TAKAT TU SAJA KA SANUSI FATWA HANG ? ..LEKEH. HANG DOK LAM NDOI LAGI..,.


Saifuddin Nasution.


 Kritikan terbaru MB Kedah bahawa DS Anwar tak layak cakap hal kemiskinan rakyat.


Hujah Sanusi .. Anwar datang dari famili Umno, belajar di MCKK. Takat tu sja hujahnya.


Saya tak berniat nak berhujah panjang. Rakyat Malaysia tidaklah naif untuk telan hujah Sanusi.


Mari kita renung fakta ini


1) Kali pertama masuk ISA sebab perjuangkan isu kemiskinan Baling


2) Tamat belajar di UM terus buka Yayasan Anda di Kg Kerinchi, Kl. Sekolah ini beri peluang kedua kepada pelajar-pelajar yang rata-rata dari keluarga miskin. 


3) Minggu pertama menjawat PM, terus umum bantuan tunai kepada penanam padi yang umum tahu sangat dekat dengan kemiskinan.


Sanusi ini sahabat masa kami sama-pada dalam Pakatan Rakyat. Beliau supol Almarhum Ustaz Azizan Razak MB Kedah tika itu. Kami saling mengenali langkah politik masing-masing. 


Isu Pulau Pinang milik Kedah dan serang PMX berterusan tujuannya cuma satu .. rakyat Kedah dok marah pasai isu air. Kemarahan meluas. 


Apa lagi cara Sanusi untuk kalih kemarahan ini?



No comments: