ELOK JANGAN DIIKUT KERAJAAN UMprono

Lima sebab Guan Eng tak bubar DUN jika BN panggil PRU 2011

TERKINI @ 03:33:21 PM 11-11-2011
November 11, 2011

KUALA LUMPUR, 11 Nov — Kerajaan negeri Pulau Pinang menyenaraikan lima sebab ia tidak akan mengikut langkah Barisan Nasional (BN) jika Parlimen dibubarkan sekarang untuk membuka laluan bagi pilihan raya umum tergempar.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih bertegas mahu memanggil pilihan raya umum ke-13 tahun ini, maka Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan memanggil sidang khas untuk membawa usul bahawa pilihan raya negeri tidak akan diadakan bersama pilihan raya umum Parlimen.

Salah satu sebab menurut Lim ialah pentadbiran Najib masih belum menunaikan janji memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pengagihan RM500 yang dijanjikan untuk keluarga berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

"Memandangkan spekulasi semakin rancak sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil pilihan raya umum pada tarikh bertuah 11 November (2011), ada lima sebab mengapa Pulau Pinang tidak akan ikut dan tidak akan mengadakan pilihan raya seiring dengan pilihan raya umum Parlimen tahun ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Di sebalik spekulasi itu, Najib mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini petang ini, yang dijangka antara lain akan membincangkan soal pengagihan kerusi.

"Persoalan timbul sama ada BN hanya akan mengadakan pengubahsuaian kosmetik berbanding memansuhkan ISA, sebaliknya menggantikan dengan dua undang-undang mirip ISA, menyebabkan rakyat Malaysia berhadapan dengan dua ISA berbanding satu sebelum ini," kata beliau lagi.

Keduanya kata Lim, adalah tidak adil mengadakan pilihan raya umum sekarang memandangkan jemaah haji belum pulang ke tanah air dan mereka akan dinafikan hak untuk mengundi, sekali gus menentukan kerajaan akan datang.

Kumpulan terakhir jemaah haji hanya akan pulang ke tanah air pada 11 Disember ini.

"Ketiga, kegagalan dan keengganan kerajaan BN untuk menjelaskan salah guna dana, penyelewengan yang jelas dan salah guna kuasa sebagaimana digariskan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Laporan Ketua Audit Negara mengingatkan rakyat Malaysia tentang setiap perkara yang salah di pihak kerajaan persekutuan BN," kata beliau, yang antara lain merujuk kepada perbelanjaan berlebihan oleh sembilan kementerian atau agensi kerajaan pusat dan projek kontroversi ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan milik keluarga Ketua Wanita Umno, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul.

Lim berkata, pihaknya tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri memandangkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen masih menghalusi syor mengenai pembaharuan bagi mengadakan sistem pilihan raya yang adil dan bebas.

"Kegagalan untuk berbuat demikian akan membenarkan pilihan raya umum paling kotor dalam sejarah dengan kewujudan pengundi-pengundi hantu dan pendatang asing tanpa izin yang diberikan status kerakyatan dan menjadi pengundi dalam beberapa jam. Apakah nasib Malaysia akan ditentukan oleh rakyat Malaysia atau pengundi hantu dan pendatang asing tanpa izin ini?" katanya lagi.

Selain itu menurut beliau, agenda nasional seharusnya difokus ke atas usaha mengelakkan banjir.

"Malaysia seharusnya belajar daripada keperitan masalah banjir di Thailand. Untuk mengadakan pilihan raya ketika musim tengkujuh apabila mangsa banjir lebih memikirkan keselamatan daripada mengundi, (kita) bukan sahaja menafikan hak demokratik mereka tetapi bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Pimpinan PR Selangor Muafakat Selesai Isu Kontroversi Secara Berhemah

SHAH ALAM , 10 NOV: Pimpinan Pakatan Rakyat Selangor mengamalkan prinsip kesepakatan dan muafakat dalam menyelesaikan sesuatu isu kontroversi dan sensitif di negeri ini demi kesejateraan rakyat keseluruhan.

Justeru, pimpinan Pakatan Rakyat yang ditemui TVSelangor semasa waktu rehat sidang DUN Selangor menolak dakwaan ketua pembangkang Datuk Satim Diman yang mendakwa tidak wujud persefahaman dalam polisi Pakatan Rakyat di negeri ini.

Sebelum ini, beberapa isu sensitif dan kontroversi seperti isu pengharaman penjualan arak secara terbuka dan pemeriksaan gereja DUMC dicanang oleh sesetengah pihak untuk kepentingan politik sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan rasa tidak senang.

ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman berkata, perbezaan pandangan yang dilontarkan Pakatan merupakan suatu perkara biasa kerana akhirnya semua pimpinan mempunyai cara dan penyelasaian yang tuntas terhadap isu tersebut.

"Bila bercakap berkenaan polisi, kita perlu kembali kepada keputusan Syura iaitu pandangan Pakatan secara keseluruhan," Dr Rani berkata ketika ditemui di luar Dewan Undangan Negeri.

"Dan tidak timbul soal perpecahan dalam pakatan rakyat. Memang wujud perbezaan pandangan tetapi apabila untuk mencapai satu keputusan ini yang akan dikeluarkan oleh Menteri Besar dan sebagainya, dan tidak ada masalah dan tidak wujud apa-apa perpecahan," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor.

Semasa perbahasan pembentangan Bajet Selangor 2012, Satim mendakwa perbezaan politik di antara parti Pakatan menyebabkan berlaku konflik dalam pembentukan dasar kerajaan negeri.

 Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari berkata perbezaan pandangan dan pendapat dalam sesebuah kerajaan adalah satu perkara yang biasa,tetapi Pakatan mengambil pandangan dengan mengamalkan prinsip secara muafakat dengan berbincang secara baik bagi menyelesaikan sesuatu isu sensitif demi kesejahteraan semua pihak.

"Pembangkang Selangor (BN) hanya membangkitkan isu-isu basi , dan dalam isu DUMC tidak wujud sebarang pertentangan berkenaan polisi Pakatan Rakyat sebab kita akan memastikan kesemua pihak akan mendapat haknya.

Sementara itu, Exco Selangor, Teresa Kok berkata tidak wujud masalah dalam perbezaan pandangan di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat kerana muafakat yang wujud adalah untuk mencari penyelesaian dalam sesuatu isu sensitif.

"Bagi saya ini suatu perkara yang biasa perbezaan pandangan di kalangan pimpinan kerana ketiga-tiga parti mewakili pengundi daripada kalangan yang berbeza dan kawasan berlainan antara orang Islam dan bukan, jadi pandangan mereka yang diberikan atas sesuatu isu itu juga berlainan.

"Dan masing-masing menyuarakan keperihatinan mereka terhadap beberapa isu seperti DUMC , JAIS dan sebagainya. Tetapi akhirnya kesemuanya ada jalan penyelesaian dan tidak wujud lagi isu itu." katanya.

KHAIRY SIBUK JAWAB KENAPA?

AKU HAIRAN BETUL KENAPA SI KHAIRY JAMALUDDIN NI SIBUK MENJAWAB SOALAN YANG TIDAK DIKEMUKAKAN KEPADA DIA....DIA PULAK JADI JURUCAKAP KEPADA SHARIZAT.BIAR SAHAJA SHARIZAT JAWAB....

LEMBU DUDUK DI KONDO KE ATAU TUAN PUNYA LEMBU BELI KONDO NAK MELABUR KE?,,,JAWAPAN YANG TAK MASUK AKAL.KALAU BELI KONDO NAK MELABUR...LAI MACAM SAJA BUNYI..MACAM LA KONDO TU BOLEH JUAL HARI NI ESOK ADA YANG NAK BELI.....

KALAU BELI BENDA LAIN UNTUK TINGKATKAN LEPABURAN MUNGKIN ADA MUNASABAHNYA ..KALAU BELI KONDO TU..TUAN PUNYA LEMBU LA NAK DUDUK....APA RRRRRRR





Projek lembu: Beli kondo untuk pelaburan, kata Khairy
Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.
NONEPembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.

"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?

"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Saifuddin Nasution dan juga pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli berhubung pembelian hartanah yang disifatkan sebagai penyelewengan dana awam.

Pembelian untuk kondominium eksklusif berkenaan telah direkodkan sebagai hutang NFC kepada NMLC, dakwa Saifuddin semalam.

NONEMengulas lanjut, Khairy pula berkata, NLMC telah membeli apartmen mewah itu daripada dana yang disalurkan daripada dana NFC.

"Menurut kajian saya, memang benar NLMC telah membeli apartmen One Menerung di Bangsar. Pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC daripada akaun pinjaman khas yang dikawal selia oleh kementerian kewangan dan juga kementerian pertanian dan industri asas tani.

"Daripada sumber ini, NFC telah memindah sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC," katanya lagi yang menjelaskan bahawa peruntukan itu bertujuan untuk menampung kos operasi NLMC – menyembelih, mengasingkan daging dan tulang, serta pembungkusan dan penghantaran kelewatan projek fidlot.

Mengulas lanjut, Khairy juga berkata pengurusan NLMC membuat keputusan untuk melabur dalam aset hartanah yang "boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi" akibat kelewatan operasi berkenaan.

NONE"Sudah pasti mereka mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikan harga apartmen itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap.

"Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC," kata Khairy lagi.

Mengulas mengenai kelewatan operasi projek lembu fidlot tersebut, Khairy berkata perkembangan itu bukan disebabkan pengurusan NFC tetapi memandangkan kerajaan tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk membangunkan ladang satelit.

"Apabila ladang ini tidak dibangunkan, sebahagian dari duit yang ada pada NLMC tidak dibelanjakan. Kerajaan juga masih tidak dapat membina pusat penyembelihan yang menepati piawai antarabangsa sepertimana perjanjiannya dengan NFC," katanya lagi.

Dengan panjang lebar, Khairy turut menjelaskan bahawa wang berkenaan tetap disalurkan kepada NFC walau berlaku kelewatan operasi kerana "kerajaan telah meluluskan penggunaan pinjaman dari akaun pinjaman khas kepada NFC mengikut perancangan awal tanpa apa-apa kelewatan kepada operasi NFC."

"Tetapi apabila keadaan ekonomi dunia dan negara menjadi lebih mencabar, adalah menjadi wajar untuk kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaannya dan inilah yang menyebabkan kelewatan operasi NFC seperti dijelaskan di atas," katanya lag

Pengundi pos di Lembah Pantai naik 1,400 peratus

Pengundi pos di Lembah Pantai naik 1,400 peratus
Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.

Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."

Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC).