Pemimpin wanita mangsa utama kerajaan PN

Pemimpin wanita mangsa utama kerajaan PN
Pemimpin wanita yang selama ini menjadi kebanggaan negara kini hilang satu persatu.



Satu persatu pemimpin wanita yang dinaikkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk berada dalam barisan pembuat dasar dan eksekutif dipancung oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sehingga kini hampir 10 pemimpin wanita yang bukan politik telah dipecat oleh pentadbiran kerajaan PN dan ada yang memberikan alasan kerana bos mereka iaitu seorang menteri tidak boleh bekerja dengan wanita.
Tindakan ini telah melenyapkan sama sekali usaha keras yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk memartabatkan kedudukan wanita bermula dengan melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Usaha Kerajaan PH ini dikatakan sebahagian dari usaha untuk memastikan 30% jawatan utama dan eksekutif diambil alih oleh wanita di negara ini.
Pemecatan ini bermula sejak awal pertukaran kerajaan lagi apabila Menteri Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Rina Mohamad Harun sendiri memecat Ketua Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim. Che Asmah telah ditamatkan perkhidmatan melalui satu surat yang ditandatangani sendiri oleh Rina.
Ia diikuti dengan penamatan perkhidmatan Ketua Eksekutif Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), Noor Farida Ariffin yang digantikan oleh bekas ketua pemuda MIC, Nelson Renganathan.
Pengerusi Bursa Malaysia, Shireen Ann Zaharag Muhiudeen juga ditamatkan oleh kerajaan PN dengan digantikan oleh digantikan oleh bekas menteri, Abdul Wahid Omar. Turut dipecat bersama Shireen adalah Pengarah Bursa Mariam Prudence Yusof.
Pengerusi Mara, Hasnita Hashim juga ditamatkan perkhidmatan dengan digantikan oleh Ahmad Jailani Muhamed Yusof.
Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nurini Kasim juga dilaporkan telah ditamatkan perkhidmatannya. Bekas Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sejak Oktober 2015 itu adalah antara wanita awal yang menjadi CEO Bernama, ajensi berita nasional itu.
Menurut sumber, Pengerusi Lembaga Perancang Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Narimah Mat Awin juga ditamatkan kontrak dua tahunnya di pertengahan penggal. Pengganti beliau dijangka akan dilantik mulai 1 Mei nanti.


No comments: