JADI KERAJAAN PUN TAK BERGUNA, JADI PEMBANGKANG PUN TAK BERGUNA.

 



MMMS- MOHD MUKHLIS MHD SYARIFF


Pertikaian Nasional kata tak pernah laporan Ketua Audit Negara di bahas di dewan rakyat, tak pernah bukan tak boleh. Parlimen selain dari bahas undang-undang, juga tempat untuk bahas perkara yang memberi impak besar pada masyarakat dan Negara. Lagi pun nak takut apa kalau "bersih&stabil", kalau tak ada isu dengan laporan Ketua Audit Negara, bahas sahajalah, untung-untung boleh jadi testimoni kejayaan Kerajaan Pertikaian Nasional untuk modal PRN.

 

 



Tapi tak pernah orang buat gantung parlimen alasan darurat padahal tak cukup undi, itu belum masuk bab perbelanjaan tambahan berbillion lulus luar parlimen termasuklah Janawibawa yang kononnya untuk bumiputera tapi kita tahu untuk siapa.

 

Tak pernah di buat orang juga ialah bila YDPA murka sebab mengelirukan dewan, YDPA suruh buat sidang parlimen tapi mereka buat bodoh, dan paling kelakar sidang parlimen 2 hari tak ada perbahasan sebab takut undi tak percaya.

 

Juga tak pernah di buat orang sampai Raja-Raja Melayu terpaksa campur tangan bertitah sebulat suara suruh buka parlimen tapi mereka derhaka, itulah dia Pertikaian Nasional. 

 

Ironiknya laporan Ketua Audit Negara yang hendak di bahas itu berlaku semasa mereka jadi kerajaan, siap gantung parlimen lagi. Kini dah jadi pembangkang pun masih takut nak bahas? Jadi kerajaan tak berguna, jadi pembangkang pun sampah, baik jadi lap kaki pun ada faedahnya dari jadi MP.