Anwar Ibrahim: Bayangkan Kalau NGO, Sukerelawan & Pembantu Tak Buat Apa-Apa, Serah Kepada Kerajaan


Anwar Ibrahim: Cerita Si Kitol Dan Raja Mendeliar



Anwar Ibrahim: Kenapa Ramai Pihak Melebelkan PKR & Amanah Sebagai Pecacai DAP?


Anwar Ibrahim: Kebanyakan Taksub Kepada Parti & Pemimpin Sehingga Menerima Apa Yang Dikata & Dibuat



SEMENTARA RAKYAT KELAPARAN PEMIMPIN SIBUK BERPOLITIK





Tan Sri Muhyiddin Yassin, berjanji kononnya "No One will be left behind" atau "Tiada siapa yang akan dipinggirkan' dalam pemberian 1000 bakul makanan yang akan diedarkan ke setiap kawasan Parlimen di Malaysia. Namun janji itu hanya indah khabar daripada rupa. Bantuan 1000 bakul tak kunjung tiba di kawasan Ahli Parlimen PAKATAN HARAPAN. Isu ini mengundang persoalan dari Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang bertanya kepada Menteri Wanita dan Keluarga Datuk Seri Rina Harun ke mana perginya bakul makanan Kementerian Kewangan untuk setiap kawasan Parlimen. "Betulkah bakul makanan telah diberikan kepada ketua-ketua bahagian Perikatan Nasional untuk agihan?" soal Hannah. PKP pula menjadi dua darjat. Rakyat ditangkap dan dihukum. Pemimpin PERIKATAN NASIONAL ke sana ke sini, berkenduri makan-makan serta menyambut hari jadi. 12. Lepas itu mereka hanya sekadar minta maaf sahaja. 13. Kata Ahli Parlimen AMANAH, Sepang, Muhammad Hanipa Maidin, dalam undang-undang, permohonan maaf tidak kebalkan seseorang dari pendakwaan.

DI MANA TUAH MUHYIDDIN PASCA C0VlD-19?






Menurut Chin Tong, watak-watak yang menjadi ahli kabinetnya terdiri daripada mereka yang langsung tidak dipeduli, tidak dikenali, ditertawakan atau amat dibenci. Menurut beliau Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Azmin Ali kini menjadi cercaan ramai akibat peranannya dalam rampasan kuasa ini. Azmin turut tidak disukai ramai ekoran kesilapannya dalam menguruskan pembukaan semula beberapa perusahaan dalam fasa ketiga PKP. Kes pembukaan perkhidmatan gunting rambut sebagai contoh kebebalan ini. Sementara itu Menteri Kesihatan Dato' Seri Dr Adham Baba pula kini pelawak ‘de facto’ nombor satu negara, dan merupakan liabiliti besar dalam pentadbiran Muhyiddin. Setiap kali beliau muncul di media, kerajaan hilang tiga hari kerana cercaan orang ramai, kata Chin Tong. Chin Tong tidak menyenaraikan kelucuan Menteri Doraemon Dato' Seri Rina Haron dan TikTok Dato' Dr Noraini Ahmad.

*KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN*





23 April 2020

BERKENAAN SIDANG PARLIMEN 18 MEI

Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini telah membincangkan isu pembukaan serta sidang Parlimen pada 18 Mei 2020.

Majlis Presiden melihat wujudnya beberapa pelanggaran kelaziman dan Peraturan Mesyuarat Parlimen, berdasarkan notis mesyuarat bertarikh 17 April 2020.

Ini kerana Setiausaha Dewan Rakyat telah memaklumkan bahawa di dalam keadaan wabak Covid-19 sedang menular ini, mesyuarat Parlimen akan berjalan tanpa sesi pertanyaan Jawab Lisan, Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, serta apa-apa Usul daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Majlis Presiden mengingatkan bahawa fungsi Parlimen adalah sebagai tiang seri demokrasi, khususnya sebagai institusi semak dan imbang mengawasi perjalanan Kerajaan. Maka Pakatan Harapan membantah keras tindakan tidak membenarkan sesi Jawab Lisan dan Usul-Usul seperti yang dimaklumkan Setiausaha Dewan Rakyat.

Majlis Presiden turut sedar keadaan Perintah Kawalan Pergerakan dan penularan wabak Covid-19 tidak memungkinkan perjalanan mesyuarat Parlimen seperti sediakala. 

Namun, apabila dilihat Parlimen di United Kingdom, Kanada dan Singapura yang berjaya mengubah peraturan masing-masing untuk meneruskan sidang pada ketika wabak Covid-19 melanda, kami percaya usaha yang sama mampu dilakukan bagi Parlimen Malaysia.

Sebagai contoh, jumlah Ahli Yang Berhormat yang hadir boleh dikurangkan ke satu jumlah yang munasabah untuk mengekalkan penjarakan sosial tanpa menjejaskan korum mahupun peratusan parti masing-masing. Teknologi video dalam talian juga boleh diguna bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan tanpa berada secara fizikal di dalam Dewan. Peraturan Mesyuarat perlu dipinda bagi tujuan di atas.

Majlis Presiden turut membantah had masa persidangan sehari, oleh kerana perbahasan dan perbincangan usaha Kerajaan membendung wabak Covid-19 wajib diberi tumpuan khusus Parlimen. Kami mencadangkan agar sidang diadakan selama sekurang-kurangnya dua hari selain hari perasmian Parlimen bagi membolehkan perbahasan dan perbincangan yang lebih mendalam. Perubahan ini boleh dilaksana Ketua Majlis berdasarkan Peraturan Mesyuarat 11(2).

Oleh yang demikian, Majlis Presiden akan menghantar wakil Pakatan Harapan untuk mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada kadar segera bagi membincangkan perkara-perkara di atas.

YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

πŸ‘†πŸΌπŸ‘†πŸΌ *Lagi sejarah baru cuba diukir oleh PN. Malaysia cuba diseret ke lembah tidak demokratik. Kebaculan apakah sedang berlaku pada pimpinan kerajaan pintu belakang Malaysia? Rakyat muak dengan keadaan ini? Sesungguhnya Allah SWT telah meletakkan ketakutan kedalam hati manusia2 yang melakukan khianat dan bersikap munafik*

Pas-Umno sebelum PRU14 lancar misi bantu etnik Rohingya, sekarang dalam PN?

Pas-Umno sebelum PRU14 lancar misi bantu etnik Rohingya, sekarang dalam PN?



Apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah berkuasa, pendekatan yang diambil pendekar Melayu-Islam tersebut terhadap nasib pelarian Rohingya dilihat sudah berbeza, selar Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.
Menurutnya, kerajaan Umno-Pas itu bersikap diam membisu terhadap keganasan dan pergolakan yang berlaku di wilayah dihuni masyarakat Islam.
“Kerajaan Pas, Umno yang mengadakan himpunan besar Islam-Melayu di Stadium Titiwangsa dan melancarkan kapal bantuan makanan di Klang untuk membela kaum Rohingya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kini ‘melancarkan’ pulang etnik yang kebuluran itu.
“Kerajaan PN hari ini mengakui bahawa mereka kerajaan ‘Melayu- Islam’ yang terdiri daripada Bersatu, Umno dan Pas.
“Tetapi isu penting melibatkan pembelaan umat Islam Timur Tengah, Rohingya dan juga dunia, mereka diam membisu,” tegasnya menerusi kenyataan hari ini.
Untuk rekod, Umno dan Pas dengan dihadiri Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pernah ‘sekapal’ dalam misi bantuan Food Flotilla for Myanmar‎ pada 3 Februari 2017 .
Dalam masa sama, Raja Kamarul turut membidas sikap kerajaan PN berhubung situasi di Palestin di ambang Ramadan ini sejak mengambil alih pentadbiran negara.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu itu berkata, walaupun rakyat Malaysia mula merasai tekanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih sebulan, rakyat Palestin telah mengalami pengalaman itu selama berpuluh tahun di bawah penaklukan tentera Israel.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar Malaysia terus membela nasib rakyat Palestin pada bulan Ramadan yang bakal menjelma, ditambahkan lagi dengan keadaan amat mencabar iaitu penularan wabak Covid-19.
“Semalam, Amerika Syarikat (AS) telah menyatakan bahawa mereka menyerahkan keputusan untuk memuktamadkan status Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kepada kerajaan Israel.
“Kerajaan PN perlu membuat penjelasan tentang hubungan Malaysia dan Israel serta situasi di Palestin itu sendiri.
“Isu penting kemanusiaan kedua yang tidak disentuh kerajaan Malaysia adalah situasi penderitaan rakyat Yaman yang diserang sekutu Arab Saudi.
“Berjuta-juta dilanda kebuluran wabak Kolera akibat perang, dan kini jangkitan wabak Covid-19 serta banjir,” jelasnya.
Selain itu, Raja Kamarul yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut mempersoalkan peranan barisan jemaah menteri PN yang ada pada hari ini.
“Apa peranan 72 orang Menteri, Timbalan Menteri dan Duta-Duta Khas yang menerima gaji dan kedudukan lumayan hari ini?
“Kalau kerajaan sebelum ini (Pakatan Harapan) dengan hanya 50 Menteri boleh berfungsi lebih berkesan, mengapa kerajaan yang bersungguh-sungguh merebut kuasa, membisu seolah-olah tiada hala tuju?,” soalnya lagi.

MASUK NERAKA NIH...ATAU JADI KAPIR..KAH..KAH..KAH...WOIII DUIT BANTUAN PUN SONGLAP KAH?


AIMS


Dalam pengagihan bantuan ketika CoViD19, ada yang jujur, ada yang tidak jujur. Wartawan Mykini turun ke lapangan untuk mengira jumlah barangan dan nilai.

Ada tempat diberikan dengan nilaian melebihi RM100, tetapi ada yang nilainya RM35 sahaja. Manakala di kawasan yang diwakili MP PH, ada yang langsung dinafikan penerimaan.

Kami trooper rakyat bawahan merayu supaya bantuan biar sama rata, dan jangan ada unsur songlap di tengah jalan. 
Tak baik buat begitu ketika keadaan darurat begini. Jahat sangat ke sampai sanggup makan sebahagian duit bantuan kepada rakyat?

image placeholder

KAH..KAH..KAH...DEMIKIANLAH SANG PARASIT.


W.Faudzin

Semakin lama semakin kronik penyakit tolol Khairudin otak udang ni. Hang suruh Tun M tidak bersama PH? Bila pulak Tun M berada dalam PH? Tahukah si kudin ni bahawa Bersatu skrg bersama kerajaan pintu belakang? Ertinya, Bersatu tidak lagi bersama PH. Samada Tun M dan geng-geng dia termasuk otak udang ini mahu ikut Bersatu atau tidak, itu hak dia, tiada kaitan dengan PH pun.

Kalau nak tau siapa dia parasit, ni la orangnya. Masa Mahathir, dia dapat habuan, masa Pak Lah , pun dia bantai dapat habuan, Masa Najib dia tak dapat habuan, tu dia mengamuk sakan, Bila Tun naik dia dapat lagi habuan..itulah kisah sang parasit.

Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'astro AWANI KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad tidak harus membuang untuk bersama Pakatan Harapan (PH) kerana Datuk Anwar Ibrahim tidak pernah menunjukkan keikhlasan dengan bekas Perdana Menteri itu. Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, kenyataan terbaharu Presiden yang menyatakan mengetuai pembangkang menjadi bukti Dr Mahathir tidak langsung diiktiraf Anwar. "Dalam PH kini cuma diwakili oleh PKR, DAP Amanah sahaja. Anwar tidak mengiktiraf Mahathir walaupun beliau sudah menyatakan bersama pembangkang pembangkang pada sesi Parlimen yang akan datang. sebahagian daripada pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyebelahi Dr Mahathir?'


Tahukah anda, Malaysia pernah diancam kedaulatannya dengan satu tragedi yang digelar tragedi Pulau Bidong??


Kisahnya bermula apabila Malaysia mengambil keputusan untuk menerima pelarian dari negara Vietnam yang meninggalkan negara mereka melalui jalan laut dek kerana peperangan yang tercetus di negara mereka. Oleh kerana jumlah mereka yang begitu ramai, Malaysia terpaksa mencari satu kawasan khas untuk menempatkan mereka di negara kita.
Keputusan Malaysia ini dilihat sebagai satu keputusan kemanusiaan, dalam menangani isu pergerakan pendatang khususnya berkaitan penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Ia juga menyaksikan kedudukan dan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN semakin kukuh dan membuka mata dunia luar terhadap Malaysia.
Namun jasa baik Malaysia selama 12 tahun menempatkan pelarian Vietnam atau di Pulau Bidong, Terengganu bermula tahun 1978, jasa baik kerajaan membenarkan mereka menumpang di situ dibalas dengan demonstrasi berdarah pada awal 1990-an.
Tunjuk perasaan itu bermula apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat keputusan untuk mengeluarkan mereka dari situ untuk dihantar ke negara ketiga tetapi dengan bersyarat di mana melalui proses saringan di mana hanya yang layak sahaja akan dihantar ke negara ketiga manakala yang selebihnya akan dihantar pulang ke negara asal.
Pada ketika itu, Penguasa Penjara, Saidun Othman, adalah antara pegawai dan anggota keselamatan, yang berdepan detik getir bersama lima rakan setugas Jabatan Penjara, 15 anggota polis serta dua anggota tentera. Pasukan khas di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri itu turut dibantu 30 Ikatan Relawan Malaysia (RELA), namun jumlah itu jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan saki-baki penghuni Pulau Bidong yang menyerbu pejabat menyerbu pejabat pasukan kita. Mereka marah dan menunjuk perasaan membantah keputusan PBB kerana mahu membuat saringan memilih yang layak ke negara ketiga. Mereka beranggapan semuanya layak dan tidak mahu dihantar pulang.
Demonstrasi itu berlanjutan selama seminggu disusuli dengan mogok lapar. Mereka enggan menyentuh makanan yang disediakan petugas Palang Merah Antarabangsa. Pada masa sama, banyak poster protes mula dinaikkan dan ada antaranya yang bertulis 'hidup atau mati', 'Kami mahu keadilan,'; 'Bebaskan kami' dan 'Kami tidak mahu pulang'. Sepanjang tempoh itu juga, petugas keselamatan terus berdiplomasi memujuk mereka supaya bertenang.
Kemuncak tunjuk perasaan itu memang mengerikan kerana ramai yang mencederakan diri sendiri. Menikam badan dengan senjata tajam. Mereka mahu menunjukkan tanda protes kepada PBB. Walaupun mereka tidak menyerang pihak kita, namun kita terpaksa hadap kerana bertugas di bahagian keselamatan.
Demonstrasi itu berakhir dengan aman selepas beberapa perundingan dan akhirnya, semua penghuni di Pulau Bidong dipindahkan ke kem Sungai Besi sementara menunggu proses menghantar mereka ke negara ketiga. Di sini penghuni diasingkan mengikut kategori keluarga, bujang, lelaki dan wanita, kanak-kanak serta ibu tunggal.
Unit keselamatan yang terdiri daripada pemimpin mereka sendiri telah ditubukan pada ketika itu. Ini bertujuan mengawal mereka supaya tidak bertindak ganas atau mengganggu ketenteraman penghuni lain. Jika ada yang melakukan kesalahan, mereka akan ditangkap dan dibicarakan. Jika bersalah, mereka akan dikurung di dalam bilik tahanan khas seperti 'monkey house'.
'Monkey house' adalah bilik tahanan kecil yang cuma boleh memuatkan beberapa individu pada satu-satu masa dan mereka tidak boleh berdiri. Ini bermakna, sepanjang tempoh tahanan itu, mereka cuma boleh duduk atau berbaring saja dan langsung tidak dibenarkan balik ke blok penempatan.
Kita ingat dengan penutupan Pulau Bidong dengan menempatkan semua pelarian di Kem sungai Besi dapatlah menangani masalah pelarian ini namun tidak sama sekali kerana
kehadiran mereka di Kem Sungai Besi memberi masalah lebih besar kepada anggota keselamatan. Di dalam kem ini, mereka telah menunjukkan perangai mereka yang sebenar, mereka telah mewujudkan puak-puak samseng dan menindas rakan sepelarian mereka
sendiri. Mereka juga mewujudkan pelbagai pusat hiburan dan pelacuran haram di dalam kem berkenaan, selain melakukan penyalahgunaan dadah.
Disebabkan hal ini pihak keselamatan telah mengambil keputusan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke dalam kem mereka untuk membanteras gejala yang tidak bermoral yang dilakukan mereka. Mereka membantah tindakan anggota keselamatan, hingga mencetuskan rusuhan besar pada Jun 1995 yang hampir menggugat kedaulatan dan keselamatan negara Malaysia yang telah memberi perlindungan kepada mereka selama ini.
Tindakan ganas kumpulan perusuh pada pagi 5 Jun 1995 menyebabkan tiga blok kediaman di Kem Transit Sementara Sungai Besi yang menempatkan lebih 4,500 pelarian Vietnam musnah sama sekali.
Yang menyayat hati, rusuhan ini mengorbankan seorang pelarian dan mencederakan lebih 10 anggota yang terlibat dalam operasi mengawal keselamatan iaitu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), bomba dan polis hutan (PPH). Tidak cukup dengan rusuhan yang berlangsung selama lebih 16 jam, kebakaran besar turut menggemparkan warga kota khususnya mereka yang tinggal di sekitar Sungai Besi dan Bukit Jalil.
Kepulan asap yang menjulang tinggi dikatakan dapat disaksikan dari jarak puluhan kilometer. Dalam operasi mengawal rusuhan itu, seramai 1,200 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada anggota polis, FRU, PPH, bomba, unit pengesan bom dan unit anjing pengesan dikerahkan ke tempat kejadian.
Serbuan awal polis ketika itu berjaya menemui pelbagai senjata tajam seperti lembing, parang, senapang panah dan pedang yang dihasilkan oleh kumpulan perusuh. Berdasarkan kenyataan rasmi Dewan Negara yang dibaca oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berhubung insiden ini, kekecohan dipercayai berpunca daripada sikap tidak puas hati pelarian terhadap keputusan kerajaan yang mahu menghantar mereka pulang ke negara asal.
Menurut beliau dalam kenyataan itu, pelarian Vietnam cuba menunjukkan bantahan dan mendapatkan simpati dunia terhadap rancangan kerajaan menghantar mereka pulang ke Vietnam yang sudah dipersetujui oleh Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR). Mereka juga masih menaruh harapan untuk dihantar menetap ke negara ketiga yang mereka anggap dapat memberikan perlindungan walaupun permohonan mereka ditolak oleh negara berkenaan.
Pilihan kumpulan pelarian ketika itu adalah untuk mendapatkan tempoh perlindungan lebih lama di negara ini sementara menunggu giliran dihantar ke negara-negara ketiga seperti Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Kanada dan Eropah yang dikelola oleh UNHCR.
Bagaimanapun, atas syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh badan antarabangsa itu, keutamaan mengikuti program pemindahan ke negara ketiga itu hanya melibatkan pelarian yang mempunyai kelayakan profesional.
Tersepit dalam keadaan itu, sebahagian daripada pelarian turut berusaha meraih simpati antarabangsa sehingga mendapat perhatian dari negara luar. Kenyataan yang sama juga menyatakan pemberontakan berpunca daripada tindakan kerajaan membina pagar berangkai di kem berkenaan bagi mengasingkan kumpulan pelarian yang bermati-matian enggan dihantar pulang dengan puak yang lebih bertimbang rasa.
Ia merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menghalang kumpulan hardcore daripada menghasut kumpulan pelarian yang lain. Dalam rundingan itu, kumpulan pelarian mendesak kerajaan supaya tempoh perlindungan dilanjutkan kerana mereka takut pulang ke negara asal.
Mereka tidak berani pulang kerana takut dikenakan hukuman mati oleh pemerintah komunis negara itu. Rundingan menemui jalan buntu sehingga tercetusnya rusuhan. Selepas tewas dalam 'pertempuran' dengan pihak berkuasa, beratus-ratus 'kepala samseng' ditahan dan dihantar ke kem tahanan sementara pelarian di Kerayong, Pahang.
Betapa susah dan mencabarnya Pasukan Khas di bawah MKN serta semua agensi keselamatan kita bagi menangani isu pelarian ini. Buat baik dibalas baik namun tidak sangka sebaliknya pula yang kita dapat.
Tahniah kepada MKN dan juga semua agensi keselamatan kita pada ketika itu yang akhirnya
berjaya menyelesaikan dan meleraikan masalah isu pelarian Vietnam ini.
C&P

BAGI BETIS NAK PAHA, TIDAK SEDAR DEK UNTUNG...


HAMSINA HAMZAH

Pantang orang melayu apabila orang luar membuat onar dan tuntut macam2 daripada kerajaan Malaysia.. Tanah tumpah darah kami.
.
Semasa puak rohingya melarikan diri, ye kami bersimpati.. Kami membantu, berikan makanan, berikan tempat berlindung. Tetapi apa yang kalian lakukan?
.
Kalian menggigit tangan yang memberi pertolongan! Sungguh BIADAP!!
.
Kalian minta macam2 daripada kerajaan Malaysia.. Minta diberi peluang untuk bekerja, minta pendidikan, minta kerajaan cover kos perubatan.. Ingat sikit, kamu ni PELARIAN.. Kamu tinggal di sini atas ihsan negara ni.. Jangan nak memandai2 tuntut itu ini!
.
Kalau jenis bersyukur, mereka sepatutnya sedar bahawa kita sudah berikan mereka tempat tinggal.. Kita tidak menghalau atau mengapa2kan mereka.. Itu sudah memadai kerana mereka pelarian.. Mereka lari dari kezaliman menuju kedamaian, dan mereka damai di sini.. Bila dah damai, kenapa mereka mula lupa diri? Mula tidak bersyukur, mula tuntut macam2? Paling sakit hati, mula berdemonstrasi, melawan pihak polis!!
.
Lepas tu ada pula yang memandai2 kata nabi juga pelarian.. Agak2 lah.. Nabi dan kaum muhajirin dijemput ke Madinah.. DIJEMPUT.. Mereka bukan pelarian.. Bila masa pula Malaysia menjemput orang rohingya ni? Lagi satu, adab kaum muhajirin macam mana? Ada mereka tuntut macam2? Ada mereka bergaduh sesama sendiri? Ada mereka membuat demonstrasi? Ada mereka mengacau dan menipu penduduk tempatan?
.
Isu kemanusiaan pula apabila tentera Malaysia menghalau bot membawa pelarian rohingya baru2 ini atas faktor covid19. Itu tindakan yang PALING TEPAT kerana ini isu kemanusiaan.. Adalah tidak berperi kemanusiaan untuk membiarkan rakyat tempatan terdedah dengan penyakit. Dan pelarian ini berasal dari Myanmar maka menjadi tanggungjawab negara tersebut untuk menguruskan rakyat mereka sendiri, bukannya hantar rakyat yang bermasalah kepada negara lain untuk dibela.
.
Akhir sekali, pepatah melayu ada mengatakan kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Menjadi kewajiban penguasa mengutamakan rakyat tempatan. Pelarian pula mesti ingat pepatah melayu ini, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, luaran
Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang duduk, teks mungkin yang mengatakan 'BH BHONLINE Bantu pendidikan anak kami Ketua Rohingya Malaysia KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Rohingya Kebangsaan, Majlis Rohingya Malaysia (MRM) yang baru ditubuhkan akan menumpukan kepada usaha pemerkasaan program jangka panjang etnik Rohingya, terutama dalam bidang pendidikan. ζ—₯ MORERM Berita Harian Online'

Antara agih bantuan dan jawatan, mana lebih penting?


Oleh Camelia K

Ketika semua rakyat Malaysia fokus dan memberikan kerjasama dalam usaha memerangi wabak Covid-19, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab sibuk bermain politik untuk menjaga poket mereka sendiri dan sekaligus membelakangi kepentingan rakyat.

Bila digelar kerajaan pintu belakang, mereka marah. Tetapi tanpa mereka sedar, tindak tanduk mereka sedang diperhatikan rakyat dan rakyat juga tidak buta untuk menilainya.

“Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”: peribahasa yang tepat untuk menggambarkan situasi semasa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tertubuh hasil daripada makan malam di Sheraton.

Malaysia hasil pimpinan PN kini sudah terkenal di seluruh dunia. Bukan sahaja kerana negara kita dipuji kecekapannya dalam menangani wabak Covid-19 — itu pun hasil kerja keras Pengarah Kesihatan kita, Datuk Dr Noor Hisham bersama petugas barisan hadapan — tetapi juga kerana “kepandaian” dan “kecerdikan” sesetengah menteri dalam mengeluarkan kenyataan sehingga dijadikan bahan jenaka di seluruh dunia. Bermula dengan Menteri Air Suam, diikuti dengan Menteri Doraemon, kini muncul kluster lawak baru iaitu Menteri Tik Tok.

Bukan itu sahaja, ketika ada rakyat yang terputus bekalan makanan di rumah kerana terkesan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) ini, kerajaan PN pula dilihat mengambil kesempatan dari fokus sebenar apabila sibuk mengagihkan jawatan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kepada Ahli Parlimen mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Takiyuddin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata bahawa semua Ahli Parlimen kerajaan akan diberi tanggungjawab untuk mengendali GLC. Katanya, mereka yang tidak dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri akan dilantik mempengerusikan GLC.

Bukankah sepatutnya perihal kebajikan rakyat didahulukan dalam tempoh genting melawan penularan wabak ini? Banyak lagi perkara lain yang patut dititikberatkan seperti bagaimana mahu memastikan Malaysia bebas daripada Covid-19, bagaimana mahu bantu rakyat yang terkesan daripada pandemik ini, apakah cara untuk pastikan ekonomi negara kembali pulih seperti sedia kala. Bukannya berbahagi jawatan untuk kepentingan periuk nasi sendiri.

Malah ada dalam kalangan mereka sendiri pernah menentang sekeras-kerasnya perlantikan politik dalam jawatan-jawatan tertinggi GLC. Katanya hanya golongan profesional dan teknokrat yang layak memegang jawatan tersebut.
Tetapi, selepas menjadi kerajaan, golongan ini pula yang terhegeh-hegeh mahukan jawatan tersebut. Tugas utama Ahli Parlimen adalah berkhidmat untuk rakyat. Menang kerusi Parlimen tidak menjadi merit yang melayakkan lantikan jawatan tertinggi dalam GLC.

Bukan calang-calang orang yang layak dilantik untuk mengemudi sesebuah GLC yang bertaraf antarabangsa. Seseorang itu haruslah terdiri daripada sosok yang berpengalaman, berintegriti dan berkredibiliti berpandukan kelayakan dalam bidang profesional masing-masing.

Ini juga yang ditegaskan Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menggesa kerajaan PN mengambil iktibar kegagalan tadbir urus GLC yang dikemudi oleh orang politik.

Gabungan NGO itu menolak Takiyuddin Hassan dengan menegaskan jawatan utama GLC tidak seharusnya dijadikan habuan politik dan GLC harus dipimpin oleh kumpulan teknokrat.

“Jawatan utama di GLC tidak boleh dijadikan habuan politik dan kerja pengerusi bukanlah menjadi pemantau tetapi pemangkin prestasi GLC tersebut.
“Sejarah telah membuktikan apabila politik dan perniagaan dicampur-adukkan, perniagaan meluru ke arah kehancuran.

“Semasa pemerintahan terdahulu, ramai anggota Parlimen dilantik menjadi pengerusi GLC seperti FGV, Tabung Haji, Felcra, Mara dan lain-lain. Hasilnya GLC-GLC ini mengalami kerugian besar dan terpaksa diselamatkan (bail out) oleh kerajaan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Pemilihan calon yang tepat bagi mengemudi GLC yang juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara adalah sangat penting khususnya untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat.

Perlantikan jawatan GLC dalam tempoh negara sedang berdepan dengan krisis Covid-19 membuktikan bahawa kebajikan rakyat bukanlah fokus utama kerajaan PN. Bukankah perkara ini boleh dilaksanakan setelah krisis ini selesai?

Ada juga pihak yang berpendapat tindakan kerajaan PN ini sebagai satu ‘jenayah’ sedangkan rakyat sedang bergelut dengan masalah kewangan akibat pandemik Covid-19. Ketika ada rakyat yang terputus bekalan makanan kerana kehilangan pekerjaan dan hilang mata pencarian, kerajaan pula sibuk melantik ahli parlimen dengan jawatan bergaji lima angka.

Waktu seperti ini sepatutnya dihargai oleh pihak kerajaan untuk membuktikan komitmen mereka kepada rakyat, tetapi nampaknya mereka lebih memilih untuk mengagihkan jawatan daripada mengagihkan bantuan.


MAKLUMAN





UNTUK MENDAPATKAN POSTING AWAL ANDA JUGA BOLEH MENGEKSES DENGAN KLIK VIEW WEB VERSION SELAIN KLIK OLDER POSTING ATAU   KLIK     

Quo vadis Azmin Ali?








“Azmin ini party loyalist,” ujar seorang teman, antara ramai lagi teman yang mengulang kenyataan yang serupa.

“Hang gila ka dia nak keluar parti?” soalnya kemudian, menegaskan bahawa Azmin sudah jadi orang nombor dua dalam PKR. Mana mungkin beliau mencabar Anwar Ibrahim; batang tubuh yang menjadi roh dan jasad parti itu.

Hari ini, 23 April, genap dua bulan Azmin dan rakan-rakannya membuat keputusan keluar dari parti Anwar. Pengumuman keluar mungkin dibuat pada 24 Februari, tetapi sambil makan malam bersama Umno dan PAS di Sheraton itu, keputusannya pasti sudah dicapai.

Menariknya, rakan-rakan Azmin ini bukan cicak mengkarung dalam rangkaian Anwar. Seperti juga Azmin, si “pemegang diari merah” mantan timbalan perdana menteri, gerombolan yang mengikut beliau meninggalkan parti juga boleh tahan “Anwarist”.

Namun begitulah hakikatnya, bagaimana tiada kawan dan lawan yang kekal dalam politik. Seperti yang diulang sebut mendiang Karpal Singh. Apa yang kekal adalah prinsip. Itu pun kalau ada prinsip.

Bagi kebanyakan orang yang menyertai pergulatan politik, prinsip adalah barang kudapan cita-cita utama untuk memperoleh pengaruh dan kekuasaan. Pengaruh dan kekuasaan itu pula digunakan untuk mendapatkan duit. Dan duit itu pula digunakan untuk mendapatkan lebih banyak pengaruh dan kuasa. Inilah dia apa yang dipanggil “realpolitik”.

Realpolitik itulah yang menyebabkan kuasa tiba-tiba beralih kembali ke tangan-tangan kotor Umno dan rakan-rakannya; tanpa perlu menang sebarang pilihan raya.

Tetapi takkanlah setakat itu saja hasilnya untuk seorang Azmin?

Dalam dua wawancara saya bersama beliau, Azmin tidak pernah menyatakan sebarang keinginan untuk menjadi perdana menteri. Kali pertama, Azmin bercerita panjang tentang kisah zaman remajanya menternak kambing dan ayam; sebelum sambung belajar ke Amerika, dan pulang ke tanah air untuk bekerja dengan Anwar.

Kali kedua, wawancara setelah menjadi menteri besar Selangor. Pun tidak ada sebut mahu jadi PM. Walaupun saya tanya terus terang saja.

Meski tidak pernah menyebut dengan jelas, kita semua tahu Azmin akhirnya bukan saja tidak mahu Anwar menjadi perdana menteri. Tetapi menurutnya yang paling layak mengambil alih jawatan PM itu, adalah beliau sendiri.

Sejak bertanding timbalan presiden parti pada 2010, sehinggalah bergerak mengguling Khalid Ibrahim, dan akhirnya menghalang Anwar daripada menjadi PM, itulah dia objektif utama.

Mungkin melampau kalau kita katakan Azmin melihat Muhyiddin Yassin sepertimana orang mendakwa Anwar melihat Dr Wan Azizah Wan Ismail – sebagai sekadar pemanas kerusi. Tetapi itulah hakikatnya. Kan?

Dilema Muhyiddin

Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong menulis panjang hujung minggu lalu tentang dilema Muhyiddin, pasca krisis Covid-19.

Kerajaan Muhyiddin sebenarnya ditopang dengan majoriti sekadar dua atau tiga kerusi. Ertinya di Parlimen, sebarang urusan dan usul kerajaan cenderung gagal dengan hanya kekurangan beberapa undi.

Dalam fabrik gabungan yang begitu demikian longgar; tanpa struktur parti, tanpa satu dasar bersama, tanpa titik temu yang sekata, Muhyiddin “dipegang telurnya” (maaf tiada bahasa yang lebih sesuai) oleh setiap seorang yang menyokongnya menjadi perdana menteri.

Kalau tidak puas hati, atau ada tuntutan yang tidak didengari, picit saja. Umno contohnya, beberapa hari lalu dengan selamba mengutus surat dengan senarai tuntutan untuk saki baki pimpinannya di Sabah, tanpa rasa segan silu. Muhyiddin akan harus melayan dan pastinya nanti memenuhi permintaan itu.

Ini belum dicampur masalah ekonomi dan peluang pekerjaan yang bakal merundung negara sebaik saja PKP berakhir, serta masalah sumber pendapatan negara akibat kejatuhan harga minyak dunia. Beban yang ditanggung Muhyiddin memang besar gedabak.

Tetapi kalau Azmin mahu jadi perdana menteri menggantikan Muhyiddin, maka Azmin harus bertanya dirinya sendiri sama ada beliau bersedia untuk memikulnya.

Jalan menuju kerusi PM

Untuk menjadi PM, Azmin yang kini ahli parti Bersatu pastinya akan perlu terlebih dulu naik menggantikan presiden parti itu, iaitu Muhyiddin. Maka jalan yang lebih mudah pastinya dengan menubuhkan parti sendiri.

Parti itu pula mestilah membawa idea “muafakat agung”, idea perpaduan nasional yang secara ironinya kini diusung sebuah gabungan yang berpaut kepada sentimen Melayu-Islam dengan memomokkan DAP.

Seperti biasa, analisis pasaran dilakukan terlebih dulu dengan mengajukan idea ini melalui pertubuhan seperti Pemuda Negara yang menampilkan wajah pegawai-pegawai Azmin dan logo bulan bintang seperti yang turut tertera di laman Wikipedia Perikatan Nasional.

Apa yang sedikit lucu ialah bagaimana idea ini cuba dibungkus dengan menggunakan Dato’ Onn sebagai jenama besar, justeru mencetuskan cakap-cakap dalam kalangan wartawan tentang bagaimana Azmin akan menubuhkan Parti Negara, sepertimana Dato’ Onn juga.

Dato’ Onn tidak berakhir menjadi perdana menteri. Beliau hanya pernah menjadi menteri besar Johor atas lantikan Sultan, sepertimana arwah bapanya yang merupakan MB Johor pertama, serta dua adik beradiknya yang turut dilantik sebagai MB ketika demokrasi masih belum wujud di Tanah Melayu.

Jawatan itu ditinggalkannya setelah menubuhkan Umno, yang kemudiannya turut beliau tinggalkan dan selepas itu menubuhkan Parti Malaya Merdeka, sebuah parti yang ditubuhkan sebagai lawan idea ketuanan Melayu yang dijuarai Umno.

Parti Malaya Merdeka pun bungkus juga setelah dilihat tidak berjaya mendapat sokongan ramai. Parti itu hanya didekati kaum India.

Dato’ Onn akhirnya menubuhkan Parti Negara pada 1953, sebuah parti politik yang prinsipnya bertentangan langsung dengan Parti Malaya Merdeka yang ditubuhkannya sebelum itu.

Atas tiket Parti Negara inilah Dato’ Onn akhirnya berjaya menjadi Ahli Parlimen setelah menang dalam pilihan raya 1959, jauh di kerusi Kuala Terengganu Selatan. Malah ada juga yang menyebut Dato’ Onn akhirnya menyertai PAS sebelum meninggal dunia tiga tahun kemudian.
Parti Negara turut hilang bersama Dato’ Onn.

Justeru bagi Azmin, pilihan di tangan tidak begitu banyak. Ruang di depan semakin sempit. Beliau pastinya tahu Umno tidak akan begitu mudah memberi laluan, begitu juga PAS yang tidak kalah berdendam. Bersatu apatah lagi.

Maka ke mana Azmin Ali akan pergi?

Tulisan ini kali pertama disiarkan di The Malaysia Insight