Saya berada di Permatang Pauh sebentar tadi untuk program Jualan Termurah MADANI dan berkesempatan jumpa warga terdekat yang sentiasa dekat di hati.
Gembira dapat ketemu kawan-kawan lama yang sudi bersama selain saya sempat singgah di Surau Kg Belah Dua yang secara kebetulan di sebelah tapak program. Saya pernah merasmikan surau tersebut semasa menjawat jawatan Menteri Pertanian sebelum ini.
Dalam ucapan ringkas saya menyeru kepada warga Permatang Pauh untuk ambil peluang mendapatkan bahan bekalan basah di sini sebagai ikhtiar Kerajaan buat masa ini dalam menangani permasalahan kos barangan.
#MalaysiaMADANI