BOLA SEPAK PIALA AFF - PERSEMBAHAN HARIMAU MALAYA AMAT TERUK DAN MEMALUKAN BERTEMU TIMOR LESTE


Meskipun menang tipis 3-2 di gelanggang sendiri, tetapi pasukan Harimau Malaya sempat di 'boo' oleh penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi ketika meninggalkan padang menuju ke bilik persalinan selepas ketinggalan 1-2 kepada Timur Leste.


Saya menyaksikan para penonton sudah mula memberikan sokongan kepada Timor Leste tatkala Harimau Malaya masih tergapai-gapai mencari rentak permainan.  Nasib baik ada sebahagian penyokong setia dari Ultras Malaya yang terus memberikan semangat kepada tim Harimau Malaya.  Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Ultras Malaya yang terus setia dan memberi kesan sedikit untuk menaikkan semangat para pemain,


Para penonton bukannya tidak boleh menerima kekalahan tetapi corak permainan yang dipamerkan oleh kesebelasan tim Harimau Malaya amat teruk tidak seperti yang kita kenali sebelum ini.  Kita faham, beberapa pemain utama Harimau Malaya tidak beraksi kerana kebodohan kita juga membenarkan mereka bermain untuk liga tempatan dan tiada semangat patriotik bagi membawa nama negara.  Maksudnya FAM tidak serius langsung untuk kejohanan kali ini.  Akibatnya, kita hampir dimalukan oleh Timor Leste di gelanggang sendiri.


Saya tidak pasti, sepanjang separuh masa pertama, entah berapa ratus ribu sumpah seranah dan kutukan yang keluar dari mulut para penyokong di stadium malam tadi, belum dikira dari para peminat bola sepak yang menyaksikan melalui kaca TV atas skrin besar.  Amat memalukan !!


Selepas ini, Harimau Malaya akan berdepan dengan jaguh Asean iaitu Thailand di Bangkok dan kemudiannya Singapore.  Jika corak permainan seperti malam tadi dipamerkan, percayalah, Harimau Malaya akan dibuli dan taringnya akan dicabut satu persatu.  


Jurulatih Harimau Malaya tidak boleh tidur lama selepas ini.  FAM juga jangan lepas tangan di atas kegagalan menentukan pemain2 utama beraksi mewakili skuad kebangsaan,.  Apa guna ada liga tempatan yang hebat, tetapi tidak memberikan manafaat kepada negara.  Banyak duit rakyat dilaburkan untuk mengangkat imej bola sepak negara.  Apakah hanya untuk syok sendiri dengan liga tempatan?  


Saya masih menaruh sedikit harapan untuk Tim Harimau Malaya bangkit selepas ini.  Kami tidak sanggup melihat harimah malaya menjadi lauk hidangan di temasya kali ini.


WFAUZDIN NS


#fam 

#harimaumalaya 

#ultrasmalaya