MPN PAHANG DESAK MAJLIS PRESIDEN PH TETAPKAN TARIKH BAGI PERALIHAN KUASA PM



Di dalam mesyuarat MPN KEADILAN Negeri Pahang yang telah diadakan di Raub hari ini sebulat suara memutuskan untuk mendesak Majlis Presiden PH agar dapat mengumumkan tarikh peralihan kuasa PM sepertimana yang telah dipersetujui sebelum ini.

MPN juga menggesa agar pengumuman itu dapat dilakukan pada awal tahun depan di mana peralihan kuasa akan berlaku sebelum Mei 2020.  Pengumuman ini penting bagi mengelakkan kesenjangan politik serta persepsi negatif terhadap kerajaan PH.  Dato' Seri Anwar Ibrahim wajar diberikan haknya seperti yang telah dijanjikan tanpa usaha dari mana-mana pihak untuk melambat-lambatkan proses ini.  

MPN Pahang akan membawa usul ini ke dalam mesyuarat MPP untuk dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH.  

Di dalam mesyuarat hari ini juga turut dibincangkan tindakan disiplin terhadap mana-mana ahli parti yang membuat kenyataan terbuka menentang keputusan yang telah ditetapkan oleh parti.  

WAN FAUZULDIN WAN SAMAD
Ketua Komunikasi
KEADILAN Pahang

15 Disember 2019

TUN PANDAI BERMAIN LIDAH



Oleh:Musafir minda

Tun akan sentiasa bersilat lidah utk terus menerajui kerajaan. Ia jugak utk melengah lengahkan kemaraaan rakyat utk melihat DSAI menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tun tau semakin ramai yg menyukai DSAI. langkah dan tindakan DSAI selama ini selayaknya sebagai seorang Perdana Menteri. Dunia menerimanya dan menghormati serta kagum kepadanya, rakyat semakin tak sabar menantinya.

Ini menjadi ketakutan dan kerisauan di pihak Tun dan “kaum kerabatnya”. Akan ada lagi usaha usaha utk menidakkan hak DSAI dan rakyat.

Namun sebaik perancangan adalah Allah swt. Sehebat mana pun fitnah yg menimba DSAI, akan tiba saatnya ketika Allah swt menghendaki sesuatu itu berlaku maka ia akan berlaku.

DSAI konsisten dlm ucapan dan tindakannya. Beliau selayaknya dan menjadi kemestian bagi kita sekarang ini utk memastikan DSAI menerajui kerajaan sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA KE8. 

Reformasi!! Lawan tetap lawan!! Lawan utk tawan!!!

MAT HASSAN YANG PUTAR BELIT.



Betul ker era PH lebih ramai yang hilang pekerjaan berbanding BN seperti yang didakwa Timbalan Presiden UMNO,  Tok Mat Hasan..?? AUTA...Pasal tu kena cerdik...jgn terus percaya propaganda pembangkang.. Berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh SOSCO dan JTKM, bilangan mereka yang hilang pekerjaan adalah 37,699 ketika BN dan 35,097 di era PH bagi tempoh sama iatu dari Jan - Nov 2018 dan Jan - Nov 2019.

PRESTASI EXPORT SAWIT MALAYSIA



1. Memang ada penurunan pembelian minyak sawit daripada negara India seperti yang Najib laporkan. Aku dah semak memang angka-angka ini betul.

2. Tetapi Najib macam biasa dia tak cerita penuh prestasi export minyak sawit Malaysia. Bukan Najib yang update semua benda ini, aku yakin admin dia LSS. Najib bila ditanya kat mahkamah semua benda dia jawab tak tahu. 

3. Penurunan kadar export ke India ini sebenarnya ditampung dengan peningkatan kembali export ke negara-negara lain antaranya China. 

4. Jumlah export ke China kembali meningkat setelah menurun pada awal tahun 80 ribu tan kepada 340 ribu tan pada Nov 2019. 

5. Kalau kita nak selektif pilih data, negara Ghana catat peningkatan apabila import minyak sawit Malaysia daripada 13 ribu tan (Jan 2019) kepada 39 ribu tan (Nov 2019).

6. Aku semak jumlah export minyak sawit dan aku dapati tak ada penurunan yang signifikan. Masih berlegar sekitar 1.3 juta ke 1.6 juta tan minyak sawit. 

7. Jika kita bandingkan prestasi export sawit 2019 vs 2018 secara bulanan, ke semua nilai export meningkat pada tahun 2019. Hanya export pada bulan september 2019 lebih rendah daripada september 2018. 

8. Najib juga terlupa nak sebut, harga minyak sawit kini mencapai harga tertinggi dua tahun, iaitu RM2,777. 

9. Harga sawit tandan segar juga dilaporkan semakin naik, lebih RM500 per tan. Ada juga laporan yang menyebut ia telah cecah lebih RM610 per tan seperti yang tular baru-baru ini. 

Ikhlas,
#KANS

KENAPA PAS TAKUT SANGAT?



Adakah PAS rasa kurang 'terjamin keselamatan' jika ada pihak yang mereka 'tak kenal', memantau kegiatan sehari-harian mereka? 

PAS risau pegawai SPRM yang bukan mereka lantik sendiri akan bersikap adil, amanah dan bersih?

Kita nak tahu sebab Kelantan banjir setiap tahun dan tidak pernah ada laporan lengkap dan terperinci berkenaan kegiatan pembalakan di Kelantan dibuka untuk orang awam meneliti. Kalau ada, admin mohon ditunjukkan. 

Tapi kalau PAS tetap berkeras untuk menolak penempatan pegawai bebas dari SPRM, dan menggunakan BAHAGIAN INTEGRITI untuk memantau aktiviti rasuah dan sogokan, apa kata PAS dedahkan nama-nama dalam BAHAGIAN INTEGRITI tersebut. Bagaimana dilantik, perlu melaporkan kepada siapa dan apakah bidang kuasa mereka di bawah undang-undang persekutuan.

Dalam kata lain, GANG UTARA cabar kerajaan negeri Kelantan untuk ini.

#balak
#lombong
#gondol_hutan
#banjir_kelantan

CERITALAH JIKA NAK JADI PM LAMA LAGI..





Credit Hamdan Taha

Setelah saya menulis bahawa Anwar insyaAllah akan mengantikan Tun Dr M,ada tiga kelompok pm tepi kepada saya dan hubungi saya

1. Saya yakin kelompok pertama adalah penyokong pkr dan penyokong Anwar...mereka memgucapkan terima kasih atas tulisan saya. Mereka merasakan tulisan saya itu tepat dengan selera mereka. Ada yang saya sangat kenal rakan lama saya tetapi kebanyakannya saya tak kenal. Sebenarnya saya menulis sebagai kepercayaan dan analisis saya berdasarkan maklumat yang ada pada saya sahaja.

2. Kelompok ini adalah orang yang sangat tabsub pada Tun Dr M , mereka agak marah dengan tulisan saya tentang Tun M dan Anwar. Mereka cuba menyakinkan saya anwar adalah manusia gila kuasa,tidak sabar dan tamak...saya ingin menjawap bagi pihak semua yang pm dan berhubung dengan saya termasuk yang beri komen di wall saya. PERKATAAN TAMAK,GILA KUASA DAN GELOJOH JUGA TIDAK SABAR INI HANYA TERPAKAI KEPADA ORANG YANG SEDANG BERKUASA,KEPADA ORANG YANG BELUM DAPAT JAWATAN PM ITU KITA TAK BOLEH KATA DIA TAMAK,DAN GILA KUASA KERANA DIA BELUM PUN DAPAT JADI PM.

TETAPI ITU SEMUA BOLEH SAYA KATAKAN SEBENARNYA TUN DR M....DIA NAK TERUS KEKAL  MENJADI PM....ITU NAMANYA TAMAK DAN GILA KUASA....Gelojoh juga sesuia pada Tun M sahaja,sebab bila dia letak jawatan PM tahun 2003 lepas tu dia meleleh air liur tengok pak lah dan najib jadi PM....Bukti kenyataan saya ialah apabila dia di calunkan semula oleh PH Tun Dr m dan Tun Hasmah menangis tersedu sedu dan berpelukan...baru di calunkan tu belum dapat lagi....tu tanda dia gelojoh...bila dia dapat saya dengar pun dia menangis teresak esak....apa tanda tu....

3. Rakan rakan dan penyokong umno juga hubungi saya. Mereka pula bila saya tulis tentang Anwar bakal PM semua mereka kata saya dah tukar arah dan sokong anwar. Mereka kata tak sepatutnya saya tulis bahawa anwar akan jadi PM. Di sini saya nak nyatakan bila saya tulis anwar akan jadi PM bukan bermakna saya dah sokong beliau dan telah berubah pemikiran. Jadilah penyokong matang...saya bukan orang yang menentukan Anwar tu PM,tetapi rakyat yang nak dan ketentuan Allah swt..jika dia dah di tentukan jadi PM tulisan saya tak ada kena mengena dengan perkara itu...

Cuma sercara peribadi saya mahukan Perdana Menteri Yang bukan sementara sifatnya. Jika Tun M nak kekal sampai pru ke 15,silakan tapi umum lah kepada rakyat dan dunia bahawa dia nak jawatan tu sampai pru 15. Jika nak  berikan pada Anwar silakan buat peralihan kuasa dengan baik dan umum dengan segera bila tarikhnya supaya rakyat dan pelabur yakin semula kepada Malaysia. Bila pru 15 kita serahkan semula kepada pengundi dia nak siapa....itu sahaja...

KALAU ANAKNYA PUN TIDAK BERJAYA DIBENTUK JADI PEMIMPIN TERBAIK, APAKAH TUGAS MAHATHIR MENILAI KEDUDUKAN ANWAR?



Kenyataan Tun Mahathir Mohamad di Qatar semalam bahawa beliau tidak dapat menjamin penggantinya, Anwar Ibrahim mampu menjadi Perdana Menteri yang terbaik untuk masa akan datang, bukan saja mengelirukan, malah seperti bercampur sedikit niat jahat.

“Saya tidak dapat menjamin apa yang akan jadi, (atau) siapa orang terbaik untuk mengambil alih, kerana saya pernah mempunyai pengalaman buruk.

"(Pada masa lalu) saya telah menamakan pengganti saya dan kemudian mereka mengambil alih dan melakukan perkara yang berbeza," katanya yang merujuk kepada penyerahan jawatan Perdana Menteri yang pernah dilakukannya kepada Tun Abdullah Ahmad Badawo pada 2003 dahulu.

Dengan itu, kenyataan Tun Mahathir tersebut seolah-olah mahu mengajak rakyat berfikir semula mengenai kedudukan Anwar sebagai bakal penggantinya.

Dalam kedudukannya yang sudah terikat dengan janji serta konsensus menyerahkan jawatan kepada Anwar, Tun Mahathir sebenarnya tidak berhak lagi memberi gambaran yang negatif terhadap penggantinya itu.

Tugas dan tanggungjawab utama Tun Mahathir ketika ini bukanlah untuk menilai atau meramal kedudukan Anwar bila menjadi Perdana Menteri nanti sama ada mampu menjadi yang terbaik untuk negara atau sebaliknya.

Tetapi, tugas dan tanggungjawab yang lebih penting yang mesti dilakukannya adalah mematuhi perjanjian dan tidak cuba berbelit-belit ke arah memungkiri perjanjian yang sudah dipersetujui itu.

Lagi pula, kalau beliau ada keraguan mengenai Anwar, perkara itu patut diputuskannya sebelum PRU14 lagi, bukannya sekarang.

Mengapa sebelum PRU14 dulu Tun Mahathir tidak pernah ada keraguan mengenai kedudukan Anwar, malah meyakininya untuk menjadi Perdana Menteri selepasnya?

Lebih daripada itu, adalah membuang masa, tenaga dan fikiran saja bagi Tun Mahathir jika mahu terus memikirkan sama ada Anwar mampu menjadi peneraju negara yang terbaik atau tidak bagi negara ini.

Ini kerana, jika beliau sendiri tidak dapat membentuk dan menjadikan anaknya, Mukhriz sebagai pemimpin pelapis yang terbaik dalam Bersatu dan juga negara, apakah lebih mungkin kedudukan Anwar dapat ditentukannya?

Untuk kali yang seterusnya - cukup-cukuplah tu Tun dan ingat-ingatlah sikit tentang hari mati!!! (ShahbudinHusin 15/12/2019)

*Dipetik dari FB Izlin Idris*

*Dipetik dari FB Izlin Idris*

Saya tidak peduli apa orang nak kata tentang dia..Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...!!
..
Saya hanya bangga dengan orang yg saya tahu dan kenali..
...
Semalam...
Dari airport..saya menyambutnya...!
Dia bersalam dgn saya, dato dan sesiapa yg menyambutnya..
Dia..sudah bersedia dgn sarung tangan bagi memudahkan beliau bersalam dgn lelaki..
...
Masuk di dalam bilik VVIP..
Kami berbual sebentar..
Bertanya beliau mahu minum apa...
Dia tanya..apa yg ada..
Kami ofer jus buah, .minuman panas..
Rasa dia mahu minum air mineral saja...
Kami keluar kan mineral water botol kecil..
Kemudian dia kata..
Ehh..tak perlu bukak..
Dalam hand bag saya..
Saya ada mineral water...yg belum.lagi habes di minum...
Dia meminta pembantu beliau mengambilnya..
Allahu..
Begitu lah dia...
Langsung tidak mahu membazir..biar air mineral water saja...
Dan saya melihat handbag beliau...
Tak pasti jenama apa..
Yg pasti..bukan LV  bukan Chanel, bukan ternama..tidak juga bergaya..
..
Saya renung lagi pakainya...
Bukan batik sutera..hanya biasa2 saja..
Tudung beliau..
Dari zaman sy tengok beliau di surat khabar
Itu lah juga...
Tiada jenama juga..
Bukan duck..bukan Ariani dan sebagainya..
...
Petang selepas sy dan PERWAKILAN Paris buat kunjungan hormat..
Saya , dato dan bbrp pegawainya menemani beliau membeli sedikit cenderahati buat cucu2 nya ...dan sedikit barang utk beliau..
..
Sampai satu kedai..
Kami tersalah kedai sebenarnya..
Kami sangka beliau mahu membeli perfume atau handbag ternama...
Salah rupanya..
Dia kata..sy takmahu perfume..
Sy hanya pakai jenama cap pasar malam," saja..
Sambil dia buka handbag beliau dan keluarkan perfume beliau..
Saya lihat dan cium baunya..
Betul..kecil saja botolnya..spt yg di jual di pasar atau kedai biasa..
Bukan j'adore , bkn lancome,  bkn kenzo dsb...
...
Akhirnya..
Dia beli cenderahati...
Sy tanya dato seri nak yg macamana..?
Rupanya..fridge magnet saja..
Cucu sy pesan itu saja....
...
Kami bawa dia ke Galeries Lafayette..!
Fikirkan dia mahu membeli sehelai saja baju spt cardigan/ jaket...
Tahu apa dia kata..
Yg dia ada..sudah berusia 20 thn lebih dah..
Masih elok lagi...
Cuma nak beli sehelai saja..
Nak pakai masuk parlimen..
Allahu..
...
Akhirnya..
Sy sudah siap 2kan bbrp byk cth baju utk di pilih di bilik vvip...
Pilih2..tak menepati pilihanya..
Akhirnya kami bawa beliau ke ruang pakaian wanita di Galerie Lafayette tu...
Ronda2...pusing 2....lama juga..
Tak satu pun sesuai dgn pilihannya..
Bila suka...tengok harga..mahal sangat..dia letak balik..
Akhirnya...kami balik ke hotel..
Penat kami semua...bagai nak patah pinggang saya rasa..
Bukan penat bawa barang berkotak...
Tiada satu pun barangnya..hihihi
Penat meronda..
Rupanya...dia tengok harga..mahal dia takmahu beli..
Dulu saya rasa susah cari duit..bila suami di Penjara..
Saya sentiasa ingat..orang taktahu..
Takpa lah...
Nanti saya beli di kedai biasa..
...
Saya berbual2 dgn dia lagi..
Dia tunjuk dekat saya..
Katanya: datin, kasut jenama " bata" saja..
Siap bkk..betul bata"
Pembantu dia kata..dato seri tempah 4 pasang...jenama bata, leper je, 
Tidak ada gaya juga kasutnya..
Saya hanya mampu berkata..takpa.. asal selesa Sato seri..
Ni pun..klu dato Seri tak kata..sy tak tau juga kasut dato seri jenama bata..

