PN TANĂ€M SEMANGAT KETAKUTAN DI KALANGAN RAKYAT


 

AHLI PARLIMEN PN LARI TAK CUKUP TANAH.


 

APA KOMENTAR DR MAZLEE TENTANG SANUSI YANG CAKAP LUCAH


 

AGAK AGAK NAMPAK TAK SEORANG PEMIMPIN YANG HANYA PANDAI JANA WIBAWA DAN PEMIMPIN YANG HORMAT RAKYAT

 


KEH..KEH...SANUSI KANTOI

 


ALASAN ZAHRAIN YANG WALAUN SOKONG. WALAUN JANGAN PAJAK OTAK PADA ORANG


 

NAK MENCELAH JUGA WALAU BENGAP TAK BUAT APA SAMPAI KENA TEGUR


 

ANNUAR MUSA KALAU LANTIK JADI MENTERI DIA OK LAH. HISHAMUDSIN BUDAK UMNO...SEMUA PEMUDA UMNO MASA TU BERPIHAK ANWAR


 

SANUSI NAFI DIA CAKAP. WARTAWAN FMT BAGI MAKLUMAT PERBUALAN.



 

ULANG TAYANG BILA BALIK DARI MAKKAH - ORANG MACAM NI PAS KUTIP, NAK BUAT APA ?


 

LUPA KAH KAMU , SEBELUM INI ,UMNO PAS DAN BERSATU DAH PERNAH PERINTAH. TAKKAN LUPA DARURAT..TELUR TAK ADA MINYAK MASAK KENA SELEWENG ?

 


Ramai ahli politik dan rakyat yang tak tau politik sekarang ni menyebut kenapa Umno perlu pilih bersama kerajaan perpaduan dan tak nak bersama parti politik melayu iaitu Pas dan Bersatu....ini lah peluang orang melayu nak perintah negara....






Orang yang bercakap sebegini lupa bahawa sebelum ini Umno,Pas dan Bersatu dah pernah berkuasa....apa yang berlaku masa itu?....mereka bergaduh sesama sendiri siang malam pagi petang....sehingga dari Muhidden jadi ke Mail Sabri....dari Mail Sabri di desak juga berbagai penjuru dan yang serang Ismail Sabri melayu juga....bukan cina bukan india....yang serang Muhidden bukan cina bukan india Melayu juga....


Saya selalu berpendapat bahawa Allah sayangkan Malaysia ni maka Allah susun negara kita ni berbilang kaum dan bangsa. Saya tak dapat bayangkan jika kita ni 100% rakyatnya melayu....saya yakin sampai sekarang kita akan berperang bergaduh dan tak dapat untuk bentuk kerajaan kerana bergaduh berebut kerajaan sesama melayu dan sesama bangsa.....Kerajaan Melaka dan Kerajaan Melayu sebelum ni membuktikan bahawa jika satu bangsa sahaja iaitu Melayu peperangan saudara lebih berat dari krisis dan  perebutan bangsa yang berbilang bilang....


Tengok lah hari ni yang menyerang Kerajaan sekarang ni siapa ? Melayu....dari tun M sampai lah dari parti Bersatu,Putra,Pejuang,bekas menteri umno,Pas....Berjasa.....tak nampak parti Mca,Mic atau bangsa bangsa lain menyerang Umno dan Kerajaan Perpaduan terutama Anwar Ibrahim dan Umno....


Sejarah dah ada dan buktikan bahawa melayu pernah bentuk kerajaan bersama selama 19 bulan dan 17 bulan....apa kejayaan yang orang melayu nak bangakan dalam tempoh tersebut melainkan para Menteri menyapu banyak projek. Sehingga dalam akaun parti ada 34O juta...tu 19 bulan....cuba bahagikan 340 juta dengan 19 bulan....berapa juta mereka sapu duit negara untuk di masukkan dalam parti....itu dalam akaun...yang dalam keadaan Tunai berapa pulak....dan parti islam tak nampak ke mengutip 340 juta dalam akaun parti itu suatu yang salah dan mengejutkan?.....tapi kerana nak kuasa, mereka juga guna politik melayu....maka semuanya betul belaka selepas dalil dalil diolah mengikut nafsu mereka.


Melayu nak kekal lama wajib berkongsi kuasa dengan semua bangsa dan kaum di negara kita ini...tak boleh nak sebut negara ni kita nak semua melayu sahaja bentuk kerajaan. Bn kenapa boleh lama memerintah kerana mereka berkongsi kuasa dengan semua kaum....pada hal satu ketika Umno ada kekuatan boleh jadi kerajaan tampa Mca, Mic dan bukan melayu lainnya kerana ada 112 kerusi tapi umno tak buat itu....tanya Tun M kenapa tak buat?....kerana dia yg kata kuasa perlu di kongsi....cuma dah umur 98 ni je dia kata kuasa tak perlu kongsi....kena melayu memerintah.....


Begitu juga Pas dan Bersatu kerana dia gagal dapat sokongan Dap dan bukan melayu kot mereka dapat confirm ayat mereka lain.....


Dulu selogan Pas apa dia.?....Pas untuk semua....sekarang je dah tukar Pas untuk Melayu....begitu juga Bersatu....bayangkan mereka dapat bekerjasama dengan Dap....confirm lain ayatnya.....



SANUSI WARGA PENANG NI TANYA HANG- APA YANG HANG NAK BAWA KEMAJUAN KEPADA PENANG, SEDANGKAN KEDAH DENGAN PENANG BAGAI LANGIT DENGAN BUMI DALAM SEGALA BIDANG


 

PAKAT GELAK ...SEORANG ULAMAK BOLEH GELAK- SINDIRAN YANG SINIS TERHADAP NIK AZIZ- YANG GELAK NI HINA KELUARGA NIK AZIZ


 

USTAZAH MAZNAH PERSOAL KENAPA HADI AWANG KETAWA TERBAHAK BAHAK BILA MAHATHIR KATA SAMA DENGAN KIT SIANG. SAMA ADA MAHATHIR PERSENDA LIM KIT SIANG ATAU TOK GURU NIK AZIZ. HADI AWANG TAK SEPATUTNYA BERSIKAP BEGITU SEBAGAI PRESIDENT PAS.


 

SIAP LAH HANG SANUSI- HANG DOK PERLEKEHKAN ANWAR- DIA DALAM JEL PULUH TAHUN- HANG SEHARI PUN TAK PERNAH LAGI- DATO NORSIAH SAHKAN DALAM TINDAKAN MELENGKAPKAN KERTAS SIASATAN SEBELUM DIBAWA KE PEJABAT PEGUAM NEGARA DALAM MASA TERDEKAT


 

KESILAPAN PERTAMA UMNO/BN . KALAU GABUNG BERSATU DAN UMNO INI ADALAH PESAING SESAMA SENDIRI


 

MENTERI SAMA SEPERTI IBUBAPA LAIN. FADLINA SEPERTI IBUBAPA LAIN BERADA DALAM KELOMPOK YANG LAIN 9A 2B


 

MENYEMPURNAKAN TUGAS UNTUK NEGARA


 

JADI KERAJAAN PUN TAK BERGUNA, JADI PEMBANGKANG PUN TAK BERGUNA.

 



MMMS- MOHD MUKHLIS MHD SYARIFF


Pertikaian Nasional kata tak pernah laporan Ketua Audit Negara di bahas di dewan rakyat, tak pernah bukan tak boleh. Parlimen selain dari bahas undang-undang, juga tempat untuk bahas perkara yang memberi impak besar pada masyarakat dan Negara. Lagi pun nak takut apa kalau "bersih&stabil", kalau tak ada isu dengan laporan Ketua Audit Negara, bahas sahajalah, untung-untung boleh jadi testimoni kejayaan Kerajaan Pertikaian Nasional untuk modal PRN.

 

 



Tapi tak pernah orang buat gantung parlimen alasan darurat padahal tak cukup undi, itu belum masuk bab perbelanjaan tambahan berbillion lulus luar parlimen termasuklah Janawibawa yang kononnya untuk bumiputera tapi kita tahu untuk siapa.

 

Tak pernah di buat orang juga ialah bila YDPA murka sebab mengelirukan dewan, YDPA suruh buat sidang parlimen tapi mereka buat bodoh, dan paling kelakar sidang parlimen 2 hari tak ada perbahasan sebab takut undi tak percaya.

 

Juga tak pernah di buat orang sampai Raja-Raja Melayu terpaksa campur tangan bertitah sebulat suara suruh buka parlimen tapi mereka derhaka, itulah dia Pertikaian Nasional. 

 

Ironiknya laporan Ketua Audit Negara yang hendak di bahas itu berlaku semasa mereka jadi kerajaan, siap gantung parlimen lagi. Kini dah jadi pembangkang pun masih takut nak bahas? Jadi kerajaan tak berguna, jadi pembangkang pun sampah, baik jadi lap kaki pun ada faedahnya dari jadi MP.

 


HAK UMNO RAYU PEMBEBASAN NAJIB. BELUM SETAHUN DALAM PENJARA, ANWAR TAK HARUS LAYAN DESAKAN UMNO BEBASKAN NAJIB

 

Menjaga hati rakyat yang benci rasuah jauh lebih penting daripada menjaga hati UMNO yang tak sabar2 mahu Najib Razak dibebaskan…

 

BELUM SETAHUN DALAM PENJARA, ANWAR TAK HARUS LAYAN DESAKAN UMNO BEBASKAN NAJIB 

 

Di depan Anwar Ibrahim yang dimuliakan sebagai tetamu kehormat PAU2023, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka menegaskan, sambil disaksikan para perwakilan, akan terus memperjuangkan pembebasan Najib Razak.

 

“Kita mahukan keadilan untuk Najib. Kita mahu keadilan diberikan kepada beliau sebagai seorang manusia,” tegasnya.

 

Seterusnya, beliau meminta Perdana Menteri yang turut hadir supaya melihat sendiri apa yang dimahukan ahli UMNO di Dewan Merdeka terhadap Najib.

 

“Perdana Menteri lihat sendiri apa yang dinyatakan,” katanya merujuk kepada perwakilan yang berdiri melaungkan ‘Bebas Bossku’.

 

Tambah Zahid Hamidi lagi, pendirian UMNO tidak pernah berubah dalam membela nasib Najib seperti ditetapkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti sebelum ini.

 

“Kita di sini beliau di sana, yakinlah semangat beliau (Najib) tetap di Dewan Merdeka.

 

“Pendirian UMNO tidak pernah berubah untuk membela dan beri kebebasan kepada Najib,” kata beliau.

 

Selain beratus-ratus perwakilan di Dewan Merdeka memegang poster dengan mesej “Keadilan Untuk Najib Razak”, terdapat juga perwakilan yang berucap mahukan Najib dibebaskan.

 

Sentimen membebaskan Najib yang dimulakan melalui ucapan Zahid Hamidi memang menjadi antara topik perbualan pada PAU kali ini.

 

Di dalam dan di luar Dewan Merdeka WTCKL, banyak pihak bercakap mengenainya dalam pelbagai versi, termasuk ada yang memberi gambaran akan wujud pemboikotan ahli tertentu dalam PRN andainya Najib tidak dibebaskan.

 

Memanifestasikan sentimen untuk membebaskan Najib di depan Anwar yang dijemput hadir sebagai tetamu kehormat tidak lain ialah ia merupakan satu bentuk tuntutan atau desakan secara terus-terang kepada beliau sebagai Perdana Menteri agar segera mengusahakan pembebasan bekas Perdana Menteri itu.

 

Oleh kerana Najib sudah melalui semua proses perbicaraan di mahkamah – Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan terakhir sekali, semakan kehakiman – di mana keputusan terkumpul adalah 13-1, tiada ruang lain lagi untuk membebaskan beliau melainkan hanya melalui pengampunan diraja yang boleh diusahakan oleh Anwar selaku Perdana Menteri.

 

Itulah sebabnya, ini sebenarnya kali pertama dilakukan, desakan membebaskan Najib itu dilakukan di depan Anwar sendiri ketika berlangsungnya PAU2023.

 

PAU tahun depan dan seterusnya, jika Anwar dijemput lagi sebagai tetamu kehormat, percayalah desakan yang sama akan terus diperdengarkan.

 

Tetapi, apa yang perlu disedari oleh semua ialah Najib belum setahun menjalani hukuman penjara daripada 12 tahun yang dijatuhkan keatasnya.

 

Dengan itu, di mana logiknya menuntut pembebasan beliau dalam waktu sekarang?

 

Selain itu, ruang secukupnya juga sudah diberi kepada Najib daripada segi keadilan.

 

Oleh itu, memetik kata-kata Zahid Hamidi yang mahu Najib diberi keadilan – daripada segi mana lagi keadilan tidak diberi?

 

Tidak cukup lagikah semua proses mahkamah yang telah dilalui?

 

Tidak harus dilupakan, Najib juga masih ada tiga kes lain berkaitan 1MDB yang sedang dalam perbicaraan.

 

Jika Najib dibebaskan, apa jadi kepada kes yang sedang dibicarakan itu dan tidakkah ia boleh mempengaruhi keputusan di mahkamah nanti?

 

Dalam hal ini, di mana pendirian dan rasa hormat UMNO terhadap keluhuran undang-undang dan menyokong usaha kerajaan memerangi rasuah jika belum sampai setahun Najib menjalani hukuman penjara daripada 12 tahun yang dijatuhkan keatasnya, di samping masih ada tiga kes lagi belum selesai, tetapi parti itu sudah mahukan bekas Presiden UMNO itu dibebaskan?

 

Apa pula pandangan dunia, khususnya pelabur antarabangsa terhadap negara kita jika misalnya, pembebaskan Najib menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini?

 

Paling kurang Najib seharusnya perlu menjalani hukuman penjara selama satu pertiga atau separuh daripada tempoh 12 tahun itu sebelum pengampunannya hendak diusahakan.

 

Begitu pun, lebih baik lagi kalau beliau menjalani tempoh hukuman penuh 12 tahun itu agar menjadi pengajaran kepada kita semua.

 

Kepada UMNO yang mungkin bersimpati terhadap Najib, fikirkanlah juga kesan buruk skandal 1MDB itu kepada parti dan negara.

 

Jika tiada skandal 1MDB, UMNO barangkali masih kekal sebagai kerajaan sehingga hari ini, tiada sebab untuk kalah pada 2018 dan tiada sebab juga perlu untuk sekarang berada dalam sebuah kerajaan perpaduan.

 

Yang penting sekali, sesuai dengan kegigihan Anwar memerangi rasuah dalam agendanya menerajui negara, beliau mesti tegas dan tidak harus melayan sama sekali desakan UMNO berkaitan membebaskan Najib itu.

 

Menyelamatkan negara dan menjaga hati seluruh rakyat yang benci rasuah jauh lebih penting daripada menjaga hati UMNO yang tak sabar-sabar mahu melihat Najib dibebaskan. – ShahbudinHusin 10/06/2023.

 

https://shahbudindotcom.net/

 

 

 

 


KEH..KEH...LAMA DAH JADI BADUT.

 




Kharuddin Abu Hassan kata filem Anwar The Untold Story tu memualkan serta meloyakan.


Aku tak pelik. Memanglah dia akan rasa mual dan loya kerana filem itu memula pekung Mahathir yang selama ini cuba ditutup dan disembunyikan.


Filem ini bukan propaganda. Ada ramai saksi yang masih hidup yang boleh jadi saksi. Baik di kalangan pemimpin mahupun di kalangan marhaen.


Kalau rasa fakta filem ini menyeleweng, sila saman syarikat penerbitan, penerbit, pengarah bahkan DS Anwar sekali. Apa nak disusahkan?


Tapi kan, Khairuddin bukan siapa-siapa pun dalam negara ni. Dia nak mual ke, nak loya ke, rasa nak bunuh diri sekali pun, tak jejaskan filem ini. Buktinya baru hari pertama, dah cecah RM1 juta. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



KERAJAAN PERPADUAN ANGKAT LEGASI NIK AZIZ




Norman Radzuan

 Kenapa PAS tidak ambil peluang ketika menjadi kerajaan?

 

33 bulan PAS membentuk kerajaan bersama Bersatu dan BN…peluang yg ada PAS tidak langsung peduli utk mengenang jasa2 Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Samada terlupa atau sengaja dilupakan.

 

Anda ada membaca artikel Sinar Harian (gambar) temubual bersama Hadi Awang. Di dlm artikel itu Hadi Awang memuji kejayaan PAS memerintah Kelantan sepanjang 31 tahun tetapi disebut sepatah pun Presiden PAS itu menyebut jasa2 Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz?

 

Ia berbeza dgn DS Anwar Ibrahim walaupun berhadapan seterunya di mahkamah, ketika melancarkan Proton X90 beliau tetap mengiktirafkan idea Tun Mahathir membina Proton dgn mengucapkan terima kasih.

 

Ini menguatkan lagi kepercayaan saya seolah olah legasi Nik Aziz ingin dilupuskan dlm sejarah PAS. Apabila 6 bulan kerajaan Perpaduan memerintah, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz terus  diberi pengiktirafan dgn perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

 

Tidak mengapalah kita tidak pasti mengapa PAS tidak mengangkat tokoh PAS besar tersebut ketika menjadi kerajaan. Cuma sepatutnya pujian atau terima kasih diucapkan tetapi sebaliknya berlaku apabila Ustaz2 PAS menyindir dgn kata2 yg tidak lunak didengar apabila nama Lim Kit Siang turut menerima anugerah bergelar Tan Sri.

 

Ia satu penghinaan kpd Tuanku yg mengiktiraf jasa2 Lim Kit Siang. Persoalannya apa salahnya? Seperti kata Lokman Adam tauke judi, taikun2 perniagaan begitu ramai menerima anugerah ini kenapa tidak dipertikaikan?

 

Asal DAP semua tidak boleh. Politik perkauman PAS sudah diperingkat melampau. Mereka bernasib baik ini bukan zaman Mahathir dgn ISA nya. Hak kebebasan bersuara telah disalahgunakan.

 

Saya tidak pelik jika level Ustaz mereka memainkan isu2 sebegini kerana pendidikan dan pergaulan mereka yg sempit tetapi apabila golongan professional di dlm PN turut memainkan isu perkauman ia sgt jahat dan sengaja mahu perbodohkan org Melayu.

 

Letak nama jalan bangsa Cina tak boleh, letak Menteri Kewangan Cina tak boleh, letak Timbalan Menteri Cina tak boleh dan beri pengiktirafan gelaran Tan Sri pun tak boleh…hanya kerana mereka bangsa Cina atau mereka yg ada kena mengena dgn DAP.

 

Sdgkan sebelum ini di zaman BN,  kita ada dua Menteri Kewangan Cina, Tun Henry Lee Hau dan Tun Tan Siew Sin. Begitu juga sejak dahulu begitu banyak jalan2 diberikan kpd tokoh2 bangsa Cina seperti jalan Yap Ah Loy, Yap Kwan Seng, Tun Tan Siew Seng, Jalan Tun H S Lee dan byk lagi. 

 

Malah nama2 bekas penjajah diabadikan di jalan2 raya utama seluruh negara. Sebab apa mereka tidak bising…tak ada political mileage. 

 

Itulah sebabnya golongan intelektual Melayu tidak mempercayai PAS kerana mereka menggunakan isu utk kepentingan politik semata mata. 

 

Manakan tidak bila Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS berbangsa India, Bala beritahu kpd umum dia sering bermimpi bertemu Rasulullah saw tiada seorang Ulama PAS berani menegur secara terbuka. Ia sgt memalukan dan juga saya tak boleh masuk akal ahli2 PAS tidak pertikaikan pengakuan Bala tersebut sdgkan mereka kononnya beragama.

 

Esok saya akn beri penerangan formula yg ampuh apa yang perlu dilakukan DAP menjelang PRN ini. Hanya DAP boleh memutihkan parti mereka yg telah dihitamkan.

 

 



MODEL LEBAI YANG TAK TAHU PERBEZAAN PANDANGAN.

 


Model lebai. Asal kritik dia kata musuh. Sebab tu la PAS makin ke belakang. Tak meraikan perbezaan pandangan. Tak boleh nak terima kritikan.

 

Tapi kalau dia buat, bukan mengkritik tapi mengeji. Kita yang tak sokong orang yang dia keji pun boleh jadi meluat tengok kejian yang dilemparkan.

 

Ini bukti kenapa lebai tak boleh memerintah. Nanti kalau dia buat silap, kota kritik, bukan setakat kata kita mush dia, siap kata musuh Islam lagi. Macam tu gaya, bakal musnahlah negara. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

 

.

 


KAMI TAK MAU GADOH GADOH...SAPA NAK JAGA BANGLO KAMI..ISTERI ISTERI KAMI..MOTOR BESAR KAMI..NUH....TANAH LADANG KILANG KAMI.

 



Mukhis Edie.


Dia ajak perang dengan bukan islam d Malaysia ...

Makin giler org tua nyanyok ni đŸ˜‹


TAKAT TU SAJA KA SANUSI FATWA HANG ? ..LEKEH. HANG DOK LAM NDOI LAGI..,.


Saifuddin Nasution.


 Kritikan terbaru MB Kedah bahawa DS Anwar tak layak cakap hal kemiskinan rakyat.


Hujah Sanusi .. Anwar datang dari famili Umno, belajar di MCKK. Takat tu sja hujahnya.


Saya tak berniat nak berhujah panjang. Rakyat Malaysia tidaklah naif untuk telan hujah Sanusi.


Mari kita renung fakta ini


1) Kali pertama masuk ISA sebab perjuangkan isu kemiskinan Baling


2) Tamat belajar di UM terus buka Yayasan Anda di Kg Kerinchi, Kl. Sekolah ini beri peluang kedua kepada pelajar-pelajar yang rata-rata dari keluarga miskin. 


3) Minggu pertama menjawat PM, terus umum bantuan tunai kepada penanam padi yang umum tahu sangat dekat dengan kemiskinan.


Sanusi ini sahabat masa kami sama-pada dalam Pakatan Rakyat. Beliau supol Almarhum Ustaz Azizan Razak MB Kedah tika itu. Kami saling mengenali langkah politik masing-masing. 


Isu Pulau Pinang milik Kedah dan serang PMX berterusan tujuannya cuma satu .. rakyat Kedah dok marah pasai isu air. Kemarahan meluas. 


Apa lagi cara Sanusi untuk kalih kemarahan ini?



OK FAHAM...- KAMI RAKYAT TAHU MEREKA MEMANG TAK PANDAI TADBIR NEGARA INI


 

ANWAR HADIR DI PAU 2023. BELIAU BUKAN PENGKHIANAT KECUALI ATOK.


 

ERA BARU POLITIK NEGARA


 

UMNO BUKAN MENGKARUNG POLITIK


 

PENGALAMAN DI PENJARA MENGAJAR BANYAK TENTANG AGAMA


 

MANA ADA...MANA SAYA CAKAP ..YANG TU DEPA KATA DALAM DEWAN- LAIN KALI TANYA LA AKU DULU

 \

Taklah. Mana ada kata nak pinda perlembagaan. Nak naikkan nilai pajakan je. Apa la. Guane boh?

Raja Gelap




.

 

MALAYSIA KECAM PELAWAK ANCAM KEHORMATAN NEGARA


ZAHID SAHKAN 10 WARLORD UMNO TIDAK HADIR.


 

KUNJUNGAN PRESIDEN JOKOWI TINGKAT PERDAGANGAN


PM HADIRI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO CURI TUMPUAN


MOVE ON KATA ANTHONY LOK...


 

MALAM ANWAR DITAHAN...ZAHID ADA..


 

TAK PAYAH DENGAR CERAMAH LEBAI POLITIK LAH...


 

PARODI KAU KENAL AKU SIAPA?


 


INI JAWAPAN SANUSI SEMASA DISIASAT


 

SANUSI KINI DALAM SIASATAN SELEPAS MEMBERI KETERANGAN ISU PENBAMBILAN PILAU PINANG