DENGAR NI APA KATA DUT...TAK KAN ULAMAK NAK SOKONG?


BAGI MENGGELAR JEBON...ANWARRINAS...DAN APA LAGI....DENGAR APA KATA USTAZ AHMAD AWANG..


Sejarah kekalahan PAS tanpa pakatan politik.Khas buat gang Ulamak dan juga UG....

Sejarah kekalahan PAS tanpa pakatan politik
Sejarah kekalahan PAS tanpa pakatan politik

Sejarah kekalahan PAS tanpa pakatan politik

(FB: Awang Jebon Malaya)

Kalau mahu menilai kehebatan PAS, maka lihatlah keputusan pilihan raya umum 1978, 1982, 1986 dan 1995…..
PRU 1990 susah nak kira kekuatan sebenar PAS kerana bergabung dengan Parti Semangat 46, dan hasil gabungan itu memberi keuntungan yang sangat besar kepada PAS khususnya di Kelantan….

Manakala PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013, sokongan terhadap PAS banyak dibantu oleh rakan dalam Pakatan iaitu PKR dan DAP terutamanya di pantai barat.

Sejak PAS bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan Barisan Nasional dalam tahun 1977, Pilihan raya Umum 1978 ialah pilihan raya pertama di mana PAS bertanding sendirian.

Bertanding sendirian

Keputusan PRU 1978, di Kelantan, PAS hanya menang 2 dari 36 Dun yang dipertandingkan, manakala untuk parlimen, PAS menang 2 daripada 10 kerusi.

Di Terengganu, BN menyapu bersih semua kerusi Dun dan parlimen yang dipertandingkan.

Di Kedah, PAS menang 7 daripada 26 Dun, dan gagal memenangi sebarang kerusi parlimen.

Di Pulau Pinang, PAS menang 1 daripada 26 kerusi Dun dan 1 daripada 9 kerusi parlimen.

Hanya itulah saja kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU 1978…. Maknanya, di parlimen, wakil rakyat PAS hanya 3 orang sahaja, iaitu 2 dari Kelantan dan 1 dari Pulau Pinang.

Paling malang

Pilihan raya umum 1982….. Di Kelantan, PAS menang 10/32 DUN, manakala untuk parlimen, PAS menang 4/12 kerusi di Kelantan…
Di Terengganu, PAS menang 5/28 kerusi DUN, dan gagal memenangi sebarang kerusi parlimen… Dun yang dimenangi oleh PAS ialah Rhu Rendang (Haji Abdul Hadi Awang), Batu Buruk (Wan Mutalib Embong), Wakaf Mempelam (Mustafa Ali), Manir (Harun Taib) dan Teluk Pasu (Abu Bakar Chik).

Di Kedah, PAS menang 2/26 kerusi Dun, dan menang 1/13 kerusi parlimen.

Di Perlis, PAS menang 1/12 kerusi DUN sahaja.

Hanya itu saja kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU 1982…. Di parlimen, PAS hanya ada 5 orang wakil rakyat, iaitu 4 dari Kelantan dan 1 dari Kedah.

Pilihan Raya Umum 1986, PAS menang 10/39 DUN di Kelantan, 2/32 DUN Terengganu, menang 3/28 DUN di Kedah dan 1/12 DUN di Perlis, di Parlimen hanya 1/13 kerusi parlimen negeri Kelantan iaitu di Pangkalan Chepa yang diwakili oleh Allahyarham Hj. Nik Abdullah Arshad, bapa kepada Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang… Itulah satu-satunya kerusi PAS di parlimen pada waktu itu.

Kerjasama APU

Pada Pilihan Raya Umum 1990 PAS dapat memerintah Kelantan hasil kerjasama dengan Semangat 46 di mana PAS menang semua 24 kerusi, Semangat 46 menang semua 13 kerusi, Berjasa dan Hamim masing-masing menang 1 kerusi dan BN kalah di semua 39 DUN. Di peringkat parlimen PAS menang kesemua 6 kerusi dan 7 kerusi di raih oleh Semangat 46…. BN kalah di semua kerusi parlimen.

Di Terengganu PAS menang 1 kerusi Parlimen dan satu oleh Semangat 46 dan di DUN Terengganu PAS hanya menang 3/32. Sementara itu di Kedah kemerosotan PAS amat ketara kerana hanya memenangi 1 DUN sahaja.

Pilihan Raya Umum 1995, PAS berjaya mempertahankan kemenangan di Kelantan dengan memenangi 24 kerusi, 12 kerusi oleh Semangat 46 dan BN berjaya merampas 7 kerusi DUN dari 41 yang dipertandingkan. Peringkat Parlimen PAS menang 6 kerusi sementara Semangat 46 menang 6 dari 8 kerusi yang bertanding, iaitu kalah di Peringat dan Jeli.

Di Terengganu PAS masih mengekalkan satu kemenangan di Parlimen Marang.

Barisan Alternatif

Pilihan Raya Umum 1999 merupakan lonjakan pengaruh PAS di seluruh negara ekoran perpecahan UMNO apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO. PAS Kelantan meningkatkan kemenangan kepada 41/43 DUN. Pilihan raya kali ini PAS bekerjasama melalui Barisan Alternatif (BA) iaitu melibatkan DAP, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan PRM. Di Kelantan Keadilan tidak bertanding di DUN dan hanya bertanding 3 Parlimen dengan memenangi kesemuanya sementara PAS bertanding 11 Parlimen tetapi tewas 1 iaitu di Gua Musang.

Kejayaan pilihan raya atas nama BA juga membolehkan PAS memerintah Terengganu apabila memenangi 28/32 kerusi DUN dan kesemua 8 Parlimen yang mana Parlimen Kemaman di wakili oleh Keadilan. 
Bagi negeri-negeri lain kerjasama BA telah berjaya memenangi 8 DUN di Pahang ( 6 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan ), di Selangor 6 DUN (4 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan), di Kedah 12 DUN PAS dan 8 Parlimen PAS, di Perak 4 DUN (2 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan) serta 3 Parlimen ( 2 PAS, 1 DAP ), di Pulau Pinang 2 DUN (1 PAS, 1 DAP) dan satu Parlimen,di Perlis 4 DUN PAS.

Pada Pilihan Raya Umum 2004 BA hanya disertai oleh dua Parti Politik iaitu PAS dan PKR kerana DAP telah menarik diri dari BA. Pertukaran kepimpinan BN dari Dr Mahathir kepada Abdulah Ahmad Badawi mewujudkan senario baru iaitu pengundi ingin melihat perubahan selepas era Dr Mahathir.

Suasana ini meninggalkan kesan kepada BA dengan jatuhnya kerajaan PAS Terengganu yang hanya memenangi 4/32 DUN, di Kelantan 23/21 dan memenangi 6 kerusi Parlimen, di Pulau Pinang hanya memenangi 1 DUN. Di Perlis juga 1 DUN, di Kedah 5/36 dan peringkat Parlimen hanya 1/15.

Namun PAS mencatat sejarah baru apabila kali pertama memenangi 1 DUN di Johor di DUN Senggarang yang di wakili oleh Dr. Ramli bin Mat Kari yang menang tanpa bertanding. Bagi negeri-negeri lain yang pernah meraih kemenangan pada pilihan raya 1999 kecundang untuk mendapat sebarang kerusi sama ada PAS atau pun Parti Keadilan Rakyat.

Pakatan Rakyat

Tsunami politik telah melanda Malaysia dalam pilihan raya umum ke 12, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP telah berjaya memerintah 5 negeri, mengekalkan Kelantan, membentuk kerajaan di Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang disamping itu menafikan majoreti 2/3 di Dewan Rakyat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak 11 kali pilihan raya umum diadakan.

 Gabungan Pakatan Rakyat memenangi 82 kerusi Dewan Rakyat daripada 222 yang di pertandingkan 11/15 di Kedah, 12/14 di Kelantan, 1/8 di Terangganu, 11/13 di Pulau Pinang, 11/24 di Perak, 2/14 di Pahang, 10/11 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 3/8 di Negeri Sembilan, 1/6 di Melaka, 1/26 di Johor, 1/25 di Sabah dan 1/31 di Serawak.

Sementara itu sebanyak 197 kerusi Dewan Undangan Negeri menjadi milik Pakatan Rakyat daripada 505 yang dipertandingkan dengan pecahan PAS 84, DAP 73, PKR 40.

 Suasana ini memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat berjaya menghantar wakil ke dalam semua Dewan Undangan Negeri sepertimana pecahan berikut, 2/15 di Perlis, 22/36 di Kedah, 39/45 di Kelantan, 8/32 di Terengganu, 29/40 di Pulau Pinang, 31/59 di Perak, 4/42 di Pahang, 36/56 di Selangor, 15/36 di Negeri Sembilan, 5/28 di Melaka, 6/56 di Johor, 1/60 di Sabah.

Pasca Pakatan

Begitulah kehebatan PAS…. Orang yang kata PAS boleh berjuang sendiri dan tak perlu bergabung dengan parti lain, jentera pilihanraya PAS paling hebat dalam dunia, PAS boleh hidup sendiri, itu semua kenyataan dari orang yang baca sejarah…..

Wakil Rakyat PAS yang mendabik dada kononnya kemenangannya dalam pilihanraya adalah kerana kekuatan PAS, bukan kerana pertolongan dari PKR dan DAP, itu kenyataan yang bongkak, angkuh, dan bodo-sombong.

Haji Hadi dan lebai-lebai yang semazhab dengannya hanya seronok menjadi pembangkang, dan tidak pernah bersedia untuk jadi pemerintah, manakala kuncu-kuncu di peringkat bawah pula hanya seronok menyokong PAS sebagai parti pembangkang sahaja…

Seronok sokong pembangkang ni… Lebih-lebih lagi pembangkang yang pakai jaket ulamak Islam…. Sokong parti pemerintah tak seronok….

Apatah lagi jika kemenangan itu hasil gabungan dengan orang yang gila kuasa seperti Anwar Ibrahim dan parti kapir seperti DAP…. PAS tak mahu…. PAS tidak gila kuasa… PAS tak mahu jadi pemerintah….


Ulamak PAS tidak bersedia…. Tok lebai PAS cuma mahu glamour sebagai tokoh pembangkang sahaja…. Sebahagian penyokong PAS dari jalur UG  hanya mahu menyokong PAS sebagai parti pembangkang sahaja… Haji Hadi ialah seorang agamawan, tetapi dia bukan seorang negarawan.

Saya mengundi dalam pilihanraya dengan harapan untuk memilih samada mengekalkan kerajaan atau menukarkannya….

Saya bukan mengundi sekadar untuk memilih wakil rakyat pembangkang yang sedap ceramah. Saya akan mengundi parti yang diketuai oleh orang diyakini mampu menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri jika partinya menang pilihanraya.

 Errrrrkkkk...glupppppp........

Parti IKATAN, pimpinan Kadir Sheikh Fadzir dilancar

Parti IKATAN, pimpinan Kadir Sheikh Fadzir dilancar
Parti IKATAN, pimpinan Kadir Sheikh Fadzir dilancar

Parti IKATAN, pimpinan Kadir Sheikh Fadzir dilancar

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini ‎melancarkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), yang didakwanya bukan pro-pembangkang atau kerajaan.

Berwajah baharu dengan lambang berwarna merah-putih, parti itu menggunakan simbol perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra mengangkat tangan semasa melaungkan kemerdekaan, di tengah bulatan berwarna kuning, dan bertemakan “Bersatu Maju Adil Bahagia”.

“Alhamdulillah selepas bertungkus lumus lebih 2 tahun dan dengan bantuan suatu perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, akhirnya Ikatan sudah pun didaftar,” kata Kadir merangkap presiden Ikatan, dalam ucapan perasmian di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, dengan kira-kira 300 hadirin.

Turut hadir beberapa tokoh politik dan pemerhati, termasuk Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial, Tan Sri Robert Phang dan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A ‎Kadir Jasin‎.‎

“Kita bukan pro-Barisan Nasional dan kita bukan pro-pembangkang, tetapi kita pro roh pemimpin mulia yang sudah, pro-rakyat dan pro-generasi akan datang.

“Kita juga bukan parti untuk pilihan raya akan datang,” kata Kadir.
Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu menubuhkan Ikatan pada Jun 2012, tetapi menunggu lebih 2 tahun mendapatkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Pada Februari 2013, Kadir mengheret RoS ke ‎Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah mengarahkannya meluluskan pendaftaran parti berbilang kaum itu.

Menekankan isu rasuah dan salah laku pemimpin kerajaan sebagai perjuangan utama Ikatan, Abdul Kadir bagaimanapun enggan mengulas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kebelakangan ini mengkritik isu pentadbiran negara, terutamanya skandal 1MDB.

“Kita parti baru nak lancar. Mengenai isu itu saya ingat kita tunggu segala siasatan yang dilakukan.

“Jika perdana menteri salah, maka salahlah dan dia akan dihukum. Kalau dia tidak salah apa kita nak buat,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Ikatan.

Beliau juga menggesa agar siasatan 1MDB dipercepatkan dan memberi tempoh sebulan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) menyiapkan hasil siasatan kerana ia banyak merugikan negara.

Beliau juga mengambil jalan tengah dan enggan mengkritik kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak secara terbuka.‎

“Saya tidak mahu komen peribadi. Kita tidak akan serang peribadi dalam memperjuangkan sesuatu isu tetapi kalau ada bukti salah, salahlah. Tak perlu jadikannya isu peribadi,” katanya.

Katanya, Ikatan bukan sebuah parti pilihan raya akan datang, dan hanya akan membuat keputusan sama ada mahu bertanding bila sampai waktunya.

Mengenai hala tuju, katanya parti itu akan lebih banyak mengulas mengenai isu semasa dan bebas menyokong mana-mana pihak yang dirasakannya benar.

Ikatan juga katanya akan dilancarkan secara besar-besaran dan memperkenalkan pemimpin parti peringkat negeri semasa Hari Malaysia pada 16 September ini di Putrajaya.


Katanya, pemimpin Ikatan setakat ini adalah muka baru dan masih berusaha menarik ahli politik lain serta merekrut ahli baru masuk mendaftar.

“Ramai (pemimpin) nak sokong tetapi takut tidak dapat kontrak dan dikenakan tindakan Akta Hasutan jadi saya lebih rela dengan ramai muka baru,” katanya.‎

Selain Kadir, pemimpin tertinggi parti itu dianggotai Naib Presiden Tunku Muinuddin Putra Tunku Nerang Putra yang juga cucu kepada Tunku Abdul Rahman.

Seorang lagi Naib Presiden Datuk Tony Looi, dan Ketua Penerangan Ikatan Tunku Prof Dr Fauzi Tunku Abdul Malek yang juga cucu saudara Tunku Abdul Rahman.

Abdul Kadir, menjadi ahli Umno selama 56 tahun mengisytiharkan keluar parti‎ pada Mac 2012 selepas mengkritik pentadbiran kerajaan dan parti yang semakin lari daripada perjuangan asal.

Mat Sabu yakin kekal kerusi Timbalan Presiden PAS

Mat Sabu yakin kekal kerusi Timbalan Presiden PAS
Mat Sabu yakin kekal kerusi Timbalan Presiden PAS

Mat Sabu yakin kekal kerusi Timbalan Presiden PAS

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yakin Pakatan Rakyat akan lebih kuat jika beliau terus diberi peluang berkhidmat sebagai orang nombor dua dalam parti sambil dibantu oleh rakan-rakan lain dalam PAS.

Mohamad juga berkata beliau yakin pemilihan kepimpinan parti di Kuala Selangor bulan depan akan menyumbang kepada kebangkitan gabungan pembangkang itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Lepas pemilihan ini, kita akan lihat Pakatan Rakyat lebih kuat sebab adanya saya di situ dan rakan-rakan lain. Kalau tidak, saya tidak akan menawarkan diri sebab saya yakin.

“Saya yakin Pakatan Rakyat akan lebih kukuh dengan adanya orang seperti saya. Kita tak kompromi soal dasar parti,” katanya yang enggan mengulas tokoh mana yang akan menang bagi jawatan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahmad Awang.

Beliau menjawab soalan berkaitan tanggapan umum bahawa keputusan pemilihan bakal mempengaruhi nasib Pakatan Rakyat selepas ini, ketika diwawancara dengan Malaysiakini.

Pada masa yang sama juga, beliau menyatakan keyakinannya seratus peratus mempertahankan jawatan yang disandangnya itu sejak dua penggal lalu apabila ditanya mengenai tahap keyakinannya.

“Saya yakin (mempertahankannya dengan) peratusan yang tinggi,” katanya yang mesra dipanggil Abang Mat.
Diasak wartawan untuk menyatakan peratusannya, tokoh PAS berhenti sejenak untuk mencongak kekuatan sokongannya.

‘Pakatan bawa perubahan’

“Seratus peratus?,” tanya wartawan yang kemudiannya beliau menjawab: “Ya.”
“Seratus peratus?” wartawan mengulangi pertanyaannya dengan nada teruja. Mohamad kemudiannya mengiyakan keyakinannya itu beberapa kali, “Ya, ya, ya.”.

“Saya yakin perwakilan akan pilih (pemimpin) mereka yang nak pertahan dasar PAS dan juga nak bersama terus dengan Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Dalam pemilihan PAS kali ini, pemimpin PAS itu berdepan dengan saingan empat penjuru dengan tiga lagi pemimpin kanan PAS turut dicalonkan mencabarnya.

Mereka ialah dua naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa. Seorang lagi ialah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Bagaimanapun setakat ini, ketiga-tiga pemimpin itu belum menyatakan persetujuan melawan Mohamad.

Pada masa yang sama juga, beliau bagaimanapun menganggap krisis atau kemelut dalaman PAS sebagai “perkara biasa” menjelang pemilihan parti dan optimis ia “akan beransur pulih” selepas pemilihan parti itu kelak.

Di samping itu, Mohamad berkata dalam tempoh enam bulan selepas pemilihan, akan meperlihatkan kesatuan anggota kepimpinan PAS pusat menjadi satu kumpulan “yang boleh bekerjasama” dengan parti dalam Pakatan Rakyat.
“Contohnya siapa saja di antara (pemimpin PAS) yang bertanding itu yang melihat Pakatan Rakyat itu, satu ‘vehicle’ yang baik untuk membuat perubahan.

“Saya tak kata bahawa Pakatan Rakyat tidak ada masalah, setiap parti ada masalah. Tapi objektif bersama yang penting. Dialog berterusan mesti jalan,” katanya.

‘Tak boleh gerak sendirian’

Mengulas lanjut, Mohamad, yang pernah ditahan ISA, berkata Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menawan mana-mana negeri jika ketiga-tiga parti dalam Pakatan bergerak sendirian.

“Ada Pakatan Rakyat baru boleh mencapai kemenangan. Ini sudah dibuktikan di lima buah negeri. Sebab itu saya yakin, apa jua kemelut pun, akhirnya menjelang hari muktamar, perwakilan akan memilih mereka yang memelihara Pakatan Rakyat,” katanya.
Mengulas dakwaan kempen kotor menjelang pemilihan parti, Mohamad menganggap ia “satu fenomena baru yang sementara” kerana pihak yang terbabit menyuarakan padangannya tanpa mengetahui sejarah parti perjuangan, politik negara, dan perihal kaum dan lain-lain.

Beliau turut mengulangi misi dan visinya untuk mempertahankan Pakatan Rakyat dan melebarkan pengaruh PAS kepada bukan Melayu dan Islam khususnya masyarakat Cina, India serta mahasiswa dan NGO.

Ekoran popularitinya di kalangan masyarakat Tionghua yang sangat baik, Mohamad berkata beliau sering mendapat undangan dan jemputan makan malam khususnya bersama-sama dengan mereka.
“Jiwa orang bukan Islam atau orang Islam (sendiri) melihat kebenaran, melihat soal keikhlasan, soal perjuangan. Kita kata menghormati orang yang bercakap, dan dia bersungguh dalam apa yang dia cakap. Ini lumrah manusia.

“Barangkali orang bukan Islam khasnya orang Tionghua, dia lihat saya bercakap semasa belum jadi MP, semasa jadi MP dan lepas jadi MP. Komited kita menentang rasuah penyelewengan dan penindasan itu berterusan. Tak kira kaum. Misalnya kes Teoh Beng Hock apabila dia dizalimi,” katanya.

Adik Najib cabar pengarah 1MDB letak jawatan

Adik Najib cabar pengarah 1MDB letak jawatan
Adik Najib cabar pengarah 1MDB  letak jawatan

Adik Najib cabar pengarah 1MDB letak jawatan

Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak semalam menggesa pihak pengurusan dan lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meletakkan jawatan kerana dilihat tidak bertanggungjawab menangani dakwaan salah urus kewangan syarikat sarat hutang itu.

Nazir berkata, mereka sepatutnya segera melantik juruaudit bebas, dan bukan hanya menunggu tindakan daripada ketua audit negara.
“Langkah segera yang dilakukan sebuah lembaga pengarah bertanggungjawab ialah melantik juruaudit bebas serta merta, sekiranya tidak, saya berpendapat lembaga pengarah dan pengurusan perlu letak jawatan,” kata Nazir seperti dilaporkan akhbar The Star sebagai memberitahu media di sebuah majlis Asean Business Club (ABC) semalam.

“Ia adalah tanggungjawab asas. Terdapat ketidakyakinan yang besar terhadap kewangan anda. Anda perlu menanganinya dengan rasa tanggungjawab. Tetapi anda duduk di situ menunggu ketua audit negara.

“Bagi saya, ini tidak bertanggungjawab. Jika ini tindakannya, lebih baik letak jawatan dan biar orang lain ambil alih.”

Kenyataan Nazir yang juga merupakan adik kepada Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB, dibuat ketika tahap kewangan syarikat yang dibebani hutang RM42 bilion itu terus dipersoalkan.

Terbaru, syarikat itu dikatakan berdepan dengan tindakan 6 bank luar negara yang mahunya segera melangsaikan hutang berjumlah AS$975 juta (RM3.6 bilion).

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, bagaimanapun enggan mengulas dengan memberi alasan ia melibatkan butiran perbankan sulit.

Sebelum ini, berikutan kritikan meluas penjualan tanah oleh 1MDB kepada Lembaga Tabung Haji pada harga RM188.5 juta, pelbagai pihak menggesa dipercepatkan laporan audit bebas yang diarahkan Kabinet.