Thursday, April 23, 2020

DI MANA TUAH MUHYIDDIN PASCA C0VlD-19?






Menurut Chin Tong, watak-watak yang menjadi ahli kabinetnya terdiri daripada mereka yang langsung tidak dipeduli, tidak dikenali, ditertawakan atau amat dibenci. Menurut beliau Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Azmin Ali kini menjadi cercaan ramai akibat peranannya dalam rampasan kuasa ini. Azmin turut tidak disukai ramai ekoran kesilapannya dalam menguruskan pembukaan semula beberapa perusahaan dalam fasa ketiga PKP. Kes pembukaan perkhidmatan gunting rambut sebagai contoh kebebalan ini. Sementara itu Menteri Kesihatan Dato' Seri Dr Adham Baba pula kini pelawak ‘de facto’ nombor satu negara, dan merupakan liabiliti besar dalam pentadbiran Muhyiddin. Setiap kali beliau muncul di media, kerajaan hilang tiga hari kerana cercaan orang ramai, kata Chin Tong. Chin Tong tidak menyenaraikan kelucuan Menteri Doraemon Dato' Seri Rina Haron dan TikTok Dato' Dr Noraini Ahmad.

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers