Kami ingin merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad terkait syor daripada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan usaha semakan dan tafsiran telah dipersetujui Jemaah Menteri pada 23 Mei 2018 yang turut dihadiri oleh kami selaku anggota kabinet.
Ingin kami tegaskan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan semakan dan tafsiran telah pun dibuat pada 21 Mei 2018 oleh Tun Dr Mahathir sendiri secara bertulis kepada Peguam Cara Negara tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan juga turut dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018 sebelum mesyuarat Kabinet pertama diadakan.
Selang dua hari kemudian, setelah keputusan dibuat, barulah Tun Dr Mahathir memaklumkan Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet.
Ingin kami tekankan di sini, ianya hanyalah "pemakluman" di bawah agenda "Hal-hal lain" dan bukannya perbincangan untuk menentukan keputusan. Oleh yang demikian, tidak wujud isu sama ada sesiapa membantah atau menyokong kerana ruang untuk membuat keputusan telah pun hilang apabila ia telah dibuat secara bertulis oleh Tun Dr Mahathir.
Sebagai negarawan, kami berpandangan Tun Dr Mahathir sepatutnya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas keputusan ini dan bukannya memilih untuk meletakkan di bahu mereka yang tidak terlibat.
Kami yakin dan percaya anggota Jemaah Menteri yang hadir dalam Mesyuarat Kabinet pada 23 Mei 2018 boleh mengesahkan perkara ini.
Usaha berterusan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) melakukan tinjauan terhadap pelaksanaan Menara Telco Projek JENDELA Fasa 1 di Kampung Menengah Ulu, Sipitang ini salah satu contoh kesungguhan memastikan rakyat menerima manfaat dalam transformasi digital negara. Foto Kementerian Komunikasi
PENDAPAT, 12 Dis – Peranan yang dimainkan menerusi inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam memperkukuhkan kesalinghubungan antara rakyat dan kerajaan sememangnya tidak dapat disangkal biarpun diakui mengalami sedikit kelewatan dari segi pelaksanaan.
Pun begitu, melalui sesi libat urus secara kerap serta menjalankan pemeriksaan mengejut di tapak lapangan, ternyata ia mula membuahkan hasil dalam tempoh beberapa bulan ini.
Antara lain, objektif utama JENDELA sudah tentulah menyediakan akses internet yang lebih baik, cepat dan berkualiti di kawasan berpenduduk di seluruh negara secara berperingkat.
Malah, Kementerian Komunikasi sedang melakukan rombakan menyeluruh terhadap sistem dan proses pelaksanaan pelan JENDELA Fasa 2 bagi memastikan pelaksanaannya lebih berkesan.
Ini ditambah lagi dengan kenyataan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang menegaskan pelan JENDELA yang sedang dirombak mesti lebih tepat dan jitu serta tidak hanya bergantung kepada penilaian desktop semata-mata.
Ketika di Kota Kinabalu, beliau mendedahkan kontraktor yang gagal dalam pelaksanaan JENDELA Fasa 1 pula akan diteliti had penglibatan mereka dalam Fasa 2 yang dijangka melibatkan antara 2,500 hingga 3,000 tapak infrastruktur telekomunikasi di seluruh negara.
“Kita jangkakan pada 2025, sekiranya pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) sudah teliti, kita umumkan Fasa 2 tetapi proses pertama (ialah) merombak keseluruhan sistem.
“(Rombakan) sudah berjalan dan kita mula merungkai banyak persoalan yang timbul,” katanya pada sidang media baru-baru ini.
Tumpuan diberikan kepada meningkatkan akses dan pengalaman rakyat menikmati sambungan internet dengan penyedia perkhidmatan rangkaian pilihan yang merupakan salah satu agenda digital negara.
Dengan meningkatkan infrastruktur digital di seluruh negara, JENDELA memastikan bahawa semua lapisan masyarakat, termasuk di kawasan luar bandar, boleh mendapat akses kepada maklumat dan perkhidmatan digital secara mudah dan lancar.
Melalui penyediaan infrastruktur yang lebih baik, JENDELA memberi peluang kepada rakyat untuk terlibat secara aktif dalam ekonomi digital, pendidikan atas talian, e-dagang, dan pelbagai bidang lain yang berkaitan dengan teknologi digital.
Ini akan membantu melonjak transformasi digital bagi peningkatan taraf hidup rakyat, meningkatkan kemahiran digital mereka, dan memperluas peluang pekerjaan di era yang semakin bergantung kepada teknologi.
Selain itu, JENDELA juga memperkukuhkan hubungan digital antara kerajaan dengan rakyat melalui kemudahan untuk akses kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan secara atas talian.
Ini membantu meningkatkan kecekapan pentadbiran dan sistem penyampaian kerajaan, memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan, serta memastikan keadilan dan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Meskipun peranan JENDELA dalam memperkukuhkan kesalinghubungan rakyat dan kerajaan kerap diperlekeh pembangkang, ia tidak menghalang Kementerian Komunikasi berusaha memastikan legasi terdahulu dapat diperbaiki demi manfaat rakyat dan negara.
Ekosistem digital penting bagi mengangkat martabat Malaysia mendepani cabaran serantau dan antarabangsa kerana ia bergantung kepada kebolehlaksanaan JENDELA sebagai enjin pertumbuhan ekonomi rakyat dan negara.
Inilah hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekanan peri pentingnya jalinan digital negara diperkasa bagi mengukuhkan ekosistem digital tidak kira di bandar mahupun di desa.
Kita harapkan agar inisiatif JENDELA ini mampu membawa rakyat ke arah pelaksanaan negara digital selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI tanpa mengira geografi, latar belakang mahupun fahaman politik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perasmian Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di Kuala Lumpur pada Khamis. Foto RTM
KUALA LUMPUR, 12 Dis – Kewujudan dan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) diyakini tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan, sebaliknya ia menuntut latihan dan daya pemikiran yang lebih inovatif dalam menghadapi cabaran tersebut, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Perdana Menteri, peralihan teknologi itu akan mengubah landskap kepakaran sesebuah industri dan memberikan peluang untuk pengembangan kemahiran dalam bidang teknologi.
“Saya tidak terlalu bimbang. Jika kita lihat, setiap kali berlaku revolusi industri, orang ramai akan bimbang. Begitu juga dengan kemajuan dalam teknologi maklumat (IT), namun kita mampu menanganinya.
“Yang penting adalah keupayaan pemikiran untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, latihan yang mendalam dan mendesak sangat diperlukan,” ujar beliau semasa berucap pada Majlis Perasmian Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di sini hari ini.
Perdana Menteri turut menggariskan bahawa teknologi digital termasuk AI adalah pemangkin penting untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Dalam hal ini, Anwar menekankan keperluan untuk meningkatkan literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya penjawat awam dan pemimpin politik.
“Kaedah lama perlu melalui peralihan atau anjakan paradigma yang menuntut perubahan sistem. Anjakan ini akan membantu mengenal pasti kefahaman yang lebih mendalam.
“Kita harus faham bahawa tanpa kepantasan luar biasa, kita akan tewas dan cita-cita kita hanya akan menjadi impian. Oleh itu, membina ekosistem yang kukuh adalah kemestian termasuk mewujudkan Pejabat NAIO untuk merancang dan menyelaras hasrat kita,” katanya lagi.
Penubuhan Pejabat NAIO diharap dapat memperkukuhkan ekosistem digital negara dan memastikan Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.
Tiga orang bekas menteri sewaktu Pakatan Harapan 1.0 menepis kenyataan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Jemaah Menteri waktu itu bersetuju dengan keputusan untuk tidak meneruskan semakan Pulau Batu Puteh.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan dakwaan dibuat Mahathir adalah tidak benar.
Kata ketiga-tiga pemimpin tertinggi PH itu, keputusan untuk tidak meneruskan semakan dan tafsiran telah pun dibuat pada 21 Mei 2018 oleh Tun Dr Mahathir sendiri secara bertulis kepada Peguam Cara Negara tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri.
Keputusan itu juga dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018 sebelum mesyuarat Kabinet pertama diadakan.
“Selang dua hari kemudian, setelah keputusan dibuat, barulah Tun Dr Mahathir memaklumkan Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet.
“Ingin kami tekankan di sini, ianya hanyalah “pemakluman” di bawah agenda “Hal-hal lain” dan bukannya perbincangan untuk menentukan keputusan,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Terdahulu Mahathir berkata beliau tidak membuat keputusan sendiri dalam isu RCI Batu Puteh, sebaliknya ia dilakukan atas persetujuan Kabinet ketika itu.
“Ia bukan saya seorang, ia adalah (persetujuan) Kabinet,” kata Mahathir.
Susulan itu dalam kenyataan bersama antara bekas menteri PH hari ini, mereka menegaskan tidak wujud isu sama ada sesiapa membantah atau menyokong kerana ruang untuk membuat keputusan telah pun hilang apabila ia telah dibuat secara bertulis oleh Tun Dr Mahathir.
“Sebagai negarawan, kami berpandangan Tun Dr Mahathir sepatutnya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas keputusan ini dan bukannya memilih untuk meletakkan di bahu mereka yang tidak terlibat.
“Kami yakin dan percaya anggota Jemaah Menteri yang hadir dalam Mesyuarat Kabinet pada 23 Mei 2018 boleh mengesahkan perkara ini,” ujar mereka lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis pelancaran Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 12 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
“Saya rasa mereka (Ahli Parlimen) sedang berbincang mengenainya, mereka membahaskannya hari ini. Serahkan kepada mereka untuk bincang,” katanya kepada media selepas melancarkan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan RCI yang antara lain mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama dan juga di bawah Seksyen 418 kanun sama.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), laporan itu dijadual dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini.
Sebelum ini Anwar berkata laporan RCI itu mendedahkan kelemahan pengendalian isu berkenaan selain wujud unsur pengkhianatan.
Beliau berkata kelemahan pengendalian berkaitan isu Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana negara perlu perjuangkan setiap inci tanah di dalam negara ini secara sehabis-habisan.
Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes raasuah Sistem Visa Asing (VLN) selepas puhak pendakwaan (AGC) memutuskan untuk menarik balik rayuan mereka.
AGC mengambil keputusan tersebut selepas memberi pertimbangan terhadap representasi dikemukakan Ahmad Zahid.
Pasukan pendakwa berkata mereka berpendapat ada asas mengikut undang-undang dan fakta kukuh untuk membiarkan keputusan mahkamah terdahulu tidak terganggu.
Mereka juga berkata tiada bukti menunjukkan Ahmad Zahid pernah menggunakan kedudukannya menganugerahkan kontrak yang dibangkitkan.
Bahkan, kata pihak pendakwaan lagi, kontrak itu diberikan sebelum Ahmad Zahid memegang jawatan menteri dalam negeri, sekali gus menunjukkan dia tidak menyalahgunakan kuasanya.
Dua tahun lalu Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 tuduhan rasuah berkaitan VLN. Ahmad juga didakwa dengan 33 pertuduhan rasuah berjumlah RM43.6 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd.
Tiga pemimpin kanan PH hari ini menegaskan bahawa Dr Mahathir Mohamad sewaktu menjadi perdana menteri pada 2018 membuat keputusan sendiri berhubung pengguguran rayuan negara dalam tuntutan Pulau Batu Puteh.
Dalam kenyataan bersama, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Sabu dan Anthony Loke berkata Dr Mahathir hanya memaklumkan kepada kabinet selepas keputusan tersebut dibuat.
Sepatutnya PN bersyukur. Sebab Samsuni ni 𝘯𝘰𝘰𝘣 bab belanjawan ni. Tengok la dia uruskan kewangan negeri macamana. Sampai nak beri bonus pun 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗯𝗮𝗷𝗲𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻. 6 tahun jadi MB langsung tak berkembang ekonomi negeri.
Tapi apalah sangat setakat letak Jawan bendahari PN tu. Patutnya 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗕 sekali sebab dia 𝗠𝗕 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵. Semua Adun PAS patut sama letak jawatan sebab tak ada hasil. Tapi takkan berani punya. Takut hilang elaun. Setakat Bendahari PN, berapa sangat elaun dia hilang. Kan?
Lepas ni orang Bersatu pulak la jadi Bendahari PN. Tak ada pemimpin PAS jadi pembesar PN. Bersatu yang 𝘤𝘰𝘯𝘲𝘶𝘦𝘳 semua. Dengan 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻. Sebab maklum la kan, dalam PAS tak ada 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗹𝗶𝗯𝗲𝗿. 𝗟𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗼𝗻𝗴 ramai la.
Lagi pun PAS dalam PN tahap pencacai je. Bayangkan kalau Gerakan 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮 𝘁𝗲𝗺𝗯𝗮𝗸 𝗠𝘂𝗿𝘀𝘆𝗶𝗱𝘂𝗹 𝗔𝗺 𝗣𝗔𝗦, semua pemimpin PAS pakat senyap tak berani lawan. Nampak tak level pencacai PAS dalam PN tu. Guane boh?
Sebelum PRU15, Razman berkempen, menyatakan sekiranya Anwar jadi PM, maka LGBT akan diizinkan dan lelaki sama lekaki, perempuan sama perempuan boleh berkahwin. Maka, dengan fitnah itu dia menang pilihanraya. Anwar saman dia RM 5 juta. Akhirnya, Razman melutut minta maaf kepada Anwar. Anwar yang baik hati sangat maafkan Razman. Setel.
Beberapa minggu yang lalu, razman menggelar MB Perak sebagai "biadab'. Kemudian minta maaf. Setel.
Beberapa minggu yang lalu juga, dia menuduh Menteri KPKT yang juga MP Teluk Intan, YB Nga Kor Ming hadir di Teluk Intan sewaktu perarakan Festival Guan Gong yang kononnya mengibar bendera China, sedangkan ketika itu menteri dari dap berkenaan berada di KL. Menteri tersebut bercadang untuk mengambil tindakan saman kepada Razman. Semalam, dia mohon maaf. Setel.
Nampak tak betapa mudahnya lebai kelarah ini buat dosa, kemudian minta maaf dan bakal buat dosa lagi? Dia berani buat demikian sebab pemimpin kita ramai yang baik hati. Rakyat boleh menilai puak seperti ini.
1. Modus operandi pemimpin PAS untuk mendapatkan undi Melayu ialah dengan menakutkan orang Melayu terhadap DAP yang dikaitkan pula dengan PH.
2. Bagi menjayakan motif ini, banyak cerita rekaan dan naratif dongeng yang terpaksa direka dan disebarkan untuk mengocak emosi dan sentimen perkauman dan prasangka agama. Semakin sensasi cerita tersebut, semakin tajam dan dalam kesannya ke atas minda orang Melayu. Bagi mereka yang penting adalah undi. Soal salah atau tidak, soal dosa pahala ... itu belakang cerita.
3. Cerita politik dongeng ini pula hanya disebarkan di kalangan masyarakat Melayu, samada melalui kuliah di surau masjid, atau melalui ceramah politik, atau usrah, atau melalui sembang kedai kopi, atau melalui media sosial. Cerita bohong dan fitnah ini disebar dalam bahasa Melayu dan diselang seli dengan petikan hadith dan ayat Quran yang diolah mengikut selera politik mereka. Adakalanya mereka juga mengambil kononnya kata-kata tokoh ulamak yang tidak dapat dipastikan sumbernya. Tujuannya hanya untuk menimbulkan prasangka, kemarahan, kebencian, dan permusuhan ke atas DAP. Bila orang Melayu benci DAP, mereka akan menolak PH dan mengundi parti mereka. Sifir politik yang mudah dan murah. Hanya dengan air liur sahaja.
4. Para pemimpin DAP tidak ada banyak ruang untuk mempertahankan diri kerana sebaran fitnah ini hanya berkitar di kalangan masyarakat Melayu dan dari sudut politik perlakuan PAS ini tidak menjejaskan DAP pun kerana DAP tidak bertanding di kawasan Melayu. Jadi keadaan ini dibiarkan berlarutan lama dan PAS merasakan ianya boleh diteruskan dengan selesa.
5. Sebaran cerita bohong dan fitnah tentang DAP memang mudah dan berkesan kerana ia menyentuh emosi dan sentimen orang Melayu. Bukan soal betul atau salah. Yang penting reaksi dan sokongan politik dari cerita bohong dan fitnah itu memihak kepada mereka.
6. Di kalangan rakan-rakan aktivis PAS pula mereka menganggap ianya adalah strategi politik yang absah. "Peperangan itu tipudaya", mereka berdalil dengan sabda Nabi SAW. Mereka tidak melihatnya sebagai dosa atau bercanggah dengan hukum agama. Bagi mereka ia hanya sebahagian dari agenda besar menegakkan syariat Islam. Walaupun ini pemikiran yang aneh, tetapi doktrin politik agama yang mereka pegang mengabsahkan begitu.
7. Bagaimanapun tindakan menyebar fitnah dan bohong dengan memainkan sentimen perkauman dan agama ini membawa kesan yang besar dan buruk kepada negara, bukan sahaja dari sudut kestabilan politik dan keharmonian masyarakat berbilang kaum, tetapi juga menjejaskan keselamatan negara. Beberapa insiden keganasan, ugutan jenayah, dan perbuatan melampau mula berlaku. Ini membimbangkan banyak pihak sehingga Majlis Raja-Raja Melayu sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan tentang bahaya memainkan isu 3R untuk kepentingan politik kepartian.
8. Ucapan-ucapan fitnah dan bohong yang berleluasa mula dikongsi di dalam media sosial serta media arus perdana turut memberi liputan. Ini memberi kesan yang lebih besar dari sudut perundangan di mana pihak yang menjadi mangsa fitnah sudah boleh mengambil tindakan undang-undang.
9. Maka bersusunlah satu persatu pimpinan PAS dan PN didapati memfitnah oleh mahkamah. Yang terbaru Presiden Bersatu diminta membayar RM1.4 juta dan MP Kepala Batas kena bayar RM825 ribu kerana memfitnah para pemimpin DAP.
10. Semoga rakyat Malaysia dan orang Melayu khususnya sedar bahaya kejahatan politik fitnah dan bohong yang beralaskan perkauman dan fanatik agama ini.
Walaupun mungkin pembunuhnya terlepas dari hukuman dunia, dia tetap akan dihukum di akhirat nanti.
Tanpa kemaafan dari keluarga mangsa, pelaku tidak akan terlepas dari dosanya wpun telah bertaubat nasuha.
Ali Hanafiah Mohammed
Hari ini 12 Disember 2024, genap 11 tahun kes anak buah ambe Wan Ahmad Faris, pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas ditemui terbunuh dan tergantung di tandas asrama sekolah pada 12 Disember 2013.
Sudah 11 tahun kes ini berlaku, walau pun pasukan polis negara kita terkenal cekap, namun tak pasti apa yg tak kena dgn kes ini, kejadian berlaku dlm kawasan sekolah mangsa, sekolah kerajaan, sekolah berasrama, namun suspek yg melakukan pembunuhan tidak dikenal pasti, bahkan motif sebenar kejadian pon tak jelas, terlalu banyak persoalan.
Bagaimana siasatan dijalankan?, mungkin ia dilakukan oleh pasukan penyiasat yg masih dlm peringkat latihan, masih belajar, atau ada sesuatu yg tersembunyi?
Jalur Gemilang terbalik, Victor Malaysia mohon maaf
Victor Malaysia mengeluarkan permohonan maaf rasmi berhubung insiden bendera Malaysia terbalik di jersi pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia ketika Jelajah Dunia Akhir BWF
Negeri Terengganu nak bagi bonus pada kakitangan Kerajaan Negeri pun tiada duit, inikan pula nak jaga PN 1 Malaysia.
Kerajaan Terengganu dapat hasil tahunan yang mereka cari sendiri dalam RM363 juta sahaja untuk tahun 2025, bakinya RM1.634 adalah dari Kerajaan Pusat.
Time Pilihanraya berebut nak jadi YB, dah menang tak tahu tadbir Negeri.
Tadbir Negeri bukan sekadar ceramah politik dan solat hajat, tapi kena menguruskan semua segi agama, ekonomi, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan semua segi.
Kedua pihak dah buat statement dan masing-masing bercanggah antara satu sama lain. First time dengar memang kita akan marah sebab adalah tak masuk akal tahan bayi yang meninggal selama dua minggu hanya kerana bil RM 3 ribu lebih.
Mana satu betul, nanti biar KKM yang putuskan. Cuma ada satu persoalan paling penting kat sini; dalam masa dua minggu ni ada tak pihak hospital swasta ni buat laporan polis atau lapor kepada KKM pasal ni?
Kalau ya, bagus. Kalau tak, kenapa?
Pentingnya laporan polis kat sini ialah bagi melindungi mereka sendiri bila jadi macam ni.
Kalaulah pihak hospital swasta tak report polis dan mereka diam-diam tahan bayi yang meninggal selama dua minggu mereka akan hadap masalah untuk explain apa yang dah berlaku.
𝘚𝘵𝘦𝘢𝘥𝘺 PMX. Sepatutnya dah lama kerajaan buat ni. Kesihatan rakyat dah 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 dan 𝗹𝗼𝗺𝗯𝗼𝗻𝗴 𝗲𝗺𝗮𝘀 kapitalis tamak.
Aku baca komen, ramai walaun dungu yang persoal 𝙠𝙚𝙠𝙪𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙪𝙗𝙖𝙩 yang lebih murah tu. Macam biasa la, walaun mana reti membaca.
𝗨𝗯𝗮𝘁 𝗴𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗸 dibuat menggunakan bahan yang sama. Cuma sebab 𝗮𝗱𝗮 𝗹𝗼𝗴𝗼 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝘁𝘂 yang buatkan harganya jadi mahal.
Berkaitan ubat ni, sebelum ni ada tular video seorang 𝗺𝗮𝗸𝗰𝗶𝗸 𝗮𝗹𝗮-𝗮𝗹𝗮 𝗧20 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗯𝗲𝗹 ubat untuk ibunya tak cukup di hospital.
Untuk info, hospital yang makcik tu pergi bukan bawah seliaan KKM. Tak salah aku 𝗵𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗿𝗮 𝘀𝘄𝗮𝘀𝘁𝗮. Bekalan ubat di hospital kerajaan adalah mencukupi.
Rasanya makcik tu 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 sebab, macam yang kita tahu, walaun tak mahir berfikir. Apatah lagi nak cari info yang sebenar.
Tahniah 𝗣𝗠𝗫 dan 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 kerana berani menentang arus melawan 𝗸𝗿𝗼𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗿𝘁𝗲𝗹. Sesuatu yang tiada seorang pun dari 9 perdana menteri sebelum ini berani buat. Terutamanya PM4 & PM8 yang seronok 𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗿𝗼𝗻𝗶. Guane boh?
Manusia 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗮𝗿𝘂𝗮𝗵. Kepala berbalut kopiah dan kadangkala berjubah, tapi lidah 𝗺𝗲𝗻𝘇𝗶𝗸𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Puas fitnah, mohon maaf 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵.
Katanya selepas meneliti maklumat dari 𝘀𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹, dia mendapati Nga Kor Ming 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 dalam program kibar bendera China tu.
Masalahnya, kenapa tak cari maklumat yang betul tu 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻? Kenapa terburu-buru bercakap sebelum pasti apa nak dikatakan tu benar?
𝗕𝗼𝗱𝗼𝗵 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 ke Razman ni? Tak... Dia 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵. Sebaliknya dia bijak. Dia bijak 𝗺𝗮𝗻𝗶𝗽𝘂𝗹𝗮𝘀𝗶 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗸𝘀𝘂𝗯𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 yang membawa kepada 𝗸𝗲𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗮𝗻.
Dia tahu, dia cakap benda paling dungu dalam dunia, benda paling tak masuk akal pun, penyokong partinya yang 𝘁𝗮𝗸𝘀𝘂𝗯 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗯𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮 akan terus percaya.
Mereka akan sebarkan. 𝘉𝘺 𝘵𝘩𝘦 𝘵𝘪𝘮𝘦 dia minta maaf, hal ini telah melekat dalam minda penyokong dan rakyat yang 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗮𝗷𝗶𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗳𝗼 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿. Fitnah ini akan kekal.
Ditambah pula dengan 𝗸𝗲𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗷𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗛 untuk manipulasi isu sebegini, makanya Nga Kor Ming akan 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵.
Nga Kor Ming tolong jangan batalkan saman. 𝗠𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸 𝗱𝘂𝗿𝗷𝗮𝗻𝗮 seperti Razman ni wajib diberi pengajaran. Saman biar sampai dia 𝗯𝗮𝗻𝗸𝗿𝘂𝗽𝘀𝗶. Biar hilang kerusi.
Saman je tak cukup. Razman ni sepatutnya dipenjara seumur hidup. Biar dia tak boleh terlibat dalam politik sampai bila-bila. 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗱𝗶𝗮 yang buatkan orang tak percaya politik.
PAS parti 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝗸 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Razman ni bukan pertama kali buat kerja iblis begini. Dan ebelum ni pun 𝗠𝗮𝘀𝘁𝘂𝗿𝗮 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Ramai lagi pemimpin PAS yang dah terbukti salah memfitnah.
Tapi 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗔𝗦. Malah mereka kekal jadi pemimpin utama dan jadi calon pula dalam pilihanraya. Bukti PAS memang galakkan fitnah digunakan sebagai senjata. Guane boh?