Siti Mastura kalah saman fitnah, apa maksudnya?

 

Siti Mastura kalah saman fitnah, apa maksudnya?

HarapandailyDecember 7, 2024

Ghaznawi Muhammad

Umum sudahpun mengetahui bahawa MP Kepala Batas Siti Mastura Muhammad telah kalah dalam saman fitnah yang difailkan pimpinan DAP.

Apa signifikannya keputusan kes ini berbanding dengan kes kalah saman fitnah lain yang membabitkan pimpinan Pas?

 

Siti Mastura melakar sejarah dengan menjadi pemimpin Muslimat pertama yang memfitnah.

Sebelum ini rata-rata para pemimpin Pas yang terpalit dalam menyebarkan fitnah ialah pimpinan kaum Adam sahaja.

Ia membuktikan Muslimat Pas bukan sebarangan orang yang hanya mengikut di belakang kaum Adam.

Dengan adanya Siti Mastura, kaum Hawa di dalam Pas tidak lagi perlu mencontohi ketua pembangkang Perak merangkap Adun Gunung Semanggol Datuk Razman Zakaria untuk dijadikan inspirasi sebelum memfitnah.

Jika diteliti penghakiman kes, ianya menarik kerana hakim mahkamah tinggi tersebut menyatakan perihal kegagalan Siti Mastura untuk menentukan fakta meskipun mempunyai ijazah PhD.

Tesis PhD beliau bertajuk “Konsep Kepenggunaan Wasatiyyah berdasarkan Al-Quran: kajian tafsir Al-Maududi

Malang sekali Siti Mastura tidak mengamalkan wasatiyyah dalam amalan politik beliau.

Dari sudut lain, tindakan Siti Mastura membuktikan Pas gagal memahami masyarakat Cina justeru beliau gagal memahami perbezaan nama keluarga adalah bukti mereka bukan sanak saudara.


Ghaznawi Muhammad ialah pembaca Harapan Daily.