ARTIKEL DARI THE COVERAGE :TMJ : Mahathir Bukan Mahu Selamatkan Negara, Tetapi Anaknya – Melahirkan 3 Anak Billionaire



Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa Tun Dr Mahathir Mohmad bukannya mahu menyelamatkan negara, tetapi pengerusi Pakatan Harapan itu aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.
“Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara, tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang.
“Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan 3 anak ‘billionaire’,” tulis Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi catatan Facebook malam tadi.
Tanpa menamakan Dr Mahathir, TMJ berkata, bekas perdana menteri itu bertanggungjawab memansuhkan kuasa sultan, rujukan jelas terhadap pindaan Perlembagaan pada 1990-an.
“Jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan apa yang anda dengar semalam (kelmarin) di Pasir Gudang,” katanya merujuk ceramah PH di mana Dr Mahathir mengumumkan keputusan gabungan pembangkang itu menggunakan logo PKR pada PRU14.
“Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan Johor yang wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia.”

No comments: