidak mahu sombongkan diri, nanti rakyat marah. Saya faham dengan kenyataan pemimpin UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kerana saya juga pernah ada di situ suatu masa dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Zon Ekonomi Khas Pagoh Fasa Satu, Bandar Universiti Pagoh di sini.

Muhyiddin yang juga Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak mahu berdebat dan berbincang soal pembahagian kerusi secara terbuka, sebaliknya akan memberi keutamaan kepada hal rakyat terutama soal keperluan asas dan ekonomi.

“Bukan saya tidak boleh berpolitik, bukan saya tak boleh berbahas.

“Sebahagian kehidupan saya merupakan politik. Saya boleh berbahas dengan sesiapa sahaja, namun itu saya elakkan.

“Saya nak elak begitu bukan saya takut tetapi kerana rakyat resah, hidup susah, nak makan tiada duit, makan tidak cukup untuk alas perut.

“Saya tak tahu kenapa parti politik tak prihatin. Ada masalah lain yang perlu diberikan keutamaan.

“Soal pertama ialah menguruskan masalah Covid-19. Soal kedua pula pemberian vaksinasi yang cukup penting dalam menentukan rakyat selamat dan sihat. Seterusnya soal ketiga pula ialah ekonomi,” katanya.

Dengan kenyataan Muhyiddin ini, secara tidak langsung beliau yang selama berdiam diri telah menyahut cabaran UMNO untuk berlawan dengan parti tersebut dalam PRU15 akan datang.

Selain ini menampakkan jalan rundingan telah tertutup, apakah mungkin PRU akan diadakan dalam waktu terdekat di mana ketika ini UMNO sedang berpecah dan berantakan?


 (Shahbudindotcom 27/03/2021)







Kalau bukan secara automatik, benarkan anak muda daftar sendiri - Undi 18


Nailah Huda
Kalau bukan secara automatik, benarkan anak muda daftar sendiri - Undi 18
Pada Sabtu, lebih 200 penunjuk perasaan mengadakan Himpunan Tuntut Undi 18 di hadapan bangunan Parlimen bagi meluahkan kekecewaan terhadap SPR yang gagal melaksanakan Undi 18 pada Julai ini. - Foto: MUDA
KUALA LUMPUR: Benarkan anak muda untuk mendaftar sendiri sekiranya pendaftaran pemilih secara automatik berdepan isu teknikal, tegas pengasas bersama Undi 18, Tharma Pillai.
Beliau mencadangkan supaya dua pindaan Perlembagaan Persekutuan iaitu menurunkan had umur mengundi dan pendaftaran pemilih secara automatik tidak perlu dilaksanakan sekali.
Kita turunkan dulu umur mengundi dan biarkan rakyat berdaftar sebagai pengundi menggunakan sistem sedia ada,” kata Tharma kepada Astro AWANI.
Daripada tiga pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung Undi 18 yang diluluskan pada 2019, hanya satu yang telah dilaksanakan, iaitu penurunan had umur calon bagi kerusi Parlimen kepada 18 tahun.
Pindaan kedua adalah menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun manakala pindaan ketiga membabitkan pendaftaran pemilih berusia 18 tahun secara automatik.
“Kalau kita boleh buat satu, apa salahnya kita buat yang kedua dahulu? Seperti yang dikatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat kekangan teknikal untuk pendaftaran pengundi secara automatik.
“Kami bersangka baik dengan SPR. Mungkin mereka telah melakukan kerja dengan sebaik mungkin. Tiada masalah, SPR hanya perlu beri kemas kini berkala mengenai pendaftaran pengundi secara automatik,” ujar Tharma.
BACA: Undi18: Halangan pada SPR, bukan PN - Muhyiddin
BACA: Undi18, daftar pemilih automatik tidak sempat dilaksana tahun ini - SPR
Sebelum ini, bekas pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata, kedua-dua pindaan itu perlu dikuatkuasakan bersekali, bukan satu per satu sekali gus memerlukan masa akibat ketiadaan sistem terperinci untuk mendaftar pengundi secara automatik.
Pada Sabtu, lebih 200 penunjuk perasaan mengadakan Himpunan Tuntut Undi 18 di hadapan bangunan Parlimen bagi meluahkan kekecewaan terhadap SPR yang gagal melaksanakan Undi 18 pada Julai ini.
Dalam satu kenyataan, Sekretariat Himpunan Tuntut Undi 18 menuntut agar SPR dan kerajaan segera melaksanakan penurunan had umur mengundi selewat-lewatnya pada Julai serta mewujudkan ketelusan dalam proses pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik.
Mereka juga mendesak supaya perintah Darurat ditamatkan dan Parlimen dibenarkan bersidang semula dengan segera.
“Perhimpunan ini adalah respon awal anak muda kepada keputusan Kerajaan Persekutuan yang tidak serius untuk melaksanakan Undi 18.
“Kami juga mendesak agar Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan komitmen beliau terhadap pelaksanaan penurunan umur mengundi Malaysia mengikut garis masa yang telah dijanjikan sebelum ini, dan juga telah diundi oleh beliau selaku Ahli Parlimen,” menurut kenyataan itu.
SPR menjangkakan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 hanya dapat dilaksanakan selepas 1 September 2022, 14 bulan lebih lambat berbanding tarikh jangkaan kerana mengalami kekangan akibat COVID-19.

Tok Mat hentam parti ‘kutip’ dan bekas PKR

 


Panas! Tok Mat hentam parti ‘kutip’ dan bekas PKR


Mohamad Hasan berkata pesaing parti itu tidak perlu mengajar Umno soal perpaduan ummah, sekiranya mereka hanya memancing dan mengutip ahli politik yang meninggalkan Umno dan perjuangan Melayu-Islam bawaannya sejak sekian lama.

Timbalan Presiden Umno itu berkata ini termasuklah individu atau pemimpin yang selama ini tidak henti-henti menghina dan merendahkan orang Melayu.

Beliau berkata, kelompok inilah yang sebenarnya anti-perpaduan.

“Mereka tidak pernah memperjuangkan sebarang usaha perpaduan. Sehinggalah apabila nyawa mereka seperti telur di hujung tanduk, kelangsungan parti mereka menjadi begitu getir, baharulah mereka mula tergagap-gagap bercakap tentang perpaduan bangsa,” katanya.

Mohamad berkata demikian dalam ucapan merasmikan persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU 2020), di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

PAU 2020 menjadi tumpuan kerana Umno dikatakan akan menentukan nasib kerjasamanya dengan PPBM. Pada kedudukan sekarang, Umno akan menyokong pentadbiran pimpinan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, sehingga Parlimen dibubarkan untuk PRU15.

Kerajaan Perikatan Nasional dipimpin PPBM dengan penyertaan timbalan presiden PKR, Mohamad Azmin Ali, dan kumpulannya.

“Lebih menjelikkan, bila mereka yang meninggalkan PKR turut tidak malu bercakap berkenaan perpaduan ummah.

“Sedangkan selama berpuluh-puluh tahun, perjuangan mereka tidak pernah sekali pun menjurus kepada kebaikan orang Melayu, apatah lagi perpaduan ummah.”

Ummah

Mohamad menarik perhatian kepada istilah “perpaduan ummah” yang tular mutakhir ini kerana banyak pihak mahu bercakap mengenainya, seolah-olah Melayu-Islam berpecah-belah sehingga ke tahap parah.

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju konsep perpaduan Melayu ditafsirkan dalam konteks politik semata-mata, mengingatkan perpaduan ummah sebenar bukan sekadar parti Melayu bersama dalam perikatan politik.

“Tafsiran sebegini sangat cetek. Ini kerana, jumlah orang Melayu yang diwakili oleh kedua-dua parti besar Melayu sebenarnya hanyalah dalam lingkungan 4 juta sahaja,” katanya.

“Seruan kepada perpaduan ummah mestilah dibaca dalam konteks yang lebih besar. Ia mesti benar-benar bertujuan menyatukan semua orang Melayu. Merentas ideologi politik, merentas kepentingan kuasa dan merentas status sosial.”

“Ia mesti menjangkaui laba politik dan tidak menjadi sekadar strategi untuk menang dalam pilihanraya. Sedangkan nasib dan masa depan ummah belum tentu akan dipedulikan selepas itu.”

Mohamad memberi peringatan kepada pesaingnya bahawa Umno tidak akan terpedaya dengan retorik “kepentingan ummah” dan “perpaduan Melayu” yang dibuat-buat.

Beliau menegaskan perpaduan ummah dan penyatuan Melayu mesti dipimpin Umno.

“Yang akan Umno usahakan adalah, perpaduan seluruh bangsa Melayu. Yang berpolitik atau tidak, yang berparti atau tidak dan yang dalam kerajaan mahupun pembangkang. Semuanya akan kita pandang dan kita undang. Rukunnya hanya satu, iaitu Melayu!”



Majlis Neelofa langgar SOP, menteri agama buat apa?

 

Majlis Neelofa langgar SOP, menteri agama buat apa?   


Dengan hanya sekali lafaz, pengacara dan pelakon popular, Neelofa sah bergelar isteri kepada pendakwah, Haris Ismail dalam satu majlis yang diadakan di sini 11.43 pagi sebentar tadi.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 31, dinikahkan oleh adiknya, Mohd. Aqief Mohd. Noor.

Anggun dalam sepersalinan putih suci, Neelofa menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insyaAllah,” ujar Neelofa dan Haris.

Majlis yang hanya dihadiri lebih kurang 150 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat itu juga berlangsung dalam norma baharu serta kawalan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Majlis yang berlangsung secara tertutup ini juga sekali gus menamatkan spekulasi yang bertebaran sejak beberapa hari sebelum ini. 




PULIH..PULIH...MAI TANGKAP INI WORANG....


 Punya banyak rakyat Kedah cari makan di Penang.Selain kemudahan yang cukup lengkap di Prnang,ia memberi peluang pekerjaan,perniagaan kepada rakyat Kedah.

Tu pun kemain lagi....MB selut ni menyombong sakan....harap sedar diri....

DARI MANA BANK DAPAT UNTUNG BAYAR BONUS MASA PANDEMIK?


KETIKA PAU BARU BERMULA, ANNUAR MUSA TERUS MENYERANG ZAHID HAMIDI

 1) Insyaallah,PAU2020 perhimpunan paling tersusun dan paling pendek.Perwakilan dengar saja di bhg masing masing.Hanya Top6 hadhir di pwtc sebagai penonton..jurucakap yg di pilih semua sudah di batalkan.Sudah digantikan.Hanya orang yg di lantik presiden boleh bercakap.

2) Usul MKT (utk meluluskan ucapan dasar Presiden) hanya boleh di bahas ahli MKT shj. Matlamatnya adalah utk endorse semua senada dan MKT luluskan “keputusan MKT”.Tidak boleh tidak…

Kini bermakna MKT lebih tinggi dari PAU..Walau perlembagaan parti menyatakan sebaliknya..percubaan bercakap lain dari MKT di kira melanggar disiplin.

3)Tentera maya dan bloggers tertentu pulak berkerja kuat melontarkan pelbagai neratif rekaan utk memburuk burukkan sesiapa saja yg di jangka berbeza pendapat.Pemimpin dan MKT sendiri termasuk naib presiden kanan DSIS,HISHAMUDDIN, DSSK,DR NORAINI dan ramai lagi terus di jadikan mangsa team pwtc

4) Walhal ini lah PAU paling selamat.Keputusan semua sudah set.sepatutnya tak perlulah sampai mereka reka cerita utk menanam benci sesama sendiri.Namun politik benci sudah mula mencari trademark baru bagi parti..


5) Bagi saya,saya kekal berpendirian UMNO PERLU MEMIMPIN PENYATUAN DAN KESATUAN ORANG MELAYU DAN PARTI PARTI MELAYU. UMNO PERLU TERUS BERSIKAP TERBUKA DAN BIJAKSANA BERUNDING SEHINGGA SAAT AKHIR.

6) UMNO YG KINI MENJADI KERAJAAN,PERLU MENYERTAI PRU SEBAGAI KJAAN DAN MUNCUL MENANG MENJADI SEBAHAGIAN DARI KERAJAAN.

7) UMNO PERLU KONSISTEN MENOLAK PH,KHUSUS NYA ANWAR DAN DAP. UMNO PERLU TERUS FOKUS KPD AGENDA BELA RAKYAT KHUSUSNYA KEPENTINGAN ORANG MELAYU DAN ISLAM.

8) UMNO PERLU MENGELAK MENJADI PARTI YG SEMAKIN BERPECAH,KERANI INI AKAN MENGHANCURKAN UMNO.

9) UMNO MESTI TERUS MEMPERAGAKAN NILAI KEPIMPINAN YG BERKUALITI NASIONAL DAN INTERNASIONAL SERTA DI YAKINI MENAKHODAI NEGARA.

10) SEKIRANYA UMNO TERSALAH PIMPINAN,TERSALAH PILIH FORMULA UTK MENANG,UMNO BAKAL TERJERUMUS KE POSISI YG MAKIN TERPINGGIR DAN KEBANGKITAN SEMULA UMNO MENJADI SUKAR,MALAH UMNO BAKAL TENGGELAM DARI ARUS PERDANA POLITIK NEGARA. TERSERAHLAH PADA PAU 2020 MENENTUKANNYA…ATAU SEBENARNYA TELAH PUN DI TENTUKANNYA..TERIMA SAJA

Annuar Musa

Ketua UMNO Bahagian Ketereh

27 Mac 2021.

Sumber –https://www.facebook.com/100001870036702/posts/5203849039687379/?d=n




SEPAK KELUAQ BUANG LA KALAU YANG NAK MAIN DUA KOLAM...TU PUN NAK KENA AJAR KAH?

 

Umno sahkan ada individu berpura-pura di dalam parti

Umno sahkan ada individu berpura-pura di dalam parti

UMNO perlu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)  bagi mengembalikan maruah parti Melayu itu yang tewas dalam pilihan raya lalu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia adalah satu-satunya peluang terdekat dan terbesar untuk UMNO kembali menjadi kerajaan dan mentadbir negara ini.

“Usah kita menunggu sepenggal dua lagi. UMNO mesti segera kembali menjadi kerajaan dengan cara bermaruah, demokratik dan berdasarkan mandat sebenar rakyat.

“Hanya dua kemungkinan yang ada, sama ada kita menang dan memerintah atau kita sekali lagi menjadi pembangkang dan diperkotak-katikkan!

“Kita tiada pelan B atau apa-apa pelan lain pada waktu ini. Kita mesti menang.

“Kita optimis untuk menang. Kita mesti memerintah semula. Dengan usaha dan aliran pemikiran sedemikian, Insya-Allah kita boleh dan akan menang,” katanya berucap pada Perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Mohamad juga menegaskan, bagi tujuan itu, UMNO perlu menguruskan mana-mana pemimpinnya yang berpura-pura mendukung parti tetapi jiwa mereka sebenarnya telah ‘dibeli’ dengan murah sekali.

“UMNO tidak boleh terkeliru tentang siapa musuh kita sebenarnya. Ini kerana menghadapi musuh nyata adalah lebih mudah, daripada menentang musuh tersembunyi. Api dalam sekam sifatnya membakar lebih teruk, lebih sakit dan lebih memusnahkan.

“UMNO sepatutnya sudah tahu siapa mereka, walaupun tanpa perlu untuk disebutkan di sini. Cuma, beringatlah, musuh kita amatlah licik dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memusnahkan kita.

“Mereka ini masih memerlukan UMNO untuk bernaung tetapi cinta dan hati mereka sudah kepada orang lain. Mereka telah digelapkan dengan kesenangan yang bersifat kebendaan,” katanya.

Mohamad juga menyifatkan pemimpin UMNO yang berpura-pura itu tidak lebih daripada sekadar tunggangan dan apabila parti itu menjadi kuat, mereka dekat, sebaliknya apabila lemah, mereka mengalah.

“Ingat, UMNO ini bukan dayus. Sesiapa yang curang dan khianat, wajar ditinggalkan selama-lamanya,” katanya.

Katanya lagi, UMNO mesti menegaskan bahawa sesiapa yang memusuhi orang Melayu dan Islam adalah musuh UMNO.

“Selagi mereka tidak melepasi batas ini, UMNO sangat terbuka untuk meneroka segala jalan kerjasama yang ditawarkan.

“Namun, setakat mengenali musuh sahaja, tidak akan menjayakan UMNO dalam PRU akan datang,” katanya lagi. 








NI PUN SATU PUNYA BENGONG..MANA ADA JAWATAN PM HAK MUTLAK PARTI YANG NAK MELINGKUP...

 

PAU2020: Jawatan Perdana Menteri milik UMNO, BN - Tok Mat

Isabelle Leong
PAU2020: Jawatan Perdana Menteri milik UMNO, BN - Tok Mat
MOHAMAD: UMNO tidak boleh menjadi anak ayam, UMNO mesti menjadi induk ayam. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, jawatan Perdana Menteri adalah milik UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Bercakap pada sidang media selepas ucap utama beliau di Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), beliau berkata UMNO perlu menjadi ‘striker’ (pemain utama) dan tidak boleh lagi menjadi ‘anak ayam’.
Jawatan Perdana Menteri adalah untuk UMNO, untuk BN. Tiada cara lain.
“Induk akan sayang semua anaknya. Bukan orang Melayu sahaja yang kami jaga, kami akan menjaga semua kaum juga,” ujarnya.
Katanya, UMNO yang sudah meneraju negara buat 60 tahun tidak biasa mengikut dan tunduk pada arahan mana-mana pihak.
“Walaupun UMNO merupakan salah satu komponen dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), UMNO cuma mengikut dan tunduk kepada arahan yang dikeluarkan. UMNO tidak biasa begitu.
“UMNO dan BN sudah 60 tahun meneraju negara dan kami mempunyai rekod yang baik.
“UMNO mesti menjadi parti induk dan teras kepada pentadbiran negara,” katanya.
Apabila ditanya siapa calon terbaik dalam BN untuk diangkat sebagai Perdana Menteri, beliau dengan nada bergurau berkata, beliau calon paling sesuai.
“Saya hanya bergurau, parti akan membuat keputusan.
“Kami jangan terikat dengan cara konvensional tetapi perlu memikir kehendak semua pihak,” katanya.


KENAIKAN GAJI EKSEKUTIF BANK DI KALA MORATORIUM DITOLAK MERUNSINGKAN – ANWAR

 Laporan terkait jumlah pendapatan Ketua-ketua pegawai eksekutif bank, termasuk di Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) yang menerima bonus dan elaun lumayan pada tahun lalu cukup merungsingkan.

Tahun lalu kita menuntut agar moratorium pinjaman bank dilanjutkan bagi mendukung warga dan perniagaan yang terkesan akibat dampak COVID-19.

Namun, kita dimomokkan pula kononnya sektor perbankan akan punah, dan pendekatan moratorium berpotensi untuk meruntuhkan sistem kewangan negara.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Menteri Kewangan yang juga bekas pegawai tertinggi sebuah bank di negara ini yang memperoleh pendapatan RM8.53 juta pada tahun 2019 memilih untuk menyokong pendekatan bantuan secara bersasar, dan ia secara tidak langsung menggambarkan betapa kerajaan ini bersama dengan bank.

Langkah tersebut secara tidak langsung menyulitkan sebilangan keluarga dan perniagaan yang tidak punya keupayaan untuk memenuhi prosedur bank yang berselirat dalam tempoh yang singkat.

Kita juga masih belum mengetahui sejauh mana dampak negatif pendekatan ini mengesankan ekonomi, sektor pekerjaan dan tahap kehidupan rakyat yang susah dan melarat.


Kita kini dikejutkan pula dengan laporan bahawa sektor bank sedang mempergiatkan usaha untuk mencipta keuntungan pada tahun ini dan telah pun menaikkan gaji para pegawai kanan mereka setinggi 58%.

Ketua Pegawai Eksekutif sekurang-kurangnya satu GLIC telah mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.

Perniagaan berkembang pesat saat ini sementara sebahagian besar negara terus bertarung dengan kesan berterusan akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan. Kita tidak menentang soal mencipta keuntungan.

Namun, kita mencurigai cara segelintir pihak mencipta keuntungan sambil mengorbankan golongan rakyat yang lemah dan susah.

