Berita ni agak menghampakan lebai dan walaun.




Masa aku baca berita ni pagi tadi, Sinar letak tajuk yang menimbulkan tanda tanya. Seperti biasalah perangai Sinar. Tengok di ruangan komen, majoriti menjangka menteri dari DAP.

Apa lagi yang digembar-gemburkan 'usaha untuk membebaskan pelancong China'. Banyak komen yang berbaur rasis. Aku cuma tag Menteri KKD dan MCMC. Malas nak layan komen.

Malah kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal juga seakan menuju kepada DAP walaupun tidak secara jelas. Begitulah kejayaan doktrin dan fitnah yang dimulai oleh Mahathir.

Petang ini menteri terbabit membuat pengakuan. Rupanya Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dari GPS. Sebab itu aku kata menghampakan walaun. Tak dapat nak kaitkan DAP.

Menurut Tiong, dia melakukan 'terjahan' itu selepas mendapati adanya kejadian rasuah oleh pegawai lapangan terbang tersebut. Aku tak mahu ulas isu itu. Menurut Tiong, dia dah laporkan kepada SPRM jadi tunggulah hasil siasatan.

Kenapalah GPS kan? Kalau DAP, bolehlah guna buat fitnah yang Cina DAP besar kepala. Senang sikit nak hasut rakyat benci PH. Boleh jadi senjata ampuh untuk PRN ni. Sekali GPS pulak...

Mahaiddin pernah trick GPS lepas PRU tempohari dengan mendakwa BN menyokongnya. Dan itu telah membuatkan GPS nyatakan sokongan terhadap PN. Rupanya BN tak sebut pun nak sokong Mahiaddin.

Maknanya PN perlukan GPS kalau nak merampas kuasa. Jadi nak kutuk GPS ni berat sikitlah bukan macam nak fitnah DAP. Haish... Rugi rasa walaun tak dapat serang DAP. Guane boh?

Raja Gelap