HARGA BERAS IMPORT DARI INDIA BERJAYA DITURUNKAN HASIL RUNDINGAN BERSAMA – PM ANWAR
BUTTERWORTH: Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan pada Ogos lepas.
Anwar berkata kerajaan Persekutuan komited dalam meringankan beban rakyat khususnya dalam memastikan barangan keperluan asas ditawarkan pada harga yang rendah.
“Mereka (India) bersetuju menjual beras dengan harga lebih murah. Kita berharap langkah ini dapat meringankan beban masyarakat,” kata beliau dalam ucapan semasa Majlis Peluncuran Jualan Termurah MADANI di Kampung Masjid Timah di sini hari ini.
Anwar berkata penganjuran program jualan murah mampu menjadi persaingan yang sihat sekali gus memberi tekanan kepada harga pasaran supaya dapat diturunkan.
Perdana Menteri berkata Jualan Termurah MADANI yang berlangsung sehari itu menawarkan 1,000 ekor ayam dan 200 kampit beras secara percuma kepada pengunjung.
Selain itu, beliau berkata pengunjung juga boleh membeli ikan segar yang harganya dijamin lebih murah daripada pasaran kerana ia diambil terus daripada kapal nelayan.
“Ikan segar boleh didapati dengan harga murah jika diperoleh secara langsung daripada nelayan tanpa orang tengah, sebab itu kita galakkan para nelayan untuk menggunakan aplikasi berkaitan supaya orang ramai boleh beli secara langsung daripada mereka sekali gus mewujudkan persaingan yang sihat dalam pasaran,” kata beliau.
Anwar turut meluangkan masa kira-kira 30 minit pada program itu sambil menyantuni peniaga dan pengunjung yang hadir. –AlHijrah Online
GELOMBANG KEDUA BANJIR DIRAMAL BERMULA ESOK, PAHANG, JOHOR DIJANGKA TERJEJAS – AHMAD ZAHID
KUALA LUMPUR: Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan gelombang kedua banjir dalam tempoh dua minggu bermula esok, dengan Pahang dan Johor antara negeri yang dijangka turut terjejas dengan bencana itu kali ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata di Sabah dan Sarawak pula, banjir dijangka berlaku dalam tempoh penghujung bulan ini hingga Mac.
“Kita harap supaya tidak terjadi sepertimana gelombang pertama, kali ini gelombang kedua mungkin akan melibatkan Johor dan Pahang dengan lebih berat lagi, namun kesiapsiagaan melalui pengagihan perkhidmatan untuk aset dan pegawai serta anggota dan peralatan telah kita atur gerak.
“Kita harapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melakukan penyelarasan terhadap usaha yang dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat pelepasan sukarelawan Skuad Misi Bantuan Pasca Banjir Barisan Nasional (BN) ke Pantai Timur dan Utara di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.
Ahmad Zahid berkata setakat ini, kurang 10,000 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 153,000 pada 1 Dis lepas, yang melibatkan 45,000 keluarga.
Beliau berkata hingga kini, sejumlah 222,000 mangsa banjir telah disantuni, sambil menzahirkan penghargaan atas kerjasama NGO yang luar biasa dalam membantu mangsa banjir termasuk menerusi kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Mengulas mengenai misi bantuan banjir berkenaan, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata ia merupakan bukti gabungan parti itu melakukan kerja tidak bermusim dengan memberikan khidmat bantuan kepada masyarakat sepanjang masa tanpa mengira ketika bencana atau pilihan raya.
“Ramai orang tolong sebelum dan ketika banjir, tetapi tidak ramai yang bantu selepas banjir, maka keprihatinan dan pertolongan BN selepas banjir menunjukkan keprihatinan BN tidak bermusim. Kita tetap menyantuni rakyat keseluruhannya,” katanya.
Sukarelawan pascabanjir berkenaan terdiri daripada 300 Pemuda, Wanita dan Puteri BN serta 100 UMNO Siswa yang melibatkan tujuh kenderaan pacuan empat roda, dua van, 15 lori dan satu treler.
Mereka turut membawa 1,000 pek bantuan barangan keperluan asas untuk diagihkan kepada mangsa banjir. –AlHijrah Online
CERITA WALAUN BODO SALAHKAN KERAJAAN.
Zainuddin Omar
Road tax dia mati tak masuklah RM200 subsidi diesel. Orang lain tiada masalah masuk macam biasa.
Kemain ramai walaun hentam PMX walhal dia tak bayar road tax. Ahaks.
Dasar walaun. Ahaks. 👇👇👇
Awat hang bodo. Keta beli ratus ribu, roadtax tak mampu bayaq.
Kroll
Duit diesel madanon lenyap dah
Merasa la 2 kali
YADIM DAN NGO BERTOLAK KE TUMPAT MISI BANTUAN MADANI
INISIATIF Bantuan banjir bagi Pantai Timur negara diteruskan lagi dengan kerjasama strategik antara YADIM dan rakan badan bukan kerajaan (NGO).
YADIM di bawah misi Skuad Musa'adah Al-Falah Madani dan Skuad Ihsan Madani bekerjasama dengan ADAB Youth Garage (AYG), ABIM, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan, Muslim Volunteer Malaysia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia dengan sokongan orang ramai bersama mengerakkan misi ini.
Misi yang bertolak pada 7 Disember ini dengan kekuatan empat buah kenderaan dan 10 orang tenaga sukarelawan akan menumpukan kepada bantuan sumbagan barangan dan peralatan bagi pasca banjir di Tumpat, Kelantan.
Barangan sumbangan daripada rakan penyumbang terdiri daripada kit kebersihan diri dari Hospital al-Islam, set makanan dan kit ibadah (Optimus Distributor (M) Sdn Bhd) dan derma serta pakaian daripada orang awam.
Semoga misi ini berjaya mencapai matlamatnya!.
***
YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.
Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.
Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam)
Atau klik link dibawah :
Sumbangan secara potongan bulanan
InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim
Sumbangan secara one-off
InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim
#melestarigerakandakwah
#MalaysiaMadani
PMX BALIK PERMATANG PAUH
Saya berada di Permatang Pauh sebentar tadi untuk program Jualan Termurah MADANI dan berkesempatan jumpa warga terdekat yang sentiasa dekat di hati.
Gembira dapat ketemu kawan-kawan lama yang sudi bersama selain saya sempat singgah di Surau Kg Belah Dua yang secara kebetulan di sebelah tapak program. Saya pernah merasmikan surau tersebut semasa menjawat jawatan Menteri Pertanian sebelum ini.
Dalam ucapan ringkas saya menyeru kepada warga Permatang Pauh untuk ambil peluang mendapatkan bahan bekalan basah di sini sebagai ikhtiar Kerajaan buat masa ini dalam menangani permasalahan kos barangan.
#MalaysiaMADANI
BANG MAT LAWAT KAWASAN PADI DI N9
Hari ini Bang Mat mengadakan lawatan kerja meninjau Projek Tanaman Terachi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, yang merupakan kawasan sawah padi Luar Jelapang dengan keluasan 1,828 hektar.
Pesawah di Kawasan Luar Jelapang seperti di Terachi memerlukan sokongan infrastruktur yang lebih baik, terutama dari segi pengairan, yang sering menjadi halangan utama dalam usaha meningkatkan produktiviti padi.
Pendekatan yang lebih proaktif perlu diambil untuk menjadikan tanah-tanah terbiar sebagai kawasan pertanian produktif, selaras dengan hasrat kerajaan dalam meningkatkan keterjaminan makanan negara.
Inisiatif sebanyak RM1.455 juta juga telah diberikan kepada Sawah Padi Negeri Sembilan bagi mengoptimumkan Penggunaan Tanah Terbiar dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Usaha ini merupakan komitmen berterusan pihak Kerajaan dalam membantu para pesawah kita.
SEBAR FITNAH PETIK AYAT QURAN... INGAT SEMUA ORANG BODO KA. TAK BAWA APA PERUBAHAN PUN DALAM NEGARA.
𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴, ketika meminta maaf atas fitnah RM94 juta, telah 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 ayat Quran dengan menyebutkan erti ayat dari surah al-Insyirah yang bermaksud,
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"
Sebenarnya Pendang salah petik tu. Bukan ayat tu yang sepatutnya dia sebut. Tapi dari surah 𝗮𝗻-𝗡𝘂𝗿 ayat 11-12 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan daripada kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan 𝗯𝗲𝗿𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗻 dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yan 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗮𝗿𝗸𝗻𝗻𝘆𝗮 di antara mereka, akan 𝗯𝗲𝗿𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗶𝗸𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 (di dunia dan di akhirat). Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata."
𝗧𝗲𝗿𝗸𝗮𝗻𝘁𝗼𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗯𝗮𝗿 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 bukanlah kesusahan yang boleh dianggap dugaan. Sebaliknya ia adalah 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗸𝘀𝗮. Pendang tak payah nak 𝘱𝘭𝘢𝘺 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘪𝘮. Guane boh?
Raja Gelap II
.
DI MALAYSIA LAIN. YANG BODO DAN YANG SUKA KATA KEPALA BAPAK DIPUJA DAN YANG BODO SEJARAH DIPUJA.KEPALA BAPAK PUNYA BODO.
Tular rupanya sebuah video seorang entah 𝘂𝘀𝘁𝗮𝘇 atau 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗵 di Indonesia yang 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗼𝗯𝗹𝗼𝗸𝗸𝗮𝗻 seorang penjual air. Perbuatan itu dilakukan di tengah acara dan disaksikan oleh 𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗽𝘂𝗻 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗶𝗯𝘂𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗼𝗻𝘁𝗼𝗻.
Hasil dari video yang tular itu, ramai yang berminat untuk berikan bantuan kepada si penjual air. Manakala si penceramah pula 𝗱𝗶𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸.
Ini bukti jelas bagaimana Allah lebih hebat mengatur siapa yang hendak DIA 𝗺𝘂𝗹𝗶𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗵𝗶𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻. Hinaan yang manusia lemparkan dengan mudah Allah boleh jadikan 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗮𝘀𝗯𝗮𝗯 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗹𝗶𝗮𝗮𝗻. Dan Allah boleh saja jadi sesiapa yang mulia itu jadi hina.
Manakala di penceramah atau ustaz tu, kalau katakan nasibnya di Indonesia sudah tidak sebertuah dulu, tak usah bimbang. Mungkin dia boleh 𝗺𝗲𝗻𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗻𝗮𝘀𝗶𝗯 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮. Jadi penceramah di sini.
Sebab di Malaysia, penceramah atau ustaz yang suka membodohkan orang lain 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝗱𝗶𝗽𝘂𝗷𝗮 𝗯𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗱𝗶𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸.
Bukan saja ustaz, pemimpin pun boleh. Ada pemimpin yang kata pengikutnya 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵, malah pernah pula maki secara jelas menyebut 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 𝗯𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗻𝗴, pun ada yang puji.
Kalau penceramah tu datang sini, rasanya dia mungkin boleh jadi 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 sebuah 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Parti tu pun terkenal dengan perbuatan 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 terutama musuh mereka.
Tapi seperti mana kejadian ini, yang layak beri hinaan tu 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ. Parti tu nak hina orang tapi selalu penghinaan itu 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.
Contohnya mereka cipta fitnah untuk burukkan imej musuh mereka. Tapi kemudian 𝗸𝗮𝗻𝘁𝗼𝗶 mereka menipu. Akhirnya sama ada buat 𝗺𝘂𝗸𝗮 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 minta maaf atau 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝘀𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝘁𝗮. 𝙏𝙮𝙥𝙞𝙘𝙖𝙡 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶.
Penyokong parti lebai tak payah la kutuk penceramah tu sangat. Sebab dia tak jauh beza dengan perangai lebai korang. Guane boh?
Raja Gelap II
.
TAWARAN BURU IKAN BANDARAYA.. RM1 SWKILO
Kalau ikutkan team pemburu ikan bandaraya ni, sekali jala je boleh dapat berpuluh² ekor, saiz besar² ada yang yang cecah 1kg seekor jugak..
Bagus le kerajaan Selangor buat inisiatif macam ni, sebelum ni yang menjala ikan bandaraya ni mereka cuma jual telur ikan dan ikan tu mereka jual ke kilang buat pallet makanan haiwan.
Dengan adanya inisiatif macam ni semangat sikit mereka
PENANG TERUS MAJU MENINGGALKAN KEDAH YANG JAUH TERKEBELAKANG.
Pulau Pinang terus melangkah ke hadapan sebagai hab strategik dalam industri semikonduktor, dengan penekanan kepada reka bentuk cip dan aspek daya cipta. Pagi ini saya telah hadir merasmikan Penang Silicon Design @5km+ di Eastin Hotel. Lantas ia adalah bukti bahawa Malaysia sedang melaju memperkukuh kedudukan Malaysia di peta semikonduktor global.
Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah penting terutamanya dalam mendukung ekosistem ini dengan menekankan keperluan penambahbaikan di pelabuhan, lapangan terbang, dan rangkaian bekalan. Saya telah mengumumkan dana sebanyak RM50 juta bagi menunjukkan komitmen dalam membangunkan modal insan dan infrastruktur yang diperlukan.
Kejayaan ini memerlukan sinergi antara industri dan institusi pendidikan, khususnya dalam melahirkan jurutera berkualiti tinggi yang mampu memenuhi keperluan dan tuntutan industri. Universiti bukan sekadar bersifat ‘utilitarian’ tetapi ia mesti dikembangkan serta diolah bagi mempersiap masyarakat ke arah anjakan transformasi.
Saya yakin kita mampu melonjak Malaysia ke era baharu dengan industri berteknologi tinggi yang memberi peluang kepada masyarakat rencam kaum di Malaysia. Sekalung penghargaan kepada Kerajaan Negeri, Penang Development Corporation (PDC), dan InvestPenang. Sebagai anak negeri, saya berbangga melihat ekonomi Pulau Pinang terus melonjak demi Malaysia!
#MalaysiaMADANI
Sanggup Belanja RM750 Juta Untuk Jatuhkan Kerajaan
Siti Mastura kalah saman fitnah, apa maksudnya?
Siti Mastura kalah saman fitnah, apa maksudnya?
HarapandailyDecember 7, 2024
Ghaznawi Muhammad
Umum sudahpun mengetahui bahawa MP Kepala Batas Siti Mastura Muhammad
telah kalah dalam saman fitnah yang difailkan pimpinan DAP.
Apa signifikannya keputusan kes ini berbanding dengan kes kalah saman
fitnah lain yang membabitkan pimpinan Pas?
Siti Mastura melakar sejarah dengan menjadi pemimpin Muslimat
pertama yang memfitnah.
Sebelum ini
rata-rata para pemimpin Pas yang terpalit dalam menyebarkan fitnah ialah pimpinan
kaum Adam sahaja.
Ia membuktikan
Muslimat Pas bukan sebarangan orang yang hanya mengikut di belakang kaum Adam.
Dengan adanya Siti Mastura, kaum Hawa di dalam Pas tidak lagi
perlu mencontohi ketua pembangkang Perak merangkap Adun Gunung Semanggol Datuk
Razman Zakaria untuk dijadikan inspirasi sebelum memfitnah.
Jika diteliti penghakiman
kes, ianya menarik kerana hakim mahkamah tinggi tersebut
menyatakan perihal kegagalan Siti Mastura untuk menentukan fakta meskipun
mempunyai ijazah PhD.
Tesis PhD beliau
bertajuk “Konsep Kepenggunaan Wasatiyyah berdasarkan Al-Quran: kajian tafsir
Al-Maududi
Malang sekali
Siti Mastura tidak mengamalkan wasatiyyah dalam amalan politik beliau.
Dari sudut lain, tindakan Siti Mastura membuktikan Pas gagal memahami
masyarakat Cina justeru beliau gagal memahami perbezaan nama keluarga adalah
bukti mereka bukan sanak saudara.
Ghaznawi Muhammad ialah pembaca Harapan Daily.
KES FITNAH YB MASTURA: PERSPEKTIF GUAMAN
Zulkarnain Lokman
Baru-baru ini dilaporkan bahawa YB Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad telah kalah saman kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok. Ramai juga yang telah beri komen tentang hal ini.
Komen dalam tulisan ini hanyalah berkaitan perspektif peguam sahaja yang pernah beberapa belas kali mewakili plaintif atau defendan dalam kes berkaitan saman fitnah. Apabila seseorang menerima kes berkaitan saman fitnah maka peguam akan lihat sama ada cukup elemen fitnah.
Ada 3 elemen besar dalam kes saman fitnah:
1. Plaintif perlu buktikan perkataan yang diadu itu merujuk kepada plaintif.
2. Perkataan yang diadukan itu telah disebarkan atau diterbitkan kepada pihak ketiga.
3. Perkataan yang diadukan itu adalah tidak benar dan pada kaca mata orang awam akan menjatuhkan reputasi plaintif.
Apabila melihat kepada perkataan yang disebut oleh YB Mastura itu nampaknya kesemua elemen itu sudah dipenuhi oleh ketiga-tiga plaintif kerana YB Mastura itu secara jelas telah menyebut nama LKS, LGE dan Teresa.
Perkataan yang diadukan itu pula sudah tersebar luas apabila petikan video pendek ucapan YB Mastura itu telah direkodkan dan disebarkan secara meluas. Walaupun dikatakan ucapan itu dibuat di dalam program parti namun dalam program itu ada pihak ketiga.
Perkataan itu juga jelas tidak benar apabila LKS pernah membuat satu sidang media pada tahun 2017 yang menafikan beliau adalah sepupu Chin Peng. Perkataan itu juga pada kaca mata orang awam akan menjatuhkan reputasi LKS, LGE dan Teresa kerana mengaitkan mereka dengan komunis.
Selepas itu, peguam akan lihat pula sama ada wujud satu pembelaan. Dalam kes saman fitnah ini agak aneh kerana walaupun perkataan itu adalah fitnah namun jika ada pembelaan maka saman fitnah itu boleh ditolak. Kebiasaanya pembelaan itu adalah bersifat justifikasi, komen yang adil (fair comment) atau keistimewaan bersyarat (qualified privilege). Umumnya, untuk pembelaan ini terpakai kenyataan itu hendaklah tiada elemen niat jahat, sudah ada usaha untuk pastikan kebenaran fakta, kenyataan itu berasal daripada sumber yang sahih dan lain-lain lagi.
Namun, pemerhatian hakim dalam kes ini mendapati YB Mastura telah cuai kerana hanya bergantung kepada buku propaganda politik yang disebut Comms Barisan Nasional tanpa dia sendiri dapat mengenal pasti siapakah penerbit, penulis dan tiada nombor ISBN/ISNN. Tambahan lagi, YB Mastura itu adalah seorang pemegang ijazah kedoktoran yang sepatutnya sudah mendapat disiplin yang tinggi dalam hal akademik dan penulisan.
Satu lagi, sepatutnya YB Mastura juga memfailkan prosiding pihak ketiga ke atas BN kerana beliau telah bergantung kepada buku yang dikeluarkan oleh Comms BN itu. Jika ada satu prosiding ketiga maka YB Mastura boleh nanti mendapatkan indemniti. Namun, cara ini juga berisiko jika pihak BN menafikan buku itu adalah terbitan mereka.
Jadi, sebagai peguam jika kita melihat fakta-fakta seperti ini lazimnya peguam akan menasihati anakguam untuk memohon maaf. Ada plaintif yang bersetuju dengan permohonan maaf tanpa apa-apa bayaran. Ada juga yang memohon maaf dengan bayaran untuk kos guaman. Ada juga yang hanya menarik balik penerbitan artikel tanpa permohonan maaf. Pendek kata pelbagai cara boleh dibuat bagi menyelesaikan kes itu.
Dalam kes YB Mastura ini, sesi mediasi telah dibuat namun YB Mastura tetap tidak mahu memohon maaf. Jika YB Mastura tidak begitu berkeras maka barangkali YB Mastura hanya perlu bayar kos guaman sekitar RM10-15 ribu sahaja. Bagi peguam jika anakguam tidak mahu memohon maaf maka itu terpulang kepada anakguam. Kerja peguam adalah untuk menasihati anakguam dari segi perundangan. Keputusan akhir di tangan anakguam.
Akhirnya, apabila kes ini sudah dibicarakan dan diputuskan maka YB Mastura telah menerima satu penghakiman yang sangat berat iaitu perlu membayar gantirugi dan kos berjumlah RM825,000. Bayangkan betapa mahalnya harga satu perkataan ‘sepupu’ itu yang terpaksa dibayar kelak. Meskipun YB Mastura itu masih boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan namun lazimnya Mahkamah Rayuan tidak akan campur tangan daripada segi dapatan fakta.
Jika dilihat dapatan fakta ini tiada apa-apa perkara yang boleh dikatakan memihak kepada YB Mastura. Satu lagi risiko yang dihadapi oleh YB Mastura jika merayu adalah kemungkinan pihak plaintif itu akan memasukkan rayuan balas seperti yang berlaku ke atas MB Kedah dalam kes saman fitnah Dato’ Mahfuz yang mana hakim rayuan telah menaikkan lagi kadar gantirugi daripada RM50 ribu kepada RM120 ribu.
Justeru, ambillah pengajaran daripada bidalan kata orang Melayu, ‘Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Kata-kata ini penuh hikmah walaupun sememangnya pulut itu sedap dimakan dengan santan jika ada durian atau mangga tetapi kalau salah cara simpan santan itu maka keseluruhan pulut itu tidak dapat dimakan apabila santan masam telah dicampurkan ke dalam pulut.
SENOI PRAQ AKAN DIGUNAKAN UNTUK KAWAL SWMPADAN.
Sham Ghaz
𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗞𝗗𝗡 @ 𝗣𝗚𝗔 𝗦𝗲𝗻𝗼𝗶 𝗣𝗿𝗮𝗮𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗮𝗻𝗴𝗴𝗶𝗹 𝗕𝗲𝗿𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗝𝗮𝗴𝗮 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗔𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝘂𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗱𝗶 𝗦𝗴 𝗚𝗼𝗹𝗼𝗸.
Ia rentetan kes 1 tan pil kuda bernilai RM65 juta dan syabu bernilai RM17 juta dirampas dan kantoi kes artis Kelate sohor ditangkap di Golok.
PGA Senoi Praaq akan kawal 172 pangkalan haram di Sungai Golok dan Rantau Panjang.
Kawalan bermula 1 Disember 2024, menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Individu tanpa dokumen sah boleh didenda RM10,000 dan dipenjara lima tahun.
Tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution atas reformasi membanteras dadah di Kelantan.
EZAM MAHU BELA NAJIB ?
W. FAUDZIN.
Ezam datang ke Pahang. Beliau berucap di Temerloh baru2 ini, seolah2 nak jadi hero untuk membela Najib dan hasut ahli2 Umno bangkit lawan Zahid kerana Zahid dianggap tidak membela Najib. Semoga ahli2 Umno tidak termakan dengan manusia hipokrit ini.
Dia ingat kita lupa, Ezam asalnya dari PKR. Kemudian keluar PKR dan sertai Umno di era Pak Lah jadi PM. Waktu Najib jadi PM, Ezam dapat Senator dan Najib beri dia jawatan dalam kerajaan. Kemudian dia tinggalkan Najib dan serang Najib atas skandal 1MDB. Ezam beritahu dia keluar Umno kerana tidak mahu bersekongkol dengan penyakau, iaitu Najib.
Dia kemudiannya mohon sertai PKR semula. Malangnya PKR tidak menerima kemasukkannya. Dia pernah sertai pilihanraya di Sgor tetapi hilang deposit. Dia sertai pula parti Berjasa. Tidak sampai setahun, dia sertai pula parti PRM sebagai Timbalan Presiden PRM. Merasakan PRM parti nyamuk, dia akhirnya melutut kpd Pas. Sewaktu di dalam Gerak98, Ezam sering menghentam Pas dan Hj Hadi kerana dikatakan menunggang Islam.
Hari ini, dia berlagak sebagai hero kononnya mahu membela Najib. Walhal, dialah yg tinggalkan Najib walaupun Najib berikan tempat kepada dia dalam kerajaan. Dia sanggup tinggalkan Najib sewaktu Najib ditekan dengan isu 1MDB. Demi politik peribadi, hari ini mahu tunjuk lagak untuk pembebasan Najib.
Cukup2;lah Mohamad Ezam Nor , satu hari nanti kami akan londehkan kamu. Manusia jijik, tiada prinsip dan mahu cari makan, ke hulu ke hilir jual maruah diri dalam politik. Perjuangan kamu jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim.
WFAUZDIN NS
#malaysiamadani
#anwaribrahim
#gerak98
KDN BERSEDIA UNTUK GELOMBANG KEDUA
Alhamdulillah jumlah mangsa-mangsa banjir yang di di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Tumpat, Kelantan telah berkurangan.
Namun begitu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan gelombang kedua pada antara 8-14 Disember ini. Pihak KDN & agensi-agensi berkaitan juga telah bersiap sedia menghadapi situasi ini. InsyaAllah kami telah bersedia untuk terus membantu mangsa-mangsa menghadapi situasi ini dan juga pembersihan pasca banjir.
Saya doakan agar rakyat Malaysia yang terkesan akibat bencana banjir agar terus tabah menghadapi ujian ini & insyaAllah bantuan Kerajaan Madani akan ada tanpa mengenal batasan politik.
#KerajaanMadani #skuadihsankdn