LUPA KAH KAMU , SEBELUM INI ,UMNO PAS DAN BERSATU DAH PERNAH PERINTAH. TAKKAN LUPA DARURAT..TELUR TAK ADA MINYAK MASAK KENA SELEWENG ?

 


Ramai ahli politik dan rakyat yang tak tau politik sekarang ni menyebut kenapa Umno perlu pilih bersama kerajaan perpaduan dan tak nak bersama parti politik melayu iaitu Pas dan Bersatu....ini lah peluang orang melayu nak perintah negara....






Orang yang bercakap sebegini lupa bahawa sebelum ini Umno,Pas dan Bersatu dah pernah berkuasa....apa yang berlaku masa itu?....mereka bergaduh sesama sendiri siang malam pagi petang....sehingga dari Muhidden jadi ke Mail Sabri....dari Mail Sabri di desak juga berbagai penjuru dan yang serang Ismail Sabri melayu juga....bukan cina bukan india....yang serang Muhidden bukan cina bukan india Melayu juga....


Saya selalu berpendapat bahawa Allah sayangkan Malaysia ni maka Allah susun negara kita ni berbilang kaum dan bangsa. Saya tak dapat bayangkan jika kita ni 100% rakyatnya melayu....saya yakin sampai sekarang kita akan berperang bergaduh dan tak dapat untuk bentuk kerajaan kerana bergaduh berebut kerajaan sesama melayu dan sesama bangsa.....Kerajaan Melaka dan Kerajaan Melayu sebelum ni membuktikan bahawa jika satu bangsa sahaja iaitu Melayu peperangan saudara lebih berat dari krisis dan  perebutan bangsa yang berbilang bilang....


Tengok lah hari ni yang menyerang Kerajaan sekarang ni siapa ? Melayu....dari tun M sampai lah dari parti Bersatu,Putra,Pejuang,bekas menteri umno,Pas....Berjasa.....tak nampak parti Mca,Mic atau bangsa bangsa lain menyerang Umno dan Kerajaan Perpaduan terutama Anwar Ibrahim dan Umno....


Sejarah dah ada dan buktikan bahawa melayu pernah bentuk kerajaan bersama selama 19 bulan dan 17 bulan....apa kejayaan yang orang melayu nak bangakan dalam tempoh tersebut melainkan para Menteri menyapu banyak projek. Sehingga dalam akaun parti ada 34O juta...tu 19 bulan....cuba bahagikan 340 juta dengan 19 bulan....berapa juta mereka sapu duit negara untuk di masukkan dalam parti....itu dalam akaun...yang dalam keadaan Tunai berapa pulak....dan parti islam tak nampak ke mengutip 340 juta dalam akaun parti itu suatu yang salah dan mengejutkan?.....tapi kerana nak kuasa, mereka juga guna politik melayu....maka semuanya betul belaka selepas dalil dalil diolah mengikut nafsu mereka.


Melayu nak kekal lama wajib berkongsi kuasa dengan semua bangsa dan kaum di negara kita ini...tak boleh nak sebut negara ni kita nak semua melayu sahaja bentuk kerajaan. Bn kenapa boleh lama memerintah kerana mereka berkongsi kuasa dengan semua kaum....pada hal satu ketika Umno ada kekuatan boleh jadi kerajaan tampa Mca, Mic dan bukan melayu lainnya kerana ada 112 kerusi tapi umno tak buat itu....tanya Tun M kenapa tak buat?....kerana dia yg kata kuasa perlu di kongsi....cuma dah umur 98 ni je dia kata kuasa tak perlu kongsi....kena melayu memerintah.....


Begitu juga Pas dan Bersatu kerana dia gagal dapat sokongan Dap dan bukan melayu kot mereka dapat confirm ayat mereka lain.....


Dulu selogan Pas apa dia.?....Pas untuk semua....sekarang je dah tukar Pas untuk Melayu....begitu juga Bersatu....bayangkan mereka dapat bekerjasama dengan Dap....confirm lain ayatnya.....



No comments: