MUHYIDDIN NGIGAU


 

SALAH LA BAB SD TAK MAIN DAH.


 

MAHATHIR YANG LUPA DIRI


 

KENAPA UMNO BERSAMA KERAJAAN PERPADUAN


 

KITA DENGAR LEBAI NI KATA. PUNYA BODONYA. NEGERI MU TU PUN MU TAK LEH TOLONG..MU CAKAP KOSON


















 

ASYIK KOYAK JA KENA DENGAN WAN MAHUSIN


 

GST AKAN MENYEBABKAN INFLASI


 

BETUL KAH KECOH. DENGAR DULU PENJELASAN


 

WALAU TIT NAK AJAR ANWAR


 

LAGU PRN TERKINI.MENARIK


 

GOMO TAK TAU HAPA


 

TAKTIK MAHATHIR JA TU....


 

BUAT KERJA ISLAM BUKAN UNTUK ORANG PAS SAJA.


 

DEDAH BUDAYA RASUAH


 

TAK HILANG UNDI PUN DENGAN LAUNGAN REFORMASI


 

PEGAWAI MINTA RASUAH-

 



KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Ting King Sing berkata, beliau dimaklumkan terdapat pegawai Imigresen meminta wang daripada pelancong asing yang ditahan sebagai syarat untuk dilepaskan.

Ahli Parlimen Bintulu itu mendedahkan bahawa bayaran yang dipinta sehingga RM3,000  termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, tambahan RM3,000 pula diminta jika warga asing berkenaan mahu pulang ke negara asal dengan kadar segera menerusi ‘laluan khas’, manakala RM12,000 pula untuk kos memproses visa.

“Semua maklumat ini akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan dapat dijalankan seterusnya dapat memulihkan imej Malaysia terutamanya di pintu mask negara,” katanya dalam kenyataan.hari ini.

King Sing berkata demikian dalam reaksi terhadap berita yang tular mendakwa beliau menceroboh masuk Balai Ketibaan Antarabangsa di KLIA dan cuba menyelamatkan seorang pelawat wanita warga China yang ditahan Imigresen.

Mengulas dalam perkara yang sama, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak itu juga menyatakan kekecewaannya kerana gambarnya semasa insiden itu telah ditularkan oleh pihak dalaman agensi berkaitan di KLIA.

Sambil mempersoalkan niat pihak berkenaan sehingga menularkan gambarnya dengan persepsi tidak tepat dan berita yang berunsur fitnah, beliau juga menekankan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) harus campur tangan dan bertindak dalam perkara tersebut.

Katanya, SKMM perlu menyiasat secara teliti bagi mengetahui pegawai dalaman yang menularkan serta fitnah berhubung gambar-gambar beliau serta maklumat yang ditularkan mengenai insiden tersebut.

“Walaupun niat mereka tidak diketahui, maka berkemungkinan mereka terkejut dengan penyertaan SPRM dan bimbang bahawa “sumber pendapatan” mereka akan terputus atau terancam.

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa mereka ingin melindungi rakan-rakannya dengan sengaja membocorkan maklumat, membuat tuduhan tapa asas dan menyebarkan laporan palsu.

“Selain merujuk kes ini kepada SPRM untuk siasatan mendalam, dalam masa sama saya akan membangkitkan perkara ini ke Kabinet termasuk cadangan memansuhkan ejen yang mengendalikan pelancong asing yang ditolak kemasukan (NTL-Not To Land) kerana dilihat semakin kronik dengan isu ketidaktelusan serta penyalahgunaan kuasa yang memburukkan imej negara di mata dunia,” ujarnya lagi.

King Sing juga menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya membatalkan pihak ketiga dalam menguruskan tiket penerbangan bagi tahanan Imigresen di Malaysia dipulangkan ke tanah air.

Dalam perkara berkenaan, beliau mencadangkan agar masalah ini boleh ditangani oleh syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan.

Pada masa yang sama, bagi mengelak kejadian negatif seumpama berulang lagi beliau menyeru orang ramai agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita sebelum disebarkan.

“Saya yakin kita dapat membersikan segala ketirisan yang mencemarkan imej negara sekiranya kita semua berganding bahu,” kata King Sing lagi. – MalaysiaGazette

 

REFORMASI- SUATU EKSPATASI

 

PENULIS MASIH REMAJA- PERISTIWA YANG BERLAKU ITU KALAU NAK DIULAS

 TENTULAH IANYA JAUH DARI PENGETAHUAN SEBENAR. BERMULANYA

 PENENTANGAN  CYBER DAN KETIKA ITU CAPAIAN INTERNET MEMAINKAN PERANAN.

UNTUNGNYA MASA ITU RAMAI DAH BUKA MATA DAN CELIK TENTANG KES

 MAHATHIR TIPU MELAYU TENTANG KES LIWAT.




Tahun 1998, saya Tingkatan 5. Bila nak dekat temasya Sukan Commonwealth, Malaysia jadi Tuan Rumah, terjadi suatu perkara yang menggemparkan negara.

Timbalan Perdana Menteri dipecat dan ditangkap. The rest is history. Tak perlu la kita ulangi. Sampai la tahun 2022, beliau diangkat jadi Perdana Menteri.

25 tahun beliau melaungkan reformasi. Tapi dah nak masuk 8 bulan kita masih sangsi, boleh ke dia buat ni?

To be fair, let us list down, what our expectations are.

Yang saya faham, reformasi DSAI ada dua:

1. Structural/ institutional reform atau perombakan struktur dan institusi.

2. Economic reform atau perubahan sistem ekonomi.

*********************

Untuk Structural reform, pada saya yang paling utama, bersihkan dunia politik negara. Itu yang kita nak lihat dulu. Ini yang ramai mahu:

1. Akta Dana Politik

- untuk bersihkan dunia politik dari rasuah dan wang haram.

- untuk buat orang politik lebih displin. Bukan hanya masuk politik untuk buat duit.

2. Reform SPRM diletakkan bawah Parlimen bukan PM, supaya SPRM boleh buat kerja setelusnya. Bukan jadi alat politikus kenakan lawan mereka.

3. Perdana Menteri hanya 2 penggal. Nak elak PM yang terlampau berkuasa sampai jadi diktator pula. 10 tahun cukup untuk seorang PM buat kerja. Dah dilakukan di banyak negara.

4. Rombak balik pencen dan gaji Ahli Parlimen dan Menteri. Sebelum nak usik pencen penjawat awam, lebih afdal buat pada diri sendiri. You walk the talk dan ketika negara tengah susah, politikus yang pertama berkorban untuk negara. It is a sign of true leadership.

*******************

Yang kedua ialah economic reform.

Kita mahu lihat dasar ekonomi yang lebih menyeluruh dan adil. Tolong Melayu yang betul2 susah, bukan hanya kroni politik.

DEB 2.0 with need based and merit. Tanpa meminggirkan kaum majoriti dan rentan. Fokus juga mereka2 yang tak boleh lagi mandiri tanpa bantuan kerajaan.

No more please, elitist Melayu berkroni, parti politik especially, merembat hasil bumi dan hampir semua kontrak Kerajaan. Kekayaan negara hanya berlegar sesama mereka. Bagi juga Melayu marhein lain peluang sama rata.

Tak lupa juga rakyat berbilang kaum dan agama. Yang tersusah dan ditindas dibantu.

Keadilan dan ekuiti itu perlu diletak nombor satu.

**********************

Yup, it’s easily said than done.

Tapi 25 tahun lamanya ramai menunggu. Kalau beliau dapat buat ini semua, pada pandangan saya, beliau boleh diangkat sebagai Bapa Reformasi Negara.

Kalau tidak berjaya, ramai akan hampa. Akan buat orang percaya cakap lawannya. Kita taknak orang bilang beliau Bapa Retorik Negara pula.

We must put trust in him to break the cycle. Kerana reformasi ini dia sudah bercakap lama. Political will pun sudah ada, tambah beliau punya majoriti 2/3. Tiada alasan jua.

Doakan PMX kuat memegang janjinya dan dalam 4.5 tahun ini reformasinya berjaya.

Setia kita kepada negara. Bukan parti politik dan pemimpin semata2.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

Apa masalah pakcik ni dengan penjawat awam.

 






Tahun 2020, zaman PN, dia bantai KP Kesihatan. Katanya KP Kesihatan tak melawat hospital di Sabah dan Sarawak “sebab takut mati”.

Walaupun buat blunder begitu, tahun 2021, PM8 lantik dia jadi Duta Khas ke China.

Naik Kerajaan Madani, PMX lantik dia jadi Menteri pulak dah. Apa jampi dia pakai?

Semalam buat hal di KLIA, kacau orang Imigresen buat kerja. Bila dah viral, claim pulak orang Imigresen ni rasuah.

Aiyooo… mana decorum sebagai Menteri? Kalau betul pun ada isu, perlu ke Menteri turun marah2. Kacau bidang kuasa orang lain pula?

Kalau pun ada tuduhan rasuah YB ooiii, boleh terus ke SPRM. Jangan la senang2 tarnish nama penjawat awam.

Apa la nasib Malaysia, asyik2 dapat Menteri cap ayam.

#manabaikkitasokong #manasalahkitabantah

~LM~

 

Kempen terbaharu walaun. Lemah. Tuduhan yang tak disertakan fakta.





Aku cuba jawab satu persatu tapi sebelum tu, kalau perhatikan, point ketiga, keempat dan ketujuh tu bersifat spekulatif. Belum terjadi pun. Dan ini jelas menjurus kepada fitnah.

Ok, ringgit merudum ni dah banyak kali aku sentuh. PM dah jawab, Rafizi pun dah jawab. Aku tak mahu sentuh aspek teknikal. Aku cuma nak tanya, kesan apa yang kita rasa?

Kita risau bila ringgit jatuh akan buat ekonomi juga jadi merudum. Barangan yang diimport akan jadi mahal. Itu adalah kesan langsung kepada marhaen.

Tapi itu tidak berlaku. Ekonomi terus berkembang. Malah tertinggi di rantau ini. Begitu juga inflasi kian turun. Jadi terendah berbanding semenjak PN curi mandat rakyat.

Nak ringgit naik, kerajaan boleh je naikkan kadar faedah. Tapi nanti banyak syarikat kecil terjejas, susah bayar hutang, jadi untuk cover kerugian, mereka naikkan harga barang. Nak ke jadi begitu?

Soal jual saham pun sama. Aku nak tanya, apakah kesannya kepada kita marhaen? Dah ada yang kena buang kerja ke? Walaun tak usah acah-acah main saham la. Fokus kepada diri sendiri.

Point ketiga dan keempat, macam aku kata tadi, ia berbentuk spekulatif. Tapi kerajaan dah tegaskan yang harga beras tempatan adalah kekal. Ia harga kawalan. Tak boleh naik sesuka hati.

Yang naik beras import. Kalau walaun jenis miskin dan tak mampu makan beras mahal, belilah sajalah beras tempatan. Nak meroyan harga beras import naik tu kenapa? Lupa diri?

Harga makanan di restoran naik, janganlah makan di restoran. Masak sendiri. Bawa bekal. Sekarang harga ayam, telur, minyak masak semua dah murah berbanding zaman PN.

Jadi kalau masak sendiri, tak adalah terkesan mana pun. Yang walaun tak sedar diri, dah tak mampu tapi nak hidup cara orang kaya tu kenapa? Gila?

Harga susu formula dan lampin pakai buang naik diam-diam. Aku nak tanya, dua benda ni barang kawalan ke? Kalau tidak, jadi janganlah disalahkan kerajaan. Tapi salahkan diri sendiri yang support.

Ini basic ekonomi. Supply and demand. Kalau susu dan lampin tu mahal, beli yang murah. Bila tak laku, dia akan turunkan harga. Nak lebih murah, susu ibu. Pakai lampin kain.

Itu masalah pengilang dan pengedar. Yang walaun nak salahkan kerajaan kenapa? Walaun ingat ini negara komunis ke? Negara komunis pun tak kawal harga semua barangan.

Ketujuh, Menu Rahmah bakal berkubur. Tapi sudah berkubur atau belum? Belum, kan? Lagipun, menu ini inisiatif Kerajaan Perpaduan. Bukan sedia ada semenjak dari merdeka lagi pun.

Menu Rahmah ni antara matlamatnya, untuk gesa harga makanan lain diturunkan. Ingat tak, lepas menu ini diperkenalkan, banyak kedai yang turunkan harga makanan mereka.

Bila harga makanan lain dah turun, jadi menu ini pun makin lama makin kurang sambutan. Rakyat dah mampu makan kedai biasa. Jadi matlamat tercapai. Apa masalahnya di situ?

Bil elektrik melambung ni aku dah ulas sebelum ni. Aku dah buktikan tiada kenaikan tarif. Boleh periksa bil sendiri. Jadi kalau bil melambung, itu maknanya sendiri pakai banyak.

Kalau kata TNB menipu, itu salah TNB. Boleh report polis atau saman TNB. Sebelum sebelum ni pun, bil elektrik naik disalahkan TNB. Tiba sekarang ni pulak salahkan kerajaan. Niat jahat ke?

Tarif kekal, jadi kerajaan dah jalankan tugas. Tapi jangan lupa, Taki pernah cadangkan kaji semula tarif elektrik. Nasib baik tukar kerajaan. Kalau tak, lagi tinggi bil sekarang ni.

Akhir sekali, subsidi. Ini menyentuh golongan maha kaya. Kerajaan sedang sediakan klasifikasi baharu. Ada penyusunan semula. In fact, yang sekarang tergolong dalam T20 pun bakal terkeluar daripada senarai maha kaya tersebut.

Bermakna yang akan tak dapat subsidi nanti sikit saja bilangannya. Cuma mereka yang pendapatan boleh belanja mereka tinggi sahaja. Bermakna duit lebihan gaji tu banyak.

Yang walaun nak marah kenapa? Berapa ramai walaun termasuk golongan maha kaya? Masa PN nak hapuskan subsidi untuk T20 dulu, walaun juga yang sokong. Walaupun sebenarnya ramai T20 tak mampu. Walaun siap hina T20 yang pakai RON95.

Tiba sekarang ni, potong untuk golongan maha kaya, yang gajinya banyak lebih, walaun melenting pulak? Nampak sangat yang walaun ni tak ada arah pun dalam perjuangan.

9 isu yang dibangkitkan ni, tak ada satu pun yang kukuh. Malah majoriti tak valid. Tapi begitulah PN. Tak kisah soal fakta. Yang penting cipta persepsi. Siapa bodoh, dia akan percaya. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

Berita ni agak menghampakan lebai dan walaun.




Masa aku baca berita ni pagi tadi, Sinar letak tajuk yang menimbulkan tanda tanya. Seperti biasalah perangai Sinar. Tengok di ruangan komen, majoriti menjangka menteri dari DAP.

Apa lagi yang digembar-gemburkan 'usaha untuk membebaskan pelancong China'. Banyak komen yang berbaur rasis. Aku cuma tag Menteri KKD dan MCMC. Malas nak layan komen.

Malah kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal juga seakan menuju kepada DAP walaupun tidak secara jelas. Begitulah kejayaan doktrin dan fitnah yang dimulai oleh Mahathir.

Petang ini menteri terbabit membuat pengakuan. Rupanya Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dari GPS. Sebab itu aku kata menghampakan walaun. Tak dapat nak kaitkan DAP.

Menurut Tiong, dia melakukan 'terjahan' itu selepas mendapati adanya kejadian rasuah oleh pegawai lapangan terbang tersebut. Aku tak mahu ulas isu itu. Menurut Tiong, dia dah laporkan kepada SPRM jadi tunggulah hasil siasatan.

Kenapalah GPS kan? Kalau DAP, bolehlah guna buat fitnah yang Cina DAP besar kepala. Senang sikit nak hasut rakyat benci PH. Boleh jadi senjata ampuh untuk PRN ni. Sekali GPS pulak...

Mahaiddin pernah trick GPS lepas PRU tempohari dengan mendakwa BN menyokongnya. Dan itu telah membuatkan GPS nyatakan sokongan terhadap PN. Rupanya BN tak sebut pun nak sokong Mahiaddin.

Maknanya PN perlukan GPS kalau nak merampas kuasa. Jadi nak kutuk GPS ni berat sikitlah bukan macam nak fitnah DAP. Haish... Rugi rasa walaun tak dapat serang DAP. Guane boh?

Raja Gelap

 

PENGHINAAN TERLAMPAU- LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT

 


AHMAD SHAHRIL


Menghina PMX tu satu hal yang dia kaitkan dgn

 arwah cip(Fariz Musa) yang dah tiada tu apa

 hal.....laporan polis akan menyusul.





SENGSARA DIBAWAH PAS

 




MUKHLIS EDDIE

Sengsara d bwh PAS...

Apabila PAS memerintah & bila balik Raya:

- 7 Eleven tutup

- Farmasi tutup

- Mekdi tutup

- KFC tutup

- Texas Chicken tutup

- Subway tutup

- tealive tutup

- Tesco tutup

- Supermarket tutup

- restoran tutup

Yang buka:

- Stesen minyak

- kedai runcit kampong yang terpaksa buka untuk survive (itu pun kalau MPKB dapat tau, kedai ini akan dikompaun)

Baru mentadbir 3 negeri. Nak tawan Selangor? Pengundi Selangor, fikir-fikirlah.

Klinik pun tutup ya… so kalau nak sakit tu, tunggu lepas Raya

 

PERSATUAN ANAK FELDA KECEWA


Sebuah pertubuhan bukan kerajaan mewakili peneroka Felda kecewa dengan keputusan kerajaan melantik bekas menteri dari Umno Ahmad Shabery Cheek sebagai pengerusi organisasi itu.

Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman berkata Felda yang ditubuhkan pada 1956 dan mempunyai 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan, masih mengekalkan “orang luar” menjaga kepentingan warganya.

“Desakan berterusan agar cerdik pandai dan aktivis generasi baharu Felda diberi peluang dan kepercayaan menerajui Felda, seperti tidak dihargai,” katanya dalam kenyataan.

Rabu lalu, Felda mengumumkan pelantikan Shabery




yang juga bekas menteri pertanian dan industri asas tani sebagai pengerusi Felda berkuat kuasa pada 1 Julai.

Shabery juga pernah memegang beberapa portfolio dalam kerajaan antara 2008 hingga 2018 termasuk menteri penerangan, menteri belia dan sukan dan menteri komunikasi dan multimedia.

Bekas Ahli Parlimen Kemaman itu menggantikan bekas menteri besar Terengganu Idris Jusoh, yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi Felda pada minggu lalu.

Idris berkata beliau menerima keputusan Pejabat Perdana Menteri yang mahu beliau melepaskan jawatan itu, setahun lebih awal daripada kontraknya.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/06/30/ngo-peneroka-kecewa-orang-luar-ketuai-felda/

AMK kecam tindakan bakar al Quran dilindungi pihak berkuasa Sweden




 Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengecam keras tindakan terbaharu seorang lelaki yang membakar al Quran di Sweden pada waktu umat Islam merayakan Aidiladha.


Menurut Pengarah Biro Antarabangsa AMK, Fakharuddin Moslim, tindakan biadap membakar naskah Quran dan dilindungi pihak polis Sweden tersebut amatlah tidak bertamadun serta membangkitkan kemarahan umat Islam sedunia.

Fakharuddin Moslim

"Tindakan seorang lelaki, Salwan Momika yang membakar naskah al Quran di hadapan masjid di Stockholm, Sweden merupakan satu perbuatan yang tidak beretika dan bahkan tidak bertamadun. Ia hanya bertujuan untuk mencemarkan kemuliaan al Quran yang menjadi pegangan bagi umat Islam seluruh dunia.


"Bahkan tindakan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan demonstrasi membakar naskah al Quran itu atas nama hak kebebasan bersuara, sebenarnya adalah satu penghinaan ke atas umat Islam tatkala seluruh dunia sedang merayakan satu perayaan besar, Aidiladha.


"Tindakan provokatif ini dan berselindung atas nama kebebasan bersuara, merupakan satu tindakan yang tak bertanggungjawab dan satu jenayah," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Fakharuddin, Islam merupakan agama yang menyeru kepada keamanan dan toleransi maka tidak wajar penganut agama itu dilayan sebegitu rupa.


"AMK menyeru seluruh dunia serta pertubuhan antarabangsa untuk mengambil langkah yang tegas bagi membendung perbuatan biadap sebegini, yang hanya menyemarakkan perasaan islamofobia di kalangan penganut bukan Islam.


"Pihak kerajaan Sweden juga harus membuktikan tekad menyokong keamanan dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dan penganjur, serta mengetatkan undang-undang yang memperleceh umat Islam pada masa hadapan," katanya lagi.