Saya membangkitkan beberapa persoalan:

Sekiranya keuntungan sektor bank pada tahun 2020 mampu mendukung kenaikan pegawai-pegawai tinggi mereka sebanyak 10%, apakah pegawai-pegawai rendah turut menikmati kenaikan gaji yang munasabah?

Di tahap mana keuntungan bank pada tahun 2020 dilihat mampu untuk menampung jumlah kenaikan gaji, bonus dan dividen pemegang saham, tetapi tidak berupaya untuk memberi moratorium pinjaman berterusan untuk keluarga yang sedang bergelut dengan dampak wabak?

Apa yang paling menyedihkan adalah pemerintah menggesa agar seluruh lapisan masyarakat berpadu dan bersama dalam memampan dampak wabak, tetapi golongan korporat dan para eksekutif seolah tidak ikut serta dan dikecualikan dari tanggungjawab ini.

Realitinya hari ini kerajaan PN tahu bahawa sebilangan rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang susah, terpaksa menampung beban yang lebih besar, ketimbang golongan maha kaya yang tampaknya menjalani kehidupan seperti biasa.

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR/Ketua Pembangkang

26 Mac 2021.




ANWAR CHILLL SAJA...WALAU YANG BUAT LAWAK TU NAK CARI POPULARITI DENGAN PERLI

Hangpa kenai ka mamat ni yang melawak tak pernah pun dia menang menang. Tetapi semalam dia gunakan sikit caption apa yang DSAI ucap selalu. Kenapa dia tak kata kisah pintu belakang ka, kisah semburit ka, atau kisah tebuk atap ka...kisah katak lompat pun sikit sikit saja....kenapa ? sebab penakut la tu....kalau dia berani banyak sangat isu lain yang dia boleh cakap...

Tapi seperti biasa...Anwar tetap  chill saja sebab dia tak ada hal pun dengan lawak yang boleh dikatakan bodo atau pelawak ni panakut nak hentam kerajaan...patut la tak menang....jangan sekali kali diberi kemenangan pada pelawak ni sebabnya mudah ...dia kena buat satu sketsa lain yang boleh dijadikan contoh terkini...sama ada menteri pengumuman kah..menteri tebuk atap kah...menteri air suam kah atau berbagai lagi terutamanya gambar yang tak jelas kes semburit...banyak sangat kalau sekadar nak memerli tu..jadi ingat ya...kami akan kempen supaya group ni melingkup...kah.....








 

PAU: Umno di persimpangan, pemimpin tertekan

 


PAU: Umno di persimpangan, pemimpin tertekan


Ketika perwakilan Umno kali terakhir bertemu pada Disember 2019, suasananya meriah susulan siri kemenangan pilihan raya kecil selepas kecundang dalam pilihan raya umum 2018.

Pada hujung minggu ini, perkara lebih serius sedang berlaku, iaitu persoalan kelangsungan parti.

Pada 2019, setelah mengalahkan Pakatan Harapan (PH) dalam empat pilihan raya kecil, Umno menjalin kerjasama Muafakat Nasional dengan PAS dan kerjasama orang Melayu itu berkembang dari satu tahap ke tahap berikutnya.

Kini hubungan Umno dengan rakan baharu, musuh lama dan “frenemies” baharu akan menjadi tumpuan.

Pemimpin Umno mesti memutuskan sama ada mahu “memuktamadkan” desakan akar umbinya supaya memutuskan hubungan dengan PPBM yang sebelum ini merupakan rakan parti itu.

Kepemimpinan Umno juga mesti menjawab soalan mengenai dakwaan rundingan rahsia dengan musuh ketat baharu, iaitu PKR, dan juga bekas musuh yang kini menjadi sekutu, PAS, yang dilihat berbolak-balik antara parti itu dengan PPBM.

Semasa perbincangan pada hari ini dan esok di perhimpunan agung tahunannya yang ke-74, pemimpin utama parti akan merasai tekanan – terutama presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

Wan Agyl Wan Hassan.

Perbicaraannya di mahkamah atas tuduhan rasuah kelihatan semakin “menyukarkan” dari sudut politik.

“Kami berharap kepemimpinan tertinggi akan mengesahkan pendirian majoriti bahagian, bahawa kami tidak mahu bekerjasama dengan PPBM,” kata Wan Agyl Wan Hassan, seorang pemimpin Pemuda Umno Wilayah Persekutuan kepada FMT.

“Saya fikir wujud tekanan supaya kepimpinan mengesahkan pendirian bahagian, terutamanya mereka yang berada dalam kerajaan. Mereka mesti melakukannya. ”

Dilaporkan 147 daripada 191 bahagian Umno menolak kerjasama dengan PPBM dalam pilihan raya yang akan datang, dan hanya menyokong kerajaan yang dipimpin Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan.

Ada yang mahu hubungan itu diputuskan serta-merta. Keputusan itu akan menyebabkan “kluster Kabinet”, iaitu pemimpin Umno yang memegang jawatan dalam kerajaan berada dalam keadaan serba-salah.

Di sisi lain, Presiden PKR Anwar Ibrahim menimbulkan ribut baharu dengan mendakwa mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan pemimpin Umno.

Wan Agyl, yang akan mewakili Pemuda Umno Wilayah Persekutuan ke perhimpunan sayap itu berkata, parti itu tegas tidak akan bekerjasama dengan PKR atau DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ramai yang berharap perhimpunan agung kali ini menetapkan haluan parti untuk pilihan raya akan datang.

“Semua harus mencapai persetujuan, dan terus melangkah maju. Sekiranya selepas kita menetapkan haluan, masih ada pihak yang berusaha supaya parti mengubah pendirian, maka itu tidak baik. Ini akan mempengaruhi persiapan kita untuk pilihan raya. ”

Wan Agyl berkata, semua pemimpin Umno, tanpa mengira Ahli parlimen, menteri atau pemegang jawatan dalam parti, mesti mengikut dasar dan mengutamakan kepentingan parti.

Kepimpinan parti itu sendiri menimbulkan persoalan kepada perwakilan. Dengan kes mahkamah Zahid masih tergantung, adakah beliau merupakan individu yang sepatutnya memimpin parti dalam pilihan raya dan masa depan?

Atau adakah perwakilan harus mencari kepimpinan baharu?

Perhimpunan ini tidak akan menyaksikan pemilihan pemimpin, tetapi persoalan peremajaan parti mungkin bermain di bibir perwakilan.

Awang Azman Pawi

Ini memandangkan “kluster mahkamah”, iaitu pemimpin parti yang berdepan tuduhan di mahkamah, kelihatan bercanggah dengan “kluster Kabinet”.

Umno, yang menyambut ulang tahun ke-75 tahun ini, sangat memerlukan kepemimpinan yang bersatu untuk membawanya keluar dari tahap terendah dalam sejarah yang dihadapinya kini.

Penganalisis sosio-politik dari Universiti Malaya, Awang Azman Pawi berkata, beliau yakin akan berlaku perdebatan hangat mengenai hubungan Umno-PPBM.

“Saya tidak akan terkejut jika PPBM dijadikan sasaran, selain pemimpin Umno, seperti Annuar Musa, yang dilihat menentang desakan supaya memutuskan hubungan dengan PPBM.”

Jeniri Amir

Jeniri Amir, felo kanan Majlis Profesor Negara berkata, Umno tidak lagi dapat lari daripada menangani “masalah besar” dalam parti itu.

“Saya tidak melihat kepimpinan mempunyai pilihan lain selain memutuskan hubungan dengan PPBM. Jadi, saya tidak menjangka akan berlaku sebarang kejutan. ”

Dengan begitu banyak musuh baharu dan lama dan rakan yang tidak komited sepenuhnya kepada kerjasama, banyak perkara yang perlu diperkatakan oleh perwakilan Umno, selain masalah kepimpinan parti itu sendiri.

Buat julung-julung kalinya, senapang Umno tidak akan dihalakan kepada musuh kekal parti itu kali ini, iaitu DAP. 







(function() { var d = document, w = window; w

Hannah Yeoh: Nak Melanjutkan Masa Mensyuarat Kerajaan Ini Pun Takut, Ker...