W. FAUDZIN.
Ezam datang ke Pahang. Beliau berucap di Temerloh baru2 ini, seolah2 nak jadi hero untuk membela Najib dan hasut ahli2 Umno bangkit lawan Zahid kerana Zahid dianggap tidak membela Najib. Semoga ahli2 Umno tidak termakan dengan manusia hipokrit ini.
Dia ingat kita lupa, Ezam asalnya dari PKR. Kemudian keluar PKR dan sertai Umno di era Pak Lah jadi PM. Waktu Najib jadi PM, Ezam dapat Senator dan Najib beri dia jawatan dalam kerajaan. Kemudian dia tinggalkan Najib dan serang Najib atas skandal 1MDB. Ezam beritahu dia keluar Umno kerana tidak mahu bersekongkol dengan penyakau, iaitu Najib.
Dia kemudiannya mohon sertai PKR semula. Malangnya PKR tidak menerima kemasukkannya. Dia pernah sertai pilihanraya di Sgor tetapi hilang deposit. Dia sertai pula parti Berjasa. Tidak sampai setahun, dia sertai pula parti PRM sebagai Timbalan Presiden PRM. Merasakan PRM parti nyamuk, dia akhirnya melutut kpd Pas. Sewaktu di dalam Gerak98, Ezam sering menghentam Pas dan Hj Hadi kerana dikatakan menunggang Islam.
Hari ini, dia berlagak sebagai hero kononnya mahu membela Najib. Walhal, dialah yg tinggalkan Najib walaupun Najib berikan tempat kepada dia dalam kerajaan. Dia sanggup tinggalkan Najib sewaktu Najib ditekan dengan isu 1MDB. Demi politik peribadi, hari ini mahu tunjuk lagak untuk pembebasan Najib.
Cukup2;lah Mohamad Ezam Nor , satu hari nanti kami akan londehkan kamu. Manusia jijik, tiada prinsip dan mahu cari makan, ke hulu ke hilir jual maruah diri dalam politik. Perjuangan kamu jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim.
WFAUZDIN NS
#malaysiamadani
#anwaribrahim
#gerak98