SYOK MAIN UNGKIT UNGKIT


Oleh: Bob Kelanang.

SERONOK main ungkit-ungkit ni... 
disebabkan Hadi .......pakar mengungkit pasal mata lebam... mari kita ungkit pasal dia pulak semasa jadi MB sepenggal... yang naik jadi MB dari rentetan peristiwa itu...

APAKAH KITA SUDAH LUPA?

Siapa yang halau kanak-kanak Tadika Kemas di Dungun?

Siapa yang merantai mesin jahit yang digunakan penduduk kampung untuk kelas jahitan di Pulau Duyung?

Siapa yang guna wang zakat untuk anak EXCO?

Siapa yang menang dalam pilihanraya, terus tawan DAN kunci Wisma Darul Iman?

Siapa yang merampas kereta EXCO di waktu malam di tengah jalanraya?

Siapa yang buat masjid tetapi tidak siap?

Siapa yang membuat Portfolio Pentadbiran Awam untuk mengawal semua pegawai DAN kakitangan kerajaan?

Siapa yang kebas duit untuk permohonan tanah tetapi tanah entah ke mana?

Siapa yang guna wang zakat untuk beli komputer riba DAN projektor untuk parti?

Siapa juga yang berkata sebelum ayam berkokok, kita akan laksanakan hukum hudud, tapi tak buat pun?

Siapa yang tukar pegawai kerajaan sebanyak 15 kali dalam masa 3 tahun?

Siapa yang khianati Kusza apabila mengambil pelajar yang tidak masuk SPM untuk membuat Diploma?

Siapa yang memecat imam DAN bilal yang tidak menyokong mereka? Siapa yang menutup MRSM?

Siapa yang melelong balairaya?

Siapa yang tidak bayar kepada guru Al Quran? Siapa yang tamatkan bulanan bantuan kepada orang miskin?

Siapa yang melantik anak-beranak sebagai Ahli Lembaga, Pengarah Eksekutif dalam syarikat GLC syarikat?

Siapa yang arah supaya semua agensi Kerajaan Negeri mengambil firma sendiri?

Siapa yang kata jumpa minyak atas darat DAN kita akan gali sendiri?

Siapa yang kata kami ada berlori-lori fail penyelewengan kerajaan terdahulu?

DAN siapa yang nak kata nak buat lebuhraya dengan syarikat bermodalkan 2 ringgit dengan lebuhraya yang lebarnya 3 kilometer?


*Anwar Ibrahim Difitnah Seks 3 Kali Akibat Membentras Korupsi dan Judi*



Sebelum Anwar Ibrahim difintah dan dipecat dari Kabinet, Anwar Ibrahim telah membuat dua perkara besar:

1) Meluluskan Akta Suruhanhaya Pencegahan Rasuah 1997
2) Menutup Judi di seluruh Sabah
3) Menentang wang rakyat digunakan utk bail-out kroni2 Daim Zainuddin dan Daim sendiri (yang tidak pernah berjaya dalam perniagaan)

Sebelum itu Anwar Ibrahim amat bekerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah di dalam membentras rasuah di dalam Kerajaan dan UMNO.

Judi di Sabah juga ditutup oleh Anwar Ibrahim secara keseluruhannya sebagai mantan Menteri Kewangan.

Selain dari itu, Awnar Ibrahim tidak mahu menggunakan wang rakyat yg sebegitu banyak dijaga oleh beliau utk "bail-out" kroni2 Mahathir dan Daim Zainuddin. Terutama sekali Anwar Ibrahim tidak mahu "bail-out" Daim Zainuddin sendiri yg mengalami kerugian berbillion2 akibat krisis matawang 1997.

Itu tidak termasuk kroni2 Daim yang lain yg mengalami kerugian yang berbillion dan hampir bangkrapsi kesemuanya.

Anwar Ibrahim menentang usaha ini kerana Anwar IBrahim hendakkan wang rakyat digunakan utk menaikkan semula nilai matawang Malaysia dan mengembalikan semula keyakinan pelabur ke atas Malaysia.

Maka, fitnah liwat pertama diadakan bagi menjustifikasi pemecatan Anwar Ibrahim.

Kesemua fitnah2 itu berjaya digunakan untuk memecat Anwar Ibrahim dan mememnjarakan Anwar Ibrahim.

Tidak cukup Anwar difitnah tapi perlu dipenjara kerana Anwar mampu memimpin rakyat utk membuat perubahan.

Akhirnya kroni2 Daim berjaya diselamatkan manakala rakyat MAlaysia terpaksa menanggung kos hidup yg tinggi akibat kejatuhan nilai mata wang di kala kadar pendapatan tidak meningkat (akibat kekurangan kemasukan pelabur2 asing)

Sekarang ini rakyat umum terutama orang Melayu hidup dalam kesengsaraan manakala kroni2 Daim hidup mewah sebagai billionaire-billionaire.

Mengikut Zaid Ibrahim rakan2 billionaire Daim Zainuddin itu sekarang ini membuat keputusan untuk Kabinet Malaysia.

KESIMPULAN: Rakyat Malaysia jangan jadi bodoh mempercayai cerita karut dan fitnah liwat terbaru. Fitnah Liwat terbaru ini adalah tanda-tanda bahawa di pihak mereka dalam keadaan desperado memandangkan sudah semakin dekat Anwar Ibrahim mengambil tampuk pemerintahan negara

*TULANG BESI*

POLITIK PANDAI URUS NEGERI KE LAUT.






Saudara Lim Guan Eng berkata kerajaan PAS Kelantan mohon dua kali emergency fund untuk bayar gaji kakitangan berjumlah RM192 juta dan diluluskan serta merta.

Kerajaan PAS sudah bankrap, cuai mengurus ekonomi, asyik sibuk berpolitik dan bersikap perkauman.

MENGAPA MAHATHIR SUKA CAKAP BERBELIT?



Semakin hampir ketibaan tempoh matang dua tahun peralihan kuasa, kata-kata atau kenyataan Tun Mahathir Mohamad nampaknya makin berbelit-belit dan kian sukar difahami.
Apakah ia disebabkan faktor usia yang menyebabkan beliau semakin lupa dan tidak ingat lagi kepada janji lama?
Walaupun masih mengatakan nama Anwar Ibrahim sebagai penggantinya untuk mengisi kerusi PM8, ekor kata-kata sering menimbulkan banyak persoalan kekeliruan.
Mari kita perhatikan satu demi satu belitnya kata-kata Tun Mahathir itu:-
Sebelum dapat kuasa – saya hanya mahu jadi Perdana Menteri selama dua tahun saja dan oleh kerana saya ada pengalaman, tempoh itu memadai untuk saya memperbaiki kerosakan negara dan memulihkan ekonomi.
Tidak lama selepas dapat duduk di kerusi Perdana Menteri – mungkin dua tahun dan mungkin lebih daripada itu baru ada peralihan kuasa.
Kemudian – Tun Mahathir mengatakan jika Anwar memberi izin, dapatlah dia menjadi Perdana Menteri selama dua setengah tahun.
Kemudian daripada itu – peralihan kuasa akan dilakukan setelah ekonomi negara pulih.
Kemudian lagi daripada itu – peralihan kuasa mungkin berlaku dalam tempoh tiga tahun.
Setelah kecoh-kecoh orang bercakap – saya sedia bincang tentang tarikh peralihan kuasa dalam Majlis Presiden PH.
Dua tiga hari lalu – peralihan kuasa tidak akan berlaku sehingga selesai Sidang APEC di Kuala Lumpur pada November 2020.
Di Doha semalam – saya akan letak jawatan bila masalah yang ditinggalkan kerajaan dahulu dapat diselesaikan. Bila tempohnya tak disebut pula?
Di Doha semalam juga – walaupun Anwar adalah pengganti saya, saya tidak dapat menjamin beliau yang terbaik untuk mengambil alih kerana saya ada pengalaman buruk sebelum itu.
Perlukah disebut lagi pengalaman peralihan kuasa kepada Tun Abdullah Badawi dahulu, walhal dalam konteks sekarang, Tun Mahathir sebenarnya terikat dengan janji bersama PH sebelum PRU14 lagi?
Esok lusa entah apa-apa lagi kata-katanya yang berubah dan berbelit-belit dilafazkan daripada lidahnya yang tidak bertulang itu.
Apakah semua ini disebabkan faktor usia atau ciri-ciri Melayu mudah lupa ada dalam dirinya?
Malah, kalau ada anugerah untuk mereka yang suka cakap berbelit-belit dalam negara ini – mungkin juga di dunia – barangkali Tun Mahathirlah pemenangnya.
Dalam hal ini, selalu Tun Mahathir menyebut tentang perlunya kita sentiasa berdisiplin dalam kehidupan, bukan saja untuk memastikan kemajuan dapat dicapai, tetapi juga agar kehidupan kita selalu dihormati semua.
Ya…disiplin, disiplin, disiplin….itulah yang selalu diperingatkan oleh Tun Mahathir selama ini.
Tetapi, apakah tidak menepati janji dan suka cakap berbelit-belit itu suatu disiplin yang baik dalam kehidupan seorang manusia?
Apa yang boleh rakyat pelajari atau generasi muda contohi daripada sekian banyak cakap berbelit-belit yang dipamerkan Tun Mahathir itu?
Apalagi ia dilakukan bukan saja oleh seorang Perdana Menteri, tetapi juga daripada mulut antara warga tertua Malaysia yang sepatutnya kita hormati?
Sekali lagi, cukup-cukuplah Tun!!! (ShahbudinHusin 15/12/2019)

Kes Cabul DS Anwar Tak Akan Ke Mana? -Dr Kamarul Zaman

http://www.ibnuhasyim.com/2019/12/kes-cabul-datuk-seri-anwar-tak-akan-ke.html?m=1

Saturday, Sunday 15, 2019

Kes Cabul DS Anwar Tak Akan Ke Mana? -Dr Kamarul Zaman

NEGARA sekarang ini heboh dengan siasatan kes berprofil tinggi membabitkan dakwaan menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan. 

Dakwaan ini besar implikasinya kerana ia membabitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Ke-8. 

Banyak pihak yang tidak meragui kebebasan PDRM dalam menjalankan siasatan tetapi yang mereka ragui adalah kebebasan Peguam Negara membuat keputusan ke atas hasil siasatan. 

Sikap dan pandangan Tan Sri Tommy Thomas terhadap Datuk Seri Anwar sudah lama diketahui kerana beliau adalah pengkagum dan pembela utama Datuk Seri Anwar. 

Waktu Datuk Seri Anwar mahu didakwa atas kesalahan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan, Tan Sri Tommy secara terbuka menggesa pendakwaan tidak dibuat. 

Ini beliau lakukan dalam salah satu tulisan beliau bertarikh 29 Julai 2008 bertajuk “A second prosecution of Anwar Ibrahim – is it in the national interest?” 

Begitu juga waktu Datuk Seri Anwar dibebaskan dari pertuduhan oleh Mahkamah Rayuan pada 9 Januari 2012, Tan Sri Tommy menulis “Why was Anwar Ibrahim acquitted?”

Dalam kedua-dua tulisan ini, Tan Sri Tommy menyebut: 

(1)     Kedua-dua pertuduhan liwat pertama Datuk Seri Anwar pada pada 1998 dan pertuduhan liwat kedua Datuk Seri Anwar pada 2008 adalah konspirasi politik. 

(2)     Polis tidak harus membazir masa memberi perhatian kepada perlakuan seks seorang pemimpin tua dengan kesakitan belakang dan leher seperti Datuk Seri Anwar. 

(3)     Dalam sistem undang-undang yang matang, perlakuan homoseks tidak lagi dijadikan kesalahan jenayah kerana masyarakat semasa tidak menganggapnya jenayah. 

(4)     Peguam Negara tidak wajib mendakwa setiap kesalahan jenayah mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 (1) Kanun Prosedur Jenayah. 

(5)     Negara perlu diingatkan dengan kualiti kepimpinan dan pentadbiran Datuk Seri Anwar seperti yang pernah diakui oleh Margaret Thatcher pada awal 1990-an. 

Tan Sri Tommy juga menyebut pembebasan Datuk Seri Anwar pada 2012 disambut baik oleh seluruh rakyat kecuali musuh lama beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan penyokong Tun. 

Berdasarkan semua perkara ini, tidak hairanlah jika banyak pihak yang merasa yakin bahawa kes terbaru membabitkan Datuk Seri Anwar ini tidak akan berakhir di mahkamah.

LAPORAN PALSU PUN HANGPA PERCAYA








Ramai yang nampaknya gembira menyebarkan berita yang kononnya laporan The Star, tapi kalau kita periksa balik, sama ada dalam portal tersebut atau melalui google, berita tersebut sudah “not found”.

Maknanya ia adalah fake news atau berita palsu.

Yang banyak dilaporkan ialah “no guarantee next PM as good as me” atau no guarantee next PM will be best person for the job”.

Adoiiii....takutnya mereka dengan ketibaan Mei 2020....

KALAU TUN M TIDAK PASTI ANWAR BOLEH MENJADI PM YANG TERBAIK, MENGAPA PILIH SERTAI PH DALAM PRU14 LALU?



Samada sahih atau tidak, saya ada membaca laporan tentang kenyataan Tun M di Qatar yang menyebut beliau mahu terus menjadi PM sehingga beliau selesaikan masalah ekonomi negara.  

Katanya lagi, beliau berjanji akan serahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim walaupun beliau tidak pasti PM selepasnya itu lebih baik.  Sebelum ini, beliau ada menyebut akan serahkan jawatan PM kepada Anwar selepas Persidangan APEC bulan November nanti.

Saya cuma mahu peringatkan Tun M bahawa sekiranya beliau tidak yakin Anwar boleh jadi PM yang lebih baik  dari pemimpin Umno, kalau pun Tun M rasa Anwar tidak boleh melebihi kehebatannya, mengapa Tun M memilih untuk sertai PH sebelum PRU14 yang lalu sedangkan beliau amat faham PH sememangnya mahu Anwar menjadi PM?  Mengapa tidak Tun M bersama partinya sahaja melawan Umno tanpa bergabung dengan PH jika Tun M merasa beliau lebih hebat dari Anwar?  

Tun M tahu sejak tahun 1998 lagi Anwar adalah panglima menentang Umno/Bn. Prestasi Pembangkang waktu itu meningkat dari semasa ke semasa.  Sebelum PRU14, Tun M cuba untuk bergerak sendiri melawan  Najib Kleptokrasi dengan memperjuangkan deklarasi rakyat namun tidak mendapat sambutan dan ternyata gagal.  Di mana kekuatan peribadi Tun M?  Akhirnya, Tun M memilih untuk bersama PH yang dipimpin oleh Anwar dari penjara.  Di situ, barulah nampak cahaya perjuangan Tun M untuk menjatuhkan Najib, Umno/Bn.  Ertinya, Tun M bukanlah hebat sangat tanpa PH.  Itu realitinya.

Sskiranya susuk tubuh Tun M amat hebat, mana mungkin parti yang dipimpin oleh beliau yang bertanding paling banyak Kerusi di dalam PRU14 yang lalu, tetapi paling sedikit mendapat kemenangan? 

Atas persefahaman PH dan janji yang dimeterai, Tun M diangkat untuk menjadi PM ke 7, tanpa kita persoalkan adakah Tun M lebih baik atau tidak dari Najib.  Kita juga tidak pernah persoalkan adakah Tun M akan khianat atau tidak.  Kalau kita bersangka buruk, nescaya Tun M sekarang hanya sekadar menjadi MP Langkawi sahaja.

Oleh itu, amat malang sekali jika Tun M bersangka negatif terhadap Anwar untuk menjadi PM.  Tun M tidak perlu bermain dengan kata-kata lagi untuk memperbodohkan kami yang sanggup lupakan sejarah hitam Tun M demi memperjuangkan reformasi yang menjadi agenda utama kami.  Kalau kami tidak bersangka buruk terhadap Tun M, jangan pula Tun M mencurigai Anwar Ibrahim.  

Tun M mungkin terlupa atau buat-buat lupa tentang mandat yang rakyat berikan dalam PRU14 yang lalu iaitu mereka mahu Anwar menjadi PM dan terima Tun M hanya sementara.  PRK Tg Piai jelas menunjukkan rakyat sudah mula muak dengan karenah Tun M yang seolah-olah cuma meng"Umno" kan PH.

Kami akan bangkit menuntut janji dua tahun Tun M sebagai PM.  Samada Anwar lebih baik atau lebih teruk dari Tun M, itu belum dipastikan lagi, tapi yang pastinya sekarang Tun M masih tidak nampak hebat menjadi PM kerajaan PH. 

WFAUZDIN NS


KEMPEN LAPORAN DISIPLIN TERHADAP ZURAIDA: BORANG UNTUK DIISI DAN DIHANTAR KE LAPORAN DISIPLIN PKR



_Kempen membuat laporan Displin kepada Zoo_
Email ke
disiplin.19@gmail.com

Kepada
Pengerusi
Lembaga Displin Parti Keadilan Rakyat

*Laporan Displin - YB Zuraidah binti Kamarudin*

Saya, .................... anggota Parti Keadilan Rakyat Cabang ........... ingin menyatakan pendirian jelas dan tegas terhadap sikap dan perlakuan YB Zuraida binti Kamaruddin yang menghina Presiden Parti Keadilan Rakyat dan juga Parti Keadilan Rakyat secara keseluruhan.

Hal ini dapat dilihat terutamanya dalam ucapan oleh YB Zuraida binti Kamaruddin di Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2019 dan juga di dalam kenyataan – kenyataan yang dilakukan oleh beliau sebelum ini.

Oleh itu, saya menggesa Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat untuk memecat keanggotaan YB Zuraida binti Kamaruddin dengan kadar segera.

Sekian, Terima Kasih.

----------------------------
NAMA              :
NO KP :
NO ANGGOTA:
CABANG :


CONTOH



Kepada
Pengerusi
Lembaga Displin Parti Keadilan Rakyat

*Laporan Displin - YB Zuraidah binti Kamarudin*

Saya, ZAHARUDDIN BIN AYOB anggota Parti Keadilan Rakyat Cabang bukit Bintang ingin menyatakan pendirian jelas dan tegas terhadap sikap dan perlakuan YB Zuraida binti Kamaruddin yang menghina Presiden Parti Keadilan Rakyat dan juga Parti Keadilan Rakyat secara keseluruhan.

Hal ini dapat dilihat terutamanya dalam ucapan oleh YB Zuraida binti Kamaruddin di Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2019 dan juga di dalam kenyataan – kenyataan yang dilakukan oleh beliau sebelum ini.

Oleh itu, saya menggesa Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat untuk memecat keanggotaan YB Zuraida binti Kamaruddin dengan kadar segera.

Sekian, Terima Kasih.

NAMA : Zaharuddin Bin Ayob
NO KP : Spt dlm MyKad
NO ANGGOTA: W020000660
CABANG : Bukit Bintang

SILAP FAHAM ATAU DAH TAK MENDENGAR?



Shahbudin Hussein.



Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini ditanya pada majlis Forum Doha di Qatar jika beliau akan berundur pada 2020.

Bagaimanapun, perdana menteri kelihatan silap faham soalan yang ditanya, lantas bercakap mengenai bagaimana pentadbiran BN telah menggagalkan Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, memaksa Putrajaya untuk "menunda tarikhnya ke 2030."

Kenyataan ini seakan merujuk Wawasan 2020 yang gagal dicapai dan digantikan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Petikan berita di atas dipetik daripada portal Malaysiakini.

Betulkah Tun Mahathir silap faham dengan soalan wartawan?

Atau beliau semakin hilang deria dengar?

Bolehkah bertahan di Sidang APEC nanti?

😑😑😑😑😑

Mahathir rosakkan imejnya sendiri


Oleh:Norman Liverpool


Ketika PH menang 2018 dia diangkat sebagai wira. Diberi kepercayaan oleh Anwar Ibrahim untuk memimpin Pakatan Harapan...akhirnya Tun Mahathir merosakkan imejnya sendiri ke tahap memalukan

Tun Mahathir dilihat sebagai individu yang tidak boleh dipercayai, gila kuasa di usia tua, ditaktor dan bermacam macam. Jika pertama kali dia lakukan mungkin boleh dimaafkan tetapi apabila dia lakukan buat kali kedua....tiada siapa mahu mempercayainya lagi.

Tun Mahathir telah merosakkan imejnya sendiri. Dia dilihat menggunakan kuasa eksekutif dengan melantik IGP, Ketua SPRM, Peguam Negara mengikut kehendak sendiri. Begitu juga Menteri- menteri yang dilantik bukan daripada keizinan parti tetapi mengikut sesuka hatinya.

Malah yang membuat penyokong atau pengundi PH berang dengannya apabila secara terang terangan dia membela Azmin Ali untuk mempertahankan kedudukannya. 

Jika dahulu dia mudah menipu tetapi sekarang tipu helahnya mudah dihidu. Dia cuba pecah belahkan PH dan dia cuba pecah belahkan UMNO. Dia gunakan cara lama... projek ( wang ) dan file SPRM. 

Apapun setakat ini dia tidak mendapat sokongan 100% mahupun 80%. Samada daripada PH sendiri atau UMNO. Pemimpin kerajaan atau pun pembangkang memang benci dengan cara ditaktor Tun.

Tun sebenarnya dalam persimpangan... yang patut difikirkan jika robohnya PH ini, dia dan keluarganya tidak akan selamat. Jika BN menang pasti kroni Najib akan membalas dendam. Jika dia terlepas anak-anak Tun pasti dikerjakan. Jika saya jadi orang kanan Tun... saya akan nasihatkan serahkan saja jawatannya sepertimana janji konsensus PH.

Bagaimana untuk menghalang Tun? Pemimpin-pemimpin kena bersatu. Tidak kira dari kerajaan mahupun pembangkang. Jika tidak Tun akan membuli pemimpin-pemimpin kerajaan, pembangkang, penyokong kerajaan dan pembangkang...


PEMBANGKANG NAK BAKAR KELAMBU SEBAB NAK BELA NYAMUK?



NEGARA PERLUKAN PEMBANGKANG YANG MEMBINA BUKAN MERUNTUH

Tabung Haji semakin kukuh. Terbaru, keuntungan dicatat sebanyak RM1.3 bilion. Lebih 260,000 akaun simpanan baharu dibuka. Jumlah deposit keseluruhan TH kini ialah RM70 bilion.

Agensi itu pernah ditohmah kiri dan kanan. Pembangkang berharap TH terus bermasalah untuk jadi modal politik mereka. Tapi nampaknya hasrat itu tak kesampaian.

TH ditohmah kononnya dikuasai oleh kafir yang diwakili oleh Menteri Kewangan LGE. Sentimen agama pun dimain. Habislah negara ini, di bawah PH semuanya dikuasai oleh kafir.

Tohmahan itu bertujuan mengganggu usaha memulihkan TH tinggalan pentadbiran terdahulu. Dengan sentimen agama, pembangkang berharap usaha memulihkan TH akan gagal dan menjadi modal ceramah di pelusuk kampong.

Pemulihan TH memberi gambaran institusi itu berada pada landasan betul dalam urus tadbirnya.

Pada masa yang sama, situasi ekonomi semakin baik. Harga sawit turut meningkat dan barang keperluan harian masih dalam harga yang terkawal.

Namun pembangkang tidak akan berpuashati jika negara ini stabil dan makmur. Biarpun kemakmuran itu bakal melimpah untuk mereka nikmati bersama, dendam politik tetap mengatasi semua itu.

Kalau boleh pembangkang mahu TH rosak, harga sawit merudum, harga barang melambung tinggi dan negara ini huru-hara, sebab semua itu mahu dijual dalam kuliah, ceramah dan usrah, kononnya PH gagal mentadbir negara.

CnP

LAIN KALI NAK CAKAP KENA PAKAI OTAK...



Kurangkan perjawatan awam bukan bermaksud buang kakitangan awam. Terdapat banyak perjawatan di sektor awam yang sememangnya tidak perlu dan tidak pun diisi sekian lama kerana tiada keperluan dan fungsi yang bertindih.  

Sebab itu hanya sekitar 92% sahaja perjawatan yang diisi, manakala 8% lagi tidak diisi. Ini bermakna, pengurangan perjawatan sebanyak 5% tidak akan melibatkan sebarang pengurangan kakitangan awam sedia ada.

Tiba-tiba Ketua Pemuda parti lebai keluar kenyataan bahawa 'PH perangi penjawat awam'. 

Nasihat saya, kalau 'tak cerdik' tu janganlah tunjuk sangat. Malu kat orang!

MARI KITA LIHAT PUTAQ BELIT INI



Dalam tuntutan balas yang difailkan oleh peguam Azmin, Tetuan Daim & Gamani, saman oleh agensi pelancongan itu disifatkan mempunyai motif tersembunyi, yang dikaitkan dengan klip video seks yang didakwa melibatkan Azmin dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Hujung-hujung mesti berkait dengan syarikat guaman Daim & Gamani.
Tahukah anda bahawa Sivarasa Rasiah, Lateefa Koya dan N Surendran yang merupakan sekutu kartel Azmin semasa menjadi peguam bela Dsai merupakan peguam yang berkhidmat dibawah Daim & Gamani. X percaya bolehlah gugel. 

No wonder tindakandan strategi pembelaan Dsai sering disabotaj dan dibocorkan dahulu hingga menyebabkan Dsai dan keluarga berang. Rupa-rupanya DSAI dan keluarga serta partinya PKR telah lama dikhianati dan disabotaj secara dalaman oleh pemimpin dikelilingnya sejak zaman Reformasi lagi. 

Kuda Trojan sentiasa ditanam dan diletakkan dan kemudiannya keluar setelah sabotaj dan melakukan damage terhadap Dsai Dswa serta parti digantikan kuda trojan baru silih berganti. 
Yang berjaya mendapat kepercayaan mereka pula dikekalkan selama mungkin menjadi pemimpin parti untuk menyingkirkan Dsai dan Dswa seperti apa yg dilakukan Azmin dan Zuraidah baru-baru ini ..



ARTIKEL DARI THE COVERAGE :TMJ : Mahathir Bukan Mahu Selamatkan Negara, Tetapi Anaknya – Melahirkan 3 Anak Billionaire



Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa Tun Dr Mahathir Mohmad bukannya mahu menyelamatkan negara, tetapi pengerusi Pakatan Harapan itu aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.
“Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara, tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang.
“Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan 3 anak ‘billionaire’,” tulis Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi catatan Facebook malam tadi.
Tanpa menamakan Dr Mahathir, TMJ berkata, bekas perdana menteri itu bertanggungjawab memansuhkan kuasa sultan, rujukan jelas terhadap pindaan Perlembagaan pada 1990-an.
“Jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan apa yang anda dengar semalam (kelmarin) di Pasir Gudang,” katanya merujuk ceramah PH di mana Dr Mahathir mengumumkan keputusan gabungan pembangkang itu menggunakan logo PKR pada PRU14.
“Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan Johor yang wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia.”

(function() { var d = document, w = window; w

BICARA KEDAULATAN RAKYAT: DEMOKRASI DIHANCURKAN - YB HJ MOHAMAD SABU, PR...