Pulau Pinang terus melangkah ke hadapan sebagai hab strategik dalam industri semikonduktor, dengan penekanan kepada reka bentuk cip dan aspek daya cipta. Pagi ini saya telah hadir merasmikan Penang Silicon Design @5km+ di Eastin Hotel. Lantas ia adalah bukti bahawa Malaysia sedang melaju memperkukuh kedudukan Malaysia di peta semikonduktor global.
Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah penting terutamanya dalam mendukung ekosistem ini dengan menekankan keperluan penambahbaikan di pelabuhan, lapangan terbang, dan rangkaian bekalan. Saya telah mengumumkan dana sebanyak RM50 juta bagi menunjukkan komitmen dalam membangunkan modal insan dan infrastruktur yang diperlukan.
Kejayaan ini memerlukan sinergi antara industri dan institusi pendidikan, khususnya dalam melahirkan jurutera berkualiti tinggi yang mampu memenuhi keperluan dan tuntutan industri. Universiti bukan sekadar bersifat ‘utilitarian’ tetapi ia mesti dikembangkan serta diolah bagi mempersiap masyarakat ke arah anjakan transformasi.
Saya yakin kita mampu melonjak Malaysia ke era baharu dengan industri berteknologi tinggi yang memberi peluang kepada masyarakat rencam kaum di Malaysia. Sekalung penghargaan kepada Kerajaan Negeri, Penang Development Corporation (PDC), dan InvestPenang. Sebagai anak negeri, saya berbangga melihat ekonomi Pulau Pinang terus melonjak demi Malaysia!
#MalaysiaMADANI