RM10 JUTA – ISUNYA BUKAN SOAL KAYA, TAPI KENAPA PINDAH WANG SECARA SEMBUNYI?

Cerita kekayaan Dato’ Seri Mohamad Hassan (Tok Mat) kembali berlegar. Saya mulanya tidak mahu mencelah tetapi ada beberapa perkara yang nampaknya cuba mengalihkan perhatian dari isu sebenar.
Tok Mat Memang Kaya
Pimpinan UMNO mempertahankan kemampuan Tok Mat memindahkan wang RM10 juta secara sembunyi untuk membeli kediaman di London dengan alasan “Tok Mat memang kaya”. Mereka menyenaraikan semua jawatan korporat yang pernah dipegang oleh Tok Mat untuk menunjukkan pemangku presiden UMNO intu memang berduit.
Tok Mat pula nampaknya lebih faham isu sebenar yang cuba dialihkan. Mungkin kerana beliau orang baik, beliau terkias dengan sendiri. Katanya, soal pemindahan wang RM10 juta itu tidak berbangkit kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun membersihkan beliau sepuluh tahun lalu.
Eh! Kenapa pula timbul soal SPRM, kan Tok Mat memang kaya?
Orang memang tidak hairan kalau Tok Mat membawa satu kereta lembu penuh dengan wang tunai masuk kampung di Rantau, kerana Tok Mat memang kaya.
Malah, Tok Mat tidak perlu bersembunyi pun untuk memindahkan RM10 juta untuk membeli kediaman di London. Boleh saja Tok Mat arahkan bank untuk memindahkan wang tersebut mengikut saluran yang betul, tidak akan ada yang mempersoalkan kerana Tok Mat memang kaya.
Pindah Wang Sembunyi-Sembunyi
Habis, kenapa Tok Mat takut sangat orang tahu sehingga menggunakan saluran yang melanggar undang-undang?
Hakikatnya, Tok Mat telah memindahkan wang RM10 juta secara sembunyi menggunakan pengurup wang sehingga melanggar lesen operasi pengurup wang. Pengurup wang dilesenkan untuk menukar matawang asing kepada ringgit (atau sebaliknya), bukannya untuk memindahkan wang keluar negara.
Pemindahan wang keluar negara melibatkan pelbagai peraturan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Bila Tok Mat cuba menyembunyikan pemindahan wang itu dengan menggunakan saluran tidak betul, ia bukan lagi soal Tok Mat kaya atau tidak.
Soalnya, kenapa perlu disembunyikan? Apa yang Tok Mat cuba sembunyikan, sehingga sanggup berdepan kemungkinan melanggar undang-undang bersabit pemindahan wang di bawah Bank Negara Malaysia.
Tok Mat Langgar Undang-undang?
Semasa pemindahan wang RM10 juta itu berlaku sekitar tahun 2007 ke 2008, peraturan pemindahan wang keluar negara adalah seperti yang terkandung di dalam Laporan Tahunan 2007 Bank Negara Malaysia (muka surat P6), yang saya sertakan di bawah:
Bagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai hutang dalam negara, tidak ada halangan untuk memindahkan wang membeli apa-apa harta di luar negara, tanpa ada had.
Bagi rakyat Malaysia yang mempunyai hutang dalam negara dan menukar wang ringgit ke matawang asing untuk membeli harta di luar negara, had pemindahan dan pembelian adalah sebanyak RM1 juta sahaja setiap tahun.
Kalau Tok Mat tidak mempunyai hutang dalam negara pada ketika itu, beliau boleh sahaja memindahkan RM10 juta itu mengikut kaedah bank biasa tanpa melanggar apa-apa peraturan.
Tetapi kalau Tok Mat ada mempunyai hutang, jika beliau hendak memindahkan RM10 juta untuk membeli kediaman di London itu, sudah tentu beliau tidak boleh kerana hadnya adalah RM1 juta sahaja.
Kalau Tok Mat ada mempunyai hutang dalam tahun 2007, tindakan beliau memindahkan wang sebanyak RM10 juta untuk membeli kediaman di London itu memang telah melanggar peraturan. Jika didapati bersalah, beliau boleh dihukum denda dan penjara.
Apa Sebabnya Pindah Sembunyi?
Sebab itu isu utama dalam soal wang RM10 juta ini bukanlah Tok Mat kaya atau tidak.
Isunya ialah kenapa Tok Mat ambil risiko melanggar undang-undang untuk menyembunyikan pemindahan wang itu, sedangkan semua orang tahu beliau kaya?
Ada beberapa kemungkinan kenapa beliau mahu menyembunyikan pemindahan wang RM10 juta untuk membeli kediaman di London itu.
Pertama, kerana wang itu bukan dari sumber beliau sendiri.
Jika dipindahkan mengikut saluran biasa yang tidak melanggar undang-undang, beliau perlu mengisytiharkan juga sumber dari mana wang RM10 juta itu datang.
Adakah beliau menjual hartanah? Adakah beliau mengeluarkan RM10 juta dari akaun beliau? Adakah beliau menjual saham? Punca RM10 juta itu akan dapat dijejaki dari urusniaga di bank atau urusniaga lain.
Kalau wang itu bukan dari sumber sendiri (bukan dari bank, bukan dari penjualan harta), maka sukar untuk beliau mengisytiharkan sumber wang RM10 juta itu apabila beliau hendak mengarahkan bank memindahkan jumlah tersebut. Kalau beliau membuat pengisytiharan palsu, itu melanggar undang-undang dan beliau boleh disiasat.
Maka, jika wang yang hendak dipindahkan bukan dari sumber sendiri, cara yang mudah ialah menggunakan kaedah memindahkan wang yang melanggar undang-undang, iaitu menggunakan pengurup wang.
Sebab yang kedua beliau mungkin mahu menyembunyikan pemindahan wang tersebut ialah kerana beliau mempunyai hutang dengan bank pada ketika itu (hutang kereta, hutang rumah, hutang saham dan lain-lain) yang menyebabkan beliau tidak boleh memindahkan wang atau membeli aset luar negara melebihi RM10 juta.
Untuk mengelak daripada had itu kerana Bank Negara Malaysia tidak akan meluluskan arahan pemindahan wang itu, satu-satu caranya ialah memindahkan wang secara senyap-senyap menggunakan pengurup wang.
Lebih Baik Berterus Terang?
Kedua-dua kemungkinan di atas mempunyai implikasi undang-undang.
Kalau pemindahan wang itu disembunyikan kerana wang itu bukan dari sumber sendiri, maka Tok Mat perlu menjawab: sumber dari mana sebenarnya wang RM10 juta itu?
Kalau pemindahan wang itu disembunyikan untuk mengelakkan had pemindahan wang Bank Negara Malaysia, maka Tok Mat perlu menjawab: jadi benarlah Tok Mat telah melanggar undang-undang dan boleh di penjara (jika disabitkan).
Jika wang itu dari sumber Tok Mat sendiri dan Tok Mat tiada hutang (lalu tiada sekatan jumlah hendak dipindahkan), kenapa pula Tok Mat bersusah payah menyembunyikan pemindahan RM10 juta itu?
Tok Mat bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana yakin strategi memainkan isu perkauman oleh gabungan PAS-UMNO akan berjaya.
Saya nasihatkan jika Tok Mat mahu terus bercita-cita menjadi Perdana Menteri, lebih baik Tok Mat berterus-terang dari sekarang mengenai sebab musabab beliau memindahkan wang RM10 juta itu secara sembunyi, sedangkan Tok Mat kan kaya?
Rafizi Ramli
Naib Presiden PKR
10 April 2019.

RM 10 JUTA TOK MAT

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, rakaman dekat

RM10 JUTA TOK MAT

Lebih Baik Berterus Terang
Kedua-dua kemungkinan di atas mempunyai implikasi undang-undang.
Kalau pemindahan wang itu disembunyikan kerana wang itu bukan dari sumber sendiri, maka Tok Mat perlu menjawab: sumber dari mana sebenarnya wang RM10 juta itu?
Kalau pemindahan wang itu disembunyikan untuk mengelakkan had pemindahan wang Bank Negara Malaysia, maka Tok Mat perlu menjawab: jadi benarlah Tok Mat telah melanggar undang-undang dan boleh di penjara (jika disabitkan).
Jika wang itu dari sumber Tok Mat sendiri dan Tok Mat tiada hutang (lalu tiada sekatan jumlah hendak dipindahkan), kenapa pula Tok Mat bersusah payah menyembunyikan pemindahan RM10 juta itu?
Tok Mat bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana yakin strategi memainkan isu perkauman oleh gabungan PAS-UMNO akan berjaya.
Saya nasihatkan jika Tok Mat mahu terus bercita-cita menjadi Perdana Menteri, lebih baik Tok Mat berterus-terang dari sekarang mengenai sebab musabab beliau memindahkan wang RM10 juta itu secara sembunyi, sedangkan Tok Mat kan kaya?
Rafizi Ramli

TINGGAL 3 HARI, STRERAM PERLU KEJAR POPULARITI TOK MAT

FELDA: NAJIB GUNA RM2.7 BILION RAIH SOKONGAN POLITIK – AZMIN

ANWAR DAN RAFIZI MENGGEGAR RANTAU , CERAMAH Umno MAKIN SURAM

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang duduk
Belum pun Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim dan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli memulakan ucapan masing-masing, ribuan pengundi membanjiri Pekan Rantau malam ini.
Ternyata aura kedua-dua pemimpin yang rapat dengan rakyat ini menyebabkan tapak ceramah penuh sesak dengan pengundi sekitar pekan Rantau dan beberapa daerah mengundi seperti Angsa Emas dan Siliau.
Polis menganggarkan kesesakan jalan teruk sepanjang dua kilometer di kedua-dua hala di sepanjang jalan Pekan Rantau.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang di atas pentas dan orang berdiri
Lain pula kisahnya dengan ceramah yang disiarkan menerusi beberapa platform FB Live iaitu Amal TV yang menyaksikan ceramah Umno semakin suram malah penuh dengan kerusi melebihi pengundi.
Walaupun Ahmad Zahid Hamidi dijangka turun di Linsum, ternyata ia tidak menarik minat para pengundi untuk turun di kubu kuat Umno itu.

CERAMAH ANWAR DI KAMPUNG SOLOK

Di program terakhir malam ini  (semalam)  di Kg Solok, Rantau. Alhamdulillah, Melayu, Cina dan India hadir menzahirkan dukungan kepada calon Dr Streram.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramaiImej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiriImej mungkin mengandungi: 2 orang, orang ramai