Mahathir kata, dia bebaskan Anwar, tapi Anwar lawan dia. Mahathir ni bukan orang bodoh tapi mengapa nampak macam bodoh? Sebab dendam peribadinya kepada Anwar menjadikan dia terpaksa berbuat bodoh.
Dia jadi PM pun atas sokongan siapa? Kalau Anwar tidak sokong,
boleh dia jadi PM? Bila dia jadi PM, dia jalankan tugas sebagai PM untuk melakukan
proses pengampunan diraja kepada Anwar itu atas kehendak Anwar atau kerana itu
janji di dalam manifesto PH ? Atau dia memang baik hati bebaskan Anwar tanpa
terikat dengan janji? Sebab janji juga, Wan Azizah yang ditawarkan oleh Agong
untuk jadi PM menolaknya dan menamakan orang tua ini sebagai PM. Kerana itu janji,
faham?
Betul ke Anwar sepanjang masa melawannya? Bukankah di saat akhir
sebelum kerajaan PH dikhianati, Anwar sendiri mencadangkan Mahathir terus
menjadi PM bukan sahaja selepas APEC, bahkan kalau sampai dikambus tanah pun
tidak mengapa. Kamu yang letak jawatan, kamu yang merahsiakan untuk meletak
jawatan, tiba-tiba kamu kata Anwar menentang kamu?
Sudah-sudah lah Mahathir. Lebih baik duduk diam dari terus menunjukkan
kebodohan dan hati busuk kamu.
WFAUZDIN NS