Nazri Hamdan
Kedua pihak dah buat statement dan masing-masing bercanggah antara satu sama lain. First time dengar memang kita akan marah sebab adalah tak masuk akal tahan bayi yang meninggal selama dua minggu hanya kerana bil RM 3 ribu lebih.
Mana satu betul, nanti biar KKM yang putuskan. Cuma ada satu persoalan paling penting kat sini; dalam masa dua minggu ni ada tak pihak hospital swasta ni buat laporan polis atau lapor kepada KKM pasal ni?
Kalau ya, bagus. Kalau tak, kenapa?
Pentingnya laporan polis kat sini ialah bagi melindungi mereka sendiri bila jadi macam ni.
Kalaulah pihak hospital swasta tak report polis dan mereka diam-diam tahan bayi yang meninggal selama dua minggu mereka akan hadap masalah untuk explain apa yang dah berlaku.
Apa pun, semoga siasatan berjalan lancar.