Thursday, April 23, 2020

SEMENTARA RAKYAT KELAPARAN PEMIMPIN SIBUK BERPOLITIK





Tan Sri Muhyiddin Yassin, berjanji kononnya "No One will be left behind" atau "Tiada siapa yang akan dipinggirkan' dalam pemberian 1000 bakul makanan yang akan diedarkan ke setiap kawasan Parlimen di Malaysia. Namun janji itu hanya indah khabar daripada rupa. Bantuan 1000 bakul tak kunjung tiba di kawasan Ahli Parlimen PAKATAN HARAPAN. Isu ini mengundang persoalan dari Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang bertanya kepada Menteri Wanita dan Keluarga Datuk Seri Rina Harun ke mana perginya bakul makanan Kementerian Kewangan untuk setiap kawasan Parlimen. "Betulkah bakul makanan telah diberikan kepada ketua-ketua bahagian Perikatan Nasional untuk agihan?" soal Hannah. PKP pula menjadi dua darjat. Rakyat ditangkap dan dihukum. Pemimpin PERIKATAN NASIONAL ke sana ke sini, berkenduri makan-makan serta menyambut hari jadi. 12. Lepas itu mereka hanya sekadar minta maaf sahaja. 13. Kata Ahli Parlimen AMANAH, Sepang, Muhammad Hanipa Maidin, dalam undang-undang, permohonan maaf tidak kebalkan seseorang dari pendakwaan.

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers