Che Ibrahim
Walaupun mungkin pembunuhnya terlepas dari hukuman dunia, dia tetap akan dihukum di akhirat nanti.
Tanpa kemaafan dari keluarga mangsa, pelaku tidak akan terlepas dari dosanya wpun telah bertaubat nasuha.
Ali Hanafiah Mohammed
Hari ini 12 Disember 2024, genap 11 tahun kes anak buah ambe Wan Ahmad Faris, pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas ditemui terbunuh dan tergantung di tandas asrama sekolah pada 12 Disember 2013.
Sudah 11 tahun kes ini berlaku, walau pun pasukan polis negara kita terkenal cekap, namun tak pasti apa yg tak kena dgn kes ini, kejadian berlaku dlm kawasan sekolah mangsa, sekolah kerajaan, sekolah berasrama, namun suspek yg melakukan pembunuhan tidak dikenal pasti, bahkan motif sebenar kejadian pon tak jelas, terlalu banyak persoalan.
Bagaimana siasatan dijalankan?, mungkin ia dilakukan oleh pasukan penyiasat yg masih dlm peringkat latihan, masih belajar, atau ada sesuatu yg tersembunyi?
Wallahua'lam