KALAU KITA MAKAN JERING JANGAN TUDUH ORANG MAKAN GENUAK

 Image may contain: 1 person, glasses, beard and hat


Mahathir nih. Mati esok akan dikenang sebagai manusia busuk hati tuan tuan. Dia mahu dikenang sebagai manusia yang gigih menghalang Anwar dari jadi PM.


MAN TOBA


OT95 dilaporkan masih bercakap fasal Anwar Ibrahim, dia masih mengulang-ulang benda dan tajuk sama. Dia bercerita sebab dia tidak mahu Anwar jadi perdana menteri kerana meragui kebolehan Anwar. Dia juga menyebut, Anwar tidak habis-habis bergerak dan berkempen untuk menjatuhkannya masa dia pegang jawatan PM. Dia langsung lupa apa yang dilakukan Udin anak Yassin dan Minrit.

Dia juga perli Anwar masih tidak cukup nombor, bahkan pernah pakai baju untuk angkat sumpah tetapi tidak jadi. Betapa bencinya dia. Untuk apa peduli dan perli Anwar?

Satu perkataan yang menyenak orang ramai dan melihat OT95 mengesahkan yang dia bencikan Anwar bila mana dia kata Anwar tidak layak jadi PM. Walhal dia pernah memberi laluan kepada Abdullah Badawi, pernah beri laluan kepada Najib Razak dan terbaru Muhyiddin.

Sejauh manakah kelayakan mereka itu bagi OT95 sehingga memberi laluan kepada mereka bertiga tetapi liat untuk Anwar? Kayu ukur apakah digunakan OT95 untuk menentukan itu. Apakah kayu ukur kebencian.

Persoalan ini menjadi tanda tanya dan dicari oleh umum kenapa sebegitu sekali keras dan bencinya OT95 kepada Anwar. Saya juga mencari-cari di alam nyata dan juga mimpi kenapa terjadi begitu sekali.

OT95 membangkitkan yang dia berusaha mendapatkan pengampunan kepada Anwar. Hal itu tidak perlu diungkit kerana Anwar juga bersedia memberi laluan kepadanya jadi PM. Jangan hanya kata kencing orang hancing, sedangkan kencing kita juga hamis. Kalau Anwar makan genuak, OT95 makan jering relung.

Masa sudah pun berlalu, sebaik OT95 diam dan usah sentuh dan ungkit hal lama lagi mengenai Anwar. Biarlah ada sisa-sisa penghormatan orang kepada kita untuk dijadikan bekalan apabila mati kelak. Jangan waktu hidup terus disumpah bila mati kubur pula diberak. Trims.

 


No comments: