SUMBANGAN UNTUK MAHASISWA..PKR TURUT SERTA

 Image may contain: text that says "#BANTUMAHASISWA Mahasiswa terkandas KPT Flip Flop Sumbangan akan disalurkan kepada mahasiswa yang memerlukan penginapan, tambang atau perbelanjaan Hotline: Utara: Abshar 017 404 3989 Tengah: Sahilah 017 949 5786 Selatan: Durrah 011 1229 2983 Pantai Timur: Zikry 017 908 4816 Timur Malaysia: David 014 699 0847 2124 39600 10033 PARTIKEADILAN RAKYAT (ANGKATANMUDA KEADILAN) RHB BANK #SiswaJagaSiswa"


MASISWA ADALAH TUNGGAK KEPADA KEMENJADIAN NEGARA. NAMUN KERAJAAN HARI INI FLIP FLOP. MAKA SEKIRANYA ANDA BERSIMPATI DENGAN MAHASISWA, MAKA DERMALAH DEMI KELANGSUNGAN MEREKA UNTUK  BERJUANG MENCARI ILMU...

PARTI SYED SADIQ BANTU MAHASISWA..PARTI LAIN BAGAIMANA PULA?

 Image

Terima kasih semua. Ini adalah jumlah kutipan dalam sejam! Kami akan terus update dan kongsikan kepada anda jumlah mahasiswa yang telah dibantu menggunakan dana ini. #TolongBantu


KENYATAAN BALAS TERHADAP KENYATAAN KEMENTERIAN PENGAJIAN BERTARIKH 27 SEPTEMBER DAN 2 OKTOBER 2020 #BerkhidmatDemiMahasiswa #KMUM2020


Image

Image




SEDIH BILA BACA PERBUALAN ANAK DAN AYAH. Bukan sahaja Menteri Pendidikan bisu,Pelajar tuntut kerajaan ganti rugi, Menteri Pengajian Tinggi diasak letak jawatan


Mana-mana students Kuala Lumpur/Petaling Jaya yang perlukan bantuan untuk berteduh, DM aku. Tak boleh aku tengok students merempat ni. Menteri dan ahli politik taknak kisah pasal korang, biar aku yang kisah.
Translated from Malay by
Any Kuala Lumpur / Petaling Jaya students who need help to shelter, my DM. I can't look at these four students. Ministers and politicians do not want to talk about you, let me tell you.




ADA PELAJAR YANG TELAH MEMBAYAR SEWA RUMAH, BAHKAN LEBIH MALANG LAGI, ADA YANG MENEMPAH TIKET ENERBANGAN, TETAPI AKHIRNYA DIBATALKAN DAN RIBUAN  WANG TELAH DIKELUARKAN.


Image


KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI SEOLAH TIDAK WUJUD DI MALAYSIA? WEIIII, MAKAN GAJI BUTAKAH??






Pelajar tuntut kerajaan ganti rugi, Menteri Pengajian Tinggi diasak letak jawatan


Surat khas untuk Menteri Pendidikan.Harap jangan bisu lama sangat.

 

Surat khas untuk Menteri Pendidikan

Assalamualaikum yang berbahagia Dr Radzi Jidin. Saya seorang waris murid dari utara dan anak-anak saya bersekolah di Kedah.

Tuan Dr, bermula daripada kes pertama Kluster Sivagangga sehinggalah ke kluster terkini iaitu Kluster Sungai, kes positif Covid telah banyak dikesan dalam kalangan murid sekolah.

Kami para waris di sini bukan sahaja bimbang anak-anak akan terkena jangkitan, tetapi setiap kali ada kes walaupun melibatkan seorang murid atau waris murid, beribu murid lain akan dipaksa menjalani saringan swab.

Saya yakin tuan tahu bahawa prosedur ini boleh menjadi mimpi ngeri buat anak-anak terutamanya murid pra dan rendah.

Unit Pendidikan Kesihatan Kota Setar pernah mendedahkan bahawa 10,621 sample telah diambil bagi saringan selama dua hari, dan ini belum termasuk sekolah-sekolah yang pernah disaring sebelum itu, contohnya di Sungai Petani, Kulim dan lain-lain.

ImageImage

GAMBAR TWEET DARI RAKYAT JAGA RAKYAT


Ada murid yang sudah takut dan trauma hendak ke sekolah akibat daripada saringan tersebut. Saban hari saya sebagai waris murid menunggu respons daripada pihak KPM khususnya tuan sebagai menteri kanan pendidikan.

Jangan katakan hendak mengeluarkan sebarang kenyataan atau rasa simpati, hendak menulis mengenai Kedah di laman media sosial tuan dan KPM pun tidak.

Yang saya nampak hanyalah perkongsian mengenai Sabah, Sabah dan Sabah. Melawat sekolah-sekolah di Sabah, bermain bola sepak di Sabah, semuanya di Sabah.

Gigih sungguh team KPM berkampung di sana.

Sekolah-sekolah di Kedah ini tuan jeling pun tak mahu, sedangkan kes di sekolah-sekolah di sekitar Kedah lebih tinggi berbanding Sabah pada waktu itu terutamanya di Kota Setar.

Dan kes di Kedah ini sudah lama bermula dan berkemungkinan akan terus berlaku. Kami di sini tidak cemburu, cuma tertanya-tanya, pihak tuan tidak pandai memberi prioritikah?

Rakyat yang memerhati tindak-tanduk tuan sudah boleh mengagak dari awal mengapa tuan dan team begitu gigih peduli Sabah.

Ya, kerana PRN Sabah.

5 minggu cukup lama

Sambil menyelam sambil minum air, dan pada 29 September, semua spekulasi itu terjawab apabila tuan telah memuat naik status di Twitter mengakui bahawa tuan telah menjelajah bumi Sabah selama lima minggu demi “pilihan raya negeri Sabah 2020”.

Lima minggu adalah tempoh yang sangat lama.

Jika sekolah-sekolah di Kedah diberi perhatian sepanjang tempoh lima minggu itu, tidaklah 10,000 lebih murid terpaksa ‘diswab’!

Saya sangat kecewa.

Tuan Dr, bersyukurlah kerana masih ada peluang kedua. Peluang untuk tuan menebus kesilapan lalu.

Di saat semakin banyak negeri mula terjejas akibat kes positif yang dibawa pulang dari kawasan berisiko tinggi, adalah baiknya tuan mula memberi fokus kepada tugas hakiki tuan pula iaitu menyantuni pendidikan, sekolah-sekolah, guru-guru dan murid-murid.

Mohon faham bahawa prioriti tuan adalah kami semua, bukan parti politik tuan!

Tutuplah sekolah-sekolah lebih awal supaya keadaan lebih terkawal. Belajarlah daripada apa yang berlaku di Kedah.

Jangan menggunakan pendekatan wait and see dan hanya menutup sekolah apabila berlaku kes.

Murid-murid di Kedah sudah melaluinya dan pengalaman itu cukup perit. Pendekatan prevention is better than cure adalah jauh lebih relevan pada waktu ini.

Kami faham bahawa pendidikan itu penting, tetapi nilai keselamatan adalah jauh lebih penting.

Bukan kami meminta sekolah ditutup bertahun-tahun, memadai beberapa minggu, sebulan, atau sehingga kes di seluruh negara reda sedikit.

Mungkin akan ada pihak yang bertegas bahawa penutupan sekolah berada di bawah kuasa MKN atau KKM.

Jika ini berlaku, maka adalah menjadi tanggungjawab tuan untuk fight for us demi keselamatan bersama.

Saya pasti, guru-guru juga mungkin berada dalam keadaan tertekan.

Tak kasihankah?

Selain mengajar, mereka terpaksa memikul tanggungjawab besar dalam memantau setiap pergerakan murid bagi menjaga SOP.

Di Kedah, melalui maklumat yang saya dapat, pernah ada kes murid-murid mendapat jangkitan selepas menggunakan pengangkutan yang sama.

Seperkara lagi, tidakkah proses saringan besar-besaran akan menelan belanja yang besar?

Perbelanjaan untuk saringan swab, PPE dan sanitasi – tidakkah membazir?

Dan tidak ada belas kasihankah kepada frontliners? Mudahan perkara ini dapat diberi perhatian segera.

Sekian daripada saya.

Oh ya, memandangkan tuan ke Sabah atas tujuan utama berpolitik, segala kos pengangkutan dan penginapan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kementeriankah, atau ditaja oleh parti?

Kami rakyat bawahan hanya mampu berdoa semoga tuan dan pihak KPM jujur menggalas amanah, tidak menggunakan peruntukan kementerian untuk tujuan yang tak sepatutnya.

Semoga tuan dan team dirahmati Allah SWT. Semoga keprihatinan dan sifat profesionalisme tuan terus subur.

DIA DI MAKI HAMUN , TETAP HADIR...DEMI MENDAPAT SOKONGAN ANWAR

 AMAN SHAH II

25 Feb 2017... Di sebalik keangkuhan Mahathir (OT95) pada hari ini dan di sebalik cercaan dan usaha jahat yg berterusan bagi menyekat langkah Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI)..

Mahathir tak kan mampu melenyapkan sejarah iaitu pada tarikh ini demi meraih sokongan dari para reformis, si OT95 Ini terdesak hadir tanpa diundang di konvensyen Reformis 2017 yang berlangsung di IDCC Shah Alam..

Dibawah ini antara sebahagian video yg sempat dirakamkan saya selepas OT95 ini dikecam hebat oleh kalangan reformis yg terus membara dendam kesumat mereka kepada Mahazalim yang bertanggungjawab memulakan kekejaman terhadap DSAI sejak 1998.

#AkuMarhaen




 


MANA MEREKA INI MENGHILANG? ATAU MEREKA TIDAK BERGUNA?

 

MOHD SYAUQI

Image may contain: text that says "KES POSITIF MENGIKUT NEGERI (setakat 2/10/2020,12 PM) 38 Perlis 594 145 166 KES BAHARU +287 Pulau Pinang JUMLAH DISCAJ 10,095 125 274 Bersama Hentikan Wabak COVID-19 BILANGAN KES POSITIF 11,771 JUMLAH KEMATIAN 136 2,315 Selangor 2,108 29 Pahang 2,687 UNIT RAWATAN RAPI RAPI(ICU) (ICU) 22 105 Labuan Putrajaya 381 Sabah 713 Melaka Johor 1,051 267 Sarawak bl Sumber cpac,moH"

Di Mana Kah Mereka Ini Berada??

Sila Letak Jawatan.Rakyat Bukan Mahu Menangung Biawak Hidup...

Menteri Dan Timbalan Menteri 3Suku...

 

ERROR...

RINA HAMZAH

Akhbar kerap 'ERROR 404' No. 1 dalam negara.. 

Tetapi jika nak siarkan sebarkan propaganda berita-berita berunsur fitnah boleh pula berebut-rebut siarkan ??!

SR

 No photo description available.


Tun Mahathir, Sudah-Sudahlah. Bersaralah

3. WARISAN Tidak Boleh Terima Kekalahan PRN Sabah? Apa Kesan Kpd UMNO Ji...

JUMLAH YANG MUNGKIN TERJADI...

 

Zamzuri Ardani


Gabungan PKR, UMNO, Amanah, dan DAP akan mampu membentuk kerajaan yang lebih kukuh dan stabil?

Apa pandangan anda?

MERIT

1. Jumlah kerusi 91+39 = 130.  Jauh lebih stabil berbanding kerajaan sekarang.

2. Komposisi kaum yang lebih seimbang dalam kerajaan. Sentimen perkauman akan dapat dikendurkan.

3, Tidak terlalu tertekan dengan tuntutan dari Sabah dan Sarawak.

4. Pembahagian kerusi PRU15 akan lebih mudah diselesaikan.

5. Stigma anti-DAP di kalangan orang Melayu akan lebih kendur.

6. Lebih mudah menangani 'deep state' dalam kerajaan jika bersama Umno.


DEMERIT

1. DAP, PKR, dan Amanah akan hilang sebahagian sokongan akar umbi. Begitu juga dengan Umno.

2. Imej Kleptokrasi UMNO akan terpalit ke atas PKR, Amanah, dan DAP.

3. Agenda reformasi akan berhadapan dengan kekangan demi menjaga keharmonian kolisi politik.

4. Keempat-empat parti dalam kolisi ini akan berhadapan dengan masalah dalaman parti yang serius.



KENAPA DULU RAKYAT SOKONG KITA?



Menurut beliau AMANAH, KEADILAN dan DAP boleh mewujudkan kerjasama lebih baik dengan menumpukan kepada agenda menolak parti yang korup, membelakangkan mandat rakyat, ada kepentingan diri serta memainkan sentimen perkauman dan agama. “Kita satukan solidariti kita melalui 3 teras parti ini untuk menyusun strategi kita bagi menyempurnakan tugas kita yang terbantut.

ANTARA BENCI PAKATAN HARAPAN DAN COVID-19


Kelmarin, daripada jumlah 89 kes baharu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 86 adalah penularan tempatan membabitkan 84 warganegara dan 2 kes bukan warganegara, serta tiga kes import yang semua mereka adalah bukan warganegara. “Daripada 86 kes tersebut juga, sebanyak 25 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 88 kes,” katanya dalam satu kenyataan.


BERANIKAH UMNO KELUAR PERIKATAN NASIONAL?



Terdahulu, Ketua pergerakan Pemuda UMNO, Dato' Dr Asyraf Wajdi memberi amaran kepada Ketua Pemuda BERSATU Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyatakan rakyat memilih PERIKATAN NASIONAL disebabkan gabungan itu tidak dibebani dengan isu masa lalu. "Jangan Melampau! Ahli-ahli UMNO juga ada maruah. Tidak selamanya juga kami boleh mengalah. Nasihat saya bersahabat dan berpakat mesti jujur dan ikhlas," tegasnya dalam kenyataan di Facebook beliau.



KERAJAAN TEBUK ATAP BAKAL BERKUBUR

 

Image may contain: 2 people, glasses and text

Macam aku pernah sebut dulu, kerajaan tanpa mandat rakyat, dapat kuasa ikut atap, takkan dapat keberkatan Allah. Sebab itu, macam2 berlaku. Menteri ramai, pecah rekod sampai 70 menteri dan timbalan, dan melambak MP dilantik ketuai GLC, tapi tidak mampu perkuatkan kerajaan tebuk atap ini. Ternyata Muhyidin amat lemah sekarang walaupun dibantu oleh lebai. Lihat wajah Muhyidin pun kita tahu betapa deritanya beliau menanggung kesan dari pengkhianatannya.

Kerajaan PN memang terbukti lemah. Dua kali undian dibuat di Parlimen, kerajaan tebuk atap ini tidak pernah dapat majoriti lebih dari 111 undian. Ertinya, inilah kjaan covid paling lemah dlm sejarah asia.

Kerajaan tidak berkat, maka sesama mereka kini bergaduh. Mana satu PN, BN dan MN? lebai Pas pula makan keliling. Sebelah kaki perahu lain, sebelah kaki perahu lain. Bila dua perahu itu bergerak arah berlainan, lebai pun terkangkang koyak peha sebab kerja bodohnya. Buktinya, pas hanya jadi tukang pacak bendera di PRN Sabah baru2 ini. Kuarintin Covid kena juga buat. Tak.pasal2. Kerusi satu pun tak merasa. Harapkan simpati je lah nanti. Begitulah imej Pas sekarang.

Alhamdulillah, bukan semua MP tidak berotak dan tidak jujur. Ada yang mula melihat bagaimanakah mereka boleh berperanan untuk menyelamatkan negara ini dari tangan Muhyidin, Azmin dan menteri2 yang bebal itu? Tiada pilihan, mereka memilih untuk bersama Anwar. Trek rekod Anwar jauh lebih baik berbanding Muhyidin, Azmin, Najib dan Zahid. Itu faktanya.

Anwar telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan semula mandat rakyat yang dirompak itu. Dia hampir berjaya sekarang, cuma kita mampu berserah kepada Allah.

InsyaAllah, kita tunggu istana dibuka.

WFAUZDIN NS

 

GERAK98 - MALAM TADI DI PERAK, MALAM INI DI KELANTAN DAN PETANG ESOK DI TERENGGANU

 

Saya masih ingat, sewaktu INVOKE di bawah Sdr

Rafizi Ramli

mengadakan jelajah ke seluruh pelusuk negeri sebelum PRU14 yang lalu, gerakan ini dipandang sinis dan dipandang serong oleh beberapa pihak.

Jelajah INVOKE yang begitu mendapat sambutan akar umbi dituduh sebagai satu gerakan yang tidak direstui oleh parti Keadilan dan dianggap 'parti di dalam parti'. INVOKE dituduh sebagai pemecahbelah parti dan berkepentingan peribadi untuk mengangkat Sdr

Rafizi Ramli

sebagai pemimpin parti dan waktu itu tuduhan banyak dilakukan oleh puak2 kartel yang amat takut kepada pengaruh dan kekuatan INVOKE, khususnya bekas MP Pandan tu. Akhirnya terbukti, gerakan INVOKE bukan untuk Rafizi tetapi untuk rakyat sehinggakan kerajaan kleptokrasi berjaya ditumbangkan. Rafizi tidak bertanding pun dan tiada jawatan apa2 pun setelah kerajaan PH menjadi kerajaan.

Sekarang, tohmahan hampir sama berlaku terhadap GERAK98 di bawah Sdr

Mohamad Ezam Nor

. Sekali lagi nama parti digunakan bahkan nama keluarga Anwar Ibrahim dikaitkan kononnya GERAK98 tidak direstui oleh Keadilan dan Anwar. Kita semua tahu, sehingga kini tiada satu arahan pun samada dari parti atau Anwar sendiri yang melarang penglibatan ahli2 parti Keadilan terutamanya untuk menyertai atau menyokong GERAK98. Sama juga seperti INVOKE, GERAK98 berdiri atas kakinya sendiri bukan ditaja oleh parti tetapi komited membawa prinsip dan perjuangan reformasi. Reformasi bukan hanya sekadar menjerit dengan kuat "REFORMASI", bukan hanya sekadar kita memakai T-Shirt reformasi, tidak cukup dengan membuat kenyataan media menyokong Anwar Ibrahim atau sekadar bermunajat.

REFORMASI harus diterjemahkan maksudnya kepada rakyat jelata. Slogan ini harus sentiasa bernyawa dan digerakkan ke merata tempat agar rakyat memahami mengapa kita harus mendokong reformasi yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Rakyat harus diberitahu siapakah musuh2 reformasi dan siapakah yang telah menggagalkan agenda reformasi sewaktu PH diberi peluang memerintah selama 22 bulan. Reformasi adalah sebahagian dari politik Islam yang disebut sebagai "Islah".

Ayuh, kita gerakkan agenda ini. Gunakan apa sahaja aset dan kekuatan yang kita ada untuk melakukannya. Gunakan kelebihan yang kita ada untuk merealisasikan perjuangan ini. Mereka yang pandai menulis, maka menulislah tentang perjuangan ini. Bagi yang pandai berpidato, maka gunakan kelebihan itu. Sesiapa yang mahir berkomunikasi melalui media sosial atau FB Live seperti hero kita

Iswardy Morni

atau

Syed Shah Syed Osman

dan beberapa yang lain, maka pergunakan kelebihan itu. Bagi mereka yang memiliki sedikit harta atau kewangan yang Allah kurniakan, berilah sumbangan untuk membantu. Kita orang biasa juga ada peranannya iaitu membantu atau menyokong sedaya upaya kita. Jangan kita habiskan masa berbalah sesama kita darihal isu yang tiada kaitan dengan kepentingan rakyat.

Jangan lupa, malam ini di Salor, Kelantan. Petang esok di Kuala Terengganu. Kita semakin menghampiri Putrajaya untuk meneruskan mandat yang telah dirompak sebelum ini. Jangan benarkan sesiapa pun untuk menghalang usaha murni ini.

WFAUZDIN NS

 

Dosa Besar Mahathir Ialah Menjatuhkan Sebuah Kerajaan Stabil Yang Diangk...

BAHAYA SWAP KETERLALUAN


ZUBAIDI SUDIN


 

Isu semasa: Tun nak belit siapa pula? ( Siri 214).

Muhyiddin gagal tadbir negara, Malaysia perlukan kepimpinan baharu



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap gagal mentadbir negara apabila gagal menangani pelbagai isu yang membelenggu rakyat ketika ini.

 

Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Mohd Khairool Ngadon berkata perkara ini boleh dilihat berdasarkan gejala rasuah yang dilaporkan di media sejak kebelakangan ini.

 

"Membaca laporan akhbar berkenaan pendedahan salah laku rasuah di sektor awam yang melibatkan pihak pimpinan tertinggi agensi kerajaan memberikan gambaran seolah-olah kerajaan hari ini mula membusuk dari dalam.

 

"Pendedahan ini secara tidak langsung telah membuktikan Kerajaan Perikatan Nasional dibawah pimpinan Muhyiddin Yassin gagal dalam menangani isu rasuah," katanya.

 

Malah, Khairool berpandangan bahawa peningkatan kes wabak COVID-19 baru-baru ini melenyapkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

 

"Lebih kejam dan zalim ketika penularan wabak Covid-19 ini rakyat sedang bergelut dengan kesenjangan ekonomi dan kemerosotan pendapatan malah moratorium juga sudah tamat pada 30 September lalu, tetapi golongan atasan dengan rakus mengaut laba keuntungan secara tamak dan haloba," katanya.

 

Justeru, Khairool menggesa supaya kepimpinan baharu diberi peluang untuk mentadbir negara bagi mengubah nasib generasi akan datang.

 

"Malaysia perlukan perubahan segera yang menyeluruh untuk memastikan tadbir urus dan tatakelola yang mampan dan tuntas. Untuk itu agenda reformasi perlu segera diterjemahkan dalam memacu negara yang berdaulat ini.

 

"Dalam erti kata lain Anwar Ibrahim perlu segera diberi peluang dan ruang dalam memimpin Kerajaan Malaysia dalam menghapuskan gejala rasuah serta memacu ekonomi dan menjana pendapatan yang baik untuk rakyat.

 

"Negara ini perlu segera diperbaiki segera untuk masa hadapan pewaris kita," katanya.

 


(function() { var d = document, w = window; w

PADA WALAUN HANG SURUH SETIA ,IKLAS, TAAT BAGAI...HANGPA BALON ELAUNS GAJI PULOH PULOH RIBU TAK RASA NAK TOLAK KAH-BUKTIKAN KEIKLASAN DULU//LEBIH KURANG UMNO SAJA..TAK DAK FULUS..

  Idris seru ahli Pas agar sentiasa ikhlas dalam perjuangan October 17, 2021 4:00 pm Idris seru ahli Pas agar sentiasa ikhlas dalam perjuang...