Kes Cabul DS Anwar Tak Akan Ke Mana? -Dr Kamarul Zaman

http://www.ibnuhasyim.com/2019/12/kes-cabul-datuk-seri-anwar-tak-akan-ke.html?m=1

Saturday, Sunday 15, 2019

Kes Cabul DS Anwar Tak Akan Ke Mana? -Dr Kamarul Zaman

NEGARA sekarang ini heboh dengan siasatan kes berprofil tinggi membabitkan dakwaan menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan. 

Dakwaan ini besar implikasinya kerana ia membabitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Ke-8. 

Banyak pihak yang tidak meragui kebebasan PDRM dalam menjalankan siasatan tetapi yang mereka ragui adalah kebebasan Peguam Negara membuat keputusan ke atas hasil siasatan. 

Sikap dan pandangan Tan Sri Tommy Thomas terhadap Datuk Seri Anwar sudah lama diketahui kerana beliau adalah pengkagum dan pembela utama Datuk Seri Anwar. 

Waktu Datuk Seri Anwar mahu didakwa atas kesalahan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan, Tan Sri Tommy secara terbuka menggesa pendakwaan tidak dibuat. 

Ini beliau lakukan dalam salah satu tulisan beliau bertarikh 29 Julai 2008 bertajuk “A second prosecution of Anwar Ibrahim – is it in the national interest?” 

Begitu juga waktu Datuk Seri Anwar dibebaskan dari pertuduhan oleh Mahkamah Rayuan pada 9 Januari 2012, Tan Sri Tommy menulis “Why was Anwar Ibrahim acquitted?”

Dalam kedua-dua tulisan ini, Tan Sri Tommy menyebut: 

(1)     Kedua-dua pertuduhan liwat pertama Datuk Seri Anwar pada pada 1998 dan pertuduhan liwat kedua Datuk Seri Anwar pada 2008 adalah konspirasi politik. 

(2)     Polis tidak harus membazir masa memberi perhatian kepada perlakuan seks seorang pemimpin tua dengan kesakitan belakang dan leher seperti Datuk Seri Anwar. 

(3)     Dalam sistem undang-undang yang matang, perlakuan homoseks tidak lagi dijadikan kesalahan jenayah kerana masyarakat semasa tidak menganggapnya jenayah. 

(4)     Peguam Negara tidak wajib mendakwa setiap kesalahan jenayah mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 (1) Kanun Prosedur Jenayah. 

(5)     Negara perlu diingatkan dengan kualiti kepimpinan dan pentadbiran Datuk Seri Anwar seperti yang pernah diakui oleh Margaret Thatcher pada awal 1990-an. 

Tan Sri Tommy juga menyebut pembebasan Datuk Seri Anwar pada 2012 disambut baik oleh seluruh rakyat kecuali musuh lama beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan penyokong Tun. 

Berdasarkan semua perkara ini, tidak hairanlah jika banyak pihak yang merasa yakin bahawa kes terbaru membabitkan Datuk Seri Anwar ini tidak akan berakhir di mahkamah.