Batu Puteh: Azizah, Mat Sabu dan Loke sahkan Dr M buat keputusan sendiri


Tiga pemimpin kanan PH hari ini menegaskan bahawa Dr Mahathir Mohamad sewaktu menjadi perdana menteri pada 2018 membuat keputusan sendiri berhubung pengguguran rayuan negara dalam tuntutan Pulau Batu Puteh. Dalam kenyataan bersama, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Sabu dan Anthony Loke berkata Dr Mahathir hanya memaklumkan kepada kabinet selepas keputusan tersebut dibuat.